Contoh Kertas Kerja Gpms

  • Uploaded by: GPMS CAW. KHAS UNISEL BJ
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Kertas Kerja Gpms as PDF for free.

More details

  • Words: 2,254
  • Pages: 14
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

KERTAS KERJA CADANGAN ”KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009” SIRI 1 TEMA: “PERJUANGAN BELUM SELESAI” TEMPAT: LECTURE TEATER LT, FAKULTI KEJURUTERAAN UNISEL TARIKH: 24 OKTOBER 2009

ANJURAN: GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR, BESTARI JAYA DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

PENGENALAN

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1948 dan merupakan satu pertubuhan pelajar tertua di tanahair. Sejak ditubuhkan pada 1948 sehingga kini, GPMS telah banyak menyumbangkan khidmat baktinya kepada agama, bangsa dan negara melalui program pendidikan, kebajikan, keagamaan, kebudayaan dan kepimpinan. Keseluruhan program yang dijalankan oleh GPMS dipadankan dengan penubuhan GPMS iaitu memperbaiki keadaan pelajarpelajar Melayu di segenap lapisan. Di samping itu, GPMS memperjuangkan serta membantu mereka yang kurang berkemampuan serta mendedahkan para pelajar akan pentingnya konsep kerjasama, muafakat dan keprihatinan kepada masyarakat sekeliling. Ini adalah untuk membentuk generasi pelajar yang bukan sahaja mantap dari segi akademiknya, malahan padat dengan keprihatinannya kepada masyarakat. GPMS juga mahu membentuk supaya bangsa Melayu itu dapat berdikari dan maju atas daya inisiatif mereka sendiri untuk bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain. Ini kerana GPMS melihat bahawa Melayu itu masih mundur walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bantuan untuk membantu bangsa Melayu. Oleh itu, GPMS mahu melahirkan bangsa Melayu yang mampu berdiri dan berjaya tanpa mengharapkan bantuan dari kerajaan dan mempunyai semangat daya saing yang tinggi. Semoga dengan program yang dianjurkan nanti mampu mewujudkan Mahasiswa & pelajar yang kaya dari segi pemahaman dan juga penghayatan. Mahasiswa & pelajar yang akan lahir ini juga akan berbangga dengan jati diri budayanya di kemudian hari sebagai akar nasionalisme dan kehidupan dalam masyarakat global dan perindustrian.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

PENDAHULUAN

‫السلم عليكم ورحمة ال تعالى وبركاته‬ Tujuan kertas kerja cadangan ini dibuat adalah untuk merangka sebuah program khidmat bakti yang berkonsepkan pendidikan. Dengan adanya pembentukan kertas kerja cadangan ini, sesebuah program itu dapat dirancang secara tersusun dan spesifikasi. Selain itu, segala perjalanan sebelum, semasa dan selepas program juga akan dirancangkan supaya matlamat dan hala tuju sesebuah program ini mencapai objektifnya. Selain itu, tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapatkan sokongan dan kelulusan dari pihak sekolah dan juga pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar UNISEL. Justeru itu sokongan, bantuan dan tunjuk ajar dari pihak atasan amat kami harapkan agar segala perancangan ini berjalan dengan lancar. Antara tujuan lain kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapatkan peruntukan dan tujuan bagi menampung kos pembiyaan sepanjang program ini. Peruntukan dan tajaan ini amat diperlukan, supaya perjalanan program ini dapat direalisasikan dengan penuh jayanya. Kami amat mengharapkan sepenuh kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak agar segala yang dirancang dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Sekian terima kasih.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

JUSTIFIKASI Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi, begitulah dominannya peranan mahasiswa di negara ini untuk membantu anak bangsa yang masih di bangku sekolah. Dalam pembangunan dan pembentukan modal insan, kami cukup yakin dan percaya sekiranya penglibatan mahasiswa

di

dalam pemantapkan pelajaran pelajar-pelajar dapat membantu mereka untuk cemerlang. Kemakmuran dan kejayaan sesebuah negara pada masa hadapan terletak kepada pemuda-pemudi kita pada masa kini. Pemantapan jatidiri dan juga pengisian rohani haruslah diterapkan memandangkan ini merupakan intipati utama sebagai bekalan untuk meneruskan perjuangan kelak. Dengan pengisian pelbagai intisari program yang berteraskan motivasi untuk berjaya membolehkan mereka ini menjadi insan yang cemerlang pada suatu hari nanti. Sehubungan dengan itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Caw. Khas Universiti Industri Selangor (UNISEL) Bestari Jaya dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Industri Selangor,

telah

mengambil

PENGUCAPAN AWAM

inisiatif

untuk

menganjurkan

“KURSUS

2009 SIRI 1” di Lecture Teater LT, Fakulti

Kejuruteraan UNiSEL, sebagai satu cara dalam merealisasikan hasrat GPMS dalam membantu para pelajar membentuk daya kepimpinan dan keperibadian yang mulia di dalam masyarakat.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

