Buletin 2008 Rev2

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buletin 2008 Rev2 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,300
  • Pages: 9
BULETIN PPSA2 Persatuan Penduduk Shah Alam 2 Shah Alam 2 Residents Association Ahli Sahaja Untuk

Bil 2 / 2008

Suara Pengerusi PPSA2 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhir kata, saya menyeru kepada semua untuk mengetepikan darjat profesion dan perbezaan fahaman politik untuk kita melahirkan masyarakat Shah Alam 2 yang akrab dan penyayang.

Alhamdulillah, saya masih lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk menulis dan berkongsi rasa di ruangan ini. Di atas limpah rahmatNya, kita warga penduduk Shah Alam 2 dapat menikmati kehidupan yang aman, masyarakat yang pada amnya mengambil berat kepentingan setempat dan ukhwah sesama jiran masih utuh dan mesra. Mungkin terdapat beberapa insiden yang sedikit mengganggu ketenangan kehidupan kita di Shah Alam 2 ini, namun insiden ini tidak membantutkan matlamat kita menjadikan kawasan kejiranan ini tempat mastautin yang selesa. Kerjasama Persatuan Penduduk Shah Alam 2 (PPSA2) yang amat baik dengan agensi tertentu seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan pemaju menyebabkan segala masalah masyarakat Shah Alam 2 dapat di tangani. PPSA2 akan meneruskan agenda dan aktiviti yang telah terancana hingga tamat tempoh penggal perkhidmatan ahli jawatankuasa 2009 kelak. Selain aktiviti kemasyarakatan, beberapa usahasama perniagaan yang akan memberikan keuntungan kepada ahli PPSA2 sedang dan akan dijalankan. Terima kasih ditujukan kepada ahli PPSA2 khasnya dan penduduk Shah Alam 2 amnya kerana memberi kerjasama yang amat baik kepada AJK PPSA2. Penubuhan Jawatan Kuasa Kerja (JKK) di Fasa 2B1, 2B5, 2B6 dan 2B7 amat membantu PPSA2 merealisasikan objektif persatuan. Tahniah di ucapkan kepada individu sukarela yang sanggup memikul tugas tersebut.

Sekian. Wassalam. Ahmad Zabidi Bin Zainal Abidin

Pengerusi

Sukan Tahunan PPSA2 2007 Biro Sukan PPSA2 telah menganjurkan Sukan Tahunan PPSA2 2007. Beberapa kelemahan telah dikenalpasti dan akan diperbaiki pada penganjuran Sukan Tahunan PPSA2 2008. Sukan Tahunan PPSA2 2007 telah ditambah acara bolasepak bawah umur 12 tahun lelaki. Fasa 2B2 telah menjadi johan bolasepak bawah 12 tahun dan naib johan disandang oleh fasa 2B4. Acara sepaktakraw lelaki dewasa di menangi oleh fasa 2B6 dan tempat kedua fasa 2B1. Fasa 2B5 telah menjadi juara acara bolajaring wanita dewasa dan bolasepak lelaki dewasa. 2B7 memegang gelaran naib juara bola jaring wanita dewasa manakala naib juara bolasepak lelaki dewasa di menangi oleh fasa 2B3. Pihak PPSA2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang semua Piala

1

Pusingan demi menjayakan Sukan Tahuan PPSA2 2007. Piala Pusingan Juara Keseluruhan disumbang oleh Shah Alam 2 Sdn Bhd. Piala Pusingan bagi acara Bolasepak Bawah 12 Tahun Lelaki, disumbang oleh En Zambri, tuanpunya D’Puncak Renovation. Bagi acara Sepaktakraw Lelaki Dewasa dan Bolasepak Lelaki Dewasa Piala Pusingan disumbang oleh Allahyarham En Kamal Abd Rahman, tuanpunya Redho Renovations.

Pasukan Bolasepak Bawah 12 Tahun telah berjaya dibentuk hasil penganjuran sukan Tahunan PPSA2 2007. Pasukan ini dibimbing oleh jurulatih yang berkebolehan. Dengan tertubuhnya pasukan ini, ianya akan menjadi pelapis kepada pasukan bolasepak PPSA2 yang telah sedia ada yang selama ini aktif mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari sekitar Sungai Buluh, Saujana Utama dan Shah Alam.

