Dadah Menimbulkan Masalah Jenayah : Jenayah seringkali juga dikaitkan dengan penagih-penagih. Masalah ketiadaan sumber kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga dan diri sendiri boleh menyebabkan hilang punca kawalan diri dan cara yang paling mudah untuk mendapat wang adalah melakukan jenayah sama ada mencuri, memeras ugur, merompak atau membunuh. Dadah Merosakkan Diri Sendiri : Apa yang sungguh menyedihkan ialah penagih-penagih yang sebati dengan dadah ketagih sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Mereka ini tidak dapat mengawal diri sendiri, kotor, busuk malah telah menjadikan loronglorong tertentu sebagai tempat tinggal. Sungguh memilukan mata memandang. Bayangkan jika mereka ini terdiri dari kalangan keluarga kita, apa yang patut kita buat?. Mereka ini sudah tiada haluan hidup, dibenci masyarakat dan membebankan negara. iv. Dadah Mendatangkan Penyakit HIV/AIDS : Salah satu kesan buruk yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang berterusan adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS. Memang sudah diketahui umum, bagi penagih yang berada dalam peringkat ketagihan dadah akan menggunakan berbagai cara untuk menghilangkan ketagihan itu, di antaranya melalui suntikan pada anggota badan. Bagi yang tidak mempunyai cukup wang, mereka sanggup berkongsi jarum dan cara inilah yang menyebabkan menularnya penyakit tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan ialah penyakit ini masih belum dapat dirawat sepenuhnya, hanya bertahan untuk satu waktu yang tidak dapat dipastikan.
•
. Kesan kepada masyarakat mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan.
•
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
•
Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.
•
4. Kesan kepada Negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah : Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
•
Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
•
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
•
Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
•
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
•
Kos kerugian tenaga dan modal insane yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.