Buat Blog Wordpress

  • Uploaded by: Mohd Afif Sukri
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buat Blog Wordpress as PDF for free.

More details

  • Words: 3,278
  • Pages: 65
Panduan Percuma Wordpress Ditulis oleh :

Mohd Ramzan Bin Rozali www.RajaBlog.info

Penyataan Hak Cipta

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian ebook ini dalam apa jua bentuk dalam apa jua cara sekalipun, sama ada secara eloktronik, fotocopi, mekanik, rakaman untuk tujuan komersial sebelum mendapat izin dari bertulis dari pihak RajaBlog.info. Pihak kami akan mengambil tindakan tegas melalui saluran undang-undang jika didapati anda melanggar hak cipta ini.

Disclaimer

Panduan ini dihasilkan dari pengalaman penulis dalam menggunakan wordpress sebagai platform blog dan ia juga adalah lebih kurang sama dengan mana-mana cara installation manual yang ada di internet kerana caranya adalah sama.

Penulis telah berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan report ini dengan terbaik, bagaimanapun tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kesilapan, kerosakan atau kerugian yang berlaku secara langsung atau tidak langsung selepas anda mengikuti panduan ini. Maklumat dan teknik yang digunakan telah di imbas beberapa kali sebelum diterbitkan dan di akui tepat semasa penerbitan.

Wordpress® dan Trademarks mereka telah didaftarkan di bawah Automattics Inc. Blog RajaBlog.info tidak berkaitan atau di taja oleh Automattic Inc mahupun Wordpress®, Projek OpenSource. RajaBlog.info adalah web blog informasi mengenai blogging yang menggunakan Wordpress® sebagai platform utamanya.

Ebook Panduan Percuma Wordpress ini adalah percuma sebagai tujuan membantu rakanrakan yang mahu mempunyai blog wordpress sendiri.

Anda tidak dibenarkan untuk menjual ebook percuma ini. Anda boleh meletakkan ebook ini di laman web anda tetapi tidak boleh diubah – hendaklah berada dalam keadaan asal. Namun begitu, saya sarankan anda untuk menggunakan link affiliate yang ada untuk manfaat anda buat masa hadapan (rujuk bahagian akhir panduan untuk maklumat lanjut)

Pengenalan Panduan Percuma Wordpress Versi RajaBlog ini adalah satu panduan percuma yang diharapkan dapat menambahkan lagi bilangan blog dengan harapan apabila blog yang ada semakin meningkat, maka terhasillah lebih banyak blog yang berkualiti dan ditulis oleh pakar dalam bidang masing-masing,

Meskipun saya sedar terdapat panduan installation wordpress yang telah diterbitkan dalam bahasa Melayu sebelum ini, namun panduan ini tetap dihasilkan dan ia saya kira ringkas dan ini adalah asas dalam wordpress. Sesiapa yang belum biasa pasti akan lebih memahami gambarajah dari teks, bukan? ;)

Huraian demi huraian beserta dengan gambar snapshot digunakan untuk memudahkan pemahaman anda terutama buat mereka yang tidak begitu biasa dengan teknologi web. Untuk pengetahuan anda, ebook ini dicipta berdasarkan kepada blog wordpress saya yang sebenar di www.myanimeonline.com.

Jika terdapat sebarang soalan dan tindakan yang tidak begitu jelas dalam panduan ini, sila lawati forum rajablog di www.rajablog.info/blog. Selain itu jangan lupa masukkan blog yang baru anda cipta di direktori Rajablog, http://direktori.rajablog.info.

Mohd Ramzan Bin Rozali www.RajaBlog.info

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1

5

MENCARI NICHE MELIHAT TRENDS MENCARI DOMAIN

6 9 15

BAHAGIAN 2

18

AKAUN EMAIL UNTUK B LOG INSTALLATION WORDPRESS SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO) WORDPRESS.MENULIS ARTIKEL & FUNGSI UTAMA W ORDPRESS MENULIS ARTIKEL & F UNGSI UTAMA WORDPRESS A. MELETAKKAN B LOCKQUOTE B. MELETAKKAN LINK C. MELETAKKAN B OLD( TEBALKAN) D. MELETAKKAN W ARNA E. MELETAKKAN MORE ATAU BACA SETERUSNYA ( SEPERTI READ MORE>>) F. MELETAKKAN KATEGORI & TAG 5. SIARKAN ARTIKEL ANDA DENGAN KLIK PUBLISH

19 21 26 33 34 34 35 36 37 38 40 41

BAHAGIAN 4: SETTING LAIN

43

MENUKAR TEMA (THEME) PENGAKTIFKAN PLUGIN DAFTAR B LOG DI FEED BURNER MENGGUNAKAN S IDEBAR

43 47 53 56

PENUTUP

60

BAHAGIAN 1 MENCARI NICHE DAN MENDAPATKAN DOMAIN

Mencari Niche

Mencari niche adalah penting memandangkan ia mengenai topik yang anda akan tulis dan uruskan dalam jangka masa yang panjang. Namun jangan terlalu memikirkan mengenai hal tersebut hingga anda tak berbuat apa-apa.

