Rujukan Kami : GEGS/SMKRPK KK 4110/96 (PERAK) (21) Rujukan Tuan : Tarikh : 8 Ogos 2009 Kepada Semua Bekas Pelajar MGS/GEGS/SMKRPK Yang Mulia, Yang Berbahagia, Dato�, Datin, Puan Sri Puan, SAMBUTAN 60 TAHUN SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM, ANJURAN BERSAMA PERSATUAN BEKAS PELAJAR METHODIST GIRL�S SCHOOL (MGS), GOVERNMENT ENGLISH GIRL�S SCHOOL (GEGS)/ SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM (SMKRPK) DAN SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM 2009 Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa SMK Raja Perempuan Kelsom dan Persatuan Bekas Pelajar Government English Girl�s School (GEGS)/ SMK Raja Perempuan Kelsom (SMKRPK), akan mengadakan Hari Kokurikulum dan Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulangtahun ke-60 SMK Raja Perempuan Kelsom. Majlis ini akan diadakan seperti di bawah: 1.1
HARI KOKURIKULUM Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi � 2.00 petang Tempat : Padang Perhimpunan, SMK Raja Perempuan Kelsom AKTIVITI Jualan Persatuan, Kelab dan Unit Beruniform Pameran dan Promosi Universiti dan Kolej Pertandingan Hoki : Under 15 vs. Under 51 Pertandingan Bola Jaring : Under 15 vs. Under 51
1.2
MAJLIS MAKAN MALAM MGS/GEGS/SMKRPK Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu) Masa : 8.00 malam Tempat : Dewan Puteri, SMK Raja Perempuan Kelsom
2. Majlis ini diadakan bagi tujuan mengeratkan hubungan di kalangan bekas pelajar sekolah ini. Ia juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti kebajikan kepada bekas pelajar dan pelajar SMK Raja Perempuan Kelsom. 3. Sehubungan dengan ini, puan-puan dengan hormatnya dijemput untuk sama-sama menyerikan majlis ini. Mudah-mudahan kehadiran kita dapat mengimbau kenangan pahit manis bersama dan seterusnya mewujudkan ikatan persahabatan yang berkekalan di kalangan kita. 4. Kami amat berbangga sekiranya puan dapat menyerikan majlis ini. Sekian, terima kasih. �BERKHIDMAT UNTUK NEGARA� Saya yang menurut perintah, HAJAH ZAWIYAH BT AHMED Pengerusi