BULETIN PPSA2 Persatuan Penduduk Shah Alam 2 Shah Alam 2 Residents Association Untuk Ahli Sahaja
Bil 2 / 2008
Sukan Tahunan PPSA2 2007 Piala Pusingan Juara Keseluruhan disumbang oleh Shah Alam 2 Sdn Bhd. Piala Pusingan bagi acara Bolasepak Bawah 12 Tahun Lelaki, disumbang oleh En Zambri, tuanpunya D’Puncak Renovation. Bagi acara Sepaktakraw Lelaki Dewasa dan Bolasepak Lelaki Dewasa Piala Pusingan disumbang oleh arwah En Kamal, tuanpunya Redho Renovations. Pasukan Bolasepak Bawah 12 Tahun telah berjaya dibentuk hasil penganjuran Sukan Tahunan PPSA2 2007. Pasukan ini dibimbing oleh jurulatih yang berkebolehan. Dengan tertubuhnya pasukan ini, ianya akan menjadi pelapis kepada pasukan bolasepak PPSA2 yang telah sedia ada yang selama ini aktif mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari sekitar Sungai Buluh, Saujana Utama dan Shah Alam.
Biro Sukan PPSA2 telah menganjurkan Sukan Tahunan PPSA2 2007. Beberapa kelemahan telah dikenalpasti dan akan diperbaiki pada penganjuran Sukan Tahunan PPSA2 2008. Sukan Tahunan PPSA2 2007 telah ditambah acara bolasepak bawah umur 12 tahun lelaki. Fasa 2B2 telah menjadi johan bolasepak bawah 12 tahun dan naib johan disandang oleh fasa 2B4. Acara sepaktakraw lelaki dewasa di menangi oleh fasa 2B6 dan tempat kedua fasa 2B1. Fasa 2B5 telah menjadi juara acara bolajaring wanita dewasa dan bolasepak lelaki dewasa. 2B7 memegang gelaran naib juara bola jaring wanita dewasa manakala naib juara bolasepak lelaki dewasa di menangi oleh fasa 2B3. Pihak PPSA2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang semua Piala Pusingan demi menjayakan Sukan Tahuan PPSA2 2007.
1
Aktiviti-aktiviti sukan PPSA2 sepanjang 2007
kelolaan
Permainan badminton
Perlawanan persahabatan bolasepak Konsep pertandingan adalah diantara fasa-fasa dalam kawasan Shah Alam 2. Bagi ahli PPSA2 yang berminat untuk mewakili fasa masingmasing boleh hubungi: Fasa 2B1 – En Fauzi 0123579171 Fasa 2B2 – En Azalee 012-3732189 Fasa 2B3 – En Aris 012-3795994 Fasa 2B4 – En Zamzuri 012-3227517 Fasa 2B5 – En Wan Razif 012-2075603 Fasa 2B6 – En Mohd Mustakin 013-2395852 Fasa 2B7 – En Muzamil 0123215683
Jadual Sukan Tahunan PPSA2 2008 Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Lelaki 27hb Julai 2008 Kejohanan Sepak Takraw Lelaki Dewasa - 1hb & 8hb Ogos 2008 Kejohanan Mini Marathon 12 tahun Perempuan 10hb Ogos 2008 Kejohanan Bolasepak Dewasa Lelaki - 17hb Ogos 2008 Kejohanan Futsal Bawah 18 tahun Lelaki - 23hb Ogos 2008 Kejohanan Bola Jaring Perempuan Dewasa 24hb Ogos 2008 Sukan Rakyat PPSA2 2008 - 2hb Nov. 2008 - Pertandingan Konda Kondi - Pertandingan Bola Api - Pertandingan Batu Seremban - Pertandingan Tarik Tali.
Sebarang penajaan adalah dialu-alukan dan keterangan lanjut boleh hubungi: En Ahmad Zabidi (Pengerusi PPSA2) 0193042020 En Razak (Setiausaha PPSA2) 012-3075390 En Linggam (Biro Sukan PPSA2) 019-2757580 REJAB, ISRA & MIKRAJ: Keutamaan Hidup Bermasyarakat Oleh: Imam Shah Alam 2.