Sukan Tahunan PPSA2 2008 Sukan Tahunan PPSA2 2008 dijadualkan bermula pada 27hb Julai 2008. Seperti biasa, pertandingan ini hanya terbuka khas untuk ahli PPSA2 dan keluarga sahaja. Sukan yang akan dipertandingkan adalah:  Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Lelaki - 3hb Ogos 2008  Kejohanan Sepak Takraw Lelaki Dewasa - 1hb & 8hb Ogos 2008  Kejohanan Mini Marathon 12 tahun Perempuan - 10hb Ogos 2008  Kejohanan Bolasepak Dewasa Lelaki - 17hb Ogos 2008  Kejohanan Futsal Bawah 18 tahun Lelaki - 23hb Ogos 2008  Kejohanan Bola Jaring Perempuan Dewasa - 24hb Ogos 2008

Fasa 2B6 – En Mohd Mustakin 0132395852 Fasa 2B7 – En Muzamil 0123215683 Sebarang penajaan adalah dialualukan dan keterangan lanjut boleh hubungi: En Ahmad Zabidi (Pengerusi PPSA2) 019-3042020 En Razak (Setiausaha PPSA2) 0123075390 En Linggam (Biro Sukan PPSA2) 0192757580

Surau At-Taufiqyyah Oleh: Hj Zainuddin Hj Mohd Shariff Pengerusi Surau At-Taufiqiyyah Shah Alam 2

Sukan Rakyat PPSA2 2008 sebagai acara kemuncak kepada Sukan Tahunan PPSA2 2008 dijadualkan pada 2hb November 2008. Diantara permainan yang akan dimainkan antaranya: - Pertandingan Konda Kondi - Pertandingan Bola Api - Pertandingan Batu Seremban - Pertandingan Tarik Tali. Konsep pertandingan adalah pertandingan antara fasa-fasa dalam kawasan Shah Alam 2. Bagi ahli PPSA2 yang berminat untuk meyertai acara sukan yang dipertandingkan dan mewakili fasa masing-masing, boleh hubungi wakil fasa seperti yang tersenarai. Fasa Fasa Fasa Fasa Fasa

2B1 2B2 2B3 2B4 2B5

– – – – –

En En En En En

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbr dan Sejahtera

Salam

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam akan salam yang sempurna ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan kaum keluarganya, sahabat-sahabat baginda dan dan kepada para muslimin dan muslimat yang berpegang teguh pada ajarannya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Penduduk Shah Alam 2 kerana bermurah hati memberikan sedikit ruang dalam buletin ini. Tidak lupa saya ucapkan tahniah serta syabas diatas penerbitan Buletin ini yang membawa makna yang cukup besar dalam

Fauzi 0123579171 Azalee 012-3732189 Aris 012-3795994 Zamzuri 012-3227517 Wan Razif 012-2075603

2

menyampaikan maklumat serta berita kepada seluruh Penduduk Shah Alam 2. Usaha ini hendaklah diteruskan dari masa ke semasa dan dibuat penambaikan pada keluaran-keluaran yang akan datang kerana dengan cara ini seluruh penduduk akan mendapat maklumat yang benar, tepat, padat serta penuh bermakna. Dikesempatan yang ada ini, saya menyeru kepada seluruh masyarakat agar sama-samalah kita berusaha untuk menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa serta negara. Dengan kepercayaan penuh bahawa seluruh yang bernyawa akan mati atau pergi menemui TuhanNya, marilah kita bersama-sama menjadi insan yang bertaqwa kepadaNya agar kita tidak menjadi seperti mereka iaitu golongan yang rugi selama-lamanya. Tuntutlah ilmu serta beramallah dengannya. Marilah kita menggunakan segala ruang kehidupan yang ada untuk berpaksikan kepada kehidupan yang diredahai olehNya. Islam itu adalah syumul (sempurna). Berpegang teguhlah kamu kepada 2 perkara iaitu Al-Quran dan Hadith Rasullullah, nescaya kita akan diterangi dengan cahaya dan tidak akan sesat selamalamanya.

