1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku? Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
3. Adakah ia berjangkit? Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.
4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya? Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.
5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini? •
Demam panas mengejut
• Sakit teruk pada sendi • Ruam pada badan • Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tandatanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut? Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.
7. Apakah rawatan bagi penyakit ini? Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.
8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit? Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya • Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong. • Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes. • Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya? Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
Chikungunya ialah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh alfavirus bawaan gigitan nyamuk Aedes aegypti. Penyelidikan terkini oleh Institut Pasteur di Paris menuntut bahawa virus ini telah mengalami mutasi yang membolehkannya untuk direbak oleh nyamuk Aedes Albopictus (bahasa Inggeris: Tiger mosquito). Ini adalah punca wabak di Lautan Hindi dan ancaman di pantai Mediterranean pada masa ini. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Chikungunya juga dilaporkan melanda penduduk Bolaang Mangondow (Sulawesi Utara), Jember (Jawa Timur) dan Kabupaten Bandung (Jawa Barat). Wabak Chikungunya pernah menjangkiti 27 orang di Pelabuhan Klang, Malaysia pada tahun 1999 [1]. Nama penyakit ini berasal daripada perkataan Makonde yang bermaksud "sesuatu yang melengkung ke atas" dan merujuk kepada postur terbongkok-bongkok yang diakibatkan oleh gejala-gejala artritis. Penyakit ini diperihalkan buat pertama kali oleh Marion Robinson [1] dan W.H.R. Lumsden [2] pada tahun 1955, menyusul satu peletusan di Penara Makonde di sepanjang sempadan antara Tanganyika dan Mozambique pada tahun 1952. Chikungunya berkait rapat dengan virus O'nyong'nyong [3]. Chikungunya tidak dianggap sebagai suatu penyakit yang membawa maut. Bagaimanapun, pada tahun 2005-2006, 200 kematian telah dikaitkan dengan penyakit Chikungunya di Pulau Reunion dan di India Selatan, terdapat peletusan penyakit ini yang meluas (khususnya di Karnataka dan Andhra Pradesh); sila lihat Peletusan terkini di bawah.
[sunting] Gejala Simptom penyakit Chikungunya termasuk demam yang mencecah 39 darjah Celcius, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki, tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia. Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Ujian serologi untuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. Tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagai Demam Chikungunya. Penyakit ini biasanya terhad diri dan akan sembuh sendiri. Rawatan gejala dicadangkan selepas mengenepikan penyakit yang lebih merbahaya lain.
[sunting] Terbitan linguistik
Menurut laporan awal Lumsden terhadap epidemiologi pada tahun 1955, istilah "chikungunya" berasal daripada kungunyala, kata kerja dasar Makonde yang bermaksud "kering" atau "berkernyut". Dalam penyelidikan serentak, Robinson menterjemahkan istilah Makonde ini dengan tambahan antara baris sebagai "sesuatu yang melengkung ke atas". Rujukan kepada bahasa Makonde kemudian terlepas perhatian pengarangpengarang yang berikut dan mereka menganggap bahawa istilah ini berasal daripada bahasa Swahili, lingua franca kawasan itu. Anggapan yang salah ini telah diulangi dalam banyak sumber tercetak; Google menyenaraikan melebihi 15,000 laman dalam carian untuk "chikungunya swahili".