Bukupanduanli

  • Uploaded by: Naim Shahman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bukupanduanli as PDF for free.

More details

  • Words: 3,802
  • Pages: 27
KOLEJ MULTIMEDIA KUALA LUMPUR

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Nama

: ……………………………………………………………..……...

No Matrik

: …………………………………………………………………….

Program

: ……………………………………………….……………………

Tempoh Latihan

: Dari ……………………… Hingga ………..…………………..

Nama Firma : ……………………………………………………………………. / Syarikat

DIPLOMA IN MARKETING WITH MULTIMEDIA TEL : 03 - 2020 1189 / 4489 FAKS : 03 – 2698 2733

1.0

PENERANGAN UMUM LATIHAN INDUSTRI

1.1

PENDAHULUAN Lulus Latihan Industri merupakan salah satu syarat utama sebelum seseorang pelajar diperakukan untuk penganugerahan Diploma di Kolej Multimedia. Selama lebih kurang 16 minggu pelajar akan ditempatkan sama ada di pejabat kerajaan atau syarikat swasta dan akan terdedah dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar serta berbeza dengan dari suasana di Kolej. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum ditempuhi sebelum ini. Oleh itu, di antara tujuan utama garis panduan Latihan Industri ini disediakan ialah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan menjalani latihan supaya bersedia untuk menempuh segala cabaran dan sentiasa akur dengan peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Dengan memahami garis panduan ini, pelajar akan dapat melalui tempoh latihan ini dengan berjaya dan berkesan.

1.2

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Secara am, objektif Latihan Industri disenaraikan seperti berikut:

1.3

a)

Mengetahui tentang syarikat dengan memahami struktur organisasi, operasi perniagaan dan fungsi pentadbiran.

b)

Menimba pengalaman praktikal yang berkaitan dengan bidang pengajian yang diambil.

c)

Mewujudkan dan memantapkan hubungan dua hala di antara pihak Kolej dan organisasi yang terlibat untuk manfaat bersama.

d)

Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.

e)

Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

f)

Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.

g)

Menyediakan laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh pihak Kolej.

SYARAT KELAYAKAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI 1.3.1

Pelajar hendaklah lulus semua kursus / subjek yang disyaratkan mengikut struktur program pengajian sebelum menjalani Latihan Industri. Sekiranya

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

2

Buku Panduan Latihan Industri

masih terdapat bahagian kursus / subjek masih belum lengkap, pelajar hendaklah melengkapkannya selepas tamat Latihan Industri. 1.3.2

1.4

1.5

1.6

1.7

Pelajar diwajibkan untuk mengikuti Taklimat Latihan Industri yang disampaikan oleh Koordinator Program sebelum menghadiri Latihan Industri.

PENDAFTARAN KURSUS 1.4.1

Pelajar mesti membuat pendaftaran untuk semester akan datang sebelum meneruskan Latihan Industri dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang disediakan di Unit Pendaftaran, Kolej Multimedia.

1.4.2

Pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran kursus di Kolej.

URUSAN PENEMPATAN 1.5.1

Penempatan Latihan Industri diuruskan oleh bahagian Sumber Manusia TM, TM Retail, TM Wholesales, TM Service dan TM Corporate (sila rujuk kepada surat tawaran dan perjanjian pelajar dengan TM). Pihak Kolej hanya bertanggungjawab membantu pelajar dalam menyediakan format surat-menyurat sahaja.

1.5.2

Sekiranya anda tidak mendapat tempat latihan, anda perlu merujuk kepada Unit Sumber Manusia TM.

1.5.3

Jika anda gagal mendapat tempat selepas tempoh 2 minggu dari tarikh yang ditetapkan, latihan tersebut akan dibatalkan.

PENGESAHAN PENEMPATAN 1.6.1

Pelajar perlu menyemak pengesahan penempatan dengan Unit Pendaftaran, Kolej selewat-lewatnya seminggu sebelum menjalani Latihan Industri.

