Dia Murabbi (halizal)

  • Uploaded by: Salahuddin Kakashi
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dia Murabbi (halizal) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,279
  • Pages: 7
Y.B.ku... MURSYID (Oleh:Halizal Allias)

Dia seorang Daie Tiap kali dia menyulam kalam pasti mereka terbungkam,lantas mengajar kaum yang kikir berfikir supaya mengenal alam dan mencampak jauh keegoan semalam.Dia berhati waja,gayanya bersahaja biarpun diri boleh menjadi raja tapi perjuangan diri tak pernah dijaja.Aku masih ingat tatkala Maktabah al-Mukhtar KUSZA aku lewati dan kitab-kitab kuning itu aku tadabbur dalam malam hening, ternyata dialah insan yang aku kepingan untuk menjadi murabbi laksana abi. Bila muka hadapan hasil titipan an-Nadwi aku hayati,ternyata dia diutus buat menyemai budi pekerti iaitulah akhlakul karim.Dia pernah berkata: “Sesungguhnya aku diutuskan oleh Sang Penguasa buat memperkasa umat manusia agar akhlaknya menjadi luar biasa dari adat dan kurafat dan menurut resmi syariat”begitulah mafhum kalamNya atau seumpamanya.” Tapi malang bagi entiti yang hati mati itu, mereka tidak mengerti,cinta sejati murabbi itu.Bukan satu atau dua huruf yang ditolak tapi seluruhnya ditempelak kononnya dia menciplak syair yang entah dari mana.Pun begitu Si Badwi yang dahulu berpegang pada kiblat samawi bisa memahami lantas menolak segala masyhur tempelan duniawi.Maka itulah anugerah hati yang ternyata cerah,lukisannya sama bagai hari tatkala siang biarpun kulitnya gelap hitam bak malam kelam.Malah warna kepatuhannya tuntas menjadi pejal sehingga tidak mampu lagi untuk dicelorang-celorengkan.Lantaran

itu dia telah menyampaikan seru dari penjuru langit bahawa Sang Penguasa begitu hampir dengan hamba yang paling takwa. Kali ini giliran aku pula dicengkam bungkam,terpalit rasa malu bagimana aku Si Sawo Matang tidak mampu menatang ajaran langit yang dibawa oleh dia.Aku cari lagi siapa sebenarnya dia dalam kitab kulit hitam yang berkalamkan Ramadhan al-Buthi.Oh kali ini aku bertambah kenal dia siddiq,amanah,tabliq dan fatanah itulah tamsilan penyeri empunya diri. Antara dua darjat dia sering diungkap laknat oleh yang mengkhianat Sang Penguasa.Namun dia konsisten....... kalamnya penuh hikmat, strategi sentiasa cermat dan kepada Sang Penguasa dia terus dekat lagi taat.Mereka kini pening tatkala melihat awan biru bertukar kuning dan dia terus tulus tiada fulus.Di belakang dia semacam ada gelombang yang bisa menumbang segala ajaran sumbang dan kurafat songsang oleh mereka Si Petualang.Masakan mereka harus diam,pengikut dia kian berasakkan,walau di ancam walau di tekan,salam dari langit kian kehadapan rumah para ilmuan,hartawan dan jutawan. Aku kini terasa bagai mendapat kekuatan dia, dalam kedinginan maktabah kini aku kepanasan.Bukan kerana marah tapi berbangga melihat sejarah dia.Aku umatnya,aku umatnya,aku......umatnya!Lepas ini aku ingin menjadi pewarisnya yang tulin,menebus kembali tanah-tanah 2/3 bumi Islam dahulunya yang masih lagi tergadai.

Dia Laksana Ummi Dia begitu penyayang sehinggakan dirinya bagai bayang tak lekang dari ingatan Ummahatul Mukminin walaupun ketika di medan perang.Tarbiyahnya terlestari dalam

setiap diri ahli usrahnya,tidak hairanlah bagaimana Fatimah ternama mampu menjelma sehingga para penghuni kota pasir itu terkasima.Terkasima bukan kerana nama,tapi kerana irama dari langit yang dibawa olehnya begitu jitu hingga mewujud ukhuwah yang padu. Malah irama langit itu mengajarnya berlaku saksama terhadap semua empunya nama iaitu Khadijah,Aisyah,Hafsah,Zainab,Ummu Salamah,Juwairiyah,Raihanah,Ummu Habibah,Maimunah