MAKLUMAT PROGRAM a)

OBJEKTIF PROGRAM Objektif mengadakan Kursus Pengucapan Awam 2009 adalah berdasarkan

prinsip

perlembagaan

4

Gabungan

SEDAR

seperti

yang

temaktub

Pelajar

Melayu

Semenanjung

dalam

semenjak

penubuhannya yakni :SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. SEDAR atas kemunduran kami di alam pengetahuan. SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa. SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin, dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami. Bersesuaian dengan perlembagaan ini, objektif utama program ini diadakan adalah untuk :i.

Mewujudkan sikap saling berkerjasama dan bertanggungjawab antara belia muda dan menimbulkan kesedaran bahawa kita harus berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan bangsa Melayu terutamanya di alam pengetahuan.

ii.

Membentuk pelajar-pelajar yang benar-benar berkualiti dari segi akademik, ko- kurikulum, dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

iii.

Menimbulkan

kesedaran

kepada

pelajar-pelajar

Melayu

dan

masyarakat akan perlunya perpaduan itu dibentuk untuk menempuhi cabaran-cabaran yang akan mereka hadapi di zaman globalisasi. iv.

Menyedarkan anak-anak Melayu akan tanggungjawab mereka setelah mereka berjaya tentang keperluan untuk membantu menaikkan kembali taraf bangsa Melayu dalam sosio-ekonomi Malaysia.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

b)

JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM

i.

Membentuk mahasiswa UNiSEL yang benar-benar berkualiti dalam bidang akademik, mempunyai kepimpinan diri yang cemerlang dan nilai akhlak yang terpuji sebagai anak warisan bangsa.

ii.

Menimbulkan kesedaran kepada mahasiswa Melayu akan tanggungjawab dan peranan utama mereka sebagai pelajar dan seterusnya menyedari perihal pentingnya ilmu pengetahuan, pengalaman dan kecemerlangan pelajaran untuk survival bangsa di tanahair sendiri.

iii.

Menyedarkan pelajar akan kekuatan dan potensi diri yang ada pada mereka untuk mereka terus berusaha dan belajar.

iv.

Membentuk pelajar-pelajar yang benar-benar berkualiti, bukan sahaja dari segi pelajaran dan kepimpinan, malah peka kepada Pendidikan Anak bangsa.

v.

Menyedarkan anak-anak Melayu akan tanggungjawab mereka setelah mereka berjaya tentang keperluan untuk membantu menaikkan kembali taraf bangsa Melayu dalam bidang pendidikan .

vi.

Agar dapat menyediakan jadual pengurusan masa yang mengutamakan pembelajaran .

vii.

Melatih diri mahasiswa/I yang bertindak sebagai fasilitator dan juga peserta program untuk sentiasa menyedari tanggungjawab sebagai seorang pelajar serta tidak leka dengan perubahan semasa.

viii.

Melahirkan mahasiswa UNiSEL yang kaya dengan pemahaman dan penghayatan terhadap perjuangan pendidikan bangsa Melayu kerana mereka ádalah pewaris bangsa, penerus perjuangan dan penentu kepada pengisian kemerdekaan tanahair.

ix.

Melahirkan mahasiswa UNiSEL yang lebih matang akalnya, profesional usahanya, peka dengan keadaan, berfikiran positif dan optimis, mempunyai daya kreativiti dan inovatif serta proaktif dalam segala jenis tindakan dan penyelesaian masalah.

x.

Meningkatkan martabat mahasiswa Melayu sebagai bangsa yang bermaruah, berkeperibadian nasional, mempunyai semangt patriotisme dan ketaatan, komited kepada wawasan UNiSEL menjadi ‘World Class University’ dan kepimpinan negara.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

c)

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat utama GPMS UNiSEL Malaysia melaksanakan program ini bertujuan untuk : i.

Menerapkan nilai-nilai murni dalam jati diri belia-belia muda dengan mewujudkan sikap saling berkerjasama dan bertanggungjawab dalam isu

pendidikan.

Menimbulkan

kesedaran

bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf

bahawa

kita

kehidupan bangsa

Melayu terutamanya di alam pengetahuan. ii.

