Ctu-cha

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ctu-cha as PDF for free.

More details

  • Words: 1,549
  • Pages: 7
Thursday, July 23, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Kesenian by Anon KESENIAN ISLAM Pengenalan Sifat tabi’i alam dan fitrah diri manusia sendiri yang mana perasaan seni yang tumbuh dalam diri manusia merupakan anugerah tabi’i dari Allah yang amat berharga. Pada diri insan Allah kurniakan jiwa, akal dan indera yang tiap-tiap satu berfungsi dan memerlukan tuntutan –tuntutan yang prrlu dipenuhi bagi kesempurnaan keinsanannnya. Jiwa menuntut kerohanian, akal menuntut keilmuan dan indera menuntut kesenian. Sedang tiap-tiap bidang pula tidak berdiri sendiri-sendiri tetapi bersatu pada puncaknya di lautan intelek dan falsafah mencari kebenaran. Difinisi seni Seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran. Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak, muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesautu ciptaan.Herbert Read di dalam bukunya The Meaning of Art mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia. Pandangan Islam tentang Seni Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan ( al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8) Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia keseluruhannya sama ada aspek rohani, jasmani, pemikiran ataupun perasaan. Islam menuntut agar unsur-unsur ini dilaksanakan secara keseluruhan dalam skop yang sederhana yang dibenarkan oleh agama iaitu tidak telalu boros dan melampau dan tidak pula kikir dan sempit.

Firman Allah yang bermaksud : “ Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah “ siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik.” (al-A’raf, ayat 31-32) Keindahan itu sebahagian dari seni. Ini bermakna Islam tidak menolak kesenian. AlQuran sendiri menerima kesenian manusia kepada keindahan dan kesenian sebagai salah satu fitrah manusia semulajadi anugerah Allah kepada manusia.Seni membawa makna halus, indah dan permai. Kesenangan dan kepuasaan merupakan salah satu daripada tuntutan naluri manusia. Kesenangan dan keindahan dapat dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk tertentu sama ada artifak-artifak yang berbentuk seni bina, seni hias, seni bunyi, seni kaligrafi, seni sastera dan lain-lain. Imam al-Ghazali dalam Kimya al-Sa’adah menjelaskan bahawa keindahan itu terbahagi kepada keindahan lahir yang bersifat inderawi yang dapat dialami bukan saja oleh anakanak bahkan binatang dan keindahan batin yang hanya dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa. Keindahan seni dari sudut ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya keindahan alam adalah nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat Abadi. Jika keindahan alam yang bersifat sementara itu dikagumi, maka keindahan yang Abadi itu seharusnyalah berlebih-lebih lagi. Hadith nabi yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan.” (riwayat Muslim dalam kitab al-Iman) Terdapat banyak cabang bidang kesenian. 1. Seni Ukiran i. Tembikar ii. Ukiran Logam iii. Ukiran Kaca iv. Ukiran Kayu. v.Ukiran Perhiasan vi. Permata 2. Kaligrafi Khat Arab 3. Seni Bina Bangunan 4. Muzik, 5. penulisan dan puisi

Posted by haba at 5:52 PM August 18, 2009 6:05 AM http://titas-haba.blogspot.com/2009/07/sumbangan-islam-dalam-bidang-kesenian.html

Tuesday, March 17, 2007 SENI BINA DAN UKIRAN saiful hamdi Seni bina merupakan satu lagi cabang kesenian yang boleh kita lihat untuk mengkaji bagaimana perkembangan sesebuah tamadun diukur dari sudut fizikalnya. Seni bina boleh memperlihatkan kepada kita akan bagaimana idea-idea kreatif masyarakat sesebuah tamadun itu diolah untuk membina identiti sesebuah tamadun itu mengikut acuannya yang tersendiri. 4.1 PENGARUH DARI TAMADUN ISLAM Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya , tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan Istana Alhambra di Andalusia(kini Sepanyol). Salah satu fokus utama apabila kita membincangkan berkenaan seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah. Selain binaan kubah yang tersergam indah , ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci AlQuran merupakan satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam

yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayatayat suci Al-Quran , biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti

unsur

tumbuh-tumbuhan

dan

bunga-bungaan

Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah hasil pengaruh tamadun islam. Sebagai contoh untuk semua gambaran di atas , di sini disediakan bukti jelas akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh kerajaankerajaan islam yang memerintah , kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus bermula pada tahun 1238 hingga 1492M(635-897H). Pada zaman kerajaan ini , Andalus telah mencapai era kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam dengan terbinanya istana Alhambra di puncak Banjaran Sierra Nevada(Jabal Shalir/al-Thalj) di Granada yang tetap menjadi the artistic genius of Muslim Spain.