1.6.2

Pengesahan penempatan perlu dibuat oleh pelajar kepada Koordinator Program dengan mengemukakan Surat Akuan Penerimaan.

MELAPOR DIRI DI TEMPAT LATIHAN 1.7.1

Latihan Industri biasanya akan bermula pada awal semester seperti yang tercatat dalam Jadual Semester dan pelajar dikehendaki melapor diri di

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

3

Buku Panduan Latihan Industri

tempat latihan seperti yang diarahkan di dalam surat. Pelajar-pelajar dikehendaki membawa perkara-perkara berikut semasa melapor diri di tempat latihan:

1.7.2

1.8

1.9



Surat Iringan daripada Pihak Kolej (diserahkan kepada majikan di tempat latihan);



Surat Akuan Penerimaan (diserahkan untuk diisi oleh majikan dan seterusnya difakskan ke 03 – 2698 2733);



Borang Laporan Prestasi Pelajar (untuk diisi oleh majikan setelah pelajar tamat latihan);



Buku Log (untuk diisi oleh pelajar secara harian); dan



Kad Matrik Pelajar.

Pelajar juga dikehendaki memaklumkan sebarang perubahan alamat tempat latihan (atas arahan jabatan / syarikat), atau perubahan penyelia dan / atau perubahan alamat tempat tinggal kepada pihak Kolej secara bertulis / telefon kepada Koordinator Program dengan kadar segera.

PERTUKARAN TEMPAT LATIHAN 1.8.1

Pelajar-pelajar TIDAK DIBENARKAN menukarkan tempat latihan setelah tempat tersebut disahkan oleh bahagian Sumber Manusia. Sekiranya terdapat masalah berkaitan dengan penempatan, pelajar hendaklah berbincang terlebih dahulu dengan pihak jabatan / syarikat untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik. Jika masih tiada penyelesaian, hal ini perlu dirujuk kepada Unit Pendaftaran Kolej untuk makluman dan tindakan.

1.8.2

Mana-mana pelajar Kolej yang bertukar tempat latihan tanpa mendapat kebenaran (secara bertulis) dari pihak Sumber Manusia akan dianggap melanggar peraturan / etika syarikat dan akan disenarai hitamkan. Sila rujuk surat tawaran dan perjanjian pelajar dengan Telekom Malaysia Berhad.

ETIKA SEMASA LATIHAN Perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian oleh pelajar semasa menjalani latihan.

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

4

Buku Panduan Latihan Industri

1.9.1

Disiplin dan Tatatertib Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk sentiasa menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan kelakuan yang benar-benar melambangkan pelajar Kolej sama ada di tempat latihan atau di luar tempat latihan. Peraturan Kolej masih berkuatkuasa terhadap pelajar semasa menjalani Latihan Industri. Pelajar juga adalah tertakluk kepada segala peraturan dan undang-undang jabatan / syarikat di mana Latihan Industri dijalankan. Sebarang ketidakpatuhan kepada peraturan dan tatatertib Kolej mahupun tempat latihan boleh disabitkan sebagai perlanggaran etika Latihan Industri.

1.9.2

Kehadiran/Cuti Setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri mesti akur dengan peraturan kehadiran yang ditetapkan oleh jabatan / syarikat berkenaan. Alasan masalah pengangkutan dan/atau tempat kediaman yang jauh tidak akan diterima oleh pihak Kolej sebagai alasan tidak / lewat hadir di tempat latihan. Sebarang permohonan cuti semasa latihan mesti dibuat terus kepada jabatan / syarikat di mana pelajar ditempatkan menggunakan sistem/borang cuti yang disediakan oleh jabatan / syarikat berkenaan. Salinan borang cuti yang diluluskan hendaklah dihantar kepada Koordinator Program di Kolej dengan kadar segera. Sekiranya pelajar tidak hadir di tempat latihan atas alasan kesihatan, pelajar perlu memaklumkan kepada jabatan / syarikat berkenaan tentang hal ini dan pelajar perlu menyerahkan sijil cuti sakit yang diperolehi daripada klinik panel kepada jabatan / syarikat berkenaan. Salinan sijil cuti sakit ini juga perlu diserahkan kepada Koordinator Program Kolej.