2
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam akan salam yang sempurna ke atas junjungan Rasulullah SAW yang membawa risalah Islam seterusnya kepada para sahabat, tabi' tabi'in, alim ulama yang meneruskan perjuangan menyebarkan risalah Islam, dan kepada semua muslimin dan muslimat semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita semua di dunia dan akhirat. Bila disebut bulan Rejab mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan teringat akan peristiwa penting yang berlaku ke atas baginda nabi Muhammad SAW yang tidak pernah dan tidak akan berlaku kepada mana-mana makhluk yang lain. Peristiwa mukjizat tersebut menunjukkan tanda kebesaran Allah dan mengangkat martabat nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang terpilih di kalangan manusia. Renungan untuk kali ini ingin mengaitkan peristiwa israk dan mikraj ini dengan tiga perkara yang berhubung dengan kehidupan bermasyarakat bagi umat Islam. Pertama, perjalanan nabi Muhammad SAW daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa menunjukkan bahawa peranan masjid amat penting kepada umat Islam khususnya di dalam kehidupan bermasyarakat. Allah berkuasa mengarahkan Jibril supaya membawa Nabi Muhammad SAW menaiki buraq terus ke langit tanpa singgah di Masjidil Aqsa. Bahawa sesungguhnya kedua-dua masjid tersebut mempunyai kepentingannya kepada umat Islam sejak zaman berzaman. Malangnya Masjidil Aqsa sehingga kini ditawan dan dikuasai oleh Yahudi laknatullah yang menyekat umat Islam untuk beribadah di dalamnya. Umat Islam disaran menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berkomunuti, penyebaran ilmu Islam dan penyelesaian masalah setempat. Sembahyang berjamaah pada setiap waktu solat berjaya mengumpulkan umat Islam di sesebuah masjid atau surau membuktikan bahawa umat Islam sebenarnya bersatu padu dan patuh kepada perintah Allah, secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di kalangan ahli kariah. Kesimpulan yang pertama, kita hendaklah menjadikan masjid dan surau sebagai tempat untuk berkumpul merapatkan ukhuwah persaudaraan seterusnya mendalami ilmu Islam dengan pengisian majlis ilmu agama di dalamnya. Kedua, berkaitan dengan gambaran penyeksaan yang ditunjukkan oleh Allah kepada nabi Muhammad SAW bagi mereka yang melakukan kesalahan di atas muka bumi ini. Kebanyakan kesalahan dan dosa yang dilakukan adalah disebabkan oleh hubungan dan pergaulan mereka dengan manusia yang lain. Contohnya penyeksaan bagi orang yang mengumpat ditunjukkan bagaimana perempuan yang memakan daging mentah yang busuk. Contoh yang lain penyeksaan bagi mereka yang melakukan rasuah dan riba iaitu memakan api yang panas membara sehingga terbakar perut dan badan mereka, dan berbagai lagi bentuk penyiksaan yang ditunjukkan kepada nabi Muhammad SAW di dalam perjalanan mikraj tersebut. Apa yang ingin diutarakan disini ialah, sebagai manusia, kita tidak boleh hidup bersendirian kerana disana terdapat tuntutan untuk kita hidup bermasyarakat dan berkomunikasi
3
