Penutup Cabaran

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penutup Cabaran as PDF for free.

More details

  • Words: 330
  • Pages: 2
Penutup cabaran Kos budaya, pendidikan dan politik bagi penyelewengan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini terlalu menggerunkan untuk diabaikan. Apa yang dikatakan sebagai perubahan bahasa penghantar dua mata pelajaran sahaja sebenarnya akan membawa malatpetaka kepada bangsa Melayu. Mampukah bahasa Melayu bertahan sebagai tunjang kebudayaan dan tamadun apabila secara jelas peranannya kian dihakis dan dipinggirkan dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun di negara ini? Adakah sanggup kita membayangkan bahawa pada suatu waktu kelak anak cucu bangsa Melayu terpaksa menangisi hikmah yang hilang – hikmah dalam bentuk bahasa, sastera dan budayanya, sebagaimana yang dialami oleh diaspora Melayu di Thailand selatan, di Filipina selatan, di Sri Lanka, di Kampuchea dan di tempat lain? Kita yang membayangkan rasa cemas sedemikian pasti dicap pesimistik, tetapi apatah ruginya kita berhemah dan berhubaya-hubaya agar tidak tertimpa kepada kita nasib ”Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”

Kini peribahasa “lulus jarum luluslah kelindan” sudah mula berlaku di Institut Pengajian Tinggi Awam apabila semua universiti kerajaan telah mula melaksanakan dasar ke arah pengajaran subjek-subjek sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, sebagai suatu kesinambungan yang logis daripada dasar yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Universiti seakan-akan tiada pilihan lain kerana pelanggan yang diterima merupakan mereka yang telah dilatih dalam bahasa Inggeris. Kesan Buruk PPSMI Akhirnya, sebagaimana yang dirumuskan oleh Kumpulan Prihatian (2005), kita akan menyaksikan kesan-kesan yang berikut daripada penarikan semula dasar bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama: 1. Akibat kepada Bahasa Melayu – Proses menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu dan bahasa moden akan terhenti. Sebaliknya bahasa Melayu akan terperosok sebagai bahasa pasar sahaja. Istilah yang telah dicipta yang telah mencecah satu juta untuk ratusan bidang ilmu, termasuk ilmu terkini seperti aeroangkasa, tidak akan digunakan dan istilah baharu tidak ada keperluannya untuk dicipta lagi. Buku dalam bidang sains, perubatan, ekonomi, perniagaan dan teknologi tidak akan diterbitkan dalam bahasa Melayu kerana tidak akan ada lagi pembacanya. Kedudukan bahasa Melayu dalam semua bidang, terutama dalam bidang ilmu dan perniagaan di negara bertuah Malaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Related Documents

Penutup Cabaran
June 2020 7
Penutup
May 2020 22
Penutup
November 2019 32
Penutup
July 2020 23
Penutup
October 2019 34
27 Penutup
November 2019 23