Senarai Tugas Guru Kanan Teknik Dan Vokasional

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Senarai Tugas Guru Kanan Teknik Dan Vokasional as PDF for free.

More details

  • Words: 550
  • Pages: 3
GURU KANAN MATA PELAJARAN Bidang Tugas 1. Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. 2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya. 3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. 4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. 5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya. 6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya, dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/maktab/universiti dan seumpamanya. 7. Mengajar mata pelajaran Teknik dan Vokasional. Senarai Tugas 1. Kurikulum

1.1 Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Tahunan, Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya. 1.2 Memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya. 1.3 Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran yang digabungkan. 1.4 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 1.5 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengkayaan. 1.6 Membimbing guru terlatih, guru baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka. 1.7 Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman. 1.8 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya. 1.9 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan. 1.10Membantu dalam pemilihan buku sumber/rujukan, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain. 1.11Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah, JPN dan KPM. 1.12Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasajawatankuasa lain yang diarahkan oleh Pengetua. 1.13Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf. 1.14Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.

1.15Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-amalan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum. 1.16Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya. 2. Kokurikulum 2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar. 2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya. 3. Pengurusan

3.1

Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya. 3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru. 3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya. 3.4 Memastikan pengurusan bengkel dilaksanakan dengan baik. 3.5 Membantu merancang takwim sekolah. 3.6 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya. 3.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan berkaitan bidangnya. 3.8 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan. 3.9 Membantu dan menyelia pengurusan aset alih kerajaan yang berkaitan dengan bidangnya. 3.10Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni berlaku di bilik darjah dan sekolah. 3.11Menyelia dan menyelaras kerja kursus pelajar dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 4. Tugas-tugas lain

4.1 Berhubung dengan PKG, PPD dan BTPN tentang apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.

4.2 Berhubung dengan GKM(TV) sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan. 4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil. 4.4 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah. 4.5 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan, penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.

4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

Related Documents