DOA DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUKMIN Dec 31, 2007 at 12:59 PM Khutbah Jumaat - 4 JANUARI 2008 Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan menunaikan segala perintahNya dan menjauhkan diri daripada segala laranganNya, mudahmudahan kita tergolong dalam golongan orang yang paling bertakwa disisi Allah SWT. Muslimin yang dirahmati Allah, Doa adalah salah satu dari ibadat sunat yang sangat-sangat dituntut supaya dilakukan. Dengan kata-kata lain, doa adalah satu kewajipan ke atas seorang muslim. Kita dikehendaki sering berdoa untuk memohon sesuatu hajat tanpa mengira masa dan keadaan kerana mengharapkan pertolongan dan rahmat Allah. Pintu rahmat Allah SWT sentiasa terbuka untuk hambaNya. Doa dalam pengertian yang luas, ialah permohonan inayah dari seorang hamba kepada Allah SWT. Pada hakikatnya doa adalah penyataan keberhajatan seorang hamba kepada Allah dan pengakuannya bahawa keupayaan dan kekuatan semata-mata milik Allah SWT. Ia adalah lambang pengabadian dan rasa rendah diri berhadapan dengan keagungan Allah yang menciptanya. Di dalam doa juga terkandung pengucapan pujian dan sandaran sifat pemurah dan penyayang kepada Allah SWT. Ada orang berkata : Apa faedahnya doa, sedangkan kadar untuk seseorang sudahpun ditetapkan oleh Allah?. Sesungguhnya doa di syariatkan oleh Allah SWT, supaya ada di dalamnya diri seseorang hamba rasa berharap-harap untuk mencapai keinginannya. Rasa berharap-harap itulah yang mendorong manusia berusaha untuk mendapatkannya, sedangkan orang-orang yang merasa yakin memperolehinya, akan menjadi seorang yang fasik dan malas berusaha. Ingin memperolehi sesuatu dan bimbang akan terlepas, menjadikan manusia kuat bekerja dan berusaha. Harap dan bimbang itulah merupakan paksi ibadat, yang menuntut kesungguhan dan kerajinan dalam mengerjakannya. Sidang Jumaat yang berbahagia, Dalam dunia moden hari ini, kekuatan sesuatu bangsa atau golongan, diukur sekuat mana senjata yang dimiliki dan secanggih mana pula senjata itu. Oleh itu industri senjata dan peluru berlumbalumba mempamerkan produk terbaru mereka. Tetapi di sana ada satu senjata yang tidak dicipta oleh mana-mana kilang senjata, samada di timur atau di barat. Senjata itu hanya milik sekumpulan manusia sahaja iaitu kelompok muslim. Senjata itu senjata rabbani. Senjata para Nabi dan Rasul, malah senjata para Muttaqin sepanjang zaman. Dengan senjata itulah Nabi Allah Nuh AS terselamat, kaumnya yang kafir tenggelam dalam taufan. Dengan senjata itulah Nabi Allah Musa AS terselamat dari kezaliman Firaun. Dengan senjata itulah nabi Allah Salleh AS terselamat dan kaum Tsamud binasa. Dengan senjata itulah Nabi Allah Hud AS berjaya dan kaum Aad kecundang. Dengan senjata itulah Nabi Muhammad SAW menempa kejayaan gemilang dan kaum musyrikin penentangnya tersungkur. Dengan senjata itulah bangsa Rom dan Parsi di kalahkan oleh para sahabat Baginda. Para jemaah sekalian, Senjata yang dimaksudkan itu ialah doa, senjata mukmin sepanjang zaman. Doa disyariatkan sebagai ibadah. Abu Daud, Al-Tarmizi dan Ibnu Majjah ada meriwayatkan :
