Ctu 101

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ctu 101 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,740
  • Pages: 10
SALAH satu perkara utama yang menyebabkan salah faham terhadap addin Allah oleh orang Islam serta bukan Islam ialah kekeliruan. Kekeliruan ini timbul kerana pelbagai sebab, termasuk kejahilan agama serta peranan sengaja Iblis dan konco-konconya untuk mewujudkan kekeliruan. Kita lihat pada masa sekarang ada penyempitkan pengertian anutan �Islam� kepada pakaian, jenama atau label, simbol dan upacara dengan mengetepikan inti ajaran Allah yang menyeluruh serta erti ketakwaan. Allah banyak kali menegaskan dalam al-Quran bahawa sebaik-baik manusia ialah manusia yang bertakwa (almuttaquna). Konsep takwa ini juga dikeliru dan disempitkan pada perlakuan beberapa upacara saja. Sebagai contoh, kita mengambil pengajaran daripada surah al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud: �Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan ialah percaya kepada Allah, hari akhir, malaikat, al-Kitab, nabi; memberikan harta walaupun dicintainya kepada sanak saudara dan anak-anak yatim, orang miskin, musafir, dan yang meminta-minta; memerdekakan hamba, melakukan solat, memberikan zakat, mereka yang menepati perjanjian mereka apabila membuat perjanjian, orang yang sabar dalam kecelakaan dan kesusahan, serta bencana. Mereka inilah orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.� Dalam ayat di atas, Allah begitu jelas memperincikan sifat seorang yang bertakwa. Ia termasuk memiliki sifat berkongsi harta benda (bukan saja sedekah seperti mana yang kita amalkan sekarang), memerdekakan hamba, menepati janji atau kontrak, serta cekal dan sabar dalam menghadapi kesusahan. Namun perkara seperti ini yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia tidak diajar sebagai sifat wajib seorang Muslim. Memungkiri janji, berbohong atau menyalahgunakan perkataan �insya-Allah� apabila kita sebenarnya bermaksud tidak akan hadir atau tidak berminat sudah dianggap perkara biasa atau dosa kecil. Sudah bebaskah hamba pada zaman yang kononnya moden ini? Sekiranya hamba tidak lagi wujud, ini bermakna kita tidak lagi memperhambakan sesiapa pun dalam kehidupan seharian kita termasuk pembantu rumah, pekerja serta mereka yang lemah berbanding kita. Memberi peluang pekerjaan kepada manusia lain untuk mencari rezeki tanpa menjatuhkan martabat kemanusiaannya berbeza daripada memperhambakannya. Perkara ini perlu kita fahami semasak-masaknya supaya tidak kufur kepada perintah Allah. Istilah yang kita gunakan sehingga menjadi sebati dengan pemikiran kita juga menjadi satu punca kekeliruan. Sebagai contoh, istilah seperti �Pusat Rawatan Islam�, �kedai makanan Islam�, �parti Islam�, �Insurans Islam�, �negara Islam� dan perkataan lain yang boleh menimbulkan kekeliruan. �Pusat Rawatan Islam� membawa maksud yang lucu bahawa Islam itu yang menerima rawatan, walhal bukan ini yang kita maksudkan! Mungkin �Pusat Rawatan Pesakit� lebih tepat. Bagaimana pula dengan �kedai makanan Islam� yang mempunyai perkhidmatan yang lembap, tahap kebersihan dan kualiti makanan rendah, dan harga makanan yang mahal? Bolehkah orang Islam menerima amalan yang bercanggah dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya seperti berteriak nama Allah di khalayak orang ramai, memfitnah, memecahbelahkan ummah, berdusta sebagai amalan satu �Parti Islam�? Allah dengan jelas berfirman dalam surah al-Araaf ayat 55 yang bermaksud: �Mintalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang tersembunyi. Sesungguhnya Dia tiada mengasihi orang yang melampaui batas.� Tidak dapat dinafikan bahawa seruan �Allahu Akbar� dengan suara yang kuat di khalayak orang ramai sudah dijadikan alat politik oleh golongan tertentu yang sanggup meremehkan nama Tuhan. Adakah mereka ini memuji Allah, berzikir, berdakwah atau pun berdoa? Cara golongan ini berteriak nama Allah tidak langsung mendekatkan orang lain kepada Allah, tetapi kedengaran sebagai satu laungan peperangan atau dirasuk syaitan. Memuji Allah, berzikir, berdoa atau bersyukur hendaklah dengan merendahkan diri dengan suara yang tersembunyi. Kita harus memikirkan dengan mendalam amalan ini supaya tidak terjerumus ke arah kekufuran. Allah amat dekat dengan kita dan tidak perlu kita berteriak untuk didengar-Nya. Allah befirman dalam surah Al-Qaaf ayat 16 yang bermaksud: �Sesungguhnya sudah Kami jadikan manusia dan Kami ketahui apa-apa yang diwaswaskan (dibisikkan) oleh hatinya dan Kami lebih hampir kepadanya dari urat lehernya.� Kita juga harus beriman dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya dalam surah Luqman ayat 19 yang bermaksud: �Dan sederhanalah dalam perjalanan engkau dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.� Oleh demikian jika niat kita sebenarnya untuk mendekatkan orang lain kepada ajaran Allah dan bukan kepada ideologi kita semata-mata, hendaklah kita menyampaikan ajaran Allah melalui perlakuan diri sendiri dan juga dengan cara atau kaedah terbaik. Mana-mana golongan atau hisbul yang menamakan dirinya sebagai �parti Islam� menanggung beban tambahan di mana segala tindakannya, termasuk yang berlawanan dengan ajaran Allah akan disalah tafsir oleh orang bukan Islam dan yang jahil sebagai berdasarkan ajaran Allah. Namun begitu, Allah memberi amaran berjaga kepada orang yang beriman dalam surah al-Baqarah ayat 8-9 yang bermaksud: Antara manusia, ada yang berkata: �Kami sudah beriman kepada Allah dan hari Kemudian, pada hal mereka itu bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, pada hal mereka menipu diri mereka sendiri tetapi mereka tidak sedar.� Islam adalah satu cara hidup dan dari segi bahasa ia membawa maksud �sejahtera�. Ini bermakna, Islam adalah satu cara hidup yang disyorkan oleh Allah kepada manusia yang mahu mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat. Allah memberi manusia al-Quran yang mempunyai panduan cara hidup untuk mencapai �Islam� atau kesejahteraan. Dilihat dari sudut ini, Islam atau �kesejahteraan� adalah matlamat serta cara hidup yang ditetapkan Allah untuk manusia (Surah al-Maidah ayat 3). Namun begitu kita seolah-olah berada dalam perlumbaan bukan untuk mengamalkan ajaran Allah tetapi untuk meletakkan label �Islam� pada berapa benda yang boleh. Kita mahu kebanggaan kulit daripada beriman dan mengamal isi secara merendah diri kepada Allah. Oleh kerana addin Allah adalah cara hidup yang sesuai dan natural untuk manusia, sesiapa (sama ada ia percaya atau tidak kepada Tuhan) yang hidup dengan cara yang berlawanan yang ditetapkan oleh Allah, akan secara automatik rugi dan menerima akibat buruk. Sebagai contoh, orang yang makan racun akan menerima akibat buruk. Begitu juga dengan racun seperti tamak, menipu, menindas, malas, boros, kedekut, mencemar alam, dan sebagainya. Ini secara pasti memberi kesan kepada individu dan kumpulan individu � sama ada mereka mahu beriman atau pun tidak. Sekiranya kita

