UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, JOHOR FACULTY OF INFORMATION MANAGEMENT DIPLOMA IN INFORMATION
DISEDIAKAN OLEH: FATIN HAZWANI BINTI ZAINI 2009285518 SITI HAZIRA BINTI MAZLAN 2009492394
SUBJEK CTU 101 (PRINSIP ASAS-ASAS ISLAM) “CABARAN DALAM MEMBINA KECEMERLANGAN TAMADUN UMMAH”
UNTUK: USTAZAH NOR AZMAWATI BINTI ABDUL AZIZ PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM, UiTM JOHOR
PENGHARGAAN Terlebih dahulu, ingin kami ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi kesempatan kepada kami untuk menyiapkan assignment ini dengan jayanya.Alhamdullillah sepanjang menyiapkan assignment ini, kami berjaya menangkis segala permasalahan yang timbul. Terima kasih juga diucapkan kepada keluarga kami berdua kerana senantiasa menyokong dan memberi galakan terhadap kami. Mereka sentiasa menyokong kami dengan membantu kami sedikit sebanyak dalam memahami tajuk kami dengan lebih mendalam. Di sini,kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah CTU101 kami, Puan Nor Azmawati bt Abd Aziz,kerana beliau sentias membantu kami. Segala kesulitan dalam menjayakan assignment ini dapat diatasi dengan bantuan beliau. Terakhir sekali,terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan assignment ini.Kawan-kawan D1E5,kawan sebilik kami dan semua yang terlibat,terima kasih kami ucapkan.
Cabaran dalam Membina Kecemerlangan Tamadun Ummah ISLAM Islam dari segi bahasa berasal daripada bahasa Arab iaitu al-Islam yang bermaksud selamat sejahtera yakni apabila orang yang menganut Islam itu mempelajari Islam,memahami ajaran dan cara hidup Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan ,maka ia menjadi orang yang soleh kepada Allah S.W.T dan soleh kepada sesama manusia dan alam. Selain itu,itu juga bermakna taat dan patuh yang bermaksud,semua umat Islam harus taat terhadap perintah Allah S.W.T dan mematuhi segala peraturan Islam tanpa meraguinya ataupun mempersoalkannya. Dari segi istilah,Islam adalah agama yang diturunkan kepada seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul bermula dari Adam A.S sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W. Muslim pula adalah orang yang mentauhidkan Allah S.W.T ,patuh,tunduk dan jujr hatinya kepada Allah S.W.T serta beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Islam juga membawa maksud aman dan damai,iaitu aman apabila ada amar makruf dan nahi mungkar dan damai apabila kehidupan saling berkasih sayang antara satu sama lain,bertoleransi dan sentiasa mencintai kedamaian.Tidak cukup dengan itu,Islam juga bermakna tunduk dan menyerah diri yang mana menrangkan bahawa umat Islam tunduk kepada kekuasaan Allah S.W.T di bawah kebijaksanaan-Nya dan menyerah diri dibawah ketentuan Allah S.W.T setelah berusaha. Islam juga boleh didefinisikan sebagai suatu pegangan hidup secara bersederhana yang memerlukan seseorang itu taat,patuh dan tundukmenyerah diri kepada Allah S.W.T
yang melibatkan hubungan dengan Allah S.W.T, sesama manusia dan alam,dalam urusan didunia dan di akhirat.Menurut ulama Salaf-as-Soleh,Islam adalah penyerahan diri kepada Allah melalui petunjuk syara',ianya dibina diatas tauhid yang dimantapkan dengan mengenal ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya,dikukuhkan dengan memahami kelima-lima rukunnya, Islam juga adalah pengukuhan akidah umatnya melalui cara mempelajari,memahami dan mengenal keenam-enam rukun iman,memahami rukun Islam dan rukun iman yang telah diperjelaskan oleh para ulama serta Islam dimulakan dengan pengucapan kalimah tauhid,iaitu dua kalimah syahadah serta pengakuan bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusanNya.Sentiasa difahami,dipenuhi tuntutan dan syarat-syarat yang terdapat pada kalimah syahadah ini. (Pengantar Asas-Asas Islam,Che Zuina Ismail,2006)
