Cerpen : Warkah Kekasih

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cerpen : Warkah Kekasih as PDF for free.

More details

  • Words: 1,080
  • Pages: 4
Warkah Kekasih Jam menunjukkan angka 4.00 pagi. Mataku masih belum menampakkan hendak tidur. Kenapa pulak ni? Tiba-tiba ingatanku menerawang pada mak, abah, wan, atuk, adik-adik dan Intan! Ahh! Terlanjur mata tak boleh nak tidur ni elok juga aku lakarkan sesuatu untuk Intan. Aku bingkas bangun lalu menulis sesuatu untuk kekasih hatiku. Bradford Street, United Kingdom. Assalamualaikum... Kehadapan insan yang Abang sayangi. Semoga dengan kehadiran warkah ini, tidak menganggu dirimu. Apa khabar sekarang? Tengah buat apa tu? Abang di sini alhamdulillah sihat di samping teman-teman. Pelajaran Abang, alhamdulillah ok ajer. Sayang nak tau tak sekarang ni kat sini musim salji tau. Seronok Abang main salji. Sejuk sesangat. Sayang... sewaktu Abang mencoretkan kata-kata ini entah sebab apa tiba-tiba Abang teringatkan Intan yang jauh di tanahair. Nak tidur pun tak boleh. Jadi Abang ambil kertas dan pen terus melakarkan sesuatu untuk buah hati Abang. Sayangku Intan... Ketahuilah sayang bahawa di hati Abang hanya ada Intan. Walau pernah Abang katakan pada Intan , Abang suka tengok gadis mat saleh tapi mereka tak ada apa-apa makna dalam hidup Abang. Mana mungkin dorang nak kat Abang, Intan. Cuma Intan yang Abang cintai dan sayangi. Insya Allah sehingga akhir hayat Abang.Percayalah! Pernah Abang katakan dulu selagi ada nafas dan hayat Abang, Intan tetap di hati. Cinta Abang tak pernah pudar walaupun dah hampir empat tahun kita bersama. Kasih sayang Abang pada Intan masih seperti dulu. Seperti mana pertama kali Abang lafazkan kata

cinta Abang pada Intan. Intan adalah sebahagian dari hidup Abang. Benar Intan! itulah kenyataannya. Abang bukannya ahli falsafah yang pandai bijak bermain kata-kata. Cuma apa yang Abang dapat lakukan bukan dengan lafaz cinta tapi dengan perlakuan, kasih sayang Abang pada Intan. Sayangku padamu untuk selamanya. Terus terang Abang katakan yang Abang sangat menyintai diri sayang dan Abang rasa tak boleh buat apa-apa tanpa sayang di sisi. Bila Intan jauh, Abang rasa rindu, sunyi sangat. Lebih-lebih lagi bila Abang jauh di perantauan. Dahlah di sini orang melayu kurang, nak bergurau ke nak pergi jejalan pun kena pakai duit. Mana ada rumah saudara mara kat sini. Intan pun fahamkan? Walaupun Intan jauh nun di sana, Abang tetap setia pada Intan. Hati Abang hanya untuk dirimu seorang. Rindu dan hati Abang masih lagi seperti dulu. Harap Intan tidak melupakan diri Abang. Intan... Tidak pernah terlintas di hati ini untuk mencari pengganti walaupun Intan tiada di sisi. Walaupun jauh beribu batu. Abang tetap mengingati Intan. Pernah Abang berjanji tapi Abang mungkiri namun semua itu bukan kehendak Abang. "Kita yang merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya." Tapi kita tak boleh berharap pada takdir sepenuhnya. Kita boleh merubah takdir dengan usaha. Intan nak tahu tak semasa di sini, kawankawanlah penghibur hati. Sememangnya Intan sendiri sudah maklum yang Abang punyai ramai kawan. Tak kira lelaki mahupun perempuan tapi semuanya tak lebih dari seorang rakan. Intan juga istimewa di hati. Biar jauh di mata tapi tidak jauh di hati. Pernah beberapa ketika, perasaan Abang meronta-ronta untuk mengekori di mana sahaja Intan berada. Namun apakan daya, Abang tak mampu berbuat demikian. Ketahuilah Intan, Abang sentiasa menantikan bilakah kita boleh bertemu lagi. Nampaknya dua tahun lagi barulah Abang dapat kembali ke Malaysia. Sabar sayang. Sayang... Tiada siapa lagi yang dapat mengetuk pintu hati Abang. Cuma nama Intan Mazwin sentiasa bertakhta di hati. Perkenalan dengan Intan banyak merubah perjalanan hidup