dan

Mariyah.Namanya

sentiasa

tersemi

selaku

suami

mithali,peribadinya asli bukan saduran atau campuran tapi lahir dari acuan Sang Penguasa.Dia begitu bijaksana, mampu membetul kaum dari tulang rusuk dengan tiada sedikit patah, membuatkan mereka pasrah menerima salam dari langit yang penuh mahmudah.Masya Allah.... Aku kini kembali merenung mengapa kaum hawa hilang wibawa akalnya kerana poligami dianggap mereka sebagai mimpi ngeri.Mungkin juga kerana hari ini bapakbapak itu haprak,asyik berborak sehingga periuk nasi yang tinggal hanya kerak buat ditelan anak dan bini.Masakan ingin tambah seorang lagi,mustahil buat Si Jahil.....cukuplah sekadar seorang isteri,kecuali mereka menurut dia....ya dia, yang aku sebutkan sejak tadi. Bahkan tangan dia begitu ringan membasuh cawan dan pinggan tanda kasihsayang buat permaisuri rupawan.Anak-anak seringkali dibuai olehnya jauh sekali untuk diabai.Air tangan isteri itulah yang menjadi pilihan dalam menjamah makanan,amatlah berkat kerana tiada syubahat .Biarpun kadang-kadang ummahatul mukminin punyai air yang bergenang di kelopak mata kerana tentangan dan rintangan,namun rahsia

ketenangan ketuhanan menjadikan ia begitu senang lantas menambahkan kasih sayang.Inilah Baiti Jannati..... Panglima Padang Pasir Dalam berperang strateginya bukan sembarang,Badar,Uhud,Khandak dan Hunain menjadi saksi.Akalnya cukup bestari yang susah untuk dicari,membuatkan musuh ramai tewas dan lari, tidak kurang juga ditahan digari.Bertemankan Umar,Ali,Hamzah dan Khalid, kepahlawananya benar benar dirasai dalam menghapus musuh yang ingin mematah misi kalimah suci. Pedangnya Dzul Fakar terhunus tajam menghapus mustakbirin yang kejam.Tetapi Sang Penguasa tidak pernah menitah agar Islam mesti dikembang dengan mata pedang,melainkan hanya orientalis yang bercakap temberang.Dia menyerang kerana mereka curang,membuat amalan yang telah dilarang.Kuda yang dia tunggang begitu sasa,menampakkan dia pahlawan yang perkasa.Sememangnya dia bukan insan biasa,tapi luar biasa membuktikan dia utusan Sang Penguasa.Rahsia kekuatannya hanya satu dekat kepada Yang Esa.Tatkala insan lain di pembaringan,dia dibuaian perhitungan menangis kesyahduan mendamba keredhaan.Maka berlalulah irama jahiliyah berterbangan bersama debu-debu pasir dibawah tapak kaki kuda seorang pahlawan terbilang.... Sekali lagi aku termenung dan merenung,betapa Islam dahulunya mulia laksana tingginya gunung.Tapi selepas 11 September itu agama Sang Penguasa menjadi mangsa dilabel ekstrimis,terroris dan entah apa lagi istilah yang cukup prejudis.Apatah lagi bila negara yang mengaku Maha Kuasa itu meranapkan Iraq yang sehingga kini keamanannya entah di mana.Ya kita perlu ada Sukhoi,malah mungkin lebih lagi seperti nuklear, bukan kerana aku ingin bumi Hang Tuah ini menjadi bumi Adolf Hitler,tetapi kerana