dengan kehidupan bermasyarakat bagi umat Islam. Pertama, perjalanan nabi Muhammad SAW daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa menunjukkan bahawa peranan masjid amat penting kepada umat Islam khususnya di dalam kehidupan bermasyarakat. Allah berkuasa mengarahkan Jibril supaya membawa Nabi Muhammad SAW menaiki buraq terus ke langit tanpa singgah di Masjidil Aqsa. Bahawa sesungguhnya kedua-dua masjid tersebut mempunyai kepentingannya kepada umat Islam sejak zaman berzaman. Malangnya Masjidil Aqsa sehingga kini ditawan dan dikuasai oleh Yahudi laknatullah yang menyekat umat Islam untuk beribadah di dalamnya. Umat Islam disaran menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berkomunuti, penyebaran ilmu Islam dan penyelesaian masalah setempat. Sembahyang berjamaah pada setiap waktu solat berjaya mengumpulkan umat Islam di sesebuah masjid atau surau membuktikan bahawa umat Islam sebenarnya bersatu padu dan patuh kepada perintah Allah, secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di kalangan ahli kariah. Kesimpulan yang pertama, kita hendaklah menjadikan masjid dan surau sebagai tempat untuk berkumpul merapatkan ukhuwah persaudaraan seterusnya mendalami ilmu Islam dengan pengisian majlis ilmu agama di dalamnya. Kedua, berkaitan dengan gambaran penyeksaan yang ditunjukkan oleh Allah kepada nabi Muhammad SAW bagi mereka yang melakukan kesalahan di atas muka bumi ini. Kebanyakan kesalahan dan dosa yang dilakukan adalah disebabkan oleh hubungan dan pergaulan mereka dengan manusia yang lain. Contohnya penyeksaan bagi orang yang mengumpat ditunjukkan bagaimana perempuan yang memakan daging mentah yang busuk. Contoh yang lain penyeksaan bagi mereka yang melakukan rasuah dan riba iaitu memakan api yang panas membara sehingga terbakar perut dan badan mereka, dan berbagai lagi bentuk penyiksaan yang ditunjukkan kepada nabi Muhammad SAW di dalam perjalanan mikraj tersebut. Apa yang ingin diutarakan disini ialah, sebagai manusia, kita tidak boleh hidup bersendirian kerana disana terdapat tuntutan untuk kita hidup bermasyarakat dan berkomunikasi di antara satu sama lain. Dengan yang demikian pergaulan, tutur kata, perlakuan dan tindakan yang dilakukan kepada orang yang lain akan dikirakan samada mendapat dosa atau pun pahala. Sebagai seorang Islam kita dituntut untuk melakukan kebaikan sesama manusia khususnya di dalam kerja-kerja kebajikan. Maka dari sini bermulalah

Sekian, wassalam mualaikum wbr.

REJAB, ISRA & MIKRAJ: Keutamaan Bermasyarakat

Hidup

Oleh: En Rosham Muhammad Imam Surau At-Taufiqqyyah Shah Alam 2. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam akan salam yang sempurna ke atas junjungan Rasulullah SAW yang membawa risalah Islam seterusnya kepada para sahabat, tabi' tabi'in, alim ulama yang meneruskan perjuangan menyebarkan risalah Islam, dan kepada semua muslimin dan muslimat semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita semua di dunia dan akhirat. Bila disebut bulan Rejab mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan teringat akan peristiwa tanda kebesaran Allah dan mengangkat martabat nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang terpilih di kalangan manusia. Renungan untuk kali ini ingin mengaitkan peristiwa israk dan mikraj ini dengan tiga perkara yang berhubung