SEJARAH KEAGUNGAN TAMADUN UMMAH PADA ZAMAN DAHULU Dalam tempoh 23 tahun sahaja,seorang insan yang dilahirkan pada tahun 570 masihi ini,telah berjaya mengubah fahaman jahiliah dan penyembahan berhala kepada ketundukan kepada Tuhan Yang Maha Esa,daripada pertelingkahan dan peperangan antara kabilah kepada perpaduan bangsa dan umat,daripada sifat mabuk dan tidak berakhlak kepada sifat yang tegas dan warak,daripada tidak mempunyai undang-undang kepada kehidupan yang berperaturan,dan daripada keruntuhan akhlak kepada akhlak yang angat cemerlang. Sedangkan sebelum itu belum pernah ada sejarah peradaban yang melalui perubahan dan pembaharuan yang sempurna seperti yang berjaya dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Muhammad Rasullullah S.A.W telah merintis kecemerlangan bagi bangsa manusia yang menunujukkan kecemerlangan hakiki didunia dan akhirat.Agama Islam dapat dibina dengan teguhnya oleh Baginda kerana Baginda menterjemahkannya dalam bentuk setiap tindakan yang diambil.Umat manusia dapat melihat bahawa agama Islam bukan sahaja indah
dari unsur fahaman semata-mata,bahkan ia sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan sempurna dan bersifat amali. Menurut buku Ummah Negara Islam,Muhammad Abdul Rauf,di bawah pimpinan Rasullullah,anggotanya-anggotanya bersatu sebagai satu binaan yang padu,sekalipun mereka menyedari perbezaan yang padu,sekalipun mereka menyedari perbezaan yang wujud dikalangan mereka,iaitu di antara golongan penghijrah(Muhajirin),dengan penduduk tempatan yang membeikan sokongan(Ansar).Keadaan mereka ini kekal untuk selamalamanya:para penghijrah yang dimuliakan dan penduduk tempatan yang memberikan bantuan,bukan orang asing yang menceroboh dan rakyat yang marahkan para penghijrah. Pembahagiaan ini merupakan pembahagiaan dua kumpulan yang saling melengkapi,bukan kumpulan yang saling bermusuhan.Faktor yang menyatukan mereka ini ialah ikatan yang sama iaitu agama Islam,yang melangkaui perhubungan darah walaupun hak dan tanggungjawab bersama yang timbul daripada perhubungan darah telah ditetapkan.Jadi, dalam lingkungan perpaduan Islam yang mempunyai kekuatan,kuasa serta sifat universal,perhubungan darah yang dibayangkan,diselaraskan dalam suatu rangka kerja yang begitu jitu dan memuaskan. Malah,Nabi Muhammad juga telah berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah Islam.Keunggulan agama Islam yang diterjemahkan oleh RasullullahS.A.W tidak terhenti setakat hayat Baginda,malah ia terus hidup dan berkembang subur di seluruh pelusuk alam ini.Hari ini dunia menyaksikan bahawa penganut Agama Islam mewakili satu perlima jumlah dunia sekaligus membuktikan bahawa agama Islam adalah agama yang menjadi pilihan utama manusia.Kemegahan agama Islam pada waktu ini tidak dapat dipertikaikan lagi dan semuanya hasil usaha Nabi Muhammad S.A.W.
KERUNTUHAN TAMADUN UMMAH Menurut buku Pedoman Hidup Muslim,Dr Ahmad Ibrahim Shukri,pada masa kini,terdapat banyak penyelewengan yang berlaku dikalangan setengah kaum muslimin yang disebabkan oleh salah faham tentang hakikat Islam yang sebenar. Contohnya setengah dari kaum muslimin menumpukan perhatian mereka dalam satu-satu segi sahaja,tetapi mencuaikan ajran Islam yang lain.Sesetengah golongan lain pula mengambil berat tentang perkara-perkara yang kecil serta menjadikan perkara ini sebagai persoalan pokok dan asas dan terdapat juga golongan yang terlalu memegang perkara pokok dan memandang Islam hanya terbatas dalam ruang itu sahaja tanpa menghiraukan ajaran-ajaran agama dari segi yang lain. Di masa kini,terdapat bayak golongan yang merasakan yang memadailah dengan hanya berakhlak baik untuk menjadi seorang muslim.Ibadah-ibadah yang difardhukan oleh Allah SWT,seperti sembahyang,bayar zakat dan lain-lain tidak penting untuk dilakukan. Alasan yang diberikan mereka adalah mereka sudah berbudi pekerti baik, jadi mereka tidak perlu lagi beribadat.Ada juga yang bertambah jahil dengan mempergunakan dakwaan yang Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihi,jadi mereka tidak perlu takut jika mereka melakukan maksiat. Ada juga golongan yang menitik beratkan tenttang akidah tauhid,ibadat dan taat kepada Allah SWT,tetapi dukacitanya,mereka tidak menjadikan ibadat yang ditunaikan itu sebagai dorongan untuk membentuk akhlak,muamalah dan berbudi pekerti:umpamanya mereka tidak pandai berbicara dengan khalayak ramai,akhlak buruk serta percakapan kasar serta sombong.Terdapat juga golongan yang pandai dari segi ibadah dan akidah,tetapi sayangnya kerana merekan sering berbohong,menerima rasuah dan memakan riba dengan menggunakan alasan bahawa mereka terpaksa melakukannya.Sikap-sikap inlah yang
