Definasi Kurikulum Kebangsaan “... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan” Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] Kurikulum adalah ‘core; kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut : Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. [ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ] •
•
• •
‘Perancangan yang dibuat untuk mengarah atau membantu pembelajaran di sekolah-sekolah, dan ia biasanya diwakili oleh dokumen-dokumen umum’ (Husen & Lethwaite, 1987) ‘Kursus pembelajaran yang terancang yang dilalui oleh pelajar di bawah kawalan kolej, sekolah, universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain’ (Page & Thomas, 1978) ‘Tradisi ilmu yang terancang dan terkumpul yang terkandung di dalam mata pelajaran di sekolah atau kolej’ Kurikulum - isi kandungan/ sukatan pelajaran/ silabus