faham, kita akan lihat bahawa semua ini adalah tindak balas kepada perbuatan tangan kita sendiri. Malangnya ego atau nafsu manusia mengajaknya melampaui hudud (had atau batas) yang ditetapkan Allah sehingga mewujudkan kepalsuan dan kepercayaan kepada perkara yang mustahil berlaku atau dicapainya sehingga diri diletakkan sebagai Tuhan. Manusia sudah begitu berani mengeluarkan fatwa dan hukum-hakam di atas nama Allah yang bukan daripada Allah sehingga masyarakat menjadi kucar-kacir dan bertambah keliru. Tidakkah siapa pun yang takut kepada Allah dan mengesahkan fatwa dan hukum-hakam ini dengan ajaran Allah? Kita disuruh oleh Allah untuk bertanya kepada golongan ini dalam surah al-Qalam, ayat 39-40 yang bermaksud: �Bahkan adakah bagi mu sumpah yang teguh terhadap Kami, sampai hari kiamat bahawa bagi kamu (ada hak) apa-apa yang kamu hukumkan? Tanyakanlah kepada mereka, siapakah antara mereka yang menjamin (bertanggungjawab) bagi hukum itu?� Perkataan hudud juga tidak terlepas daripada kekeliruan. Daripada suatu perkataan yang bermaksud �had� ia kini mempunyai nyawanya sendiri dan menjadi �undang-undang hudud� yang disamakan secara automatik dengan ajaran Allah tanpa melihat kepada isi undang-undang itu. Ramai orang bukan Arab begitu cepat terpengaruh dengan bahasa Arab sebagai �Islam� walaupun begitu ramai orang Arab sendiri yang bukan Muslim. Ini adalah satu lagi contoh kekeliruan di antara kulit dan isi. Sekiranya kita membaca al-Quran, kita akan dapati bahawa Allah menyarankan manusia supaya tidak melampaui hudud atau had yang ditetapkan oleh-Nya demi kebaikan kita sendiri. Di sini ada satu contoh dalam Surah an-Nisa ayat 14 yang bermaksud: �Barang siapa menderhaka Allah dan rasul-Nya dan melampaui batas (hududahu)Nya nescaya Allah memasukkan dia ke dalam neraka, serta kekal di dalamnya dan untuknya seksa yang menghinakan.� Antara istilah yang selalu dikelirukan ialah istilah �negara Islam�. Sarjana, ahli politik dan ulama agama mempunyai takrif masing-masing. Pada amnya mereka bersetuju bahawa negara Islam ialah sebuah negara yang ditadbir dengan �undang-undang Islam.� Orang yang beriman mempercayai bahawa Allah adalah pentadbir segala alam. Pemerintahan Allah terhadap alam termasuk bumi, bintang, matahari, galaksi dan lain-lain tidak berhenti dan berterusan. Semua berlaku dengan rancangan-Nya. Bukan manusia yang mampu mentadbir alam, termasuk bumi seperti Allah. Dengan keinsafan ini, kita harus sedar bahawa tugas kita masing-masing ialah untuk mengamalkan addin Allah dalam kehidupan seharian kita, dalam semua peranan kita sama ada sebagai kawan, ibu bapa, pekerja, majikan, pemimpin, pengikut, penggubal undang-undang dan sebagainya. Masing-masing yang mengaku sebagai seorang Muslim seharusnya berusaha memahami isi kandungan al-Quran dulu supaya kita tahu kehendak Allah. Janganlah kita terlalu rindu dan terlalu bangga dengan �zaman kegemilangan Islam� yang lampau sehingga kita lupa tanggungjawab kita pada zaman ini. Sejarah memang penting, namun, kita terlalu asyik menoleh ke belakang hinggakan orang seperti Bill Gates yang mencipta teknologi masa hadapan seperti Microsoft, Internet dan teknologi yang lain. Apakah jika Internet direka oleh bangsa kita atau Pakistan ia akan dinamakan sebagai �Internet Islam� atau �Microsoft Islam� dan ini akan menjadikannya lebih suci atau berguna? Kulit atau isi yang penting? Sebenarnya, orang Islam yang mempunyai al-Quranlah yang sepatutnya menjadi pencipta teknologi itu. Malangnya, mungkin sedikit saja daripada kita yang mahu memahami isi kandungan al-Quran dan lebih rela taksub kepada manusia lain yang mungkin hampir jahil dengan kita atau mempunyai agenda/niat yang tersirat. Kalau begitu, kita tidak akan maju dan terus berada dalam kekeliruan dan leka dengan igauan bahawa kita diberi petunjuk seperti firman Allah dalam Surah al-Araaf ayat 30 yang bermaksud: �Satu golongan manusia mendapat petunjuk dan satu golongan jadi sesat, kerana mereka itu mengangkat syaitan menjadi wali bukan Allah, sedang mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk.�

