Computer Assembly And Upgrading

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Computer Assembly And Upgrading as PDF for free.

More details

  • Words: 1,104
  • Pages: 7
INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN (F02-01-04-LE1-IS1f)

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN) – TAHAP 2 (SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL

M04 COMPUTER ASSEMBLY AND UPGRADING

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 ASSEMBLE AND UPGRADE COMPUTER COMPONENTS LE2 INSTALL AND CONFIGURE NETWORK CLIENT WORKSTATION LE3 UPGRADE PC LE4 ANTIVIRUS INSTALLATION

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

ASSEMBLE AND UPGRADING COMPUTER COMPONENTS BY USING EQUIPMENTS, MATERIALS AND TOOLS SUCH AS COMPUTER, HARDWARE MANUALS, ANTIVIRUS AND INSTALLATION PROCEDURES SO THAT:1. SUITABLE COMPONENTS ARE VERIFIED AND INSTALLED PROPERLY. 2. ANTIVIRUS ARE INSTALLED ACCORDING TO PROCEDURES.

111

ISI KANDUNGAN LE1 – ASSEMBLE AND UPGRADE COMPUTER COMPONENTS 

TASK 01.07d – Identify pc hardware components.



TASK 01.02 – Conduct pre-installation hardware/software inspection.

112

No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

No. & TAJUK TUGASAN

LE1 Assemble and upgrade computer components

TASK 01.07d – Identify pc hardware components. TASK 01.02 – Conduct pre-installation hardware/software inspection.

Code No. : F02-01-04-LE1-IS1f

Muka : 1 drp. 5

TAJUK : BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY)

TUJUAN : Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai komponen-komponen dalaman komputer iaitu bekalan kuasa supaya pelajar boleh mengenalpasti dan mengetahui fungsi - fungsi bekalan kuasa dengan tepat. PENERANGAN :

JENIS-JENIS UNIT BEKALAN KUASA KOMPUTER

Bekalan kuasa yang stabil pada sistem komputer adalah perkara yang perlu di titik beratkan apabila menggunakan komputer. Mungkin sebahagian pengguna tidak menghiraukan ,tetapi kejadian ini mungkin akan menyebabkan kehilangan data .Masalah bekalan kuasa harus dititik beratkan dan perlu di utamakan. Unit bekalan kuasa komputer berfungsi sebagai penerima bekalan elektrik 240/110 V ac daripada punca bekalan utama dan menukarkan ke beberapa bentuk voltan dc serta mengagihkannya ke bahagian-bahagian utama sebuah komputer. Jika sebuah komputer tidak berfungsi langsung, antara sebab utamanya adalah kerana masalah pada unit bekalan kuasa ini, samada ia tidak menerima bekalan utama atau ia tidak dapat berfungsi dengan baik.

113

Code No. F02-01-04-LE1-IS1f

Muka : 2 drp. 5

Paras voltan dc bekalan kuasa Voltan

Beban

Kegunaan

Warna wayar

+5V

4.8A

Bekalan untuk IC TTL, Mikropemproses

Merah

-5V

0.5A

IC TTL,Op –Amp,Speaker

Putih

+12V

1.5A

IC CMOS, Motor Drive, Communication IC

Kuning

-12V

0.5A

Op-Amp,Motor Drive, Communication IC

Biru

Wayar Hitam adalah untuk Ground Wayar oren untuk Power Good

Jenis –jenis unit bekalan kuasa komputer : i. ii.

Universal Pensuisan

Unit Bekalan Kuasa Universal Bekalan kuasa jenis ini adalah linear/tetap keluarannya.Di mana perubahan beban tidak akan mempengaruhi keluaran. Walaupun beban yang banyak (sepatutnya boleh dibekalkan) tetapi ia tidak boleh mengawal keluarannya dengan baik atau sebaliknya, ini yang menyebabkan litar pintas dan pembaziran tenaga. Di mana bekalan kuasa jenis ini kecekapannya adalah 50% dari pada masukan. Antara fungsi setiap blok ialah: Transformer :

Berfungsi menurun atau menaikkan nilai voltan bekalan 240V ke nilai yang lebih rendah, contohnya +12 dan – 12V.

Penerus :

Berfungsi menukarkan voltan ulangalik ke bentuk voltan arus terus (dc). Di dalam bahagian ini diod-diod digunakan.

Penapis:

Berfungsi mendapatkan nilai voltan dc yang tetap dan tulin. Komponen utama ialah kapasitor.

Pengatur :

Bahagian ini menetapkan nilai voltan keluaran yang di kehendaki supaya ia benar-benar berada pada nilai tetap yang di perlukan walaupun terdapat perubahan pada lain-lain bahagian masukan.

Pembahagi voltan :

Menetapkan keluaran-keluaran voltan yang di perlukan seperti +12V, -12V,+5V dan –5V.

