Contoh Kertas Kerja Format

  • Uploaded by: mazni bin othman
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Kertas Kerja Format as PDF for free.

More details

  • Words: 1,537
  • Pages: 11
Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Sek Keb Kayan 2008 / 1429H SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN 32030 SITIAWAN PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAJLIS ISRO’ MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2008

PENDAHULUAN Isro’ ialah perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjid Aqso’ di Plestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah saw dari Masjid Aqso’ naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Oleh itu majlis Isro’ Mikraj diadakan untuk mengingati peristiwa tersebut dan dijadikan pengajaran di dalam kehidupan seharian.

MATLAMAT Memberi pendedahan peringkat awal pada para pelajar tentang sirah Rasulullah saw yang berkaitan dengan peristiwa Isro’ Mikraj.

OBJEKTIF  Dapat mengetahui pengertian Isro’ Mikraj.  Dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa Isro’ Mikraj.  Dapat beramal dan mengambil aktibar daripada peristiwa Isro’ Mikraj.

RASIONAL  Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa Isro Mikraj supaya semua warga sekolah dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

TARIKH PELAKSANAAN. Tarikh : 1 Ogos 2008 ( Jumaat) Masa : 7.40 pagi – 12. 00 Tengahari Tempat : Sek Keb Kayan.

PENGELOLAAN Majlis Sambutan Isro’ Mikraj ini dikelolakan sepenuhnya oleh guru-guru Pendidikan Islam dan dibantu oleh semua warga Sekolah Kebangsan Kayan.

juriah 06

1

Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Sek Keb Kayan 2008 / 1429H

JAWATANKUASA PENGELOLAAN Jawatankuasa Induk Pengerusi

: Pn. Rudiah bt Abas ( Guru Besar Sek. Keb Kayan )

Timb. Pengerusi

: En. Mohd Zahid b. Zainuddin ( Penolong Kanan Pentadbiran )

Timb. Pengerusi I

: Pn. Zalina bt Zakaria ( Penolong Kanan HEM )

Timb. Pengerusi II

: En. Saidin b Mahmud ( Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha

: Pn. Juriah bt. Adris

Bendahari

: Pn. Wan Aisyah bt Wan Yusoff

AJK kerja/pelaksana Tazkirah En. Mohd Zahid b Zainuddin Buku Program & Soalan Kuiz Pn. Juriah bt Adris Hadiah Pn. Wan Aishah bt Wan Yusoff Cik Noor Irwani bt Ismail Pn. Hasnah bt Saad

Hakim pertandingan mewarna Cik Suhaida bt Othman Pn. Nor Mazidah bt Musman Pn. Salina bt Ibrahim Pn. Mimi Farizianawaty bt Ariffin Kawalan Murid En. Mohd Salihin bin Ghazali En. Haris b Hj Husin En. Mohd Zaidi bin Abd Rashid Pn. Hanafiah bt Husin

Jurufoto En. Mazni bin Othman

KUMPULAN SASARAN Terdiri daripada murid-murid, guru-guru dan semua warga SK Kayan.

JADUAL PELAKSANAAN / ATURCARA MAJLIS 7.30 pagi

: Loceng dibunyikan Murid berhimpun ditapak perhimpunan Program Harian Bacaan Solat

7.50 pagi

: Mengedarkan risalah untuk guru dan kakitangan Tazkirah Isro Mikraj (Ust Mohd Zahid b Zainuddin) juriah 06

2

Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Sek Keb Kayan 2008 / 1429H 8.10 pagi

: Kuiz Isro Mikraj

8.40 pagi

: Pertandingan mewarna Pra – Tahun 6 ( Di kantin sekolah)

10.30 pagi

: Rehat

11.00 pagi

: Program keceriaan kelas ( Guru mata pelajaran dan murid membersihkan kelas )

12.00 t/hari

: Murid pulang.

ANGGARAN PERBELANJAAN BIL 1

PENDAPATAN SUWA

RM

BIL

100.00

1 2 3 4 5

JUMLAH

PERBELANJAAN

RM

Hadiah Pertandingan mewarna Hadiah kuiz Risalah guru Buku Program Photostat

100.00

JUMLAH

46.00 28.00 12.00 4.00 10.00 100.00

SUMBER KEWANGAN • Wang SUWA

PENUTUP Adalah diharapkan semoga program ini mendapat kerjasama semua warga sekolah dan dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh, ..................................... ( JURIAH BT. ADRIS ) Ketua Panitia Pend. Islam, Sekolah Kebangsaan Kayan, 32030 Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.

Disahkan oleh, .................................... ( PN. RUDIAH BT ABAS) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kayan, 32030 Sitiawan, juriah 06 Perak Darul Ridzuan.