mempertahankan bumi yang penuh daulat.Wawasan2020 masih jauh apatah lagi wawasan akhirat yang tidak diketahui titik penamat kecuali Sang Penguasa.Lantaran itulah Ibnu Abi Thalib pernah bermadah: “Kebenaran yang tidak terancang akan ditewaskan oleh kebhatilan yang tersusun rapi”. Pemimpin Yang Terbilang Lagi Dijulang Di bumi Hijrah Madinah al-Munawwarah,dia sememangnya terus dikenali ramai kerana bakti dan budi yang disemai.Dia Bapak Agama,Bapak Perpaduan,Bapak Kemajuan dan Bapak Segala Kecemerlangan.Malah sehingga 1425 Hijrah ini tiada lagi tokoh yang bisa menandingi dirinya dari dulu,kini dan selamanya.Andai budinya dituai menjadi beras lalu dihitung dengan cupak,pastinya tidak habis malahan berlambaklambak.Lambakkannya itu akan membuatkan bumi yang bergelar Thaif dahulunya akan bertukar menjadi jelapang segala budi seperti negeri padi, bumi tempat tinggalku ini. Masjid Nabawi dia tunjangkan sebagai pusat segala kegiatan umat.Di serambi ini segalanya menjadi saksi, dia bijak bagai bidak di papan catur.Bayangkan apakah formula yang dia gunakan dalam sebuah daulah menyatukan hartawan hinggalah abdi buangan menjadi umat pilihan berbekal perpaduan.Kabilah-kabilah arab seperti Aus dan Khazraj yang seringkali bermandi darah kini bertukar menjadi kawan yang akrab lagi mahabbah.Yahudi dan Nasrani pula tunduk pada ajaran Ar-Rahman setelah menjamah ramuan yang dia hidangkan dalam mengembang ajaran kebenaran. Pendek kata andai dia masih lagi hidup, nescaya golongan sunni dan syiah di kota Baghdad itu akan tenteram,setenang air di kali.Malahan pasti golongan Jihad Islami,Hizbullah,Briged al-Aqsa akan mampu meruntuhkan tebing Sharon yang setinggi 8 meter itu.Tidak perlu dibawa ke I.C.J.di The Hague,200 juta bangsa Arab itu pasti dapat

menyelesaikannya,bukan seperti apa yang berlaku kini.Tapi seribu kali sayang bangsa arab itu leka bukan sekadar 70 juta masih lagi buta huruf,yang paling dibimbangi olehku masih lagi ramai yang buta hati,tidak mampu menghitung realiti. “Kringg....kringgg....kringggg”serentak dengan itu larian akalku bagai telah mencecah ke garisan penamat.Bunyi itu tadi menandakan waktu melawat perpustakaan telah pun tamat.Perlahan-lahan kitab-kitab tawarikh itu aku kembalikan semula ke rak.Jauh di sudut hatiku terbuku sebuah impian tatkala tarikh pilihanraya menjadi titik persoalan di kalangan rakyat kebanyakkan mahupun politikus kehausan.Biarlah ada di kalangan bakal-bakal Yang Berhormat (Y.B.) itu yang mencontohi dia,dia yang menjadi murabbi buat umat.Bukan sekadar kedengaran suara keramat ketika inginkan diri untuk dinobat. Aku inginkan wakil yang benar-benar mewakili umat,yang mampu mengangkat martabat umat, bukan politikus yang menikus melihat permasalahan yang semakin meruncing di seluruh alam kosmos ini.Sebagaimana sebuah ungkapan kata-kata azimat “Takkan Melayu Hilang Di Dunia,Tetapi Biarlah Melayu Itu Bemartabat”.Ya,aku mahukan pemimpin seperti dia,yang mampu menjadi murabbi buat satu billion umat agar mereka tidak hanyut laksana buih yang ditelan gelombang akhir zaman. Biarlah mereka bakal-bakal pemimpin mencontohi dia,menjadi Y.B. bukan sekadar di dewan umat,tetapi juga di padang rakyat.Seperti dia tidak pernah mengisi borang calon untuk bertanding,tetapi qudwah yang tiada banding itu menjadikan dia selalu menang pada setiap penggal.Rahsianya kerana keikhlasan mencari keredhaan, maka itulah benih mulia yang melahirkan pohon karisma dalam kepemimpinan.Lantaran

jadilah dia seorang murabbi,... segala bidang sepanjang zaman.Yang aku maksudkan tidak lain dan tidak bukan dialah Muhammad s.a.w.,dialah Y.B.ku Mursyid!

Related Documents

Dia Murabbi (halizal)
November 2019 28
Murabbi Sukses
May 2020 43
Dia
November 2019 46
Dia Dia 531
May 2020 16
Etica Dia A Dia
May 2020 17
Versiculos Dia Dia
November 2019 32

More Documents from ""

Golongan Anti Hadis
November 2019 50
Proses Revolusi Islam
November 2019 47
Wikipedia Sejarah Penubuhan
November 2019 58
Batas Ketaatan
November 2019 36