Dimensi Moral.pptx

  • Uploaded by: sin wai Bee
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dimensi Moral.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 282
  • Pages: 9
Dimensi Moral Tay Jia Xuan Xian

Rachel Thang Ru Jing

Chan Kai

Dimensi Moral Seorang insan yang berakhlak mulia yang sempurna mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral, iaitu • Penaakulan/Pemikiran Moral • Perasaan Moral • Tindakan/Perlakuan Moral

Penaakulan Moral • Pemikiran Moral yang merupakan penaakulan dan pertimbangan secara rasional dan bebas. • Ini bermaksud seseorang individu yang mempunyai pemikiran moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. • Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.

• Perkembangan pemikiran dan penaakulan moral yang berprinsip dengan (i) memahami maksud nilai moral (ii) mengenalipasti sesuatu situasi/isu yang melibatkan moral (iii) menimbang situasi/isu moral daripada perspektif orang lain (role-taking perspective) (iv) menyelesaikan isu/situasi moral secara objektif berasaskan kepada prinsip moral yang asas.

Perasaan Moral • Perasaan Moral merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati. • Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral.

• Perkembangan perasaan dan motivasi moral dengan (i) menyedari dan menghormati perasaan dan kebajikan orang lain (ii) menyedari perasaan dan rasa hormat diri dan (iii) mempunyai motivasi dan niat untuk bertindak.

Perlakuan Moral • Tindakan Moral merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya. • Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang bertindak secara bermoral.

• Perkembangan tindakan dan perlakuan moral dengan (i) bertindak secara autonomi berdasarkan kepada prinsip moral yang asas (ii) bertindak secara konsisten atau sebagai sesuatu kebiasaan dalam kehidupan (iii) bertanggungjawab sendiri atas tindakan yang diambil (iv) beriltizam untuk menjadikan nilai sebagai satu ciri perwatakan diri sendiri dan dalam hubungannya dengan orang lain

Related Documents


More Documents from "Embun"