Dapatan Kajian

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dapatan Kajian as PDF for free.

More details

  • Words: 483
  • Pages: 2
Pola Di Singapura, rumah yang dibina dengan rapat serta terdapat bangunan-bangunan yang tinggi untuk menampung penduduknya seperti yang berlaku di East Coast. Ini kerana jumlah penduduk di singapura yang amat padat dan tidak sesuai dengan keluasan Negara Singapura yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia.Saya berasa amat bersyukur kerana dapat tinggal di dalam negara Malaysia. Ini kerana negara kita yang mampu menapung penduduknya yang serata. Kita seharusya berterima kasih kepada kerajaan kerana memainkan peranan yang penting untuk memajukan kawasan ini. Faktor Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang terdapat di Kampung Usaha Jaya adalah rata dan luas di selatan dan tanah tinggi di utara. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, sebahagian besar bentuk muka bumi kawasan ini terdiri daripada tanah pamah yang luas dan rata. Keadaan muka bumi yang sedemikian telah mempengaruhi petempatan di kawasan ini. Bentuk Muka Bumi Singapura merupakan negara kota pulau yang kecil, dan dijadikan kota diAsia Selatan, terletak antara Malaysia dan Indonesia. Singapura memiliki jumlah daerah daratan 692,7 kmĀ² dan 193 km garis pantainya. Terpisah dari Indonesia oleh Selat Singapura dan dari Malaysia oleh Selat Johor. Oleh itu, bentuk muka bumi di Singapura adalah tanah pamah. Bentuk muka bumi seperti ini telah mempengaruhi petempatan di Singapura dan disebabkan demikian,petempatan di Singapura adalah padat. Darjah ketersampaian Perkhidmatan yang sama juga dilakukan di negara Singapura.Perkhidmatan tersebut dikenali sebagai MRT(Mass Rapid Transit System).MRT digunakan secara meluas di Singapura.Ia memberikan perkhidmatan yang lengkap kepada seluruh negara Singapura.Malah,MRT memberikan perkhidmatan percumauntuk para pelajar.Ini akan memudahkan para pelajar di Singapura untuk ke sekolah mereka tanpa sebarang bayaran. Penduduk di kawasan Taman Melati ini amat bersyukur kerana berpeluang menikmati keselesaan kemudahan yang telah disediakan seperti LRT dan mempunyai jaringan jalan raya yang baik. Saya juga rasa bersyukur kerana bentuk muka bumi di kawasan kajian telah menyebabkan petempatan menjadi padat dan sekaligus telah banyak kemudahan yang diesediakan oleh kerajaan. Fungsi. Salah satu fungsi petempatan yang dapat dilihat ialah sektor pelancongan di Pulau Sentosa. Singapura juga mempunyai kemudahan infrastrukturyang lengkap seperti

sistem telekomunikasi yang cekap dan pengangkutan awam kereta api bawah tanah. Kita mesti mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal. Kita harusnya bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman dan makmur. Kita juga seharusnya berusaha mengekalkan keamanan negara dan tempat tinggal kita serta menjaga kemudahan infrastruktur yang telah disediakan Masalah Singapura juga tidak terlepas dari masalah pencemaran udara dan hujan asid terutama di sekitar kawasan perindustrian iaitu kawasan perindustrian di jurong dan sungei kadut. Kita jendaklah sama-sama menjaga alam sekitar kitaagar tidak tercemar dan sebagainya. Langkah Di Singapura, penggunaan petroleum tanpa plumbum telah lama dijalankan disamping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaannya untuk menanam lebih banyak pokok-pokok. Penggunaan kereta berkuasa elektrik seperti MRT yang beroperasi di bawah tanah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pencemaran bunyi. Kita sepatutnya bersyukur kerana kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah dari semasa ke semasa. Namun begitu, rakyat harus bekerjasama supaya program dan langkah yang dilancarkan mendapay kejayaan

Related Documents

Dapatan Kajian
May 2020 17
Dapatan Kajian
April 2020 21
Dapatan Kajian
May 2020 19
Dapatan Kajian
June 2020 17
Dapatan Kajian
May 2020 13
Dapatan Kajian
May 2020 25