Bulan Teknik dan Vokasional 2010 Sempena dengan bulan Teknik dan Vokasional yang dijalankan sepanjang bulan Julai ini, Bidang Teknik dan Vokasional mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan beberapa aktiviti dan pertandingan berbentuk koakademik. Semua pelajar adalah digalakkan untuk mengambil bahagian mengikut syaratsyarat dan peraturan yang ditetapkan bagi merebut hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan..Berikut adalah antara aktiviti yang telah dijalankan : 1 - Kuiz Menguji Minda - Tingkatan 3 2 - Pertandingan Membina Carta Bergambar – Tingkatan 1 3 - Pertandingan `Iron Chef' – Tingkatan 2 4 - Pertandingan Merekabentuk Produk dan Kraftangan – Tingkatan 4 5 - Pertandingan Membina Poster Bertemakan Keselamatan Bengkel – Ting. 5 6 - Program Gotong-Royong Sayangi Bengkel Kita – Tingkatan 1 hngga 3 7 - Hari Keusahawan – Persatuan , Kelab dan Kelas. Kuiz Menguji Minda Syarat-syarat penyertaan:
Pertandingan Iron Chef Syarat-syarat penyertaan:
Pertandingan Merekabentuk Produk dan Kraftangan Syarat-syarat penyertaan:
Pertandingan Membina Poster Bertemakan Keselamatan Bengkel Syarat-syarat penyertaan : 1. Setiap kelas dikehendaki menghantar 2 poster terdiri dari 2 kumpulan iaitu 1 kumpulan mewakili pelajar lelaki dan 1 kumpulan mewakili pelajar perempuan. 2. Bahan yang disediakan adalah mounting board sahaja. Peralatan lain perlu
disediakan sendiri mengikut konsep dan kreativiti masing-masing. 3. Medium persembahan poster adalah bebas sama ada menggunakan cat air, krayon, kolaj dan lain-lain. 4. Poster terbaik akan dinilai melalui kriteria seperti kekemasan, kreativiti dan kesepaduan dengan subjek KHB. 5. Tarikh akhir menghantar poster adalah pada Pertandingan Membina Carta Bergambar Syarat-syarat pertandingan : 1. Setiap kelas dikehendaki membina 2 carta yang dihasilkan oleh 1 kumpulan pelajar lelaki dan 1 kumpulan pelajar perempuan. 2. Carta mestilah berkaitan dengan salah satu dari tajuk Rekabentuk dan Penghasilan Projek, Tanaman Hiasan, Elektrik atau Elektronik. 3. Bahan yang disediakan adalah mounting board sahaja. Peralatan lain perlu disediakan sendiri mengikut konsep dan kreativiti masing-masing. 4. Tarikh akhir menghantar carta adalah pada Semua hasil karya pelajar sama ada dalam bentuk poster, slideshow, video, movie atau carta adalah menjadi hak milik Panitia- Panitia Bidang Teknik dan Voksaional . Bahan-bahan ini akan digunakan sebagai bahan bantu belajar di bengkel KHB.