Membentuk para belia muda yang berkualiti dari segi pelajaran dan kepimpinan.

iii.

Menimbulkan

kesedaran

kepada

pelajar-pelajar

Melayu

dan

masyarakat akan perlunya perpaduan itu dibentuk untuk menempuhi era globalisasi yang mula membawa revolusi di alam cyber dan teknologi. iv.

Menyedarkan anak-anak Melayu akan tanggungjawab mereka untuk membantu menaikkan kembali taraf bangsa Melayu dalam sosioekonomi Malaysia.

d)

TARIKH DAN TEMPAT Tarikh: 24 Oktober 2009 (Dalam Cadangan) Tempat

: Lecture Teater LT, Fakulti Kejuruteraan UNiSEL

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

e)

JENIS PROGRAM Kursus Pengucapan Awam 2009 Siri 1, ini merupakan satu

program yang berbentuk kepimpinan dan kemahiran komunikasi kepada seluruh mahasiswa UNiSEL dan khususnya kepada mahasiswa melayu. Dengan adanya program sebegini, mahasiswa dapat mempelajari bagaimana untuk berkata-kata sebagai seorang ilmuan apabila berhadapan dengan masyarakat. d)

BILANGAN PESERTA

Jawatankuasa yang dibentuk oleh exco GPMS UNiSEL Malaysia telah memutuskan bahawa akan mengambil peserta seramai 100 hingga 150 orang pelajar UNiSEL daripada seluruh persatuan dan pelbagai kaum yang berminat untuk menyertai. Pemidato atau penceramah yang dijemput ialah Saudara Mohd Hafezi Bin Abdul Hamid daripada Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA) Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. 4. (a) SENARAI JAWATANKUASA GPMS UNISEL BESTARI JAYA. Penaung

:

Dato’ Haji Baharom Bin Haji Kamari

Penasihat

:

Puan Siti Asmahan Binti Mohd Ali

Yang Di-Pertua

:

Haidir Anuar Bin Zubir

Timb. YDP

:

Abdul Taib Bin Maerad

Naib. YDP 1

:

Ahmad Zahry Iswandi Bin Yunos

Naib. YDP 2

:

Mohd Norhazri Bin Abu Bakar

Naib. YDP 3

:

Rozita Binti Rosly

Setiausaha Agung :

Saidatul Naila Bt Mohd Khalid

Pen. Setiausaha

:

Mohd Jamallullail Bin Musa

Setiausaha Kerja

:

Mohd Bob Halil Bin Mustafa

Bendahari Agung

:

Nurul Ai’ni

Pen. Bendahari

:

Nor Suhaila Bt Sahir

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

Ketua Penerangan :

Mohd Azizul Hakim Bin Samsudin

Exco Latihan & Pembangunan

: Abdul Razak Bin Ismail

Exco Sukan & Rekreasi

: Mohd Nur Izwan Bin Busra

Exco Penerbitan, Penyiaran & Multimedia

: Mohd Yaseer Bin Wasli

Exco Perhubungan Luar & Publisiti

: Salasiah Binti Shahbudin

Exco Kepimpinan & Perkaderan Siswa

: Mohammad Najib Bin Ahmad

b)

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

KETUA PENGARAH

:

ABDUL RAZAK BIN ISMAIL 900128-01-6575

SETIAUSAHA

:

NOOR AMALINA BT. ABDUL RAHMAN 861124-43-5378

BENDAHARI

:

AIRUL HAZWANI BINTI BOHARI 900123-06-5466

BIRO - BIRO: PERSEDIAAN DAN TEKNIKAL

:

M. EFFENDY B. RASID 860739-33-5102

MAKANAN & MINUMAN

:

NIK FAIZ ZHAFIR 870717-14-5493

PENDAFTARAN

:

MOHAMMAD KHAIRUL 871202-05-5370

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

5. TENTATIF PROGRAM

SABTU (24 OKTOBER 2009): 08.00 pagi

-

Pendaftaran Peserta

08.30 pagi

-

Ucapan Alu-aluan daripada: • •

09.00 pagi

-

Pengarah Program Penasihat GPMS UNiSEL Bestari Jaya.

Ceramah & Aktiviti daripada: Saudara Mohd Hafezi Bin Abdul Hamid, Ketua Fasilitator, Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA) Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.

12.00 tgh

-

Rehat, Makan & Solat zohor

02.00 ptg

-

Aktiviti bersambung

04.30 ptg

-

Rehat & solat asar

05.00 ptg

-

Majlis Penutup & Penyampaian Cenderahati Perasmian Penutup Oleh: Prof Madya. Zainal Abidin Bin Kidam Timbalan Naib Canselor (HEP) Universiti Industri Selangor

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

5.(a) BELANJAWAN Bil. Perkara

1

2.

