DUA JALAN Oleh Hasan Al Banna Firman Allah SWT:
"Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kajahatan). (Surah al-Balad: ayat 10.)
"Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggungjawabkan)." (Surah al-Qiyamah: ayat 36.) Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah SWT telah menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya. Firman Allah SWT:
"Apakah
kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara
sia-sia
sahaja dan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya. : tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan ( Yang Mempunyai) ‘Arasy yang mulia " (Surah al-Mu'minun: ayat 115-116.) Orang
1
yang
berbahagia
ialah
orang
yang
telah
bertemu
dengan
pertolongan-Nya.
Orang yang telah ditarik oleh
cahaya
hidayah-Nya.
Mereka telah meneroka dengan pandangan mereka segala kabus yang telah menutup kealpaan dan kelalaian mereka selama ini. Seterusnya mereka tahu akan
marhalah-marhalah
perjalanan
dan melangkah menuju ke
matlamatnya. Firman Allah SWT:
"Maka segeralah kembali mentaati Allah . Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmmu. Dan janganlah
kamu
mengadakan tuhan (Ilah) yang lain di samping Allah.Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu."
(Surah
Adz Dzaariyaat: ayat 50-51.) Apa
sahaja
kepada-Nya,
yang menyebabkan manusia terpesong
daripada
atau mengubah serta menyelewengkan manusia
sampai daripada
menghadap-Nya, atau memisahkan manusia daripada bergantung
serta
berharap kepada-Nya, sama ada berupa hawa nafsu yang menguasai atau kemahuan yang degil atau kehendak-kehendak terhadap sesuatu yang cepat lupus dan hilang (duniawi), maka daripada-Nya.
Firman Allah SWT:
2
semua
itu
adalah ilah-ilah selain
" Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan
ilmu-Nya dan
Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang
akan memberinya
pertunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat?. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran? "
(Surah al-Jathiyah: ayat 23.)
Wahai manusia, di sisi kamu hanya terdapat dua jalan. Tidak ada jalan ketiga sebagai pilihan. JALAN PERTAMA Jalan pertama ialah jalan yang luas terbentang di hadapan. Penuh dengan keteduhan. Jalan yang terang menderang dan elok sekali. Dipagari jalan tersebut dengan keindahan bau-bauan. Di
sekelilingnya penuh dengan
kecantikan. Permulaan jalan itu ialah keyakinan dan keimanan (terhadap Allah). Tahap-tahapnya ialah istiqamah dan ketaatan kepada ar-Rahman. Penghujungnya ialah syurga dan keredhaan Allah SWT.
JALAN KEDUA Jalan
kedua
ialah
jalan yang gondol,
terasing,
sunyi,
penuh dengan
kegelapan dan membinasakan. Permulaan jalan itu ialah bantahan dan keingkaran kepada Allah SWT.
Tahap-tahapnya
ialah kemungkaran
dan
kemaksiatan. Penghujung jalan itu ialah neraka yang mana apinya menyalanyala serta kemurkaan Allah SWT. Firman Allah SWT:
3
"Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan duniawi, maka sesungguhnya jahim (neraka) itulah tempat tinggalnya." (Surah an-Naziaat: ayat 37-38). Kedua-dua jalan tersebut tidak akan sama selama-lamanya. Firman Allah SWT:
"Maka apakah orang-orang yang beriman sama dengan orang-orang yang fasiq (kafir)? Mereka tidak sama. Ada pun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka syurga-syurga
tempat
kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan adapun orang-orang yang fasiq, maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: "Rasakan siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya."
(Surah as-Sajadah: ayat 18-20.)
"Apakah patut Kami jadikan orang-orang Islam itu sama dengan orangorang yang berdosa? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu
4
mengambil keputusan? "
(Surah al-Qalam: ayat 35-36)
"Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh sama dengan orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Patutkah pula Kami menganggap orang-orang yang bertaqwa sama dengan orang yang berbuat maksiat." (Surah Shad: ayat 28) Orang yang saleh dan beramal dengan penuh keikhlasan, maka dia akan memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT:
"Barang
siapa
perempuan,
yang
dalam
mengerjakan
amal
saleh,
baik
lelaki
keadaan beriman, maka sesungguhnya
maupun
akan
Kami
berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan."
