Cadangan Penambahbaikan

  • Uploaded by: karly
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cadangan Penambahbaikan as PDF for free.

More details

  • Words: 483
  • Pages: 2
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK INOVASI “MATH MULTIPLE PLAY” Penggunaan teknik bermain secara didik hibur menggunakan bahan dijadikan fokus utama dalam projek inovasi ini. Bahan bantu mengajar berbentuk segi empat tepat dengan menggunakan pilihan warna yang sesuai bagi murid Pendidikan Khas. Projek inovasi ini diaplikasikan ke atas murid tahun 5 Program Pendidikan Khas Integrasi seramai 3 orang murid di Sekolah Kebangsaan Seri Indah. Projek ini amat sesuai untuk mereka kerana ia di cipta selaras dengan tahap kemampuan mereka yang masih lagi mempelajari operasi pendaraban dua digit dengan dua digit. Keselamatan murid juga diutamakan semasa penggunaan bahan. Walaupun pelaksanaan projek berjalan lancar dan memperlihatkan kekuatan dan keberkesanannya terhadap kemahiran operasi darab namun terdapat beberapa perkara yang dilihat memerlukan penambahbaikan. Penambahbaikan ini untuk melicinkan serta menjadi projek ini berkesan semasa pelaksanaannya. Selain itu, ia mampu memberi kesan kepada prestasi murid agar lebih mahir dalam operasi darab dua digit dengan dua digit. Semasa saya mengaplikasikan math multiple play terhadap 3 orang murid tahun 5 Pendidikan Khas, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti yang memerlukan penambahbaikan agar keberkesanan penggunaan bahan inovasi ini diperkukuhkan. Antara kelemahan yang perlu difokuskan ialah arahan guru. Murid memerlukan arahan sebagai panduan dalam melakukan sesuatu jika arahan tidak jelas murid akan keliru dan tidak dapat melakukan apa yang disasarkan oleh guru. Guru perlu memberi penerangan dan arahan yang jelas tentang penggunaan bahan tersebut yang perlu dilakukan secara terperinci kepada murid. Guru juga perlu menjelaskan satu persatu arahan dan objektif yang guru sasarkan di akhir aktiviti. Penambahbaikan yang seterusnya yang perlu dibuat bagi bahan ini ialah guru perlu membuat pembahagian pada papan tulis bagi nombor ‘puluh’ dan ‘sa’. Hal ini agar murid tidak keliru untuk memasukkan batang belon pada lubang ‘puluh’ dan ‘sa’ pada bahan inovasi tersebut. Contohnya, 21 x 31. Guru perlu membuat pembahagian bagi nombor puluh dan sa pada nombor yang ditulis pada papan putih. Dengan itu, murid akan lebih memahami cara penggunaan bahan inovasi itu dengan lebih cepat. Selain itu, guru juga perlu meletakkan poket-poket soalan dalam bahan inovasi tersebut. Hal ini untuk menjimatkan masa dan memudahkan murid untuk mendapat soalan dengan cepat lebih cepat. Poket soalan ini terdapat banyak soalan yang membolehkan murid memilih

sendiri soalan-soalan yang terdapat dalam poket soalan tersebut. Dengan itu, murid akan merasa lebih seronok dengan bermain math multiple play. Tambahan pula, saya peru membuat penambahbaikan papan putih pada bahan tersebut supaya ia kelihatan lebih kemas. Saya perlu menggunakan bahan yang timbul seperti polistirena untuk papan tulis tersebut. Rekaan ini bertujuan Meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid dalam kemahiran mengira operasi pendaraban dua digit dalam subjek Matematik serta minat murid untuk terus belajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui pembelajaran secara didik hibur. Hal ini untuk mengurangkan kesilapan murid dalam proses pengiraan bagi operasi pendaraban Matematik. Harap segala penambahbaikan ini mampu mengubah permainan ini menjadi lebih berkesan dan lebih inovatif. ia bukan sahaja permainan yang mampu menarik minat murid untuk menyertai aktiviti bahkan meningkatkan penguasaan kemahiran mengira murid.

Related Documents


More Documents from "Wanda Martinanda"

Tini Vitaningtyas.pdf
August 2019 22
Daisy
December 2019 71
My Business Card
December 2019 12
Colorado Skies
April 2020 18
Cadangan Penambahbaikan
August 2019 27