1.9.3

Buku Log Pelajar-pelajar dikehendaki mengisi buku log setiap hari untuk menunjukkan kerja / aktiviti yang telah dijalankan pada hari berkenaan. Buku log ini penting sebagai panduan untuk menulis Laporan Latihan Industri pada akhir latihan nanti. Pelajar-pelajar juga mesti membawa buku berkenaan ke tempat latihan setiap hari dan ditandatangani seminggu sekali oleh majikannya / penyelia di tempat latihan.

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

5

Buku Panduan Latihan Industri

1.9.4

Kerahsiaan Jabatan/Syarikat Pelajar-pelajar juga dilarang sama sekali mendedahkan sebarang maklumat (suli / ataupun tidak) mengenai jabatan / syarikat kepada pihakpihak luar kecuali dengan kebenaran bertulis pihak jabatan/syarikat. Pelajar-pelajar juga dilarang sama sekali menyalin, mencetak atau mengambil gambar apa-apa dokumen atau alat yang dianggap rahsia oleh jabatan / syarikat kecuali dengan kebenaran bertulis pihak berkenaan. Pihak Kolej akan menganggap pelajar-pelajar yang membocorkan rahsia jabatan / syarikat sebagai juga melanggar etika / peraturan Latihan Industri.

1.10

TEMPOH LATIHAN 1.10.1 Pelajar dikehendaki menjalani latihan selama 16 minggu atau 4 bulan. 1.10.2 Tarikh sebenar tempoh Latihan Industri adalah seperti yang tercatat pada Kalendar Latihan Industri Kolej. 1.10.3 Pelajar wajib mengikuti Latihan Industri sepenuhnya sepanjang tempoh yang ditetapkan.

1.11

SURAT PENGESAHAN TAMAT LATIHAN Setiap pelajar diminta mendapatkan Borang Pengesahan Tamat Latihan Industri dari jabatan / syarikat apabila menamatkan Latihan Industri. Sila rujuk LAMPIRAN A.

1.12

INSURANS Semasa Latihan Industri, pelajar adalah dilindungi oleh insurans yang diuruskan oleh pihak Kolej. Sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kecacatan atau sebagainya, pelajar hendaklah: 

Membuat aduan polis dalam masa 24 jam.



Meminta pihak jabatan / syarikat membuat pengesahan tentang kemalangan berkenaan.



Mendapatkan laporan doktor.

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

6

Buku Panduan Latihan Industri



1.13

Memaklum serta menyerahkan segala dokumen berkenaan kepada pihak Kolej untuk tindakan selanjutnya.

PENILAIAN 1.13.1 Latihan Industri membawa nilai kredit sebanyak 4 jam tertakluk kepada program pengajian yang diikuti. 1.13.2 Latihan Industri dinilai berdasarkan Penilaian Prestasi oleh Majikan / Syarikat (20 peratus), Pemarkahan daripada Pensyarah (20 peratus), Buku Log (10 peratus) dan Laporan Akhir Pelajar (50 peratus). 1.13.3 Penilaian Prestasi Penyelia / Majikan merupakan penilaian ke atas prestasi pelajar berdasarkan perkara berikut: 

Kebolehan Am.



Pengetahuan dan kemahiran.



Kualiti kerja.



Kualiti peribadi.



Penilaian keseluruhan pelajar.

1.13.4 Laporan Akhir Pelajar terdiri daripada Laporan Latihan Industri. Laporan Latihan Industri perlu disediakan oleh pelajar mengikut format dan spesifikasi yang ditetapkan seperti di LAMPIRAN B hingga I dalam Buku Panduan. 1.13.5 Laporan Akhir Pelajar dinilai berdasarkan perkara berikut: 

Muka hadapan laporan yang mengandungi nama pelajar dan nama jabatan / syarikat.