di antara satu sama lain. Dengan yang demikian pergaulan, tutur kata, perlakuan dan tindakan yang dilakukan kepada orang yang lain akan dikirakan samada mendapat dosa atau pun pahala. Sebagai seorang Islam kita dituntut untuk melakukan kebaikan sesama manusia khususnya di dalam kerja-kerja kebajikan. Maka dari sini bermulalah hubungan yang disebut sebagai Ukhuwah Islam atau persaudaraan Islam yang menuntut kita melakukan kebaikan di dalam kehidupan bermasyarakat. Ketiga, Israk dan mikraj menunjukkan konsep kepimpinan di dalam kerajaan Allah. Allah menciptakan berbagai jenis makhluk dan kesemuanya tunduk dan patuh kepada setiap arahan Allah termasuk manusia, malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Di dalam peristiwa israk dan mikraj, dipaparkan bagaimana hubungan manusia, malaikat, haiwan yang dikenali sebagai buraq, dan berbagai kejadian lain yang mengaitkan kekuasaan Allah. Bahawa sesungguhnya Allah adalah penguasa atau pemerintah kepada sekalian alam, manakala sebaik-baik kejadian atau makhluk yang diciptakan oleh Allah adalah manusia. Firman Allah di dalam Al-Quran surah At-Tiin ayat 4 yang antara lain bermaksud "Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu dalam keadaan yang sebaik-baik kejadian". Di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang antara lain bermaksud "Dan ingatlah tatkala Allah berfirman kepada para Malaikat sesungguhnya Aku akan menjadikan di atas mukabumi ini Khalifah (manusia)" Allah menjelaskan bahawa di antara tugas manusia yang utama adalah menjadi khalifah (pemerintah) di atas mukabumi dengan melaksanakan peraturan dan ketentuan Allah. Setiap daripada kita adalah pemerintah atau pemimpin yang berkuasa ke atas pimpinan kita. Di dalam rumah menjadi ketua keluarga, di pejabat menjadi pemimpin kepada orang bawahan kita dan sebagainya. Merujuk kepada sesebuah kawasan kejiranan atau perkampungan maka sudah pasti perlu diwujudkan sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan kejiranan atau perkampungan tersebut. Disitu akan wujud kepimpinan dan kerjasama yang diperlukan oleh sesebuah masyarakat bagi membentuk suasana yang aman dan tenteram dan dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku secara kolektif. Sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat setempat adalah amat wajar agar kita turut sama memberikan sumbangan dan bantuan ke arah mewujudkan suasana masyarakat yang kondusif dan berlandaskan Islam di kawasan kejiranan kita. Akhir sekali, sebagai peringatan berkenaan dengan amalan khusus atau fadhilat khusus yang biasanya dilakukan pada bulan Rejab umpamanya puasa sunat pada tarikh-tarikh tertentu di dalam bulan Rejan, sebenarnya adalah tidak berasas dan berdasarkan hadis yang dhaif dan maudu' dimana dijanjikan ganjaran-ganjaran kepada orang yang
mengamalkannya. Ada diantara hadis tersebut yang menyebutkan antara lain bermaksud "Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulan ku (nabi Muhammad SAW) dan Ramadhan adalah bulan umatku" adalah juga merupakan hadis yang maudu' (lemah) dan difatwakan oleh Sheikh Yusof Al-Qardhawi sebagai hadis munkar dan sangat dhaif. Menurut Syekh Yusof Qardhawi tidak ada satu pun hadis yang khusus yang menyebutkan mengenai bulan Rejab melainkan satu hadis yang menyatakan bahawa baginda nabi Muhammad SAW memperbanyakkan puasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Hendaklah kita melakukan ibadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan bukannya hanya pada tarikh-tarikh tertentu di dalam bulan Rejab kerana dibimbangi ianya adalah sebahagian daripada amalan bid'ah pada diri kita. Penuhilah dada dengan ilmu Islam semoga amalan berbekalkan ilmu membawa kepada keikhlasan dan diterima oleh Allah. Sebarang kekurangan harap dapat diperbetulkan. Wallahu'alam.
Badan Khairat Taufiqyyah
Kematian
Surau
At-
Oleh: En Khairi Bin Noh Penengerusi Badan Khairat Kematian Surau AtTaufiqyyah
Badan Khairat Kematian Surau At Taufiqiyyah SA2 telah ditubuhkan pada October 2006 melalui satu mesyuarat yang dipanggil oleh AJK Surau serta penglibatan semua ahli kariah. Di atas kesedaran peri pentingnya kita menunaikan fardu kifayah ini mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan ahli ahli kariah terbela sekiranya berlaku apa apa perkara terutamanya yang melibatkan kematian di kalangan ahli kariah atau pun waris mereka. Mesyuarat telah pun melantik ahli Jawatan Kuasa yang mewakili fasa-fasa dalam Shah Alam 2. Di antara avtiviti yang telah di jalankan oleh Badan Khairat ini ialah: • Menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Untuk Muslimin pada 16 May 2007 • Menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Untuk Muslimat pada 15 July 2007 • Kaunter bertemu pelanggan pada 29 Febuary 2008 • Mendaftarkan ahli dengan Insuran Takaful Khairat untuk tempoh berakhir Feb 2008. • Mendaftarkan ahli dengan Insuran Takaful Khairat untuk tempoh berakhir Feb 20009 Sepanjang penubuhannya sehingga kini, Badan ini telah berpengalaman menguruskan urusan pengkebumian jenazah khairiah Shah Alam 2 dan juga membantu ahli keluarga mereka sebagai pemudahcara bersama AJK PPSA2 dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan. Diantaranya: • Allahyarham Mohammad Bin Minhat
4
• • • •
Waris Allahyarham Saudara Kamal (tuntutan) Menguruskan tuntutan bagi pihak Allahyarham Ibu Allahyarham Saudara Kamal Menguruskan Pengkebumian bagi pihak waris keluarga di 2B1 (Anak mati lemas) Menguruskan Pengkebumian bagi waris keluarga di 2B6 (Kemalangan) Keahlian Badan Khairat Kematian Surau At Taufiqiyyah ini terbuka kepada semua ahli kariah Shah Alam 2. Mengikut pangkalan data tahun 2007, jumlah ahli adalah seramai 272 orang (tidak termasuk bilangan ahli keluarga). Tetapi pada tahun 2008 sehingga kini, bilangan ahli berkurangan sebanayak 20 orang. Kebanyakan ahli pada tahun 2008 adalah ahli baru dan di dapati hampir 40% ahli lama (2007) tidak memperbaharui keahlian mereka pada tahun 2008, kerana sepatutnya dengan pertambahan jumlah penduduk di kariah ini, pihak Pengurusan menjangkakan keahlian akan menjangkau lebih 500 keluarga. Pihak badan Khairat merumuskan kemungkinan kekeliruan berhubung dengan kelebihan menjadi ahli Khairat di kawasan kariah dengan keahlian menjadi ahli Khairat di tempat kerja, atau mungkin ahli kariah sudah mempunyai caruman lain seperti insuran peribadi, atau pampasan khairat yang di sediakan secara automatik oleh KWSP, SOCSO dan sebagainya menjadi penyebab kepada penurunan ini terjadi. Menjadi ahli badan khairat dalam kawasan kariah dapat memudahkan urusan-urusan yang berkaitan jika berlakunya musibah atau kematian. Badan ini selalu bukan hanya membantu setakat menguruskan jenazah tetapi dengan sedaya upaya dengan kuasa yang ada akan cuba membantu dalam hal-hal lain dengan memanjangkan masalah yang ada kepada badan yang berkaitan seperti PPSA2 dan Surau. Adakah pihak Insuran anda atau SOCSO , KWSP akan menghantar agen agen mereka untuk menguruskan jenazah anda?.. Adakah anda pasti waris anda, anak/isteri/suami mempunyai wang di poket yang mencukupi pada hari tersebut ? ataupun mereka perlu di heret ke bank, atau meminjam wang dari sanak saudara dan jiran tetangga pada hari tersebut untuk menyelesaikan urusan pengkebumian?. Kerana tuntutan dari
badan badan tersebut sekurang kurangnya 10 diselesaikan.
memerlukan hari untuk
Sebaliknya Badan Khairat Surau At Taufiqiyyah menawarkan wang pendahuluan untuk segala urusan pengkebumian tanpa perlu waris bersusah payah memikirkan itu dan. Melainkan anda atau waris anda sendiri berkemampuan untuk menguruskan segala keperluan pengurusan jenazah, mencari Imam, Pemandi Mayat, Kenderaan Mayat, Penggali Kubur dan sebagainya MAKA anda mungkin tidak perlu lagi menjadi ahli Badan Khairat Surau At Taufiqiyyah SA2.
5
Apapun tepuk dada tanyalah selera..!!! AJK Badan Khairat Surau At Taufiqiyyah merancang untuk menganjurkan lagi Kursus Pengurusan Jenazah bagi Muslimin pada 9 August 2008. Ini untuk memberi peluang kepada ahli kariah yang tidak dapat menyertai kursus pertama dahulu. Butiran lengkap berkenaan kursus akan di beritahu kemudian.