Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh Terima Kasih pengacara serta Para hakim yang bijaksana Dengarkan cerita saya buat renungan kita semua Ya kawan- kawan, Dengarkan kisah Siti Aminah Bonda Rasullullah Aminah Bt Wahab Bin Abdul Manaf bin Zuhra berasal dari keturunan bangsawan. Beliau juga digelar si Bunga Quraisy kerana kecantikannya dan sentiasa menjaga pergaulannya Ingatlah mawan-kawan, jauhilah pergaulan bebas yang boleh menguindang perbuatan zina Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 32 maksudnya:‘ Dan Janganlah Kamu Mendekati Zina’ Ya kawan-kawan , Semakin hari semakin dewasa, Siti Aminah diintai Jejaka. Pemuda hebat Abdullah namanya. Menjadi rebutan gadis di kota. Namun, hanya Siti Aminah yang menjadi pilihan hatinya. Pinangan dihantar dan diterima dengan perasaan gembira. Ya kawan-kawan, Buatlah pilihan yang tepat dalam memilih pasangan. Sepertimana Firman Allah dalam surah Az-Zaariyat ayat 49 Maksudnya; ‘ dan segala sesuatu kami ciptakan berpasangpasangan agar kamu mengingati kebesaran Allah.’
Usaha Jakim wajar diberi pujian kerana menganjurkan perkahwinan beramai-ramai. Mega Seri Pengantin 2014 di Putrajaya. Ya kawan-kawan, Abdullah ke Syam mencari rezeki, Tiba Yathrib disambut Ilahi Tinggal Aminah seorang diri, Sedih hatinya tidak terperi, Bermimpi aneh dalam dirinya, Ada cahaya menerangi dunia, Sepanjang kehamilannya beliau sering bermimpi yang anaknya bakal menjadi pemimpin ummah Seperti mana Firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 107 Maksudnya; ‘ Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat seluruh alam. Kawan-kawan, Anak adalah anugerah Allah Yang tidak ternilai. Didiklah mereka supaya menjadi orang yang berguna sepertimana adik Haikal Firdaus yang berjaya menghafal Al-Quran di usia 9 tahun. Setelah 3 hari Aminah munyusukan puteranya, baginda diserahkan kepada Halimatus Saadiah untuk disusukan dan diasuh mengikut adat masyarakat arab. Ya kawan-kawan Setiap wanita yang bergelar ibu pasti menginginkan anaknya berjaya. Contohilah tokoh ibu mithali 2014 yang telah berjaya mendidik anaknya seramai 12 orang.
Menziarahi pusara suami tercinta Bersama Muhammad peteranya Tiba I Abwa’ sakit melanda Ajal pun tiba kembali kepada-Nya Firman Allah dalam surah Ali Imran Ayat 185 Maksudnya ; ‘Setiap yang hidup pasti akan merasai mati’. Ya kawan-kawan, Contohilah Siti Aminah bonda Rasulullah, seorang wanita yang berhati mulia, pemimpin para ibu dan Allah telah memilihnya sebagai ibu kepada Rasul junjungan kita, Muhammad SAW Kisah istimewa telah dipaparkan Jadikan ia sebagai pedoman Terima kasih hadirin sekelian Mengundur diri ampun kesalahan Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.