Buku Log yang merekodkan kerja-kerja harian secara sistematik teratur dan berjadual.



Kandungan laporan Latihan Industri yang mengandungi maklumat tentang latar belakang organisasi, sejarah perkembangan dan pengurusannya serta aktiviti yang dijalankan oleh organisasi.



Ringkasan latihan yang meliputi laporan kerja-kerja yang dilakukan sepanjang latihan serta keterangannya termasuklah rajah dan gambar yang berkaitan.

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

7

Buku Panduan Latihan Industri



Saranan dan cadangan yang terdiri daripada cadangan untuk mengatasi masalah berkaitan Latihan Industri dan masalah yang dihadapi oleh organisasi. Penemuan pembelajaran yang diperolehi sepanjang tempoh Latihan Industri.



Kesimpulan



Laporan Khas Pelajar

1.13.6 Latihan Industri dinilai mengikut skala penggredan Kolej sama seperti kursus lain iaitu berdasarkan gred dan nilai gred dan diambil kira dalam penentuan PNGS dan PNGK. 1.13.7 Memandangkan Latihan Industri dikategorikan sebagai kursus teras (major), gred minimum untuk lulus bagi Latihan Industri adalah C. Pelajar-pelajar diwajibkan mengulang Latihan Industri jika memperolehi gred kurang daripada C.

1.13.8 Kedua-dua Borang Laporan Prestasi Pelajar dan Laporan Akhir Pelajar mestilah dihantar kepada Koordinator Program selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu (2) selepas pelajar menamatkan Latihan Industri mereka. Tarikh sebenar serahan laporan ialah seperti yang ditetapkan oleh Kolej dan sebarang masalah sila berhubung dengan Koordinator Program.

1.14

TINDAKAN TATATERTIB 1.14.1 Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Latihan Industri tetap terikat dengan undang-undang/peraturan/arahan Kolej dan juga jabatan / syarikat ketika menjalani Latihan Industri. Tindakan tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang ingkar atau menyalahi peraturan / etika Latihan Industri seperti berikut: 

Tidak mematuhi undang-undang / peraturan / arahan jabatan / syarikat.



Tidak mematuhi peraturan / arahan Kolej.



Tidak hadir dan / atau lewat hadir di tempat latihan tanpa alasan munasabah.



Berambut panjang (bagi pelajar lelaki) dan tidak berpakaian kemas atau memakai pakaian yang menjolok mata / tidak sopan.



Mengganggu ketenteraman tempat latihan.

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

8

Buku Panduan Latihan Industri



Membocor rahsia jabatan / syarikat.



Tidak menunjukkan minat terhadap latihan.



Gagal menyerahkan Laporan Latihan Industri, buku log, borang prestasi dan tugasan-tugasan lain pada atau sebelum tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej.



Meniru atau memberi peluang meniru Laporan Latihan Industri daripada atau kepada rakan lain.

1.14.2 Pelajar-pelajar yang didapati tidak mematuhi etika Latihan Industri akan diminta menghadiri sesi pendengaran kes oleh pihak Kolej. 1.14.3 Keputusan kes akan dimaklumkan kepada pelajar selepas sesi perbicaraan dijalankan.

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

9

Buku Panduan Latihan Industri

2.0

NOTA PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2.1

TUJUAN 2.1.1

Nota Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi panduan secara asas bagi penulisan laporan yang lebih teratur dan kemas.

2.1.2

Semua panduan yang dinyatakan bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam menyediakan laporan yang lebih bermutu sebagai memenuhi salah satu objektif Latihan Industri.

2.1.3

Nota Panduan ini dibahagikan kepada 2 bahagian: Bahagian A Bahagian ini menerangkan cara menulis laporan. Bahagian B Bahagian ini menerangkan format serta takrifan yang digunakan dalam membuat laporan.