Daripada Al-Nu'man bin Bashir RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : Doa adalah ibadah. Al-nu'man menjelaskan lagi selepas itu Rasulullah SAW membaca ayat 60 dari surah Ghafir yang bermaksud : " Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." Hadirin yang dihormati, Sebenarnya setiap doa pasti akan dikabulkan Allah SWT, asalkan ia bertujuan baik, seperti mengharapkan kesejahteraan dunia dan akhirat, murah rezeki, kesihatan yang baik, tambahan ilmu yang baik, peningkatan iman dan sebagainya. Sebaliknya Islam sangat melarang dan mengharamkan doa yang bertujuan tidak baik, seperti minta dimatikan atau dibinasakan, kerana tidak mampu menghadapi dugaan Allah, dan meminta Allah menurunkan bala ke atas orang yang di dengki. Selain itu kemuliaan doa juga, tidak boleh dicemari melalui upacara-upacara yang bertentangan dengan syariat Islam. Lapangan untuk kita berdoa sangat luas, tidak ada had sempadannya, kecuali doa yang tidak baik seperti yang dijelaskan tadi. Begitu juga masa dan ketika untuk kita bermunajat dn berdoa kepada Allah SWT terbuka di hadapan kita seluas-luasnya, siang ataupun malam, dalam keadaan susah atau senang. Kalau kita mengingati Allah sewaktu dalam kesenangan, Allah akan mengingati kita waktu kita dalam kepayahan. Namun, ada beberapa yang sangat-sangat digalakkan kita berdoa, antaranya hari arafat (hari ke sembilan bulan Zulhijjah), bulan Ramadhan, hari Jumaat, waktu selepas tengah malam ketika orag lain sedang nyenyak tidur, waktu antara azan dan iqamah dan banyak lagi. Rasulullah SAW ada menyebut dalam sebuah hadis yang dnyatakan oleh Anas RA, Baginda bersabda yang bermaksud : " Doa yang diucapkan antara azan dan iqamah tidak akan ditolak." (Riwayat Al-Tarmizi, Abu Dawud, dan Hassan). Antara waktu-waktu yang terbaik dipanjatkan doa kehadrat Allah SWt seperti waktu berangkat ke medan perang untuk menegak atau mempertahankan agama Allah, ketika hujan, sewaktu berbuka puasa, dalam sujud dn dalam musafir yang bertujuan baik lagi diharuskan. Antara hadis yang dapat disebutkan antara lain : " Waktu yang paling hampir seseorang hamba itu dengan Tuhannya ialah ketika ia sedang sujud, maka perbanyakkan olehmu doa (dalam sujud)." (Hadis riwayat Muslim) Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Bersopan santun dan bersungguh-sungguh ketika berdoa amat dituntut oleh agama. namun kita lihat di mana-mana jua, keadaan sambil lewa atau kurang berharap, banyak berlaku di kalangan mereka yang berdoa atau mengaminkan doa, seperti mengangkat tangan dengan tidak bermaya, meletakkan tangan di atas riba sambil berbual-bual dan lain-lain lagi. Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali menggariskan adab ketika berdoa : - Dalam keadaan khusyuk - Menghadap kiblat dan mengangkat tangan samapi ke paras bahu.
- Merendahkan suara, hanya sekadar didengar oleh telinga sendiri dan orang yang hampir dengan kita. - Tidak perlu menggunakan kata-kata yang bersajak dan bermadah, cukupkah dengan kata-kata yang sederhana seperti yang selalu diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat . - Meyakini dngan doa yang dilafazkan. Tidak kecewa dan gelisah jika doa masih belum dikabulkan Allah. - Memulakan doa dengan memuji Allah dan Rasulnya. - Bertaubat sebelum berdoa. Ulamak lain ada menambah berdoa dengan nama-nama Allah yang mulia. Allah SWT telah memilih untukNya nama-nama seperti : Al-Hakiimu (Yang Maha Bijaksana) Al-Kariimu ( Yang MahaPemurah/ Mulia) Al-'Aliimu ( Yang Maha Mengetahui) Al-Haliimu (Yang Maha Penyantun) Al-Hayyu (Yang Maha Hidup) Al-Qayyum (Yang Maha terus mengurus makhluk) Zuwaljalaliwalikram (Yang Maha agung Maha mulia) dan lainnya. Sidang Jumaat yang dihormati, Sangat banyak hikmah dan manfaat dari berdoa, antaranya : -
Menampaakkan ketauhidan : Berdoa adalah bukti adanya hubungan dengan Allah.