3.

Kuantiti

Harga Seunit (RM)

Jumlah (RM)

Urusetia & VIP -

10

RM 5.00

RM 50.00

Peserta -

150

RM 5.00

RM 750.00

Kertas A4

2

RM 10.00

RM 20.00

Photostat Bahan

150 Set

RM 3.00

RM 450.00

Sijil

150

RM 1.50

RM 225.00

Bayaran Penceramah

1

RM 300.00

RM 300.00

Cenderahati

2

RM 30.00

RM 60.00

RM 100.00

RM 100.00

Makanan & minuman :

Pentadbiran:

Lain-lain Kos

JUMLAH KESELURUHAN RM 1955.00 5.(b) PENDAPATAN Penaja Pihak UNISEL Pihak Luar Yuran Pendaftaran

6.

Kuantiti RM 500.00 RM 500.00 RM 1000.00

Jumlah RM 500.00 RM 500.00 RM 1000.00 Jumlah RM 2000.00

KESIMPULAN

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

Program ini

diharapkan dapat menjalinkan hubungan baik mahasiswa/i IPT

dengan masyarakat setempat disamping menanamkan nilai-nilai murni dalam diri mahasiswa. Selain itu, program ini dapat melahirkan kesedaran dalam diri mahasiswa/I akan tanggungjawab mereka dalam memartabatkan pendidikan bangsa disamping cemerlang di dalam bidang akademik.

Semoga program ini akan memberikan pendedahan dan kesedaran tentang tahap pendidikan bangsa yang perlu dinaiktarafkan sejajar dengan kemajuan ekonomi dan teknologi masa kini. Melalui program seumpama ini juga, pihak universiti dapat melahirkan belia-belia yang berkualiti, bukan sahaja dari segi pelajaran, pergaulan sosial dan kepimpinan, malah peka kepada keadaan masyarakat sekelilingnya.

Dengan kerjasama daripada pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNiSEL, pihak sekolah-sekolah yang terlibat dan pihak penaja, adalah menjadi harapan pihak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung supaya program ini dapat direalisasikan dan berjalan lancar demi memartabatkan pendidikan bangsa.

Program ini juga merupakan salah satu strategi jangka masa panjang dalam merealisasikan impian Perdana Menteri untuk melahirkan belia-belia yang berdaya saing tinggi, tidak mengetepikan nilai-nilai murni sesebuah bangsa dalam mencapai citacitanya serta cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga segala perancangan yang telah dibuat dalam program ini akan dapat dilaksanakan dan akan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. InsyaAllah…

7.

PENUTUP

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

Dengan ikhlasnya kami mengharapkan pentadbiran UNiSEL dapat menyokong

dan meluluskan usul ini, bagi menjayakan program yang

dicadangkan. Dengan adanya kerjasama daripada pihak atasan, dapatlah kami merealisasikan hasrat ini.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

……………………………….. (Abdul Razak Bin Ismail) Ketua Pengarah, Kursus Pengucapan Awam 2009 Siri 1

…………………………….. (Haidir Anuar Bin Zubir) Yang Di-Pertua, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Caw. Khas UNiSEL Bestari Jaya.

Disahkan oleh,

Disokong oleh,

…………………………....................... (Puan Siti Asmahan Binti Mohd Ali) Penasihat, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Universiti Industri Selangor.

………………………….. (En. Zulkifri Bin Kamil) Timbalan Pendaftar, Unit Perhubungan Pelajar HEP, Universiti Industri Selangor.

Diluluskan oleh,

……………………………….............................. (Prof Madya. Hj Zainal Abidin Bin Hj Kidam) Timbalan Naib Canselor HEP, Universiti Industri Selangor.

LAMPIRAN1

SEBARANG PERTANYAAN TENTANG GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1 SILA HUBUNGI Pengarah Program

:

Abdul Razak Bin Ismail

Alamat

:

No Tel.

:

Bilik Gerakan GPMS UNiSEL Aras 1, TR 7 Bangunan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Industri Selangor, Kampus Bestari Jaya, 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan. 019-7572607

Setiausaha Program

:

Noor Amalina Bt. Abdul Rahman

Alamat

:

No Tel.

:

Bilik Gerakan GPMS UNiSEL Aras 1, TR 7 Bangunan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Industri Selangor, Kampus Bestari Jaya, 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan. 019-2031922

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

Related Documents


More Documents from ""