Abang. Hati Abang yang telah kosong terasa seolah-olah terubat dengan kehadiran Intan. Semua bibit percintaan ini menjadi pengubat rindu Abang pada Intan. Cinta ibarat langit dan bumi.Ternyata sukar untuk dipisahkan. Cinta yang dibina atas dasar sayang,kasih ,rindu dan kejujuran adalah resepi utama membina sebuah perhubungan. Begitu jugalah episod cinta antara Intan dan Abang... Seperti yang Abang katakan di atas tanpa Intan di sisi tidak mungkin Abang dapat berdiri sendiri.Setiap denyut nadi Abang adalah hanya untukmu. Setiap detik dan ketika hanya untuk dirimu duhai kekasihku... Hanya namamu bertakhta di hatiku. Satu pinta Abang agar diri ini tidak kecewa buat kesekian kalinya. Sesungguhnya Intan adalah insan yang berjaya menambat hati Abang. Abang tertarik dengan keluhuran, sopan santun dan kelembutan yang ditunjukkan oleh Intan. Senyuman Intan menyentuh kalbu. Abang tertarik pada Intan bukan kerana keayuan ataupun kekayaan Intan. Bermula dari perkenalan kita sehinggalah hari ini, Abang dapat rasakan Intan membuat Abang rasa bahagia. Abang tidak menafikan kadangkala antara kita wujud persengketaan, perselisihan pendapat hanya kerana sikap Abang yang panas baran dan emosional. Namun, Intan berjaya melembutkan semula hati Abang, membuatkan Abang membuang ego Abang jauh-jauh hanya kerana Intan. Abang tahu Abang bersalah, maafkan Abang. Dalam diam Abang mengkagumi sikap Intan, disebalik kelembutan dan kemanjaan Intan, ada sifat ketegasan dan kematangan. Intan sering mengingatkan Abang tentang masa depan yang bakal dilalui. Betapa Intan seorang gadis yang banyak mengajar Abang erti kehidupan, kasih sayang, kesabaran dan ketekunan. Intan turut menyedarkan Abang erti perhubungan yang sebenar. Abang rasa, pilihan Abang untuk menjadikan Intan suri hidup Abang sesuatu yang tepat. Pemaisuri yang bertakhta di hati telah Abang temui dan akan Abang sunting diri Intan kelak bila semuanya sudah selesai. Maksud Abang pelajaran dan kemudahan untuk kita. Walaupun antara kita masih ada kekurangan yang perlu di perbaiki namun, Abang mengharapkan segalanya akan kita atasi bersama. Membina sebuah perhubungan yang bahagia, memerlukan kesabaran, pengorbanan, kejujuran dan ketekunan. Intan, seperti kata pujangga Hamka, "Cinta adalah tiang sendi segenap keutamaan dunia ini. Kalau tidak ada cinta nescaya kiamatlah dunia". Begitu kuat sekali

pengaruh cinta. Intan masih ingat lagi kata-kata Abang sebelum Abang berangkat ke UK tiga tahun dulu? Walau di mana Abang berada, Intan tetap di hati. Tak usah diragukan cinta Abang, Abang pinta satu dari Intan, berilah kepercayaan pada Abang. Abang akan buktikan kesetiaan Abang. Tolonglah percayakan Abang.Abang sayangkan Intan sepenuh jiwa raga Abang. Abang rasa cukup setakat ini untuk kali ini. Insya allah! Abang akan hantar surat untuk Intan masa akan datang. Kirim salam untuk keluarga di tanah air. Tunggu kepulangan Abang dua tahun lagi. Berjanjilah Intan akan setia menanti dan sentiasa merindui Abang, laksana pungguk merindukan bulan. Abang doakan agar Intan di berkati Allah dalam menjalani kehidupan seharian. Salam mesra dari Abang di sini. Yang menyintaimu, Ashraf Iskandar, Bradford City, UK. Aku melipat kemas surat tersebut lantas memasukkannya kedalam sampul surat yang telah sedia bersetem. Esok akan ku poskan warkah cinta ini untuk kekasihku Intan! Biar dia tahu betapa aku terlalu mengasihinya. "Is, kau tak tidur lagi? kau tak mengantuk ke?" Aku tersentak, pantas menoleh pada Ikmal yang terpinga-pinga di katil. Entah apa yang mengejutkannya aku sendiri tidak tahu. Selalunya dia tak kisah kalau aku tidur lambat. Ketukan keyboard komputer juga tak pernah diambil peduli. Aku tersenyum sambil memandangnya. Lantas bangun untuk menutup lampu. TAMAT

Related Documents

Warkah Melayu
December 2019 24
Cerpen
November 2019 40
Cerpen
June 2020 33
Cerpen
May 2020 20