Siri Ketiga: Menjawab Salah faham Asaari Muhammad Terhadap Konsep Ummiy Rasulullah SAW SALAH FAHAM TERHADAP KONSEP UMMIY RASULULLAH ρ Antara perkara penting yang perlu diperbetulkan ialah salah faham Asaari dan para pengikutnya tentang konsep ke-ummiy-an Rasulullah. Haji Asaari telah menerbitkan buku Buah Fikiran Ustaz Hj. Ashaari Muhammad Siri 2 pada tahun 2006. Dalam buku tersebut, Haji Asaari ada menulis satu tajuk yang berjudul Apakah Maksud Ummiy Rasulullah ρ? Dalam huraian Haji Asaari itu, terdapat kesalah fahaman pada pemikirannya tentang konsep ummiy yang didapati bercanggah dengan kefahaman Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Haji Asaari memulakan penulisannya dengan teks berikut: “Semoga Allah mengampunkan kita di atas salah tanggapan dan salah tafsir terhadap status baginda Rasulullah s.a.w. sebagai seorang rasul yang ummiy. Selama ini kita difahamkan bahawa ummiy bereerti orang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau dalam istilah lain buta huruf. Jika begitu fahaman kita ertinya kita menganggap baginda orang yang tidak belajar atau seorang yang bodoh... Mana mungkin seorang Rasul yang kemuliaannya sampai namanya digandingkan dengan nama Tuhan, dikatakan buta huruf... Sebenarnya yang dimaksudkan ummiy itu ialah orang yang belajar secara luar biasa, bukan mengikut kaedah biasa atau belajar secara proses biasa”.1 Daripada tulisan di atas, dapatlah difahami beberapa perkara berikut: 1. Haji Asaari menolak tafsiran yang dibuat oleh Rasulullah sendiri dan ijma’ para ulama tentang definisi ummiy. 2. Haji Asaari tidak memahami maksud sebenar ummiy menurut al-Quran dan Al-Sunnah. 3. Haji Asaari membuat andaian bahawa semua umat Islam ‘memperbodohkan’ Rasulullah hanya kerana baginda tidak pandai membaca dan menulis. 4. Haji Asaari mempunyai hidden agenda (niat tersembunyi) dalam artikel itu kerana ingin mengutamakan perkara ‘belajar secara luar biasa’. Sebenarnya, para ulama telah pun membincangkan definisi dan konsep ummiy ini