3

hubungan yang disebut sebagai Ukhuwah Islam atau persaudaraan Islam yang menuntut kita melakukan kebaikan di dalam kehidupan bermasyarakat. Ketiga, Israk dan mikraj menunjukkan konsep kepimpinan di dalam kerajaan Allah. Allah menciptakan berbagai jenis makhluk dan kesemuanya tunduk dan patuh kepada setiap arahan Allah termasuk manusia, malaikat, haiwan, tumbuhtumbuhan dan sebagainya. Di dalam peristiwa israk dan mikraj, dipaparkan bagaimana hubungan manusia, malaikat, haiwan yang dikenali sebagai buraq, dan berbagai kejadian lain yang mengaitkan kekuasaan Allah. Bahawa sesungguhnya Allah adalah penguasa atau pemerintah kepada sekalian alam, manakala sebaik-baik kejadian atau makhluk yang diciptakan oleh Allah adalah manusia. Firman Allah di dalam Al-Quran surah At-Tiin ayat 4 yang antara lain bermaksud "Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu dalam keadaan yang sebaik-baik kejadian". Di dalam Al-Quran di dalam surah AlBaqarah ayat 30 yang antara lain bermaksud "Dan ingatlah tatkala Allah berfirman kepada para Malaikat sesungguhnya Aku akan menjadikan di atas mukabumi ini Khalifah (manusia)" Allah menjelaskan bahawa di antara tugas manusia yang utama adalah menjadi khalifah (pemerintah) di atas mukabumi dengan melaksanakan peraturan dan ketentuan Allah. Setiap daripada kita adalah pemerintah atau pemimpin yang berkuasa ke atas pimpinan kita. Di dalam rumah menjadi ketua keluarga, di pejabat menjadi pemimpin kepada orang bawahan kita dan sebagainya. Merujuk kepada sesebuah kawasan kejiranan atau perkampungan maka sudah pasti perlu diwujudkan sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan kejiranan atau perkampungan tersebut. Disitu akan wujud kepimpinan dan kerjasama yang diperlukan oleh sesebuah masyarakat bagi membentuk suasana yang aman dan tenteram dan dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku secara kolektif. Sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat setempat adalah amat wajar agar kita turut sama memberikan sumbangan dan bantuan ke arah mewujudkan suasana masyarakat yang kondusif dan berlandaskan Islam di kawasan kejiranan kita. Akhir sekali, sebagai peringatan berkenaan dengan amalan khusus atau fadhilat khusus yang biasanya dilakukan pada bulan Rejab umpamanya puasa sunat pada tarikh-tarikh tertentu di dalam bulan Rejan, sebenarnya adalah tidak berasas dan berdasarkan hadis yang dhaif dan

maudu' dimana dijanjikan ganjaranganjaran kepada orang yang mengamalkannya. Ada diantara hadis tersebut yang menyebutkan antara lain bermaksud "Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulan ku (nabi Muhammad SAW) dan Ramadhan adalah bulan umatku" adalah juga merupakan hadis yang maudu' (lemah) dan difatwakan oleh Sheikh Yusof Al-Qardhawi sebagai hadis munkar dan sangat dhaif. Menurut Syekh Yusof Qardhawi tidak ada satu pun hadis yang khusus yang menyebutkan mengenai bulan Rejab melainkan satu hadis yang menyatakan bahawa baginda nabi Muhammad SAW memperbanyakkan puasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Hendaklah kita melakukan ibadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan bukannya hanya pada tarikh-tarikh tertentu di dalam bulan Rejab kerana dibimbangi ianya adalah sebahagian daripada amalan bid'ah pada diri kita. Penuhilah dada dengan ilmu Islam semoga amalan berbekalkan ilmu membawa kepada keikhlasan dan diterima oleh Allah. Sebarang kekurangan harap dapat diperbetulkan. Wallahu'alam.

Badan Khairat Kematian Surau At-Taufiqyyah Oleh: En Khairi Bin Noh Pengerusi Badan Khairat Kematian Surau At-Taufiqyyah

Badan Khairat Kematian Surau At Taufiqiyyah SA2 telah ditubuhkan pada October 2006 melalui satu mesyuarat yang dipanggil oleh AJK Surau serta penglibatan semua ahli kariah. Di atas kesedaran peri pentingnya kita menunaikan fardu kifayah ini mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan ahli ahli kariah terbela sekiranya berlaku apa apa perkara terutamanya yang melibatkan kematian di kalangan ahli kariah atau pun waris mereka. Mesyuarat telah pun melantik ahli Jawatan Kuasa yang mewakili fasa-fasa dalam Shah Alam 2. Di antara avtiviti yang telah di jalankan oleh Badan Khairat ini ialah: • Menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Untuk Muslimin pada 16 May 2007