4.2 PENGARUH DARI TAMADUN CINA Dalam bidang ini , Tamadun China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dibina semasa Dinasti Chin. Semasa Dinasti Chou lagi, beberapa buah negeri di bahagian utara negeri China telah membina tembok-tembok yang panjang untuk mempertahankan negeri China daripada serangan musuh. Maharaja Shih Huang Ti telah mengukuh dan mencantumkan semua tembok tersebut menjadi satu tembok besar yang bersambungan di atas bukit dan lembah.Pembinaannya adalah dalam jangka masa antara tahun 228 SM hingga 210 SM.

Tembok Besar China yang panjangnya kira-kira 2410 km dan setinggi 40-50 kaki merupakan satu daripada 7 keajaiban dunia. Di sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara-pengawa di samping 10,000 menara-pengawal kecil. Pada setiap menara ditempatkan sepasukan tentera seramai 100 orang. Seni bina yang lain dapat dilihat melalui pembinaan istana, kuil-kuil dan bangunan-bangunan berbentuk pagoda. Dalam Seni Ukir ,ukiran-ukiran dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed, gangsa, batu, tanah liat dan kayu. Ukiran juga dibuat di kubur dan di dinding gua. Pengukir Shang menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk mengukir patung-patung kecil. Dinasti Han juga terkenal dengan pengukir-pengukirnya yang mahir. Dalam bidang pembuatan seramik atau tembikar, masyarakat Shang telah memajukan teknik-teknik membuat seramik.Buatannya halus dan dicat dengan warna hitam dan merah. Gangsa juga digunakan untuk membuat bekas air dan makanan. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran geometrik dan haiwan. Pada zaman Dinasti Tang (abad ke-8) seni pahat (sculpture) turut berkembang seiring dengan perkembangan seni lukis.Dalam hal ini agama Buddha banyak memainkan peranan. Kegiatan agama telah menghasilkan banyak patung di kuil-kuil. Patung-patung yang masyhur ialah ‘Lung-men’, Buddha batu yang dikelilingi oleh patung-patung Bodhisattvas, samai-sami dan penjaga-penjaga. Kemudian dengan secara beransur-ansur orang-orang China menggantikan patung-patung keagamaan itu dengan membuat patungpatung berbentuk kuda dengan ukiran-ukirannya sekali. Patung-patung kuda dengan penunggangnya menggambarkan sifat kepahlawanan China.

4.3 PENGARUH DARI TAMADUN INDIA Tamadun India atau lebih dikenali dengan tamadun Indus tidak kurang hebatnya ,antara pencapaian penting atau utama yang telah dibangunkan oleh tamadun ini adalah ciri perancangan bandarnya yang begitu sistematik. Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari manakala batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang. Seni bina India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana mudah diperolehi. Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripada pelbagai saiz. Susunan bangunannya pula adalah selari mengikut grid-grid tertentu dan juga pembinaan jalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan. Perancangan yang teliti ini juga dapat dilihat dengan corak penempatan yang dilakukan dimana terdapat pengkhususan bangunan-bangunan yang digunakan untuk pentadbiran,tempat beribadat dan juga tempat-tempat kediaman. Saiz rumah kediaman juga mempunyai pelbagai saiz dan dilengkapi bilik dan ruang tamau serta kemudahan bilik air yang berperigi. Contoh bandar terkenal yang mempunyai ciri-ciri sedemikian adalah dua bandar terkenal iaitu Mohenjo Daro dan Harapa. Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah

kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law. Untuk seni ukiran , masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan ala-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan Asoka menjadi lambing kebesaran pada zaman kerajaan Asoka. http://kamipunyeblog.blogspot.com/2009/03/senibina-dan-ukiran.html