BAHAGIAN A 2.2

AM Laporan hendaklah ditulis menggunakan kertas putih saiz A4 (210mm x 297mm) yang bermutu tinggi dengan 80gm atau lebih. Laporan hendaklah ditaip pada sebelah muka surat sahaja. Kertas berwarna hanya boleh digunakan untuk mengasingkan di antara satu bab dengan bab yang lain dan ditaip hanya nombor bab dan tajuk bab sahaja. 2.2.1

Jidar Jidar ialah ruang untuk menulis dalam sesuatu muka surat. Jidar yang dikehendaki ialah 40mm di sebelah kiri, 25mm di sebelah kanan, atas dan bawah.

2.2.2

Sistem Penomboran Muka Surat Nomborkan muka surat bagi halaman Perakuan hingga Senarai Lampiran menggunakan nombor (i, ii, iii, …). Nomborkan bab PENGENALAN hinggalah ke akhir laporan menggunakan nombor (1,2,3,4…).

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

10

Buku Panduan Latihan Industri

2.2.3

Taipan Laporan hendaklah ditaip pada kertas putih dan disusun mengikut urutan. Penaipan menggunakan komputer adalah digalakkan. Nombor Bab dan Judul Bab hendaklah ditaip menggunakan boldface jika dikehendaki. SubBab tidak perlu menggunakan muka surat baru. Gunakan huruf untuk menulis Nombor Bab, Judul Bab dan juga Sub-Bab Contoh halaman permulaan Bab ditunjukkan dalam LAMPIRAN H. Contoh halaman subbab (bahagian dalam bab) ditunjukkan dalam LAMPIRAN I.

2.2.4

Jenis Tulisan Gunakan tulisan jenis font “Times New Roman” bersaiz 12 dan jarak antara baris sebanyak 1.5 langkau (1.5 spacing).

2.2.5

Pembetulan Pelajar digalakkan menggunakan komputer supaya pembetulan senang dilakukan. Penggunaan liquid- paper adalah dilarang sama sekali bagi menjamin kekemasan dan kebersihan laporan.

2.2.6

Dakwat Dalam semua keadaan, gunakan dakwat hitam sahaja KECUALI pada Jadual, Rajah dan Maklumat yang dilampirkan.

2.2.7

Bilangan Muka Surat Laporan Bilangan muka surat laporan ialah di antara 80 hingga 150 muka surat. Had ini hanyalah untuk teks (Pengenalan hingga Rujukan sahaja, dan tidak termasuk lampiran serta bahan hadapan laporan.

BAHAGIAN B Bahagian ini menerangkan format serta takrifan yang digunakan dalam membuat laporan.

2.3

KANDUNGAN KESELURUHAN Sebuah laporan mengandungi 3 perkara yang penting: Bahan Hadapan, Badan Laporan dan Bahan Belakang. Setiap aspek tersebut mengandungi piawaian-

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

11

Buku Panduan Latihan Industri

piawaian yang tertentu yang perlu diikuti. Pelajar tidak boleh menulis secara sesuka hati. Secara amnya, kandungan keseluruhan laporan adalah seperti berikut:

Kulit Laporan Perakuan Kenyataan Laporan Dedikasi Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran

Bahan Hadapan

Pengenalan Latar Belakang Organisasi Saranan & Cadangan Kesimpulan

Badan Laporan

Rujukan Bahan Belakang Lampiran

Halaman dedikasi dan penghargaan merupakan perkara-perkara yang tidak semestinya dimasukkan tetapi semua yang lain adalah wajib. Kandungan laporan pelajar mestilah mengandungi perkara-perkara yang telah dinyatakan dan mestilah mengikut susunan tersebut tanpa sebarang pengecualian.

2.3.1

Kulit Laporan Kulit Buku Laporan Latihan Industri (BLLI) mestilah berwarna hitam dan dicetak dengan warna emas. Lihat contoh di LAMPIRAN B. Format ini tidak boleh diubah atau dipinda sama sekali. Saiz kulit ialah yang sesuai

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

12

Buku Panduan Latihan Industri

untuk menjadi kulit kepada saiz laporan A4. Laporan yang mengandungi kertas saiz lain tidak akan diterima.

