Golongan Anti Hadis Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. sebagai sumber kedua syariat Islam selepas alQuran. Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. merupakan sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran. Sumber pengambilan hukum yang terlah disepakati oleh para ulamak ada empat, iaitu: 1. Al-Quran 2. Al-Sunnah atau Hadis 3. Ijmak 4. Qiyas. Sejarah Golongan Anti Hadis Golongan Anti Hadis Pada masa sahabat Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar Hadis, terdapat seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar Hadis, memadai dengan alQuran sahaja. Imran menjawab: "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syaratsyaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu menjawab: "Terimakasih, aku baru sedar." Dan dikemudian hari orang itu menjadi seorang ahli fikah. Perkara yang terjadi kepada Umayah bin Khalid pula. Dia sedaya upaya cuba mencari penyelesaian seluruh masalah dengan hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Akhirnya dia berkata kepada Abdullah bin Umar bahawa di dalam alQuran dia hanya berjumpa dengan masalah sembahyang di rumah dan ketika perang sahaja. Sedangkan masalah sembahyang musafir tidak dapat ditemui. Abdullah bin Umar menjawab: "Wahai keponakanku, Allah telah mengutuskan Muhamad s.a.w. dan kita tidak tahu apa-apa. Kita kerjakan sahaja apa yang Nabi s.a.w. lakukan." Ayub al-Sakhtiyani berkata: "Apabila engkau mengajar Hadis kepada seseorang, kemudian dia berkata: "Tak perlu pakai Hadis, ajarkan kami al-Quran sahaja", maka ketahuilah bahawa orang itu sesat dan menyesatkan." Di atas, jelas bahawa bibit-bibit anti hadis sudah mulai wujud sejak zaman sahabat lagi. Cuma ia tidak serius dan masih berbentuk pandangan individu, tidak secara kelompok, jamaah atau gerakan. Dan ia berlaku disebabkan salah faham terhadap kedudukan hadis sebagai sumber syariah. Namun dengan cepat ia diperbetulkan. Sejak masa berkenaan, pandangan mahukan al-Quran sahaja tanpa hadis lenyap pada akhir kurun kedua hijrah. Ia tidak kedengaran lagi. Kerana umat pada masa lalu sepakat menerima Hadis sebagai sumber kedua hukum di dalam Islam. Baik Dari kelompok majoriti – Ahlus Sunnah maupun kelompok-kelompok kiri yang majoriti seperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij – masing-masing menerima Hadis sebagai sumber hukum. Walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakan bahawa kaum Muktazilah adalah termasuk di dalam golongan anti hadis, tetapi pendapat ini tertolak samasekali. Pendapat berkenaan bergantung kepada beberapa riwayat (cerita), sedangkan kenyataannya Muktazilah menerima Hadis. Ini berlaku kerana seorang yang bermazhab Muktazilah bernama al-Nazam telah menolak Hadis. Ini pendapat ini tidak lebih dari pendapat peribadi beliau, bukan
1
pendapat Muktazilah. Buktinya, majoriti orang-orang Muktazilah mengkafirkan beliau. Golongan Anti Hadis Pada Zaman Imam al-Syafi'i Ada satu kisah tentang dialog antara Imam Syafi’I dengan Golongan Anti Hadis: Golongan Anti Hadis bertanya kepada imam Syafi’I: "Ada atau tidak, dalil yang bersifat zhanni menghalalkan suatu masalah yang telah diharamkan dengan dalil bersifat pasti?" Imam Syafi’I: "Ada." Golongan Anti Hadis: "Apa dia?" Imam Syafi’I: "Apa pendapatmu mengenai orang yang membawa harta di sebelah saya ini? Bukankah dia ini haram dibunuh dan hartanya haram dirampas?" Golongan Anti Hadis: "Ya. haram dibunuh dan hartanya haram dirampas" Imam Syafi’I: "Tetapi, apabila ternyata ada dua orang saksi yang mengatakan bahawa orang ini baru sahaja membunuh orang lain dan merompak hartanya.. Apakah pendapat kamu mengenai orang ini?’ Golongan Anti Hadis: "Dia mesti diqisas dan hartanya mesti dirampas untuk dikembalikan kepada warisnya." Imam Syafi’I: "Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi berbohong atau terkeliru?" Golongan Anti Hadis: Ya, ada kemungkinan." Imam Syafi’I: "Jika begitu, kamu telah membolehkan membunuh (qisas) dan merampas harta dengan dalil zhanni, sedangkan membunuh dan merampas harta itu telah diharamkan menggunakan dalil yang pasti." Golongan Anti Hadis: Ya, kerana kita diperintahkan untuk menerima persaksian." Golongan Anti Hadis Abad Modern Setelah beberapa abad (lebih kurang sebelas abad), muncul semula pemikiran anti hadis. Muncul di Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh Muhamad Abduh. Ia muncul, dipercayai hasil dari suntikan penjajah Barat yang ketika itu sedang rancak menjajah negara umat Islam. Mereka berjaya menimbulkan keraguan di hati sebahagian kecil umat Islam. Tujuannya adalah untuk melumpuhkan terus kekuatan umat Islam yang ketika itu sememangnya sedia dalam keadaan lemah. Dr Taufiq Sidqi telah menulis dua artikel di dalam majalah al-Manar pimpinan Saiyid Rasyid Redha. Pada mulanya, idea-idea Dr. Taufiq mendapat perhatian dari Saiyid Rasyid Redha, tetapi menurut Dr. Mustafa al-Siba’I, beliau menarik balik pandangan berkenaan. Di dalam artikel berkenaan, Dr.Taufiq menyeru al-Quran sahaja, tidak perlu sunnah. Golongan Anti Hadis Di Malaysia Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja. Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti Hadisnya.
2
Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar tempatan mengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja. Buku Hadis: Satu Penilaian Semula Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut: 1. Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat. 2. Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin. 3. Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti-intelektualisme, kebekuan dan opurtunis politik. Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini telah termaktub di dalam kitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak Islam silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Di dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana keadaan mula turun wahyu. Begitu juga yang tertulis di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir alQurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu Kathir dll. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai ayat pertama mula diturunkan dan sebab turunnya. Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan Islam. Di atas semua itu adalah bukti wujudnya Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para penulis kitab tarikh, tafsir dan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat untuk melakukan pendustaan. ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda memang diakui tidak dibukukan. Walaupun begitu Sunnah atau Hadis Nabi s.a.w. tetap: a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut, b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan umat Islam d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulismenulis hadis memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat, iaitu: Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran. Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda. Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberi kebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.
3
iii. Kasim Ahmad mendakwa bahawa Hadis-hadis telah mewujudkan faham kepuakan. Ini adalah dakwaan yang dusta. Kerana Hadis-hadis yang mendokong faham kepuakan adalah terdiri dari hadis-hadis palsu (maudhu') yang ditolak oleh umat Islam. iv. iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran dan kebekuan umat Islam sebagaimana yang didakwa. Kemunduran umat Islam yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain antaranya ialah: a. Kejahilan b. Kehilangan budi pekerti c. Kerosakan moral para pemimpinnya. d. Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan mereka menjadi jumud (beku). e. Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana Islam Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan Sembahyang Lima Waktu Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan bahawa sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. Malah Rashad Khalifa yang menjadi ikutan Golongan Anti Hadis telah mengatakan bahawa Abu Jahal dan lain-lain Arab Jahiliyah telah mengerjakan sembahyang lima waktu. Dengan ini, mereka menafikan sembahyang lima waktu itu telah difardukan semasa Israk dan Mi'raj. Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah Pendapat mengenai sembahyang lima waktu itu diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. adalah sesat dan ditolak oleh Islam. Kerana kewajipan sembahyang lima waktu telah difardhukan pada malam Isra' dan Mi'raj. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat, tabi'in dan para ahli sejarah. Manakala perincian tentang sembahyang pula, seperti niat, takiratul ihram, rukuk, sujud dll, tidak diterangkan oleh al-Quran. Perincian mengenainya tidak boleh didapati di mana-mana buku atau kitab melainkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah sahaja. (Sumber: Abdul Halim El-Muhammady, Islam dan al-Hadith: Satu analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah s.a.w.) Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith ISI AJARAN 1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam. 2. Menolak dua kalimah Syahadah. 3. Menolak Qada’ dan Qadar 4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu. 5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam 6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.
4
TARIKH MUNCUL: 1985 TEMPAT BERKEMBANG: Seluruh Malaysia TINDAKAN/HUKUMAN: Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri: 1. Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996 2. Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46 3. Melaka - 29 Feb 1996, No 78 4. Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 Penutup Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.
5