-
Jujur dan ikhlas dalam beribadat.
-
Meraih cinta Allah :
Allah amat kasih kepada orang yang banyak berdoa. -
Mendekatkan hamba kepada Allah
-
Percaya dengan janji Allah
-
Mengusir Syaitan
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Doa adalah hubungan langsung antara hamba dengan Allah. Allah Maha mengetahui segala kemahuan hambanya, lantas pintu munajat dan doa dibuka luas, untuk mereka memohon bantuan rahmatNya dan Allah sentiasa bersedia menanti doa hambaNya untuk memperkenankannya. (Al-Baqarah:186) "Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka sentiasa berada dalam
kebenaran." http://mambo15.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=518&It emid=1
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Setiap mukmin percaya bahawa ada tuhan yang maha pencipta dan maha berkuasa iaitu Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.Bagi setiap mumin hanya Allah tempat bergantung dan meminta pertolongan.Maka orang mukmin disuruh berdoa dan memohon apa jua kepada Allah kerana Allah memperkenankan permohonan hambanya yang sentiasa mengingatinya.maka berdoalah siang dan malam kerana orang yang sentiasa kepada Allah adalah orang yang sentiasa mengingati Allah.Rasulullah saw bersabda,"Doa itu senjata bagi orang mukmin" Rasulullah saw berdoa kepada Allah siang dan malam an doa baginda sentiasa diperkenankan oleh Allah.Sebelum tercetus Perang Badar,Rasullah berdoa kepada Allah supaya memberi kemenangan kepada tentera muslimin. Allah memperkenankan doa baginda dan tentera muslimin yang sedikit berjaya menewaskan tentera musyrikin yang lebih besar jumlahnya. Rasulullah pernah berdoa supaya hujan turun atas permintaan penduduk suatu daerah yang menderita akibat kemarau panjang.Pada hari itu juga hujan pun turun di daerah yang kering itu. Ketika Rasulullah berdoa,para sahabat yang mendengar doa baginda sempat menghafal dan menulis doanya itu hingga mereka pun berdoa dengan mengucapkan doa Rasululah itu.Pernah seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dan mengadu bahawa dia puas berdoa meminta dimurahkan rezeki tetapi doanya tidak diperkenankan oleh Allah. Rasulullah saw bersabda"Kamu berdoa kepada Allah dan kamu duga Allah mengabulkan doa kamu,pada hal makanan kamu diperoleh dengan cara haram,pakaian kamu kamu juga haram dan tempat tinggal kamu haram.Bagaimana Allah akan mengabulkan doa kamu?" Oleh itu,syarat utama untuk allah memperkenankan doa hambanya ialah menjauhi segala perbuatan haram,apa lagi sumber rezeki yang haram,disamping mengerjakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang.Semoga Allah memperkenankan doa hamba-hambanya yang berdoa dengan hati yang ikhlas dan
memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan oleh Rasulullah saw sehingga doa mereka benar-benar berfungsi sebagai senjata bagi orang mukmin,insya'allah.
