Diari Konsep Geograf Fizikal 942/1

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Diari Konsep Geograf Fizikal 942/1 as PDF for free.

More details

  • Words: 528
  • Pages: 3
Diari Konsep TEMA 1 – Sistem Bumi Bab 1 : Konsep/Huraian 1. Sistem Alam Sekitar Fizikal: Ditakrifkan sebagai satu set angkubah atau unsur-unsur yang saling bertindak antara satu sama lain, mempunyai tenaga dan bahan yang dapat masuk dan keluar dari sistem tersebut. Contoh; Sistem hutan semulajadi di mana inputnya terdiri daripada tenaga suria, karbon dioksida dan air yang datang dari atmosfera. Outputnya pula seperti wap air yang dibebaskan melalui proses respirasi dan oksigen dibebaskan melalui proses fotosintesis. 2. Sistem Atmosfera: Mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara kelembapan udara, tiupan angin yang berlaku di ruang atmosfera. 3. Sistem Geomorfologi: Mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yang makro atau yang mikro. 4. Sistem Hidrologi: Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai kerpasan , air permukaan seperti sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah. 5. Sistem Ekologi: Mengkaji habitat fauna dan flora yang dibahagikan kepada ekosistem yang berantaian antara satu sama lain seperti ekosistem muara, ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.

Bab 2 : Konsep/Huraian 1. Sistem Suria: Satu sistem yang terdapat dalam galaksi Bima sakti yang terdiri daripada planet-planet dan bintang-bintang yang mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. Sistem suria terdiri daripada 8 buah planet setelah Pluto di singkirkan (tidak memenuhi kreteria sebuah planet mengikut Kesatuan Astronomi Antarabangsa). 2.

Nebula atau Galaksi:

Merupakan kelompok besar bintang, gas dan habuk. Galaksi kita dikenali sebagai Bima Sakti/Milky Way yang mengandungi sehingga 100 bilion bintang.

Bab 3: Konsep/Huraian 1. Tenaga: Satu daya atau kemampuan untuk mengoperasikan kerja atau menghasilkan sesuatu. Tenaga terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tenaga haba, tenaga kenetik, tenaga potensi, tenaga kimia, dan juga tenaga elektrik. 2. Tenaga Endogenik: Tenaga dalaman yang berpunca dari perut bumi seperti tenaga graviti, radiogenik dan juga tenaga haba. 3. Tenaga Eksogenik: Tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu dari matahari (hasil tindakbalas nukleus:- atom-atom hidrogen berpadu membentuk helium) yang diterima bumi dalam bentuk bahangan yang kemudiannya ditukar kepada tenaga haba. 4. Tenaga potensi: Tenaga keupayaan yang dimilki dan disimpan dalam sesuatu jasad kerana kedudukan dan keadaannya. Contoh; air sungai – semakin banyak isupadu air sungai semakin besar tenaga potensinya. 5. Tenaga kinetik: Terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad. Bergantung kepada halaju pergerakan. Semakin laju pergerakan sesuatu jasad semakin tinggi tenaga kinetik yang terhasil. 6. Tenaga Graviti: Tenaga yang dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas ke bawah. Ia bergantung kepada saiz jisim dan ketinggian jisim itu. 7. Tenaga Haba: Tenaga kepanasan sesuatu jisim yang diukur dalm unit darjah celsius. Terbahagi dua iaitu: Tenaga haba rasa iaitu tenaga haba yang terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan tersebut menjadi panas. Tenaga haba pendam iaitu tenaga yang terkandung dalam sesuatu jisim sehingga dibebaskan. 8. Sinaran suria: Merujuk kepada bahangan matahari (0.48 mikron)

yang diterima bumi dalam bentuk gelombang pendek

9. Sinaran bumi: Dikenali sebagai bahangan teresterial yang dibebaskan ke atmosfera dalam bentuk gelombang panjang (10 mikron). 10. Afelion: Kedudukan Bumi paling jauh dari Matahari 152 juta km.

11. Perihelion: Kedudukan Bumi paling hampir dengan matahari 147 juta km. 12. Hukum Boyle: Apabila suhu tinggi tekanan udara menjadi rendah. Angin akan bertiup dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.

Related Documents

Fizikal
May 2020 31
Diari
December 2019 45
Diari
April 2020 36