Dikotomi Politik Dan Ran

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dikotomi Politik Dan Ran as PDF for free.

More details

  • Words: 266
  • Pages: 2
DOKOTOMI POLITIK DAN PENTADBIRAN.

Dikotomi berasal dari perkataan Greek dichotomia yang membawa maksud pembahagian. Dikotomi politik dan pentadbiran bermaksud pembahagian antara dua pihak yang mempunyai kepentingan yang sama tetapi mempunyai perbezaan dalam peranan yang dimainkan oleh kedua-dua belah pihak. Politik pada asasnya merupakan kegiatan yang berkaitan dengan parti politik,kuasa politik dan bagaimana menggunakan kuasa itu dan pentadbiran pula adalah perjalanan kerajaan sehari-hari dan tidak berkaitan secara langsung dengan parti. (K.Ramanatahan, 1993) Walaupun pada dasarnya parti yang memenangi pilihan raya akan membentuk kerajaan namun peranan pentadbir tidak berubah sebagai individu yang mengerakkan jentera kerajaan. Oleh itu kakitanggan kerajaan tidak boleh mengambil bahagian didalam politik kerana dikhuatiri mempunyai kepentingan dalam urusan pentadbiran dan politik.(conflict of interest) ketika menjalankan tugas. Menurut Woodrow Wilson beliau telah menyatakan pembahagian dalam pentadbiran awam diamana beliau menjelaskan perbezaan antara politik dan pentadbiran diamana bidang pentadbiran adalah satu bidang perniagaan. Ia diasingkan daripada kegelisahan dan kecepatan politik; (Woodrow Wilson, 1887) Di dalam teori doktrin pengasingan kuasa terdapat pengasingan kuasa antara Badan Eksekutif, Judisari dan Undang-undang, iannya bertujuan mengelakkan penyalahgunaan kuasa badan-badan itu disamping mengelakkan pertindihan kuasa sesama mereka. Oleh itu dokotomi politik dan pentadbiran penting bagi mengelakkan campur tangan politik dalam bidang pentadbiran.

Umum tahu bahawa peranan ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti yang memerintah adalah mengubal dan membuat dasar namun perlaksananya biasanya adalah tanggungjawab kakitangan kerajaan ini menunjukkan perkaitan secara langsung antara politik dan pentadbir namum sekiranya pentadbir itu bersikap pilih kasih atau mempunyai kepentingan sebagai ahli politik maka sudah tentulah dasar yang ingin dilaksanakan tidak berjaya atau menelan kos yang tinggi. Oleh itu dikotomi politik dan pentadbiran perlu bagi mengelakkan ianya berlaku.

Related Documents