4



insuran peribadi, atau pampasan khairat yang di sediakan secara automatik oleh KWSP, SOCSO dan sebagainya menjadi penyebab kepada penurunan ini terjadi. Menjadi ahli badan khairat dalam kawasan kariah dapat memudahkan urusan-urusan yang berkaitan jika berlakunya musibah atau kematian. Badan ini selalu bukan hanya membantu setakat menguruskan jenazah tetapi dengan sedaya upaya dengan kuasa yang ada akan cuba membantu dalam hal-hal lain dengan memanjangkan masalah yang ada kepada badan yang berkaitan seperti PPSA2 dan Surau. Adakah pihak Insuran anda atau SOCSO , KWSP akan menghantar agen agen mereka untuk menguruskan jenazah anda?.. Adakah anda pasti waris anda, anak/isteri/suami mempunyai wang di poket yang mencukupi pada hari tersebut ? ataupun mereka perlu di heret ke bank, atau meminjam wang dari sanak saudara dan jiran tetangga pada hari tersebut untuk menyelesaikan urusan pengkebumian?. Kerana tuntutan dari badan badan tersebut memerlukan sekurang kurangnya 10 hari untuk diselesaikan. Sebaliknya Badan Khairat Surau At Taufiqiyyah menawarkan wang pendahuluan untuk segala urusan pengkebumian tanpa perlu waris bersusah payah memikirkan itu dan. Melainkan anda atau waris anda sendiri berkemampuan untuk menguruskan segala keperluan pengurusan jenazah, mencari Imam, Pemandi Mayat, Kenderaan Mayat, Penggali Kubur dan sebagainya MAKA anda mungkin tidak perlu lagi menjadi ahli Badan Khairat Surau At Taufiqiyyah SA2. Apapun tepuk dada tanyalah selera..!!! AJK Badan Khairat Surau At Taufiqiyyah merancang untuk menganjurkan lagi Kursus Pengurusan Jenazah bagi Muslimin pada 9 August 2008. Ini untuk memberi peluang kepada ahli kariah yang tidak dapat menyertai kursus pertama dahulu. Butiran lengkap berkenaan kursus akan di beritahu kemudian. Khidmat badan khairat untuk ahli jika berlakunya kematian ahli atau ahli

Menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Untuk Muslimat pada 15 July 2007 • Kaunter bertemu pelanggan pada 29 Febuary 2008 • Mendaftarkan ahli dengan Insuran Takaful Khairat untuk tempoh berakhir Feb 2008. • Mendaftarkan ahli dengan Insuran Takaful Khairat untuk tempoh berakhir Feb 2009 Sepanjang penubuhannya sehingga kini, Badan ini telah berpengalaman menguruskan urusan pengkebumian jenazah khairiah Shah Alam 2 dan juga membantu ahli keluarga mereka sebagai pemudahcara bersama AJK PPSA2 dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan. Diantaranya: • Allahyarham Mohammad Bin Minhat • Waris Allahyarham Saudara Kamal (tuntutan) • Menguruskan tuntutan bagi pihak Allahyarham Ibu Allahyarham Saudara Kamal • Menguruskan Pengkebumian bagi pihak waris keluarga di 2B1 (Anak mati lemas) • Menguruskan Pengkebumian bagi waris keluarga di 2B6 (Kemalangan) Keahlian Badan Khairat Kematian Surau At Taufiqiyyah ini terbuka kepada semua ahli kariah Shah Alam 2. Mengikut pangkalan data tahun 2007, jumlah ahli adalah seramai 272 orang (tidak termasuk bilangan ahli keluarga). Tetapi pada tahun 2008 sehingga kini, bilangan ahli berkurangan sebanayak 20 orang. Kebanyakan ahli pada tahun 2008 adalah ahli baru dan di dapati hampir 40% ahli lama (2007) tidak memperbaharui keahlian mereka pada tahun 2008, kerana sepatutnya dengan pertambahan jumlah penduduk di kariah ini, pihak Pengurusan menjangkakan keahlian akan menjangkau lebih 500 keluarga. Pihak badan Khairat merumuskan kemungkinan kekeliruan berhubung dengan kelebihan menjadi ahli Khairat di kawasan kariah dengan keahlian menjadi ahli Khairat di tempat kerja, atau mungkin ahli kariah sudah mempunyai caruman lain seperti

