Cik Lebah Madu.docx

  • Uploaded by: Elizabeth Peter
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cik Lebah Madu.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 584
  • Pages: 2
Tajuk Cerita: Cik Lebah Madu Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan waktunya, guru-guru seterusnya rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan salam perpaduan. Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini, saya ada satu cerita yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya ialah Cik Lebah Madu. Ha, kalau kawan-kawan semua nak tahu, marilah dengar cerita saya. Pada suatu pagi, di taman yang penuh dengan bunga matahari, kelihatan Cik Lebah Madu terbang riang. Cik Lebah sudah tidak sabar untuk menghisap madu bunga matahari. Ia pun hinggap di atas kelopak bunga itu. “Wah, sedapnya madu ini!” kata Cik Lebah sambil menghisap madu dengan gelojoh. Tibatiba Cik Lebah tersedak. Ia terbatuk-batuk. Batuknya menjadi semakin kuat sehingga mengganggu serangga lain yang berada di taman itu. “Jangan gelojoh, Cik Lebah. Madu itu cukup untuk kita semua,” tegur Pak Kumbang. Cik Lebah tersinggung dengan teguran Pak Kumbang itu. Ia memasamkan mukanya. “Cik Lebah, aku cuma nak menasihati kamu saja. Aku bimbang kamu sakit nanti,” kata Pak Kumbang lagi. “Suka hati akulah. Aku yang sakit, bukannya Pak Kumbang,” balas Cik Lebah. Cik Lebah berasa meninggalkannya.

bosan

dengan

nasihat

Pak

Kumbang,

lalu

terus

terbang

Sementara itu, Sang Lelabah sedang berehat di atas dahan pokok mangga. Ia baru sahaja selesai membuat sarangnya. Walaupun penat, ia berasa seronok melihat sarangnya yang cantik. Kawan-kawan, Tiba-tiba Cik Lebah muncul di sebalik daun pokok mangga itu. Ia ternampak sarang lelabah yang bersinar-sinar. Ia terus terbang ke arahnya untuk melihat dengan lebih dekat. Mata Cik Lebah terkebil-kebil memandang sarang lelabah yang indah berkilau. Cik Lebah memuji-muji kecantikkan sarang Sang Lelebah. Ia berasa kagum melihat sarang itu dan ingin menyentuhnya. “Jaga-jaga Cik Lebah, jangan sentuh sarang aku.” Kedengaran suara Sang Lelabah memberikan amaran kepada Cik Lebah. “Eh, Sang Lelabah! Ini sarang kamu ya?” tanya Cik Lebah. “Ya, ini sarang aku! Kamu jangan sentuh, nanti kamu akan mendapat susah!” kata Sang Lelabah lagi. Cik Lebah berasa takut mendengar kata-kata Sang Lelabah, lalu terbang menjauhi sarang itu. Namun, Cik Lebah masih tidak berpuas hati dan berasa marah dengan kata-kata Sang Lelabah tadi. Ia tetap ingin menyentuh sarang yang cantik itu. Ia berfikir seketika.

“Apa yang kamu mahu buat, Cik Lebah?” tanya Sang Lelabah. “Sekarang aku ada ranting ni,” kata Cik Lebah sambil ketawa. “Aku boleh sentuh dan koyakkan sarang kamu dengan satu sentuhan saja!” kata Cik Lebah lagi. Sang Lelabah berasa cemas lalu berkata, “Cik Lebah, jika kamu hebat, mengapa kamu mahu sentuh dengan ranting? Lebih baik kamu rempuh saja sarang ini.” Cik Lebah berasa tercabar. Tanpa berfikir panjang, ia membuang ranting itu lalu terbang merempuh sarang Sang Lelabah. Ha, kawan-kawan, nak tahu apa yang berlaku kepada Cik Lebah? Tiba-tiba… badan Cik Lebah melekat pada sarang itu. Ia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Akan tetapi, semakin kuat ia bergerak, semakin kuat sarang itu melekat padanya. Sang Lelabah menggeleng-gelengkan kepalanya. “ Kan aku dah kata, jangan sentuh sarang ini. Tengok, siapa yang susah?” tegur Sang Lelabah. “ Maafkan aku, Sang Lelabah. Aku janji takkan ganggu sarang kamu lagi. Tolong lepaskan aku,” kata Cik Lebah, memohon simpati. “Nasib baik aku belum lapar lagi. Kalau tidak, kamu akan jadi makanan aku,” kata Sang Lelabah lalu membantu Cik Lebah melepaskan diri. Ha, ingatlah kawan-kawan, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan. Janganlah kita bersikap tamak dan sombong, nanti buruk padahnya. Kita hendaklah berbaik-baik dengan orang disekeliling dan bersikap biadab jangan sekali. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Sekian, terima kasih.

Related Documents

Cik Lebah Madu.docx
November 2019 16
Madu Lebah
November 2019 31
Gambar Lebah
June 2020 14
Mukjizat Lebah
April 2020 25
Ulasan Jurnal Cik Hasnatul
October 2019 27

More Documents from ""

Latihan Menulis Tahun 1.docx
November 2019 38
Cik Lebah Madu.docx
November 2019 16
Ms Mobility Study-2
October 2019 51
June 2020 17
Oct. N&v Pdf
October 2019 43