Di Ambang Ramadhan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Di Ambang Ramadhan as PDF for free.

More details

  • Words: 794
  • Pages: 5
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“DI AMBANG RAMADHAN” (14 OGOS 2009 / 23 SYAABAN 1430)

‫ﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣ ﮤ‬ ‫حمّدًا‬ َ ُ‫ وَأَ ْشهَدُ أَنّ َسيّدَنَا م‬،ُ‫أَ ْشهَدُ أَ نْ ل إِلَ هَ إِلّ الُ وَ ْحدَ هُ لَ َشرِْي كَ لَ ه‬ ِ‫حمّدٍ َوعَلَى آلِ ه‬ َ ُ‫صلّ وَ َسلّمْ وَبَارِ كْ عَلَى َسيّ ِدنَا م‬ َ ّ‫ اَل ّلهُم‬.ُ‫َعبْدُ هُ َورَ ُسوُْله‬ .َ‫حِبهِ أَ ْج َم ِعيْن‬ ْ َ‫وَص‬ َ‫ َف َقدْ فَاز‬،ِ‫ّايي ِبَت ْقوَى ال‬ َ ‫ْصييْكُمْ وَِإي‬ ِ ‫ ُأو‬،َ‫ اّتقُوا ال‬،ِ‫ فَيَا ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّاي َبعْد‬ .َ‫اْل ُمّت ُقوْن‬ Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang penuh berkat dan dalam masjid yang suci ini, marilah kita bersama-sama membina dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan soleh dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah " Di Ambang Ramadhan”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Di dalam al-Quran tidak menyebut bulan Muharram tetapi kita membuat sambutan meriah sambutan Maal Hijrah. Demikian juga dalam al-Quran tidak menyebut bulan Rabiul Awal tetapi umat Islam menyambut Maulidur

1

Rasul dengan penuh kehebatan. Bagaimanapun Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. Firman Allah swt dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185:

‫ﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣ‬

Maksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).." Berdasarkan ayat ini maka jelas bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang perlu umat Islam mengejar mengambil kesempatan. Ketika mengulas kelebihan ini Rasulullah bersabda:

‫صيَامَهُ فِيْ ِه‬ ِ ْ‫قَدْ جَاءَكُ مْ َش ْهرُ رَ َمضَا نَ َش ْهرٌ ُمبَارَ كٌ ا ْفتَرَ ضَ ال عََليْكُ م‬ ،ُ‫حيْ مِ َوتَ ُغلّ فِيْ هِ الشّيَا ِطيْ ن‬ ِ َ‫جنّةِ َويُغْلَ قُ ِفيْ هِ َأْبوَا بُ الْج‬ َ ْ‫يُ ْفتَ حُ ِفيْ هِ َأْبوَا بُ ال‬ .َ‫ َمنْ ُحرِمَ َخْيرَهَا فَقَدْ ُحرِم‬,ٍ‫ِفيْهِ َليْلَةٌ َخْيرٌ ِمنْ أَلْفِ َش ْهر‬ Mafhumnya: " Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berert telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.(Hadis Riwayat Ahmad). Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian, Kadang kala terdapat di kalangan kita mengamalkan ibadah puasa berpuluh puluh tahun atau berbelas belas tahun tetapi tidak berupaya membentuk

2

insan soleh. Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW melalui sabdanya mengingatkan umat Islam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang mafhumnya: "Terdapat umat Islam berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa kecuali sekadar lapar semata-mata. Betapa ramai orang bersolat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa melainkan sekadar berjaga malam sematamata.” Persoalan besar timbul ialah mengapa kita berpuasa, bersolat dan mengamalkan ibadat yang lain tetapi tidak dapat memenuhi standard piawaian yang ditetapkan Allah dan hukum syarak. Berdasarkan pemerhatian mimbar, keadaan ini berlaku kerana ibadah itu dibuat tanpa ilmu, tidak membuat persiapan teliti dan dibuat sekadar ikut-ikutan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Dalam usaha untuk menyambut Ramadhan 9 hari lagi, maka mimbar ingin mencadangkan sidang jumaat dan umat Islam sekalian mengambil langkah berikut: Pertama:

Membuat persediaan dari sudut ilmu. Kita perlu faham tentang

selok belok hukum puasa, syarat-syarat sah dan batal puasa dan amalanamalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan seperti membaca al-Quran, adab-adab beriktikaf dalam masjid, qiyamullail, sedekah dan lain-lain ibadah. Pemahaman yang jelas tentang puasa akan memberi kesan yang mendalam kepada diri seseorang. Kedua:

Mulai sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan

rohani untuk menghadapi suasana Ramadhan yang secara intensif melatih umat-Nya mendekati Allah dan membentuk akhlak yang mulia.

3

Ketiga:

Membuat persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan bagi

memastikan tahap kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik akan menentukan kita boleh melaksanakan ibadah dengan sempurna. Oleh itu pastikan kualiti dan mutu makanan itu berzat, makan secara sederhana, persekitaran rumah yang bersih dan tidur yang cukup. Keempat:

Kita perlu berjimat cermat dan amalan ini akan membolehkan

kita melaksanakan zakat dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya. Kelima:

Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menentukan ahli

keluarga membuat persiapan teliti serta mewujudkan suasana keimanan seperti berjemaah solat fardu dan berjemaah tarawih di rumah atau di masjid. Sidang jumaat yang dirahmati Allah, Sebagai renungan jemaah dan umat Islam dalam mengukuhkan keimanan kepada Allah swt maka kita hayati firman Allah dalam surah al-Ankabuut ayat 58:

‫ﮆﮇﮈﮉﮊﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑﮒﮓﮔﮕﮖﮗ‬

Maksudnya: " Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ".

4

5

Related Documents