5

keluarga yang berdaftar kawasan kariah Shah Alam 2:-



 

dalam

Perkhidmatan Servis Penghawa Dingin Rumah

Perkhidmatan servis penghawa dingin ini adalah termasuk :

Pampasan insuran Takaful untuk kos pengkebumian termasuk memandi, mengapan dan menyembahyang jenazah. Keperluan Logistik termasuk dalam tanggungan urusan Badan Khairat jika dikebumikan di kariah Shah Alam 2. Baki wang akan diserahkan kepada waris Tahlil arwah selama 3 hari di Surau At-Taufiqyyah. Tindakan susulan kepada waris jika memerlukan apa-apa bantuan yang terdaya dibantu oleh Badan Khairat.

a. Membersihkan unit ‘compressor’ menggunakan cecair kimia. b. Membersihkan unit ‘cooling coil’ menggunakan cecair kimia. c. Mengisi gas. d. Menguji sistem beroperasi dengan baik. Nota : a. Komponen-komponen yang rosak tidak termasuk didalam sebutharga. Kontraktor akan menasihatkan ahli dan perlu persetujuan ahli untuk menukar komponen yang rosak. b. Harga adalah untuk unit penghawa dingin dirumah yang sama.

Bagi yang bukan ahli, pihak Badan Khairat akan membantu menyelesaikan tanggungjawab fardu kifayah sahaja. Sebarang urusan yang tidak berkenaan tidak akan diambil tanggungjawab oleh Badan Khairat.

Usahasama Perniagaan oleh PPSA2 dengan badan swasta. Sebutharga : 1. Penghawa dingin berkapasiti 1.0 kuasa kuda ( 1.0 HP ). 1 unit = RM 130.00 2 unit = RM 250.00 3 unit = RM 370.00

2 unit = RM 350.00 3 unit = RM 530.00 4. 1 unit penghawa dingin 1.0 HP dan 1 unit penghawa dingin 1.5 HP. Harga pakej = RM 270.00

2. Penghawa dingin berkapasiti 1.5 kuasa kuda ( 1.5 HP ). 1 unit = RM 150.00 2 unit = RM 290.00 3 unit = RM 430.00

5. 1 unit penghawa dingin 1.0 HP dan 1 unit penghawa dingin 2.0 HP. Harga pakej = RM 300.00

3. Penghawa dingin berkapasiti 2.0 kuasa kuda ( 2.0 HP ). 1 unit = RM 180.00

Pakej Pengawalan Pembasmian Anai-anai.

6. 1 unit penghawa dingin 1.5 HP dan 1 unit penghawa dingin 2.0 HP. Harga pakej = RM 320.00

dan

Jenis Rumah

Kaedah yang digunakan penggerudian bersama semburan. Tawaran pakej oleh syarikat

Teres satu tingkat 6

Waran ti 2 tahun

Harga (RM) 1,500.0 0

Teres dua tingkat Semi D/Cluster

2 tahun 2 tahun

Aktiviti-Aktiviti yang melibatkan PPSA2

1,800.0 0 2,200.0 0

MATA DRILL TIDAK DAPAT MENEMBUSI PERMUKAAN TANAH KERANA FLOOR SLAB MELEBIHI 2 KAKI MAKA DUA (2) KAEDAH DIGUNAKAN IAITU :1. PENGGERUDIAN PADA APRON PREMIS 2. GP ANAI-ANAI—SEMBURAN DILAKUKAN 3 BULAN SEKALI TERMASUK DI BUMBUNG RUMAH WTS (WOOD TREATMENT SYSTEM) — RM5.00 BAGI SEKAKI PERSEGI (CASE TO CASE BASIS) BAYARAN ANSURAN MAKSIMA 3 KALI BOLEH DIRUNDING.