DOA adalah satu permintaan atau permohonan seseorang Muslim kepada Allah SWT bertujuan memperoleh sesuatu yang dihajati. Doa sebagai satu senjata umat Islam sering kita lupakan terutama ketika menghadapi pelbagai masalah sepanjang kehidupan di dunia ini. Doa seperti ditegaskan oleh Rasulullah sebagai ’senjata’ kepada orang mukmin perlu disedari dan dihayati sepenuhnya oleh umat Islam. Doa menjadi tanda kepada perhambaan seorang manusia kepada Allah iaitu dengan cara merintih dan merayu kepada-Nya serta mengadu segala hal dan permasalahan dengan air mata berlinangan tanpa mengharapkan pertolongan selain daripada Allah sebagai Tuhan yang Maha Mendengar dan Mengasihani hamba-Nya. Sesungguhnya, persoalan doa bukan sekadar fungsinya sebagai cara pengaduan kepada Allah tetapi juga turut diiktiraf sebagai ibadah yang amat agung. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan katakanlah (wahai Muhammad), berdoalah kepada-Ku. Nescaya Kumakbulkan permintaanmu. Sesungguhnya mereka yang takbur dan enggan beribadat kepada-Ku akan dicampakkan ke dalam neraka Jahanam yang perit azabnya.” (Surah al-Ghafir: ayat 60) Dalam ayat itu, Allah menerangkan doa adalah satu wasilah pengaduan seseorang hamba kepada Tuhannya yang
dijamin akan diperkenankan permintaan itu sama ada di dunia ini disegerakan permintaan itu) atau di akhirat (ditangguhkan atau diberikan pahala kepadanya atas ibadah doa dikerjakan). Doa memainkan peranan penting melembutkan hati dan dibukakan jalan untuk mendapat hidayah Allah. Bukan semua orang yang Allah berikan keinginan untuk berdoa dan menadah tangannya di hadapan Allah, bahkan ramai malas dan berdoa hanya sekadar untuk mencukupkan syarat tanpa rasa gerun dan takut kepada Allah; tunduk dan merasai kehebatan dan keagunganNya serta penuh pengharapan di hadapan Allah. Apabila malas berdoa mula melebar dalam diri kita, perlu melakukan muhasabah ke dalam hati kita, mungkin ada yang tidak kena atau ada perkara menghalang sehingga kita tidak dapat merasai kemanisan berdoa. Doa dilafazkan oleh seseorang Muslim itu amat mustajab dan mampu mendatangkan kesan dengan izin Allah. Selain itu, seseorang Muslim harus sedar keengganannya untuk berdoa kepada Allah akan menyebabkan kemurkaan Allah kepadanya. Apabila seseorang itu memohon kepada selain daripada Allah ketika dalam kesulitan, dia dianggap mensyirikkan Allah. Di samping itu, keengganannya juga menggambarkan takbur dan merasakan diri sudah cukup tanpa memerlukan pertolongan daripada Allah. Ia jelas bertentangan dengan prinsip kehambaan seorang hamba terhadap tuannya apatah lagi terhadap Allah yang Pencipta
sekalian alam. Allah menjadikan doa sebagai perisai kepada golongan mukmin dan mereka yang sentiasa mengharapkan keredaan-Nya. Dalam beberapa riwayat ada dinyatakan golongan yang doa mereka amat mustajab dan dikabulkan oleh Allah. Antara yang tergolong dalam golongan ini ialah : Pertama; mereka yang dizalimi. Ia termasuklah golongan yang dihina, dihalau daripada tempat kediaman mereka tanpa hak atau bentuk kezaliman yang lain; Kedua; golongan yang bermusafir untuk tujuan yang baik; Ketiga; doa kedua-dua ibu bapa kepada anaknya, Keempat; doa mereka yang menunaikan ibadah haji atau umrah. Di sini jelas betapa mereka yang berada dalam situasi sedemikian sememangnya Allah muliakan dan doa mereka juga dijanjikan oleh Allah akan dimakbulkan selagi tidak membawa kepada maksiat atau kejahatan. Selain itu, doa yang mustajab juga ialah doa daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah; dan sahabatnya itu tidak mengetahui bahawa dia sedang didoakan oleh seseorang. Di samping itu, individu yang mendoakan sahabatnya itu juga akan diberikan ganjaran dan diberikan kebaikan seperti dia mendoakan sahabatnya itu. Setiap Muslim perlu memahami doa
dimakbulkan oleh Allah atas permintaan hamba-Nya itu adakalanya dikurniakan berdasarkan apa yang dimintanya atau dipaling iaitu menjauhkan daripadanya sesuatu kejahatan setaraf dengan doanya itu atau Allah menangguhkan dahulu permohonan hamba itu untuk dijadikan sebagai pahala pada akhirat kelak. Rasulullah bersabda bermaksud: “Tiada seorang Muslim berdoa tidak mengandungi dosa atau mengarah kepada pemutusan hubungan kekeluargaan, melainkan Allah akan mengurniakan baginya salah satu daripada tiga keadaan, iaitu (1) segera dikabulkan doanya; (2) disimpan untuk diberikan di akhirat; (3) atau kerana doanya itu maka Allah menjauhkan dia daripada kesulitan.”