Mencari niche boleh dilakukan dengan mengenali minat atau niche sedia ada dari laman web yang sudah establish. Jika anda ada hobi yang selalu dilakukan setiap hari atau setiap hujung minggu, itu bererti topic berkenaan amat sesuai untuk dijadikan niche blog anda. Sekarang saya akan menunjukkan cara mencari niche di www.amazon.com dan di niche mana blog rajablog.info berada.

1. Layari www.amazon.com 2. Pilih Book (atau mana-mana kategori pilihan anda) dari Shop All Departments di bahagian kiri laman web

3. Pilih Computers & Internet

4. Pilih Home Computing di bahagian Browse

5. Pilih mana-mana sub niche di bahagian ini untuk blog anda. Nota: Sebagai contoh:

Blogging & Blogs merupakan Niche Rajablog.info

Jadi jika anda perhatikan, rajablog.info berada di niche computers & internet, sub niches home computing dan barulah sub niche yang lebih dalam iaitu blogging dan blogs. Apa yang penting adalah tengok dibahagian tepi bilangan produk iaitu disini, 362. Memang banyak dan ini bererti permintaan adalah tinggi di pasaran. Alasannya mudah, amazon selaku penjual popular di internet tidak akan menjual sesuatu yang tidak laku.

Melihat Trends Seterusnya kita mahu melihat Trend atau corak permintaan terhadap niche yang telah anda pilih melalui google trends. A. Melihat Trend Carian dari Google.com 1. Layari www.google.com/trends 2. Taip anime atau mana-mana niche yang anda minati. Nota : Perhatikan Trends semakin menurun.

3. Taip subniche anda yang lain seperti watch anime online. Nota: Trends semakin meningkat!

4. Taip Naruto, subniches kepada anime. Nota: Trends naruto juga meningkat!

Perhatikan Trends pencarian anime di internet semakin menurun. Namun ia tak bererti sub niche anime pun begitu. Jadi saya taip watch anime online dan lihat trend carian di internet semakin meningkat. Saya dalami lagi niche dengan memilih perkataan Naruto sahaja pula, iaitu sub niche kepada anime. Lihat, trend carian juga semakin meningkat.

B. Menentukan Persaingan

So kita telah melihat trend carian di internet, sekarang kita akan lihat persaingan topik yang mahu dipilih pula.

1. Layari www.goodkeywords.com 2. Download & Install perisian tersebut jika anda belum mempunyainya. 3. Kita akan mengira persaingan dengan formula search result/search demand = ratio (perlu tinggi dari 1) 4. Buka perian tersebut di komputer dan taip naruto anime (gabungkan niche dan subniche, anime dan naruto)

5. Klik kanan pada baris pertama hasil carian (Naruto anime episode download), Copy to Clipboard>Copy Selected Rows

6. Menggunakan formula search result/search demand = ratio, maka search demand/search count adalah 5107.

7. Layari www.yahoo.com dan masukkan keyword “naruto anime episode download”. Perhatian: letakkan keyword beserta dengan pembuka kata.

Nota: Pembuka kata digunakan untuk mendapatkan definisi dan laman web yang menggunakan perkataan Naruto Anime Episode Download secara terus.

Tujuan Pembuka kata digunakan untuk mendapatkan definisi dan laman web yang menggunakan perkataan Naruto Anime Episode Download satu ayat.

Manakala keyword Naruto Anime Episode Download tanpa pembuka kata akan memaparkan hasil carian salah satu atau lebih dari keyword Naruto Anime Episode Download di bahagian definisi, seperti ini:

Perhatikan hasil carian yang dipaparkan adalah sepatah perkataan dan bukannya sepotong ayat seperti tadi. Cara yang betul adalah letakkan pembuka kata

8. Copy jumlah carian di bahagian kanan iaitu 637

9. Paste ke bahagian Search Result di “Ratio Calculator”

10. Lihat kolum Ratio untuk menentukan persaingan. Nota: Ratio yang semakin besar bererti semakin kurang persaingan.

Kesimpulan: Melihat kepada Ratio dari file tersebut yang besar, kita dapat simpulkan bahawa persaingan dan demand niche tersebut adalah bagus iaitu kurang persaingan dan banyak dicari.