114

Code No. F02-01-04-LE1-IS1f

Muka : 3 drp. 5

Unit Bekalan Kuasa Pensuisan Litar bekalan kuasa pensuisan adalah lebih kompleks, tetapi tujuannya adalah untuk mengesan voltan pada beban, membandingkan dengan nilai rujukan dan menjanakan pulse untuk pensuisan. Pada kebanyakan litar elemen pensuisan yang digunakan adalah ‘high power transistor’ yang terletak pada sebelah primer atau sekunder pengubah. Bekalan kuasa pensuisan adalah lebih popular disebabkan kecekapannya. Kebanyakan rekabentuk kecekapannya mencapai sehingga 85%. Ia kurang berlaku kehilangan tenaga secara haba, jadi bekalan kuasa adalah lebih sejuk dan menggunakan komponen yang kecil untuk menukarkan jumlah kuasa yang sama dengan linear. Keburukannya semakin cekap sesuatu sesuatu bekalan kuasa pensuisan itu,maka ia boleh menghasilkan ‘noise interference’ pada litar.

Rajah 1 : Gambarajah Blok Unit Bekalan Kuasa Pensuisan Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Membaikpulih Bekalan Kuasa 1.

Biarkan seketika sebelum membaikpulih. Selepas membuat pengujian bekalan kuasa hendaklah dibiarkan seketika. Ini bertujuan untuk membenarkan ia membuang cas yang ada pada komponen bekalan kuasa terutamanya kapasitor. Cas yang ada pada bekalan kuasa biasanya tinggi dan lambat di nyah caskan.

2.

Gunakan julat / skala yang sesuai semasa menguji bekalan kuasa dengan multimeter. Ini untuk mengelakkan kerosakan pada multimeter. Setkan julat multimeter lebih besar dari nilai yang hendak diukur.

3.

Gunakan probe penguji yang tajam dan berpenebat. Ini untuk mengelakkan berlaku pintasan kesebelah semasa membuat pengujian . Ini juga untuk mengelakkan berlakunya penyalahan voltan pada komponen yang tidak sepatutnya diberikan. Penggunaan probe berpenebat juga mengelakkan berlaku litar pintas pada pengguna.

4.

Pastikan ada pembantu. Semasa pengujian dan membaikpulih peralatan voltan tinggi terutamanya bekalan kuasa komputer pastikan ada pembantu yang akan membantu semasa kecemasan.

5.

Bekerja dengan satu tangan sahaja. Elakkan bekerja menggunakan kedua-dua belah tangan semasa bekalan diberikan pada alat yang dibaiki. Ini untuk mengelakkan litar pintas pada badan.

115

Code No. F02-01-04-LE1-IS1f

Muka : 4 drp. 5

Menganalisa Kegagalan Fius Pada Bekalan Kuasa Fius adalah komponen perlindungan kepada bekalan kuasa dan juga komputer dari rosak yang disebabkan oleh litar pintas, lebihan beban, spike dan sebagainya. Fius yang terputus perlu ditukar dengan fius yang baru yang mempunyai julat kuasa yang sama dengan fius asal. Menganalisa kegagalan fius boleh membantu menentukan kerosakan pada sistem. Di bawah menunjukkan contoh kerosakan hasil analisa kegagalan fius. Fius Jenis Kaca Cerah (Soft Fuse) • Titik hitam yang cair – Fius lama • Mendakan warna timah dan berpeluh – lebihan beban • Terbakar – litar pintas Tanda Bekalan Kuasa Mengalami Lebihan Beban Beberapa tanda menunjukkan bekalan kuasa mengalami lebihan beban. Antaranya adalah seperti di bawah: a). b). c). d). e).

Fius terbakar dan mendakan warna timah dan berpeluh Kedengaran bunyi aneh pada bekalan kuasa Komponen pada bekalan kuasa menjadi lampau panas Keluar asap pada bekalan kuasa Berlaku retakan kecil atau bau/bunyi terbakar pada bekalan kuasa

Pada keadaan biasa ‘soft fuse’ akan menunjukkan tanda-tanda terbakar apabila berlaku litar pintas pada sistem komputer atau bekalan kuasa itu sendiri , jadi untuk memastikan litar pintas tersebut berlaku pada komputer atau bekalan kuasa, maka pengenalpastian yang sesuai adalah perlu. Seperti menggunakan bekalan kuasa yang lain pada komputer asal, sekiranya masalah yang sama berlaku pada bekalan kuasa yang baru, maka litar pintas pada komputer jika sebaliknya, maka litar pintas adalah pada bekalan kuasa itu sendiri.

116

Code No. F02-01-04-LE1-IS1f

Muka : 5 drp. 5

SOALAN : 1. Nyatakan perbezaan antara bekalan kuasa jenis pengubah dengan pensuisan. 2. Berikan tanda-tanda bekalan kuasa mengalami lebihan beban. 3. Nyatakan fungsi bekalan kuasa dalam sistem komputer.

RUJUKAN : 1. Nota E-311 Baikpulih Komputer, Politeknik Seberang Perai, Jabatan Kejuruteraan Elektrik,

117

Related Documents