Posted: Mon Jan 23, 2006 10:04 am
Post subject: cinta seorang pemuda....
-------------------------------------------------------------------------------Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pengang. bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa. Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul�sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bilabila�takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta! Saya suka sangat tengok body teman wanita saya� solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telengkung supaya masa �dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala�syoknya! Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, �Apa ubatnya, bang?� saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa�semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya. Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; �Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok�nanti awak sakit saya juga yang susah hati�bla bla bla bla.� Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun. Aduuuuh�berdosanya saya! Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber�dating�di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya. Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami�semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin