Copy Of Buletin Page 2008

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Copy Of Buletin Page 2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,405
  • Pages: 4
BULETIN PPSA2 Persatuan Penduduk Shah Alam 2 Shah Alam 2 Residents Association

Untuk Ahli Sahaja

Bil 2 / 2008

Sukan Tahunan PPSA2 2007 demi menjayakan Sukan Tahuan PPSA2 2007. Piala Pusingan Juara Keseluruhan disumbang oleh Shah Alam 2 Sdn Bhd. Piala Pusingan bagi acara Bolasepak Bawah 12 Tahun Lelaki, disumbang oleh En Zambri, tuanpunya D’Puncak Renovation. Bagi acara Sepaktakraw Lelaki Dewasa dan Bolasepak Lelaki Dewasa Piala Pusingan disumbang oleh arwah En Kamal, tuanpunya Redho Renovations. Pasukan Bolasepak Bawah 12 Tahun telah berjaya dibentuk hasil penganjuran Sukan Tahunan PPSA2 2007. Pasukan ini dibimbing oleh jurulatih yang berkebolehan. Dengan tertubuhnya pasukan ini, ianya akan menjadi pelapis kepada pasukan bolasepak PPSA2 yang telah sedia ada yang selama ini aktif mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari sekitar Sungai Buluh, Saujana Utama dan Shah Alam.

Biro Sukan PPSA2 telah menganjurkan Sukan Tahunan PPSA2 2007. Beberapa kelemahan telah dikenalpasti dan akan diperbaiki pada penganjuran Sukan Tahunan PPSA2 2008. Sukan Tahunan PPSA2 2007 telah ditambah acara bolasepak bawah umur 12 tahun lelaki. Fasa 2B2 telah menjadi johan bolasepak bawah 12 tahun dan naib johan disandang oleh fasa 2B4. Acara sepaktakraw lelaki dewasa di menangi oleh fasa 2B6 dan tempat kedua fasa 2B1. Fasa 2B5 telah menjadi juara acara bolajaring wanita dewasa dan bolasepak lelaki dewasa. 2B7 memegang gelaran naib juara bola jaring wanita dewasa manakala naib juara bolasepak lelaki dewasa di menangi oleh fasa 2B3. Pihak PPSA2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang semua Piala Pusingan

1

Aktiviti-aktiviti sukan kelolaan PPSA2 sepanjang 2007

Permainan badminton di Dewan Gemilang SKPA2

Perlawanan persahabatan bolasepak Jadual Sukan Tahunan PPSA2 2008 Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Lelaki - 27hb Julai 2008 Kejohanan Sepak Takraw Lelaki Dewasa 1hb & 8hb Ogos 2008 Kejohanan Mini Marathon 12 tahun Perempuan - 10hb Ogos 2008 Kejohanan Bolasepak Dewasa Lelaki 17hb Ogos 2008 Kejohanan Futsal Bawah 18 tahun Lelaki - 23hb Ogos 2008 Kejohanan Bola Jaring Perempuan Dewasa - 24hb Ogos 2008 Sukan Rakyat PPSA2 2008 - 2hb Nov. 2008 - Pertandingan Konda Kondi - Pertandingan Bola Api - Pertandingan Batu Seremban

2

- Pertandingan Tarik Tali. Konsep pertandingan adalah diantara fasa-fasa dalam kawasan Shah Alam 2. Bagi ahli PPSA2 yang berminat untuk mewakili fasa masing-masing boleh hubungi: Fasa 2B1 – En Fauzi 0123579171 Fasa 2B2 – En Azalee 012-3732189 Fasa 2B3 – En Aris 012-3795994 Fasa 2B4 – En Zamzuri 012-3227517 Fasa 2B5 – En Wan Razif 012-2075603 Fasa 2B6 – En Mohd Mustakin 013-2395852 Fasa 2B7 – En Muzamil 0123215683 Sebarang penajaan adalah dialu-alukan dan keterangan lanjut boleh hubungi: En Ahmad Zabidi (Pengerusi PPSA2) 0193042020