2.3.2

Halaman Perakuan Halaman ini memuatkan kenyataan mengenai keaslian laporan yang telah ditulis oleh pelajar. Halaman ini mestilah disahkan dan ditandatangani oleh pelajar. Contoh halaman perakuan ialah seperti di LAMPIRAN C.

2.3.3

Halaman Kenyataan Laporan Halaman ini mengandungi tujuan Laporan Akhir Latihan Industri disediakan. Contoh kenyataan laporan ditunjukkan dalam LAMPIRAN D.

2.3.4

Halaman Dedikasi Halaman ini boleh diabaikan jika tidak diperlukan. Halaman ini tidak boleh melebihi 5 baris dan tidak mengandungi rajah, jadual, gambar dan lain-lain.

2.3.5

Halaman Penghargaan Halaman ini juga merupakan pilihan. Halaman ini tidak melebihi satu muka surat. Contoh kenyataan penghargaan ditunjukkan dalam LAMPIRAN E.

2.3.6

Halaman Kandungan Halaman ini menyenaraikan seluruh isi kandungan laporan yang terdiri daripada bahan hadapan, badan laporan dan bahan belakang dalam satu susunan yang sistematik. Tujuannya ialah untuk membantu pembaca mencari bahagian-bahagian laporan dengan mudah. Muka surat bagi setiap ruang, bab, bahagian dalam bab mestilah tepat. Contoh halaman kandungan yang perlu diikuti ditunjukkan dalam LAMPIRAN H dan I.

2.3.7

Senarai Jadual Semua jadual yang terdapat dalam laporan mestilah disenaraikan mengikut urutan. Senarai ini mestilah mengandungi nombor jadual, tajuk jadual dan muka surat. Lihat LAMPIRAN F.

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

13

Buku Panduan Latihan Industri

2.3.8

Senarai Rajah Rajah merupakan lukisan, gambar foto, graf, peta, lakaran dan carta. Semua rajah mestilah disenaraikan mengikut urutan. Senarai ini mestilah mengandungi nombor rajah, tajuk rajah dan muka surat. Lihat contoh di LAMPIRAN G.

2.3.9

Senarai Lampiran Seperti juga jadual dan rajah, lampiran juga perlu disenaraikan yang mengandungi abjad lampiran, tajuk lampiran dan muka surat.

2.3.10 Teks Bahagian ini merupakan isi laporan latihan industri. Pelajar perlu menerangkan dengan terperinci mengenai maklumat yang hendak dipersembahkan. Perkara-perkara yang dinyatakan berikut ini adalah merupakan cadangan-cadangan dan pelajar-pelajar boleh mengubahsuai dan memperbaikinya. Walaubagaimanapun, setiap laporan mestilah didahului dengan PENGENALAN dan diakhiri dengan KESIMPULAN.

2.3.11 Pengenalan Disyorkan supaya kandungan PENGENALAN meliputi perkara-perkara berikut: 

Objektif Latihan Industri



Kepentingan latihan kepada pelajar.



Ringkasan aktiviti semasa latihan.



Skop Latihan Industri.



Objektif laporan.



Cara laporan disusun untuk mencapai objektif laporan.

Sesebuah laporan mestilah jelas. Oleh itu dalam PENGENALAN pelajar mestilah memperincikan apakah yang hendak disampaikan dalam laporan supaya mudah difahami oleh pembaca. Pelajar boleh mengubahsuai dengan membuat penambahan yang bersesuaian kepada perkara-perkara di atas. Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

14

Buku Panduan Latihan Industri

2.3.12 Latar Belakang Organisasi Latar belakang penubuhan organisasi, hakmilik, pemegang saham, system pentadbiran, carta organisasi, pelanggan, pesaing utama, keluaran (produk) dan perkara-perkara lain berkenaan firma/syarikat boleh dinyatakan dalam bab ini. Pelajar dinasihatkan supaya terlebih dahulu berbincang dengan pegawai/penyelia mengenai perkara ini untuk memastikan ianya bukan maklumat rahsia firma.

