DEFINISI PENDIDIKAN HUSNI ZAIM BIN MD. ISA
John Dewey • Proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa aqliah dan perasaan terhadap alam serta sesama manusia
Dr. John Park • Pendidikan sebagai satu seni atau proses menyampai atau memperoleh Ilmu Pengetahuan dan tabiat melalui tunjuk ajar atau pengkajian.
Prof. H. Home • Satu proses abadi bagi menyesuaikan diri manusia yang bebas, insaf serta dewasa kejasmanian dan fikirannya dengan tuhan, sebagaimana yang ternyata dalam alam aqliah, perasaan dan kemahuan manusia.
Langgulung Hassan (1987) • Sebagai satu bentuk interaksi manusia. Ia adalah satu tindakan sosial yang dimungkinkan berlakunya melalui satu jaringan hubungan kemanusiaan. Jaringan-jaringan ini bersama dengan hubungan dalam peranan individu di dalamnya yang membentuk watak pendidikan masyarakat.
Tazkirat As-sami, Ibnu Jamaah • Asas pendidikan adlah untuk membina akhlak dan jiwa. Orang yang paling istimewa ialah orang yang berilmu dan mengamalkannya ilmunya.
Kesimpulan • Tujuannya untuk mengembangkan atau mengubah kognitif, afektif dan sikap seseorang. • Mencakupi segala bentuk aktiviti yang akan memudahkan dalam kehidupan bermasyarakat • Meliputi segala perubahan yang terjadi sebagai konsekuensi atau akibat dari partisipasi individu dalam kegiatan belajar