sebelum Haji Asaari lagi. Sebaliknya, Haji Asaari menuduh para ulama telah mengambil tafsiran yang dibuat oleh Yahudi dan orientalis tentang konsep ummiy. Ini dapat dilihat dalam petikan tulisannya sebagaimana berikut: “Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan puak orientalis sebenarnya sangat kenal siapa Rasulullah. Kehebatan dan kemuliaanya ada dalam pengetahuan dan kajian mereka. Lalu mereka cuba mengelirukan dan mengelabukan pemikiran Ashaari Muhammad, 2006, Buah Fikiran Ustaz Haji Ashaari Muhammad Siri 2, Selangor: Penerbitan Minda Ikhwan, hlm. 107-108. 1

umat Islam dengan mengatakan bahawa, “Rasulullah itu ummiy yakni tidak tahu membaca dan menulis untuk membuktikan bahawa al-Quran itu bukan dari tulisan Rasulullah.” Nampaknya macam logik dan rasional hujah tersebut. Tapi, sebenarnya mereka menutup maksud ummiy yang sebenar yang memperlihatkan kehebatan Rasulullah.” 2 Dapatlah difahami di sini, Haji Asaari telah mengeluarkan pendapat berkenaan konsep ummiy yang bercanggah dengan kefahaman para ulama. Sebenarnya, ummiy telah dinyatakan oleh Allah Ι dalam dua ayat berikut:

_______ _ ____ _____ _________ _#_ $__% !&_ _ ' _(___)_ _ _ _*( +_ _)_ ,-$__. _ _ ____/_ _ __ ____ __ ! _ __ " 0_'_ %& 1 !&_)_ Maksud: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang Arab yang Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mreka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah… (Surah al-Jumuah: 2)

< _9 8_=_)_ >___ __ _4!_ __ _ " 6_ __/ $_7__%& __ ,8_)6 9 __ __ ! _ _4 ____ _4 3_4!_ :_ __ ;4!_ 2_ __3_4__ 5_ __ ! _ Maksud: “iaitu orang-orang yang mengikut Rasul, nabi yang ummiy yang mereka dapati tertulis (nama dan sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka…” (Surah al-‘Aaraf: 157) Imam Abu Jaafar Muhammad bin Jarir al-Tabari, ulama tafsir terawal telah menulis maksud ummiy dalam tafsirnya; Tafsir al-Tabari. Beliau menyatakan:

2)H;I_ _) 2_3_%_ _ 5__!_ G "_____" D_ E__ :;?_@ __A :$B Beliau mentafsirkan ummiy sebagai orang yang tidak tahu membaca dan menulis iaitu berdasarkan tafsiran yang dibuat oleh al-Sunnah (kata-kata Rasulullah ρ sendiri). Terdapat hadith sahih yang menerangkan sifat ummiy Rasulullah ρ dengan maksud tidak boleh membaca, menulis dan mengira. Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah ρ bersabda:

5/ O_+!_ 5_ >);/ 5/ #$_N 5__ 5/ <_I/ 5/ ___!_ $_L6M :$B O%_ 5_ JK $_L6M 2

Ibid., hlm. 110.

_M_!_ 5_ __) ,__/ Y_ W_X Y_ :___ ,_ Z6_ $_ :)A :V!$B $PA ___QR_ SA 0TU$/ ,_!] c3M d e3b!_ f__ <[_ \H$@ _] $_^_ _;_ _ 2$%_ S__!_ ` 0a$b!_ $_^;!_ lm_ 2A <3B n6_!_ \_)o k$__!_ 63__!_ _") ,__ __1___ H_;M _$g_ __h 2$*) Hij_ _$v ` _") fa_ wH$@ pM $__[R n)+___ 0q6r s] t@;_ d u!_! n)+__) ,_"A s] d 6_z_ E_ {__ pM E|g_ x_ry_ :$B Z_$I_ $8A $_ :$B A;B_ :$I_ u_R_ wH$9_ H_;M E___A d 6_z_ E_ {__ pM 0_8$[!_ E|g_ x_ry_ Z_$I_ $8A $_ V_B A;B_ :$I_ E___A ::$I_ E___A d 0[!$[!_ E|g_ x_ry_ Z_$I_ $8A $_ V_I_ A;B_ :$I_ S;*__ u__) A;B_ f_/ 5_ 2$}8=_ f_r f_r __!_ u__ _$_ A;B_ Hadis riwayat Aisyah τ, isteri Nabi ρ dia berkata: Wahyu pertama yang diterima Rasulullah ρ adalah mimpi yang benar. Setiap kali baginda bermimpi, mimpi itu datang bagaikan terangnya Subuh. Kemudian baginda sering menyendiri. Biasanya baginda menyepi di gua Hira'. Di sana, baginda beribadah beberapa malam, sebelum kembali kepada keluarganya (isterinya) dan mempersiapkan bekalan untuk itu. Kemudian baginda pulang ke Khadijah, mengambil bekal lagi untuk beberapa malam. Hal itu terus baginda lakukan sampai tiba-tiba wahyu datang ketika baginda sedang berada di gua Hira'. Malaikat (Jibril) datang dan berkata: Bacalah. Baginda menjawab: Aku tidak boleh membaca. Rasulullah ρ. bersabda: Malaikat itu menarik dan mendakapku, hingga aku merasa kepayahan. Lalu ia melepaskanku sambil berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak boleh membaca. Dia menarik dan mendakapku lagi, hingga aku merasa kepayahan. Kemudian ia melepaskan sambil

berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak boleh membaca. Dan untuk yang ketiga kalinya ia menarik dan mendakapku sehingga aku merasa kepayahan, lalu ia melepaskanku dan berkata: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak ia ketahui. … (sehingga akhir hadith)3 Jelas dalam hadith di atas bahawa Rasulullah ρ mengaku bahawa dirinya tidak tahu membaca. Pengakuan Rasulullah itu tidaklah menggambarkan baginda memperbodohkan dirinya atau mengalami inferiority complex (rasa rendah diri)? Tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis bukan bererti bodoh sebagaimana yang didakwa oleh Asaari. Muhammmad bin Ismail Abu Abdullah al-Bukhari, 1987, Sahih Bukhari, Cetakan Ketiga, Beirut: Dar Ibn Kahtir, Jil. 1, hlm. 4, No. hadith: 3. 3

Perlu disedari bahawa semua bangsa Arab ketika itu memang tidak mempunyai kemahiran membaca dan menulis. Demikianlah kedudukan tamadun mereka tetapi masih tetap ada individu yang boleh membaca dan menulis. Malah Rasulullah ρ sendiri mengarahkan Zaid bin Thabit τ belajar membaca dan menulis bahasa Yahudi daripada orang Yahudi.4 Malah, Rasulullah mengarahkan semua tawanan Badar mengajar anakanak Muslimin membaca dan menulis. Mereka tidak pernah merasa bodoh kerana tidak tahu membaca dan menulis. Malah, mereka lebih hebat lagi kerana kaedah pengembangan ilmu dibuat melalui lisan. Mereka menghafal dari lisan ke lisan. Terdapat satu lagi hadith penting yang menyokong hujah ini. Dari Ibn Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda:

__) ,"c} _) c_%8 _ 0__A 0_A $8]": __/ Y_ W_X ~_!_ :_B Maksudnya: Kami adalah kaum yang buta huruf iaitu tidak boleh menulis dan tidak boleh mengira.5 Para ulama hadith seperti Imam Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan lain-lain lagi berkata bahawa maksud ummiy ialah tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Itu adalah tafsiran sebenar tanpa perlu ditakwilkan dengan maksud yang lain. Kenyataan ini tidak pernah membawa maksud mereka menghina Nabi, kerana Nabi sendiri yang

menerangkan apakah maksud ummiy tersebut. al-Hafiz Ibn Hajar pula menyatakan perkataan ummiy dinisbahkan kepada bangsa Arab sebagai masyarakat yang ummiy kerana penulisan sukar didapati pada zaman itu. Walaupun begitu terdapat juga orang yang boleh membaca dan menulis. Apa yang dimaksudkan sebagai pengiraan dalam hadith di atas ialah kiraan bintangbintang dan perjalanannya yang orang mengetahuinya terlalu sedikit.6 Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim pula berkata, ummiy itu bermaksud mereka yang kekal dalam keadaan mereka ketika dilahirkan iaitu tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Dan di antara mereka ialah Nabi Muhammad al-Ummiy. Selain itu, ummiy juga dinisbahkan kepada ‘ibu’ kerana kebanyakan wanita ketika itu tidak tahu membaca dan menulis.7 Dalam Kitab Syarah Hadith Imam Tirmizi, Tuhfah al-Ahwazi, juga menyatakan bahawa ummiy ialah mereka yang tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Persoalannya di sini, adakah semua Imam Ahli Al-Sunnah ini menghina Rasulullah? Seterusnya, Imam al-Shawkani menegaskan bahawa Rasulullah ρ tidak tahu membaca, tidak tahu menulis dan tidak tahu bersyair kerana untuk menyempurnakan hujah dan Hadith Riwayat Zaid bin Thabit; al-Bukahri, op. cit., No. hadith: 7195, hlm. 1509. Muhammmad bin Ismail Abu Abdullah al-Bukhari, op. cit., Beirut: Dar Ibn Kahtir, Jil. 2, hlm. 675, No. hadith: 1814. 6 Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar al-Syafie, op. cit., jil. 4, hlm. 127. 7 Abu Zakaria Yahya Ibn Sharaf Ibn Musri al-Nawawi, 1392H, Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath, cetakan 2, jil. 7, hlm. 192. 4 5