3

Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Sek Keb Kayan 2008 / 1429H

Lampiran 1 SOALAN KUIZ BIL

KELAS

1

Pra

SOALAN

Lampiran 2

1. Siapakah nama nabi kita? Jawapan : Nabi Muhammad SAW 2. Siapakah nama bapa Nabi Muhammad saw? Jawapan : Abdullah

2

Tahun 1

1. Siapakan nama Rasul yang mengalamai peristiwa Isro’ Mikraj? Jawapan : Nabi Muhammad saw 2. Dimanakah terletaknya Masjidil Haram? Jawapan : Mekah

3

Tahun 2

1. Apakah nama binatang yang ditunggangi oleh Rasulullah untuk naik ke langit? Jawapan : Buraq 2. Siapakah nama Malaikat yang membawa Nabi Muhammad naik kelangit dalam peristiwa Isro’ Mikraj? Jawapan : Malaikat Jibrail

4

Tahun 3

1. Di langit keberapakah Nabi Muhammad saw bertemu dengan Nabi Adam? Jawapan : Langit pertama 2. Pada asalnya berapa waktukah difardhukan umat Islam solat? Jawapan : 50 waktu

5

Tahun 4

1. Berapa rakaatkah Rasulullah saw solat di Masjid Aqso’ sebelum baginda mikraj ke langit? Jawapan : 2 rakaat. 2. Dimanakah terletaknya Masjid Aqso? Jawapan : Plestin

6

Tahun 5

1. Bilakah belakunya peristiwa Isro’ Mikraj? Jawapan : 27 rejab. 2. Dalam peristiwa Isro’ Mikraj, Jibril telah memberi Rasulullah 2 bejana yang berisi air. Sebutkah 2 jenis air tersebut? Jawapan : Arak dan susu

7

Tahun 6

1. Apakah pengertian Isro’? Jawapan : Perjalanan malam Rasulullah saw dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqso’. 2. Apakah pengertian mikraj? Jawapan : Perjalanan malam Rasulullah saw dari juriah Masjidil06 Aqso’ ke langit.

4

Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Sek Keb Kayan 2008 / 1429H Risalah Isro’ Mikraj Assalamualaikum Warahmatullah, Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu peristiwa penting iaitu pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku peristiwa isra' dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis Palestin dan seterusnya nabi di angkat ke langit untuk bertemu Hayati Peristiwa Isra' Mikraj Allah dalam masa yang begitu singkat. Peristiwa ini telah membongkarkan tentang keimanan dan keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Isra’ dan Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam. Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam pasti akan terkubur. Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentahmentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah nabi sehingga berlumuran darah. Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif. Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

juriah 06

5

Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Sek Keb Kayan 2008 / 1429H

juriah 06

6

Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Sek Keb Kayan 2008 / 1429H

LAMPIRAN 4 BUKU PROGRAM

juriah 06

7

Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Sek Keb Kayan 2008 / 1429H

LAMPIRAN 5 LUKISAN PERTANDINGAN MEWARNA

juriah 06

8

Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Sek Keb Kayan 2008 / 1429H

LAMPIRAN 6 LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN ISRO’ MIKRAJ juriah 06

9

Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Sek Keb Kayan 2008 / 1429H

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN 32030 SITIAWAN PERAK DARUL RIDZUAN LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM SAMBUTAN MAJLIS ISRO’ MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2006 1) TAJUK

:

2) TARIKH 3) MASA

Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Peringkat Sekolah 2006 :

:

8 September 2006

7.30 pagi – 12.30 tengahari

4) TEMPAT

:

Sek Keb Kayan

5) SASARAN

:

Warga Sek Keb Kayan

6) PERSONALIA :

Rujuk lampiran senarai tugas

7) PENGISIAN

7.1

8)

KESAN

:

:

Mengedarkan risalah Isro’ Mikraj 7.2 Tazkirah 7.3 Kuiz 7.4 Pertandingan Mewarna 7.5 Tayangan Filam Kisah-kisah Nabi 8.1 8.2 8.3 8.4

Menhayati perjuangan Rasulullah saw Menghayati erti Isro’ Mikraj Mengambil pengajaran dari peristiwa Isro’ Mikraj. Mengamalkan amalan yang baik dalam kehidupan seharian berpandukan peristiwa Isro Mikraj. juriah 06 10

Sambutan Majlis Isro’ Mikraj Sek Keb Kayan 2008 / 1429H 9)

TINDAKAN

:

9.1 9.2

Menerangkan peristiwa Isro’ Mikraj dari masa ke semasa untuk mengisi program-program tertentu. Menasihati murid supaya sentiasa mengingati peristiwa Isro Mikraj dan menjadikan pengajaran dalam kehidupan seharian.

DISEDIAKAN OLEH :

PN. JURIAH BT ADRIS Setiausaha, Sambutan Majlis Isro Mikraj

TARIKH

11 September 2006

:

juriah 06 11

Related Documents


More Documents from "mazni bin othman"