(Surah an-Nahl: ayat 97).
Sebaliknya, firman Allah SWT: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta."(Surah Thaha: ayat 124).
5
Sebagaimana berbezanya implikasi pemilihan jalan di atas bagi individu, begitulah juga bagi umat manusia seluruhnya.
Umat
yang berpegang
kepada hidayah Rabbani dan menempuh jalan Ilahi yang bersumberkan wahyu dari langit, maka sesungguhnya dia telah dibantu dalam urusan dunia dengan ketinggian ('izzah) dan kepimpinan. Di akhirat nanti disediakan pula untuknya kebaikan dan kurniaan (dari sisi Allah SWT). Firman Allah SWT:
"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpah kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat disebabkan perbuatannya "
Kami) itu, maka Kami siksa mereka
(Surah al-A'araf: ayat 96)
"Dan sekiranya mereka bersungguh-sungguh menjalankan hukum Taurat, Injil dan al-Quran yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Di antara mereka ada golongan yang pertengahan. Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan mereka "(Surah al-Maidah: ayat Sebaliknya, firman Allah SWT:
6
66)
"Dan Allah telah membuat satu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezeki yang datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari ni'mat-ni'mat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang mereka lakukan."
(Surah an-Nahl: ayat
112) Jika dilihat permasalahan dunia kini, permasalahan `material' tidaklah setenat berbanding permasalahan ruh. Permasalahan kemiskinan, kesihatan dan buta huruf tidaklah setenat berbanding
permasalahan
kezaliman,
ketamakan,
ketidak-adilan, ketiadaan kasih sayang, ketiadaan kesedaran dan ketiadaan keinsafan. Justeru itu wahai manusia, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Peringatan telah pun berada bersama-sama kamu. Bukti-bukti telah pun berada di sisi kamu. Lupakah kamu hari-hari semalam yang penuh dengan pengajaran?
Firman Allah SWT:
"Mereka tidak menunggu-nunggu kecuali (kejadian-kejadian) yang sama
7
dengan kejadian (yang menimpa) orang-orang
yang
mereka. Katakanlah: "Maka tunggulah, sesungguhnya
terdahulu sebelum akupun termasuk
orang-orang yang menunggu bersama kamu". Kemudian Kami selamatkan para Rasul Kami dan orang-orang yang beriman,
demikianlah menjadi
kewajipan atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman."
(Surah
Yunus: ayat 102-103) Sesungguhnya hati itu berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Firman Allah SWT:
“ Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya ‘ Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi ia bermanfaat kepada kita atau kita pungut
dia sebagai anak ‘.Dan demikian pulalah Kami
memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya ta’bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. “ (Surah Yusuf : ayat 21)
Firman Allah SWT dalam al-Hadith al-Qudsi (yang bermafhum): "Barangsiapa
yang
memusuhi
wali-Ku
(kekasih-Ku),
Aku
telah
mengi-
sytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada cara bertaqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada Ku yang lebih Ku sukai melainkan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang Ku fardhukan kepadanya. Namun sentiasa hambaKu itu berusaha mendekatkan diri kepada Ku dengan melakukan hal-hal yang sunat sehingga Aku pun mencintai (mengasihi)nya. Apabila dia telah Aku cintai, Akulah pendengarannya
yang dengannya dia mendengar,
penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul keras dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon
8
kepada Ku, Aku akan kurniakan dan jika dia memohon perlindungan Ku, Aku akan melindunginya. Dan tidak pernah Aku ragu-ragu pada sesuatu di saat Aku akan melakukannya seperti ragu-Ku untuk mengambil jiwa orang mu'min yang enggan mati sedangkan Aku tidak suka (Hadith Riwayat al-Bukhari)
m07kul/msword/ver 6.0
9
mengganggunya."