En Razak (Setiausaha PPSA2) 012-3075390 En Linggam (Biro Sukan PPSA2) 0192757580 REJAB, ISRA & MIKRAJ: Keutamaan Hidup Bermasyarakat Oleh: Imam Shah Alam 2.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam akan salam yang sempurna ke atas junjungan Rasulullah SAW yang membawa risalah Islam seterusnya kepada para sahabat, tabi' tabi'in, alim ulama yang meneruskan perjuangan menyebarkan risalah Islam, dan kepada semua muslimin dan muslimat semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita semua di dunia dan akhirat. Firman Allah di dalam Al-Quran surah AlIsra' ayat ke 1 yang antara lain bermaksud "Mahasuci Allah yang menjalankan hambaNya pada waktu malam dari Masjid Haram ke Masjid Al-Aqsa, yang diberkati di sepanjang perjalanannya (sekelilingnya), sebagai sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" Bila disebut bulan Rejab mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan teringat akan peristiwa penting yang berlaku ke atas baginda nabi Muhammad SAW yang tidak pernah dan tidak akan berlaku kepada mana-mana makhluk yang lain. Peristiwa mukjizat tersebut menunjukkan tanda kebesaran Allah dan mengangkat martabat nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang terpilih di kalangan manusia. Renungan untuk kali ini ingin mengaitkan peristiwa israk dan mikraj ini dengan tiga perkara yang berhubung dengan kehidupan bermasyarakat bagi umat Islam. Pertama, perjalanan nabi Muhammad SAW daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa menunjukkan bahawa peranan masjid amat penting kepada umat Islam khususnya di dalam kehidupan bermasyarakat. Allah berkuasa mengarahkan Jibril supaya membawa Nabi Muhammad SAW menaiki buraq terus ke langit tanpa singgah di Masjidil Aqsa. Bahawa sesungguhnya kedua-dua masjid tersebut mempunyai kepentingannya kepada umat Islam sejak zaman berzaman. Malangnya Masjidil Aqsa sehingga kini ditawan dan dikuasai oleh Yahudi

3

laknatullah yang menyekat umat Islam untuk beribadah di dalamnya. Umat Islam disaran menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berkomunuti, penyebaran ilmu Islam dan penyelesaian masalah setempat. Sembahyang berjamaah pada setiap waktu solat berjaya mengumpulkan umat Islam di sesebuah masjid atau surau membuktikan bahawa umat Islam sebenarnya bersatu padu dan patuh kepada perintah Allah, secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di kalangan ahli kariah. Kesimpulan yang pertama, kita hendaklah menjadikan masjid dan surau sebagai tempat untuk berkumpul merapatkan ukhuwah persaudaraan seterusnya mendalami ilmu Islam dengan pengisian majlis ilmu agama di dalamnya. Kedua, berkaitan dengan gambaran penyeksaan yang ditunjukkan oleh Allah kepada nabi Muhammad SAW bagi mereka yang melakukan kesalahan di atas muka bumi ini. Kebanyakan kesalahan dan dosa yang dilakukan adalah disebabkan oleh hubungan dan pergaulan mereka dengan manusia yang lain. Contohnya penyeksaan bagi orang yang mengumpat ditunjukkan bagaimana perempuan yang memakan daging mentah yang busuk. Contoh yang lain penyeksaan bagi mereka yang melakukan rasuah dan riba iaitu memakan api yang panas membara sehingga terbakar perut dan badan mereka, dan berbagai lagi bentuk penyiksaan yang ditunjukkan kepada nabi Muhammad SAW di dalam perjalanan mikraj tersebut. Apa yang ingin diutarakan disini ialah, sebagai manusia, kita tidak boleh hidup bersendirian kerana disana terdapat tuntutan untuk kita hidup bermasyarakat dan berkomunikasi di antara satu sama lain. Dengan yang demikian pergaulan, tutur kata, perlakuan dan tindakan yang dilakukan kepada orang yang lain akan dikirakan samada mendapat dosa atau pun pahala. Sebagai seorang Islam kita dituntut untuk melakukan kebaikan sesama manusia khususnya di dalam kerjakerja kebajikan. Maka dari sini bermulalah hubungan yang disebut sebagai Ukhuwah Islam atau persaudaraan Islam yang menuntut kita melakukan kebaikan di dalam kehidupan bermasyarakat. Ketiga, Israk dan mikraj menunjukkan konsep kepimpinan di dalam kerajaan Allah. Allah menciptakan berbagai jenis makhluk dan kesemuanya tunduk dan patuh kepada