menyebabkan Islam yang sebenar yang sepatutnya dihormati semua,namun menjadi satu agama yang biasa sahaja dipandangan umum dewasa ini. Permasalahan-permasalahn ini bukan hanya berlaku sekarang,tetapi sudah berlaku sejak zaman silam lagi.Semua ini menjerumus kepada perpecahan umat Islam.Golongan AlMurjiah misalnya,mereka mendahului dan menitiberatkan soal kebahagiaan iman sahaja dan mencuaikan amalan.Bagi mereka,memadai dengan iman sahaja pada diri setiap insan tanpa perlu melakukan sebarang amalan ibadat.Sesetengah daripada golongan ini menganggap dengan adanya iman dalam diri seseorang itu,maka maksiat dan mungkar yang dilakukan tidak akan menjejaskannya. Terdapat juga ahli-ahli tasauf yang menyeleweng dengan melampau di dalam zuhud dan ibadat,sehingga mereka mengasingkan diri daripada masyarakat dan menahan diri daripada perkahwinan.Namun,ada juga puak tasauf ini menetapkan bahawa pencapaian mereka akn mencapai tahap tertentu,jadi,apabila mereka tiba di tahap istimewa,mereka tidak perlu beribadt lagi. Tidak cukup dengan itu,ada juga yang menafsir melalui bahan bacaan mereka,bahawa Islam adalah agama yang tidak boleh disatukan dengan politik.Semua ini amat tidak boleh diterima akal langsung namun inilah yang dihadapi oleh masyarakat Islam sekarang.Pada hakikatnya,semua penyelewengan tentang Islam itu tidak sepatutnya berlaku kerana Rasullullah pernah bersabda yang bermaksud ; Agama Islam itu terletak di atas lima perkara.Pertamanya kita menyaksikan tidak ada Tuhan yang lain melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad itu Rasulnya.Keduanya mendirikan sembahyang,ketiga mengeluarkan zakat,keempat puasa di bulan Ramadhan dan kelima menunaikan fardhu haji.
Jika dikaji dengan mendalam hadis Rasullullah ini,kita akn dapati bahawa seorang muslim tidak boleh dianggap sebagai seorang muslim sebenar kalau dia tidak beriktikad dan berikrar dengan yakin didalam hatinya tentang kelima-lima rukun ini wajib ditunaikan semuanya dan tidak boleh diasingkan atau diamalkan satu sahaja daripada lima itu.Seseorang itu boleh dipanggil kufur jika dia tidak melaksanakan mana-mana satu daripada lima rukun ini. Seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Ma'un yang bermaksud : Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang iaitu mereka berkeadaan lali darpada menyempurnakan sembahyangnya(kerana sembahyang yang sempurna adalah tiang agama.)
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MEMBINA SEMULA TAMADUN UMMAH Terdapat banyak cabaran yang harus ditempuhi bagi membina semula tamadun ummah di muka bumi ini.Kemegahan yang diperolehi semasa pimpinan RasullullahS.A.W tidak akan mempunyai galang gantinya.Kehebatan Baginda menyatukan ummahnya hanya dalam 23 tahun amat dikagumi,malah ramai yang ingin menyerupai Baginda namun tiada siapa yang masih mampu menyainginya lagi sekaligus membuktikan betapa hebatnya Baginda.Namun begitu,semuanya hampir musnah dek kerana sikap umat Islam pada zaman ini.Jerit payah Nabi Muhammad suatu ketika dulu sudah makin dilupakan oleh umatumatnya.Kasih yang Rasullullah tumpahkan pada umat-umatnya sudah disalahertikan oleh kebanyakkan umatnya. Jesteru itu,kepimpinan umat Islam khasnya, perlu bersedia dan melengkapkn diri dengan ilmu,kemahiran dan siasah kepimpinan yang diperlukan disamping banyak