Nota Penting: Terdapat pelbagai cara dalam pencarian niche dan InsyaAllah ia akan dibincangkan dengan lebih details pada masa akan datang. Niche untuk adsense sebagai contoh perlu menggunakan taktik tambahan dengan mencari keywords dan niche yang mempunyai nilai cost per click (cpc) yang lebih tinggi, maka anda akan lebih untung.

Mencari Domain

1. Layari domain suggestion di http://domain-suggestions.domaintools.com dan masukkan keyword pilihan anda berdasarkan trends atau dari perisian good keywords.

2. Analisa Hasil. Nota : WatchAnimeOnline.com, .net, .info dan seterusnya tidak ada.

Nota: Perhatikan WatchAnimeOnline.com, .net, .info dan seterusnya tidak ada kerana semuanya telah ditanda dengan butang gelap, bererti telah diambil.

3. Yang ada hanyalah AnimeOnlineSite.com.

4. Layari who.is dan periksa domain name tersebut sama ada telah dimiliki atau belum. Saya gunakan Who.is kerana kadangkala data disini pun belum diupdate dan kita mahu mencari cadangan domain yang lain juga.

5. AnimeOnlineSite.com available, iaitu belum dimiliki. Hasilnya animeonlinesite.com, animeonlinesite.net dan animeonlinesite.org belum dimiliki. Seelok-eloknya pilih .com kerana lebih popular, mudah diingati kerana biasa digunakan dan lebih disukai search engine (fakta search engine dotcom ini masih saya ragui sebenarnya…)

6. Jika mahu mencari nama domain yang lebih menarik, lihat cadangan di bahagian bawah.

7. Pilih Mana-mana domain yang berkenan dan hantarkan maklumat domain ke bahagian support rajablog.info jika anda ingin mendapatkan hosting dari RajaBlog.com, satu hasil kerjasama dengan planhoster.com. Nota : Untuk tutorial ini, saya memilih domain MyAnimeOnline.com

BAHAGIAN 2

INSTALLATION DAN MENGGUNAKAN WORDPRESS

BAHAGIAN 2 : INSTALLATION DAN MENGGUNAKAN WORDPRESS

Akaun Email untuk Blog 1. Login ke cpanel akaun hosting milik anda

2. Jika anda baru mempunyai hosting, anda harus mencipta email baru. Tujuannya supaya anda boleh menghantar semua maklumat installation nanti ke email tersebut. Klik Add/Remove Email accounts di bahagian email management

3. Isikan email address yang akan digunakan untuk akaun wordpress anda. Saya akan gunakan [email protected] sebagai contoh. Anda boleh gunakan email@domain anda atau apa-apa yang anda inginkan.

4. Klik NO untuk tidak menggunakan mail client. Nota : Kita akan gunakan email gmail sebagai pusat email yang akan di ’release’ untuk report kedua nanti. Anda disarankan supaya meneruskan tutorial ini sehingga habis dahulu sebelum menggunakan gmail sebagai pusat email.

5. Klik Home di bahagian menu cpanel, disebelah atas.

Installation Wordpress

1. Klik Fantastico di bahagian software. Saya ingin meringkaskan cara installation dan tidak mahu anda pening kepala, maka saya ajarkan anda untuk menggunakan fantastico kerana ia sememangnya amat mudah untuk install dari fantastico.

2. Klik Wordpress di bahagian Blogs.

3. Klik New Installation di bahagian kanan

4. Pilih Nama Domain *MyAnimeOnline.com (*domain pilihan anda) di bahagian Install on Domain. Nota 1 : Kosongkan bahagian Install on directory jika anda ingin blog di install di domain utama. Sebagai contoh http://www.rajablog.info/

Nota 2: Isikan perkataan blog atau sebarang perkataan lain di bahagian Install on directory jika anda ingin blog di install di sub domain seperti http://www.rajablog.info/blog atau http://www.rajablog.info/perkataan-lain-yang-anda-isikan

5. Isi butiran yang diperlukan. Jika anda tidak pasti, anda boleh lihat pada contoh yang saya lakukan di bawah.

6. Klik Finish Installation

7. Penting !: Isikan email address anda. Nota : Segala maklumat ini akan dihantar ke email anda dan ianya penting untuk kegunaan pada masa depan

Layari domain anda dan anda sepatutnya dapat install wordpress dengan berjaya. Layari laman web baru anda dengan menaip domain tersebut, seperti www.myanimeonline.com

SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO)

Apa itu Search Engine Optimization (SEO)?