setiap arahan Allah termasuk manusia, malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Di dalam peristiwa israk dan mikraj, dipaparkan bagaimana hubungan manusia, malaikat, haiwan yang dikenali sebagai buraq, dan berbagai kejadian lain yang mengaitkan kekuasaan Allah. Bahawa sesungguhnya Allah adalah penguasa atau pemerintah kepada sekalian alam, manakala sebaik-baik kejadian atau makhluk yang diciptakan oleh Allah adalah manusia. Firman Allah di dalam Al-Quran surah At-Tiin ayat 4 yang antara lain bermaksud "Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu dalam keadaan yang sebaik-baik kejadian". Di dalam Al-Quran di dalam surah AlBaqarah ayat 30 yang antara lain bermaksud "Dan ingatlah tatkala Allah berfirman kepada para Malaikat sesungguhnya Aku akan menjadikan di atas mukabumi ini Khalifah (manusia)" Allah menjelaskan bahawa di antara tugas manusia yang utama adalah menjadi khalifah (pemerintah) di atas mukabumi dengan melaksanakan peraturan dan ketentuan Allah. Setiap daripada kita adalah pemerintah atau pemimpin yang berkuasa ke atas pimpinan kita. Di dalam rumah menjadi ketua keluarga, di pejabat menjadi pemimpin kepada orang bawahan kita dan sebagainya. Merujuk kepada sesebuah kawasan kejiranan atau perkampungan maka sudah pasti perlu diwujudkan sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan kejiranan atau perkampungan tersebut. Disitu akan wujud kepimpinan dan kerjasama yang diperlukan oleh sesebuah masyarakat bagi membentuk suasana yang aman dan tenteram dan dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku secara kolektif. Sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat

4

setempat adalah amat wajar agar kita turut sama memberikan sumbangan dan bantuan ke arah mewujudkan suasana masyarakat yang kondusif dan berlandaskan Islam di kawasan kejiranan kita. Akhir sekali, sebagai peringatan berkenaan dengan amalan khusus atau fadhilat khusus yang biasanya dilakukan pada bulan Rejab umpamanya puasa sunat pada tarikh-tarikh tertentu di dalam bulan Rejan, sebenarnya adalah tidak berasas dan berdasarkan hadis yang dhaif dan maudu' dimana dijanjikan ganjaran-ganjaran kepada orang yang mengamalkannya. Ada diantara hadis tersebut yang menyebutkan antara lain bermaksud "Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulan ku (nabi Muhammad SAW) dan Ramadhan adalah bulan umatku" adalah juga merupakan hadis yang maudu' (lemah) dan difatwakan oleh Sheikh Yusof Al-Qardhawi sebagai hadis munkar dan sangat dhaif. Menurut Syekh Yusof Qardhawi tidak ada satu pun hadis yang khusus yang menyebutkan mengenai bulan Rejab melainkan satu hadis yang menyatakan bahawa baginda nabi Muhammad SAW memperbanyakkan puasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Hendaklah kita melakukan ibadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan bukannya hanya pada tarikh-tarikh tertentu di dalam bulan Rejab kerana dibimbangi ianya adalah sebahagian daripada amalan bid'ah pada diri kita. Penuhilah dada dengan ilmu Islam semoga amalan berbekalkan ilmu membawa kepada keikhlasan dan diterima oleh Allah. Sebarang kekurangan harap dapat diperbetulkan. Wallahu'alam.

Related Documents

Copy Of Buletin Page 2008
November 2019 5
Buletin Page 2008
November 2019 6
Copy Of Page
July 2020 6
Copy Of Page
June 2020 14
Copy Of Page
July 2020 6
Copy Of Page
July 2020 6