memahami dan menganalis permasalahan umat semasa.Ini penting dalam memastikan setiap umat Islam di bawah pimpinannya tidak akan rasa terabai dan sekaligus,salah sangka akan terhapus.NGO-NGO Islam pula perlu bijaksana dalam merancang,menjana program tindakan untuk dilaksanakan.Mereka juga perlulah berperanan sebagai badan-badan yang teguh berdiri di belakang pemimpin sedia ada dan menegur dan saling berganding bahu dengan pucuk pimpinan agar kebajikan setiap umat Islam akan terpelihara.Segala kekurangan yang ada akan menterjemahkan potensi dan meningkatkan kemahiran berorganisasi,keengganan berjuang dalam wadah. Ulama' perlu bangkit,bertindak,menyatukan barisan dan menguatkan perpaduan dan integriti serta berusaha secara jama'i menghadapi tentangan musuh dengan strategi yang lebih berkesan.Akibatnya,berlakulah pengabaian usaha membasmi kejahilan umatnya yang akhirnya membawa kepada Ulama' berpecah,umat sengsara dan parah. Selain itu,seolah-olah menjadi trend masa kini apabila kebanyakkan pemimpin yang dipilh adalah pemimpin yang tidak mementingkan ilmu.Seperti yang semua ketahui, 'knowledge is power' namun disebabkan pemimpin disitu tidak mementingkan ilmu, rakyatnya menjadi terabai.Disebabkan inilah,hal-hal yang berkaitan dengan agama sering dianggap remeh.Undang-undang yang ada ditempat itu juga tidak mengikut syarak dan kerana itulah hukuman dan peraturan yang ada di tempat itu sering menjadi persoalan umum.Tidak hairanlah jika perbalahan sering berlaku di kawasan itu kerana pemimpin ditempat itu kekurangan ilmu.Oleh itu,ini menunjukkan satu lagi kekurangan pemimpin zaman sekarang iaitu mereka tidak mampu mencipta kegemilangan untuk umat Islam seperti Nabi Muhammad.Tidak cukup dengan itu,ciri-ciri seorang Khulafa Ar-Rashidin sudah jarang ditemui didalam diri seorang pemimpin itu. Selain itu,golongan rakyat juga perlulah memainkan peranan.Tidak perlulah kita leka dengan anasit-anasir yang tidak berputus ini oleh semua mereka tidak akan pernah puas menganiya kita dan membawa kita ke arah penyelewengan.Masyarakat Islam juga perlulah
mengelakkan diri daripada taksub dengan kehidupan duniawi kerana ia sesungguhnya adalah perangkap yang disediakan oleh orang kafir untuk kita agar kita terleka dengan dunia hakiki. Taktik dan rancangan golongan yang memusuhi Islam ada dengan cara terang atau bersembunyi,bersikap lokal,nasional atauglobal.Oleh itu,para Ulama' perlu bangkit,bertindak, menyatukan barisan dan menguatkan perpaduan dan integriti serta berusaha secara jama'i menghadapi tentangan musuh dengan strategi yang lebih berkesan. Selain itu,oleh kerana terdapat terlalu banyak penyelewengan tentang Islam,ramai umat Islam yang terpesong akidahnya.Konsep akidah dan ibadat itu sendiri sering disalahertikan,jadi tidak mustahil ada diantara umat Islam sudah jauh terpesong daripada agama Islam dan biasanya golongan ini hatinya sudah menjadi keras untuk menerima kebenaran.Secara tidak langsung,penghayatan mereka terhadap agama Islam sudah terhapus dan mereka sudah tidak mampu menerima agama Islam lagi.Golongan ini akan menjadi pasif untuk menerima perubahan dalam diri dan gaya hidup mereka. Tidak cukup dengan permasalahan dan tentangan dari umat Islam keseluruhannya, cabaran dalam membina tamadun ummah juga menghadapi tentangan daripada para ibubapa juga.Biasanya golongan ibubapa ini adalah golongan yang splastik.Mereka enggan menghayati agama Islam dengan mendalam.Bahkan,biasanya golongan ibubapa ini megah dengan cara hidup mereka yang jauh terpesong.Mereka biasanya tidak mendidik anak-anak mereka tentang agama Islam itu dan sekaligus membiarkan seluruh keluarga mereka berada dalam kekufuran.Tanpa disedari,cabaran dari dalam rumahlah yang menyebabkan atau mendorong kepada cabaran-cabaran di luar. Selain daripada itu,terdapat juga tentangan dari orang kafir.Mereka menghasut umat Islam untuk sama-sama leka dengan kehidupan duniawi.Semakin hari,semakin ramai umat Islam yang leka dengan aktiviti harian mereka sehingga kebanyakan daripada mereka
mengabaikan ibadat yang perlu dilakukan dan ada juga yang lupa terus akidah mereka sebagai seorang muslim dan hanya mengunakan alasan kerja untuk mengelak daripadanya.
REFERENCE 1) Muhammad Abdul Rauf(1994)UMMAH Negara Islam.Malaysia:Dewan
Bahasa dan Pustaka 2) Che Zuina Ismail (2006) Pengantar Asas-Asas Islam.Kuala Lumpur:Pusat
Penerbitan Universiti(UPENA) 3) Dr. Ahmad Ibrahim Shukri(1992)Pedoman Hidup Islam.Terengganu:Kolej
Agama Sultan Zainal Abidin 4) www.ikim.gov.my(retrived: 31/08/2009)