Menangkap monyet liar memasukki rumah kejiranan Shah Alam 2

Tatacara untuk mendapat perkhidmatan-perkhidmatan yang ada Menghadiri Majlis Perasmian Balai Poslis Saujan Utama, Sg Buluh

AHLI PPSA2 HUBUNGI AJK PPSA2 / WAKIL FASA UNTUK TUJUAN PENGESAHAN KEAHLIAN PPSA2 ARAH KONTRAKTOR JALANKAN KERJA MENGIKUT TARIKH/MASA YANG DITETAPKAN AHLI

Perlawanan bolasepak persahabatan dengan RHB

KONTRAKTOR JALANKAN KERJA

AHLI BUAT BAYARAN KEPADA AJK PPSA2 DAN DAPATKAN RESIT

Sekitar Sukan Tahunan PPSA2 2007 – Perlawanan Sepak Takraw Dewasa

7







 Menyertai Mesyuarat Dasar Perumahan di PWTC



 Perlawanan bolasepak persahabatan dengan Warden Penjara Sg Buloh.



Pemain-pemain bolasepak bawah 12 tahun PPSA2

Majlis sambutan 31hb Ogos 2008 dengan kerjasama Surau At-Taufiqyyah. Majlis bersama rumah anakanak yatim yang dipilih termasuk acara beriadah, jamuan dan gotong-royong. Majlis bersama pemimpin samada Ahli Parlimen Kuala Selangor atau Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram. Menambahbaikan keselamatan lalulintas di kawasan tertentu dalam kawasan Shah Alam 2 yang telah dikenalpasti dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor dan/atau pemaju Shah Alam 2 Sdn Bhd. Membantu Jawatankuasa Surau At-Taufiqyyah merealisasikan pembinaan bangunan kekal Surau At-Taufiqyyah di atas tapak yang telah disediakan. Mendaftar/membanci Penghuni-penghuni pendatang tanpa izin yang menghuni kawasan Shah Alam 2 dengan kerjasama ketua-ketua mereka untuk tujuan pemantauan. Bekerjasama dengan persatuan-persatuan penduduk di Puncak Alam untuk memohon kepada kerajaan pembinaan tambahan sekolah rendah dan sekolah menengah bagi menampung kebanjiran pelajar yang semakin bertambah saban tahun.

Sebarang komen, aduan atau pandangan dari penduduk adalah sangat dialu-alukan bagi kami, PPSA2 membantu dan memperbaikki khidmat kepada ahli-ahli PPSA2 khasnya dan penduduk Shah Alam 2 amnya. Pihak PPSA2 telah menyediakan beberapa saluran untuk penduduk berbuat demikian. Antaranya:  Mblog PPSA2 di www.dapat.net/ppsa2  Email PPSA2 di [email protected]

Sekitar Sukan Tahunan PPSA2 2007 – Antara pasukan Bolajaring Dewasa Agenda Dalam Perancangan PPSA2 sepanjang 2008.

8

    



Mblog Badan Khairat Kematian di www.dapat.net/khairat Mblog Surau at-Taufiqyyah di www.dapat.net/surau Blog PPSA2 di sa2community.blogspot.com Ahli Jawatankuasa Fasa melalui talipon atau sms. Kaunter-kaunter PPSA2 di kawasan perniagaan Shah Alam 2 yang akan dibuka dari masa ke semasa.

Majlis yang dianjur oleh PPSA2 atau Jawatankuasa Kerjasama Penduduk (JKKP) setiap fasa yang mana wakil pengurusan PPSA2 akan hadir bersama.

Kita berjumpa lagi di penerbitan akan datang. Sebarang silap dan salah dalam penerbitan kali ini, PPSA2 memohon ampun dan maaf. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu semuanya dari kami. W a s a l l a m.

9

Related Documents

Buletin 2008 Rev2
November 2019 9
Rev2
October 2019 13
Buletin Kauns 2008
May 2020 2
Buletin 2008 Rev1
November 2019 6
Buletin Page 2008
November 2019 6