Keutamaan Do'a 1. Do'a adalah otaknya (sumsum / inti nya) ibadah. (HR. Tirmidzi) 2. Do'a adalah senjata seorang mukmin dan tiang (pilar) agama serta cahaya langit dan bumi. (HR. Abu Ya'la) 3. Akan muncul dalam umat ini suatu kaum yang melampaui batas kewajaran dalam berthaharah dan berdoa. (HR. Ahmad dan Abu Dawud) Penjelasan: Yakni berdoa atau mohon kepada Allah untuk hal-hal yang tidak mungkin dikabulkan karena berlebih-lebihan atau untuk sesuatu yang tidak halal (haram). 4. Do'a seorang muslim untuk kawannya yang tidak hadir dikabulkan Allah. (HR. Ahmad) 5. Jangan mendo'akan keburukan (mengutuk) dirimu atau anak-anakmu atau pelayanpelayanmu (karyawan-karyawanmu) atau harta-bendamu, (karena khawatir) saat itu cocok dikabulkan segala permohonan dan terkabul pula do'amu. (Ibnu Khuzaimah) 6. Rasulullah Saw ditanya, "Pada waktu apa do'a (manusia) lebih didengar (oleh Allah)?"
Lalu Rasulullah Saw menjawab, "Pada tengah malam dan pada akhir tiap shalat fardhu (sebelum salam)." (Mashabih Assunnah) 7. Do'a yang diucapkan antara azan dan iqomat tidak ditolak (oleh Allah). (HR. Ahmad) 8. Bermohonlah kepada Robbmu di saat kamu senang (bahagia). Sesungguhnya Allah berfirman (hadits Qudsi): "Barangsiapa berdo'a (memohon) kepada-Ku di waktu dia senang (bahagia) maka Aku akan mengabulkan do'anya di waktu dia dalam kesulitan, dan barangsiapa memohon maka Aku kabulkan dan barangsiapa rendah diri kepada-Ku maka aku angkat derajatnya, dan barangsiapa mohon kepada-Ku dengan rendah diri maka Aku merahmatinya dan barangsiapa mohon pengampunanKu maka Aku ampuni dosa-dosanya." (Ar-Rabii') 9. Ada tiga orang yang tidak ditolak do'a mereka: (1) Orang yang berpuasa sampai dia berbuka; (2) Seorang penguasa yang adil; (3) Dan do'a orang yang dizalimi (teraniaya). Do'a mereka diangkat oleh Allah ke atas awan dan dibukakan baginya pintu langit dan Allah bertitah, "Demi keperkasaanKu, Aku akan memenangkanmu (menolongmu) meskipun tidak segera." (HR. Tirmidzi) 10. Barangsiapa tidak (pernah) berdo'a kepada Allah maka Allah murka kepadanya. (HR. Ahmad) 11. Apabila kamu berdo'a janganlah berkata, "Ya Allah, ampunilah aku kalau Engkau menghendaki, rahmatilah aku kalau Engkau menghendaki dan berilah aku rezeki kalau Engkau menghendaki." Hendaklah kamu bermohon dengan kesungguhan hati sebab Allah berbuat segala apa yang dikehendakiNya dan tidak ada paksaan terhadap-Nya. (HR. Bukhari dan Muslim) 12. Hati manusia adalah kandungan rahasia dan sebagian lebih mampu merahasiakan dari yang lain. Bila kamu mohon sesuatu kepada Allah 'Azza wajalla maka mohonlah dengan penuh keyakinan bahwa do'amu akan terkabul. Allah tidak akan mengabulkan