Dapatan Dan Keputusan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dapatan Dan Keputusan as PDF for free.

More details

  • Words: 576
  • Pages: 3
DAPATAN DAN KEPUTUSAN Bagaimanakah tingkah laku spontan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak semasa di tadika? Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan saya mendapati bahawa kanak-kanak di tadika ini sangat ceria dan aktif . mereka sentiasa memberikan respon yang positif apabila ditanya oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Meraka juga sering mengangkat tangann untuk bertanyakan soalan. Selain itu, mereka sentiasa gembira dan boleh berinteraksi dengan sangat ramah dan mesra bersama guru, rakan-rakan dan juga saya sebagai seorang pelawat di situ. Guru di tadika ini juga mudah untuk mengawal kanak-kanak ini kerana mereka mudah memahami arahan dan megikut arahan guru tersebut. Walaumanapun, terdapat sebilangan kecil kanak-kanak ini yang tidak seperti kanak-kanak yang lain. Mereka lebih pemalu dan pendiam. Juga ada yang bertindak terlalu agresif. Apakah ciri-ciri tekanan yang dapat dikesan dalam kalangan kanak-kanak ini? Walaupun kanak-kanak di tadika ini sangat ceria dan sangat aktif, terdapat juga sebilangan kecil yang tidak menunjukkan minat apabila pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut pemerhatian saya, terdapat 3 orang daripada 21 orang kanak-kank ini yang tidak menunujukkan reaksi positif semasa didalam kelas. 2 orang daripada kanak-kanak ini iaitu Atirah dan Haziq, sering berseorangan dan mengasingkan diri. Hal ini dapat dilihat sewaktu kanakkanak di tadika ini bermain. Atirah dan Haziq akan duduk di satu sudut bersendirian dan tidak akan bersama rakan-rakan yang lain. Mereka juga sering mempamerkan wajah yang sedih dan ragu-ragu terhadap orang di sekeliling mereka berdua dilihat mengalami kemurungan dan tidak fokus semasa di dalam kelas. Selain itu, atirah juga kelihatan tidak berminat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Apabila ditanya oleh guru, murid-murid yanga lain berebut untuk

menjawab tetapi atirah hanya akan memandang tanpa memberikan respon yang positif . dia juga kelihatan kurang selera makan. Hal ini kerana dia tidak akan menghabiskan makanan yang diberikan kepadanya semasa makan pagi pukul 10 pagi. Bagi Haziq pula, dia akan kelihatan sering termenung kerana berangan atau berimaginasi. Kemudian, dapat diperhatikan emosinya kurang stabil kerana melihat dia bercakap sendirian. Dia juga sering ketawa dan maraha apabila berrsendirian. Selain Atirah dan Haziq, seorang lagi kanak-kanak di tadika ini yang bernama Jamal dilihat sering membuli rakan-rakan yang lain dan merasa gembira apabila rakan-rakannya menangis dan takut kepadanya. Dia juga cepat marah apabila rakan-rakan terlanggarnya serta tidak mengikut arahannya ketiaka bermain. Dia juga sering mempamerkan perasaan marahnya dengan melemparkan barang-barang permainan dan buku-buku. Dia juga sering memberomtak apabila ditegur oleh guru dengan cara menyepak barabg-barang yang berada berdekatan dengannya seperti alat pewrmainan dan buku. Dia juga tidak pernah menghiraukan teguran dan nasihat guru. Dia merupakan seorang pelajar yang keras kepala, dan kadangkala guru juga sering disakiti olehnya. Dia juga sering mempamerkan wajah yang bengis dan sukar utuk tersenyum. Apakah punca-punca yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami tekanan? Berdasarkan borang kaji selidik yang telah saya edarkan saya telah meneliti dan menganalisis boring-borang tersebut. Saya juga ada melakukan temubual dengan cara berbual bersama penjaga dan ibubapa kanak-kanak ini. Melalui boring soal selidik dan temubual ini, saya mendapati bahawa kesemua kanak-kanak ini datang dari latar belakang yang berbeza. Bagi kanak-kanak lain, masalah yang dihadapi oleh ibubapa meraka tidak terlalu mempengaruhi sikap meraka kerana ibubapa meraka tidak mempamerkan sebarang reaksi dan tingkah laku yang menunjukkan mereka mengalami masalah kepada anak-anak. Mereka akan

tetap melayan anak-anak mereka dengan mesra dan penuh kasih saying. Oleh yang demikian, anak-anak tidak terlalu tertekan dengan masalah yang dihadapi oleh ibubapa mereka. Selepas itu, saya menumpukan perhatian saya kepada borang yang dilengkapkan oleh ibubapa dan penjaga kepada 3 ornag kanak-kanak tesebut. Berdasarkan borang kaji selidik tersebut, mereke bertiga mempunyai masalah yang tersendiri.

Related Documents

Dapatan Dan Keputusan
June 2020 7
Dapatan Kajian
May 2020 17
Dapatan Kajian
April 2020 21
Keputusan
April 2020 33
Dapatan Kajian
May 2020 19
Dapatan Kajian
June 2020 17