2.3.13 Saranan Dan Cadangan Setiap pelajar diberi kebebasan untuk memberi cadangan mengenai masalah dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan Latihan Industri yang telah dijalankan.

2.3.14 Kesimpulan Kesimpulan mestilah merangkumi perkara yang diperhatikan semasa latihan sahaja dan tidak boleh dikaitkan dengan teori-teori atau idea-idea lain yang tidak berkenaan.

2.3.15 Rujukan Senarai buku-buku dan rujukan yang dibuat hendaklah dilampirkan di bahagian belakang laporan selepas bahagian saranan dan cadangan dengan menyatakan nama pengarang, judul, tempat penerbitan, nama penerbit dan tahun penerbitan dan sebaik-baiknya disusun mengikut abjad (nama pengarang). Kaedah Menulis: Nama Pengarang. (Tahun Buku / Majalah Diterbitkan). Judul Buku / Majalah. Tempat Penerbitan: Nama Penerbit. Contoh: RUJUKAN a. Nik Safiah Karim. (1996). Tatabahasa Dewan. Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. b. Chuah, D.G.S. (1990). Solar Radiation in Malaysia.

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

15

Buku Panduan Latihan Industri

2.3.16 Lampiran Tujuan lampiran ialah untuk memberikan maklumat tambahan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dibincangkan dalam laporan. Walau bagaimanapun, setiap lampiran mestilah dirujuk. Jangan sekali-kali disertakan lampiran yang tidak dirujuk semasa menulis laporan. Perkara-perkara yang disertakan sebagai lampiran ialah:    

3.0

Contoh pengiraan. Program Komputer. Graf. Jadual, rajah dan lain-lain yang berkait.

KESIMPULAN Adalah diharapkan selepas menjalani Latihan Industri, pelajar bukan sahaja akan mendapat kemahiran dan pengalaman dari industri tetapi dapat juga menyediakan laporan yang bermutu tinggi. Sepanjang pengajian di Kolej pelajar mungkin kurang didedahkan dengan tatacara penyediaan laporan yang rasmi. Adalah diharapkan dengan tersedianya buku panduan ini, pelajar dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan laporan yang kemas dan teratur. Dengan ini sistem pengurusan Latihan Industri kolej bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran bahkan dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua aspek pengurusan, sesuai dengan aspirasi Kolej untuk mengeluarkan lulusan yang profesional, berpengetahuan, berkemahiran dan berketrampilan.

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

16

Buku Panduan Latihan Industri

LAMPIRAN A ( Contoh Surat Pengesahan Tamat Latihan ) KEPALA SURAT SYARIKAT Rujukan: Tarikh: KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN Adalah disahkan bahawa En/Cik/Puan ……………………………………………………………………………………………… Nombor Kad Pengenalan ……………………………….. telah menamatkan latihan industri beliau di tempat kami. Maklumat Latihan Tempoh:

Tarikh mula sehingga tamat Latihan Industri

Organisasi: Unit: 1. 2. 3.

Bidang Kerja Yang Dipraktikan:

1. 2. 3.

Sepanjang tempoh bersama dengan syarikat kami, didapati bahawa En/Cik/Puan …………………………………. boleh melaksanakan semua kerja dan projek yang diberikan.

Sekian. Yang Benar,

………………………….. Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

17

Buku Panduan Latihan Industri

LAMPIRAN B ( Contoh Kulit Buku Laporan Industri )

KOLEJ LATIHAN TELEKOM

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Nama Syarikat

NAMA FIRMA/ORGANISASI

FAKULTI PENGURUSAN KOLEJ LATIHAN TELEKOM Nama Pelajar

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

SESI SEPTEMBER 2002/05

18

Buku Panduan Latihan Industri

LAMPIRAN C ( Contoh Perakuan ) ( Halaman Wajib Dalam Laporan ) BORANG PENYERAHAN LATIHAN INDUSTRI

FIRMA/

(Sila taip)