do'a orang yang hatinya lalai dan lengah. (HR. Ahmad) 13. Apabila tersisa sepertiga dari malam hari Allah 'Azza wajalla turun ke langit bumi dan berfirman : "Adakah orang yang berdo'a kepadaKu akan Kukabulkan? Adakah orang yang beristighfar kepada-Ku akan Kuampuni dosa- dosanya? Adakah orang yang mohon rezeki kepada-Ku akan Kuberinya rezeki? Adakah orang yang mohon dibebaskan dari kesulitan yang dialaminya akan Kuatasi kesulitan-kesulitannya?" Yang demikian (berlaku) sampai tiba waktu fajar (subuh). (HR. Ahmad) 14. Tidak ada yang lebih utama (mulia) di sisi Allah daripada do'a. (HR. Ahmad) 15. Tiga macam do'a dikabulkan tanpa diragukan lagi, yaitu doa orang yang dizalimi, doa kedua orang tua, dan do'a seorang musafir (yang berpergian untuk maksud dan tujuan baik). (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
16. Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Murah hati. Allah malu bila ada hambaNya yang menengadahkan tangan (memohon kepada-Nya) lalu dibiarkannya kosong dan kecewa. (HR. Al Hakim) 17. Tiada seorang berdo'a kepada Allah dengan suatu do'a, kecuali dikabulkanNya, dan dia memperoleh salah satu dari tiga hal, yaitu dipercepat terkabulnya baginya di dunia, disimpan (ditabung) untuknya sampai di akhirat, atau diganti dengan mencegahnya dari musibah (bencana) yang serupa. (HR. Ath-Thabrani) 18. Barangsiapa mendo'akan keburukan terhadap orang yang menzaliminya maka dia telah memperoleh kemenangan. (HR. Tirmidzi dan Asysyihaab) 19. Ambillah kesempatan berdo'a ketika hati sedang lemah-lembut karena itu adalah rahmat. (HR.Ad-Dailami) 20. Ali Ra berkata, "Rasulullah Saw lewat ketika aku sedang mengucapkan do'a : "Ya Allah, rahmatilah aku". Lalu beliau menepuk pundakku seraya berkata, "Berdoalah juga untuk umum (kaum muslimin) dan jangan khusus untuk pribadi. Sesungguhnya perbedaan antara doa untuk umum dan khusus adalah seperti bedanya langit dan bumi." (HR. Ad-Dailami) 21. Berlindunglah kepada Allah dari kesengsaraan (akibat) bencana dan dari kesengsaraan hidup yang bersinambungan (silih berganti dan terus-menerus) dan suratan takdir yang buruk dan dari cemoohan lawan-lawan. (HR. Muslim) 22. Tidak ada manfaatnya bersikap siaga dan berhati-hati menghadapi takdir, akan tetapi do'a bermanfaat bagi apa yang diturunkan dan bagi apa yang tidak diturunkan. Oleh karena itu hendaklah kamu berdoa, wahai hamba-hamba Allah. (HR. Ath-Thabrani) 23. Barangsiapa ingin agar do'anya terkabul dan kesulitan-kesulitannya teratasi hendaklah dia menolong orang yang dalam kesempitan. (HR. Ahmad) Sumber: 1100 Hadits Terpilih (Sinar Ajaran Muhammad) - Dr. Muhammad Faiz Almath - Gema Insani Press