menghilangkan keraguan terhadap al-Quran.8 Menurut Imam al-Syatibi pula, antara hikmah syariat ini diturunkan kepada golongan yang tidak tahu membaca dan menulis adalah kerana syariat Islam ini adalah untuk semua manusia termasuklah mereka yang tidak mempunyai pendidikan.9 Ini kerana jika syariat Islam ini diturunkan hanya untuk orang yang bijak sahaja atau orang yang mampu untuk belajar secara luar biasa

sebagaimana yang didakwa oleh Asaari, syariat Islam ini adalah syariat yang khusus dan bukan untuk semua manusia. Fakta yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad merupakan nabi yang ummiy adalah sangat jelas dan menjadi ijma’ seluruh ulama Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Fakta ini bukan diambil daripada para Orientalis mahupun Yahudi sebagaimana yang didakwa oleh Haji Asaari dalam bukunya. Setelah diteliti, menurut pandangan kami Haji Asaari menulis artikel itu adalah atas tujuan berikut: a. Untuk membuat analogi (perumpamaan). Haji Asaari kononnya mencontohi keadaan Rasulullah yang boleh mendidik manusia, menjadi bijaksana dan memiliki ilmuilmu tanpa perlu melalui proses pembelajaran sebagaimana orang lain. Maka, dirinya juga adalah sama seperti keadaan Rasulullah tersebut. Beliau tidak pernah melalui sistem pengajian Islam secara formal sehingga tamat, tidak membaca kitab turath dan kitab ulama silam yang muktabar, tetapi beliau telah mendakwa bahawa beliau diberi ilmu secara langsung dan terus daripada Allah sebagaimana proses yang dialami oleh Nabi ρ. Sehubungan itu, kalau Rasulullah ρ boleh sedemikian kerana dipilih oleh Allah Ι, maka Haji Asaari juga berkeadaan sedemikian kerana beliau merupakan orang dipilih oleh Allah Ι untuk umat Islam pada zaman ini. Kesimpulan ini dapat difahami menerusi petikan perenggan berikut: "Oleh kerana Rasulullah itu orangnya luar biasa, Allah pandaikan baginda tanpa mengikut proses biasa. Demikianlah Maha Besarnya Tuhan, Rasulullah dipandaikan melalui proses luar biasa. Jadi Rasulullah sebenarnya seorang yang belajar tidak secara biasa tapi secara luar biasa. Rasulullah belajar tetapi tidak perlu menulis, membaca, berguru atau belajar di sekolah.10 “Rupa-rupanya begitu hebat Allah memproses hamba-hamba yang dikehendaki–Nya dengan cara dipandaikan tanpa melalui proses belajar secara biasa.11 Al-Syawkani, op. cit., hlm. 1477. Al-Syatibi, Ibrahim Ibn Musa, 1999, al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah, Beirut: Dar al-Ma’rifah, cetakan keempat, jil. 1, hlm. 397. 8 9

Ashaari Muhammad, 2006, Buah Fikiran Ustaz Haji Ashaari Muhammad Siri 2, Selangor: Penerbitan Minda Ikhwan, hlm. 108. 11 Ibid., hlm. 109. 10