SYARIKAT SESI PENGAJIAN : SEPTEMBER 2002/2005 Saya, (Sila taip) (HURUF BESAR) mengaku membenarkan laporan ini disimpan di Fakulti Pengurusan, Kolej Latihan Telekom dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik kertas projek adalah di bawah nama pelajar melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh Telekom Malaysia Berhad, maka hakmiliknya adalah kepunyaan Telekom Malaysia Berhad. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada pelajar itu sendiri. 3. Fakulti Pengurusan, Kolej Latihan Telekom dibenarkan membuat salinan untuk pengajian mereka. 4. Kertas projek hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran pelajar sahaja. 5. * Saya membenarkan/tidak membenarkan perpustakaan membuat salinan kertas projek ini sebagai bahan pertukaran di antara institut pengajian tinggi. 6. ** Sila tandakan ()



SULIT

(Mengandungi maklumat berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

19

Buku Panduan Latihan Industri

(Tandatangan Pelajar) (Sila taipkan nama pelajar) (Sila taipkan alamat pelajar)

Tarikh : (Sila taipkan)

Disahkan Oleh :

(Tandatangan Penyelia)

(Sila taipkan nama penyelia) Tarikh : (Sila taipkan)

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

20

Buku Panduan Latihan Industri

LAMPIRAN D ( Kulit Buku Latihan Industri )

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

NAMA FIRMA / ORGANISASI

FAKULTI PENGURUSAN KOLEJ LATIHAN TELEKOM SESI SEPTEMBER 2002/05

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

21

Buku Panduan Latihan Industri

LAMPIRAN E ( Contoh Penghargaan ) ( Halaman Pilihan )

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Jurutera Abdul Aziz dari ABC Consultant, yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara peribadi di sepanjang tempoh Latihan Industri.

Juga ku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan juga penyelia di KLT yang bertungkus lumus dan tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu mereka dalam membantu hingga berjayanya penulisan laporan ini.

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

22

Buku Panduan Latihan Industri

LAMPIRAN F ( Format Senarai Jadual ) ( Halaman Wajib )

Jidar muka surat

25 – 30 mm

SENARAI JADUAL

3 langkau

JADUAL

Muka Surat

1.1

Anggaran Kuantiti Air Dunia

3

1.2

Koefisien Kekasaran Manning

7

2.1

Data Lebat hujan Kawasan Tadahan Tupa

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

23

19

Buku Panduan Latihan Industri

LAMPIRAN G ( Format Senarai Rajah ) ( Halaman Wajib )

Jidar muka surat

25 – 30 mm

SENARAI RAJAH

3 langkau

RAJAH

Muka Surat

1.1

Kitaran Hidrologi

12

1.2

Model Sistem Hidrologi

18

2.1

Klasifikasi Aliran Sungai

21

2.1

Pengukuran Aliran Sungai Tup

27

3.1

Jenis-jenis Ampangan

30

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

24

Buku Panduan Latihan Industri

LAMPIRAN H ( Format Permulaan Bab )

25 – 30 mm

Jidar muka surat

BAB 1

3 langkau

PENGENALAN

3 langkau

Latihan Industri merupakan …………………………………….. Setiap pelajar ……………………………….. 1.5 baris jarak langkau.

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

25

Buku Panduan Latihan Industri

LAMPIRAN I ( Format Bahagian Dalam Bab )

merupakan syarikat yang ternama di Malaysia.

2 langkau

1.4

ORGANISASI SYARIKAT

2 langkau

Teks bermula di sini untuk Seterusnya ………………………………….sehingga tamat.

1.5

PEMEGANG SAHAM

2 langkau

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

26

Buku Panduan Latihan Industri

Teks bermula disini ……………………

Isu No : 2 Tarikh Efektif : Mac 2006

27

Buku Panduan Latihan Industri

Related Documents

Bukupanduanli
May 2020 2

More Documents from "Naim Shahman"

Bukupanduanli
May 2020 2
Buku Log Li
May 2020 8
May 2020 16
Arabi
April 2020 27