“Begitu jugalah bagi seseorang yang ingin memperolehi ilmu luar biasa dari Tuhan sepertimana Rasulullah mendapat wahyu. Tidak cukup sekadar melalui proses biasa dengan menggunakan pancaindera.12 b. Untuk menafikan keilmuan para ulama, malah menuduh bahawa ilmu mereka sebenarnya berasal daripada Yahudi. Ini adalah fitnah dan pernyataan yang tidak ilmiah yang dibuat oleh Haji Asaari. Tujuannya hanyalah untuk mengelakkan para pengikutnya meninggalkan ajarannya kerana beliau menyedari terdapat beberapa percanggahan di antara ajarannya dengan ajaran para ulama yang sentiasa berjihad mendedahkan kepalsuan dan pendustaan penyeru ajaran sesat. Asaari mengkritik para ulama dalam buku-bukunya sebagaimana berikut: Orang kafir, munafik, fasik, memperkatakan Islam bahkan mengajarnya. Dulu orang yang memperkatakan Islam ini tentulah orang Islam sahaja. Tapi sekarang, orang yang memperkatakan Islam boleh jadi orang kafir, munafik, fasik, orientalis dan lain-lain. Bahkan mengajar atau jadi pensyarah di Universiti-universiti orang Islam di seluruh dunia. Lepasan pengajian Islam kini mendapat ijazah di tangan-tangan mereka.13 …Apatah lagi bagi mereka yang mengambil ilmu Islam dari lidah orangorang kafir. Tentulah orang kafir tidak akan ajar ilmu-ilmu ini kerana mereka tidak faham, terutamanya mereka yang mengambil ilmu Islam di London...14 Pada hakikatnya, para ulama itu mewarisi ilmu dari Nabi sejak dari zaman berzaman tanpa membuat dakwaan bahawa mereka mendapat ilmu secara langsung dari Allah tanpa perantaraan. Rasulullah ρ bersabda:

2]) H$_3w_rA 5'_ __!_ __L_) $€_n _) __$__n __L___  H$_38__ 8__ 0L_) H$'__!_ 2]) ;__) .. _rA

Sesungguhnya ulama itu pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi itu tidak meninggalkan dinar atau dirham tetapi mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu tersebut sesungguhnya dia mendapat keuntungan yang besar.15 Ibid., hlm. 111. Ashaari Muhammad, 2005, Buah Fikiran Ustaz Haji Ashaari Muhammad Siri 1, Selangor: Penerbitan Minda Ikhwan, hlm 310. 12 13

Asaari Muhammad, 2005, Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia, Selangor: Penerbitan Minda Ikhwan, hlm. 440. 15 Sulaiman Ibn al-Asy’ath Abu Daud al-Sajistani, (t.t.), Sunan Abi Daud, Riyadh: International Ideas Home, hlm. 403, No. Hadith: 3641. 14

Ini bermakna, para ulama mewariskan ilmu yang datangnya dari Nabi ρ daripada ulama dari satu generasi kepada generasi berikutnya. Penolakan seseorang terhadap ilmu yang diwarisi daripada ulama silam pada hakikatnya telah mencemarkan sumber agama Islam yang suci ini. Lebih-lebih lagi jika orang itu mendakwa dia mendapat ilmu secara langsung dari Allah Ι. Sebenarnya, secara tidak sedar, dia telah mengingkari hadith di atas. Pada hakikatnya, bukan semua ulama yang menolak ajaran Haji Asaari belajar daripada orang bukan Islam. Jika wujud sebahagian ilmuan Islam pada masa kini yang belajar dari orang bukan Islam, ia hanyalah bersifat kajian lanjutan sahaja dan bukan mempelajari teras ilmu agama Islam.

Related Documents

Ctu 101
May 2020 9
Ctu 101
April 2020 6
Ctu 101
June 2020 11
Ctu Qehah
October 2019 12
Assignment Ctu
December 2019 8
Ctu-cha
June 2020 8