Search Engine Optimization (SEO) adalah proses mengoptimakan carian search engine seperti google dan yahoo supaya blog anda disenaraikan paling atas dan pada kedudukan terbaik. SEO adalah cara yang paling berkesan dan merupakan cara utama bagi manamana web dan blog. Boleh dikatakan SEO yang baik = trafik yang tinggi = meningkatkan promosi @ produk affiliate yang ditawarkan pada blog anda.

Cara Asas SEO Wordpress (mengubah permalink)

Sekarang kita akan tengok satu aspek penting sebelum anda memulakan blogging iaitu permalink. Ia mampu mengatasi pesaing anda. Sebagai contoh saya klik salah satu post ini dan perhatikan url ini, terdapat simbol soal seperti : http://www.myanimeonline.com/p?=1 , iaitu url yang tidak bermakna dan tidak human friendly berbanding http://www.myanimeonline.com/naruto/naruto-episode49.html sebagai contoh. Search engine bot seperti google menggemarkan url yang mempunyai makna.

Contoh yang baik adalah bila kita klik pada post berkenaan, url tersebut mempunyai makna dan perkataan, iaitu tajuk post berkenaan. Setelah saya menggunakan teknik permalink sebegini, iklan adsense saya lebih kerap keluar dan tepat dengan topik yang dibincangkan.

Kembali ke blog baru tadi, Klik pada Login di bahagian sidebar. Isi Username dan password. Klik Login.

1. Login ke akaun wordpress blog anda.

2. Klik Settings

3. Klik Permalinks di bahagian sub menu

4. Seterusnya kita akan gunakan Klik Custom, specify below dan isikan /%category%/%postname%.html. Nota: Jangan anda terus tekan update. Tunggu sehingga arahan seterusnya..

/%category%/%postname%.html.

5. Buka Notepad dengan klik Windows ->Accessories->Notepad.

6. Klik File -> Save as -> Isikan File name dengan .htaccess dan save as type: All Files

7. Buka perisian filezilla, perisian ftp anda dan klik file .htaccess di kolum kiri dan tarik ke kanan

8. Klik kanan file .htaccess di bahagian kanan ftp anda.

9. Klik File attributes

10. Tukar nombor numeric value ke 777

11. Klik Update Permalink Structure

Nota: Permalink Structure Updated akan dipaparkan selepas itu.

Perhatian: Cuba klik salah satu artikel anda dan lihat url artikel tersebut. Ia sepatutnya berakhir seperti ini:

Anda telah berjaya membuatkan blog anda sebagai supaya lebih Search Engine and Human Friendly. Bagaimanapun ini adalah asasnya sahaja dan masih terdapat lebih banyak details yang kita akan bincang pada ebook seterusnya. Ebook ini akan menerangkan fungsi wordpress supaya anda tahu asas-asas wordpress.

Menulis Artikel & Fungsi Utama Wordpress

1. Login ke akaun wordpress anda 2. Klik Write Untuk Menulis Artikel

3. Tulis artikel anda 4. Gunakan Fungsi asas dibawah:

a. Meletakkan Blockquote 1. Highlight artikel yang mahu di blockquote 2. Klik fungsi blockquote

Contoh hasil Blockquote

b. Meletakkan Link

1. Highlight perkataan yang mahu anda link kan

2. Klik fungsi hyperlink

3. Masukkan link web yang mahu anda rangkaikan

4. Klik Same Window atau New Window Nota: Same Window bererti laman web yang tersebut akan dibuka dari laman web anda manakala New Window akan membuka link tersebut pada tetingkap baru.

c. Meletakkan Bold(tebalkan) 1. Highlight teks yang mahu ditebalkan

2. Klik fungsi Bold

d. Meletakkan Warna

1. Highlight teks berkenaan

2. Klik Fungsi lain

3. Klik fungsi color iaitu seperti

4. Pilih mana-mana color

“A”

kesukaan anda.

Berjaya ditukar

e. Meletakkan More atau Baca Seterusnya (seperti Read More>>) 1. Klik di ruang kosong sebelum bahagian artikel yang mahu disorokkan untuk bacaan seterusnya

2. Klik fungsi more

3. Hasilnya

f. Meletakkan Kategori & Tag

1. Isikan Tags yang anda rasakan sesuai. Tags adalah kata kunci yang mungkin berkaitan dengan post anda dan mungkin lebih dari satu kata kunci.

Tags akan menjadi semakin besar apabila makin ramai orang yang klik pada tags tersebut yang menandakan ia merupakan topik hangat.

Contoh: Berikut adalah contoh tag pada rajablog.info

2. Isikan kategori artikel di bahagian kategori.

5. Siarkan Artikel anda dengan klik Publish

6. Semak artikel anda buat kali terakhir

Hasilnya

BAHAGIAN 3: SETTING LAIN

Menukar Tema (theme) Nota: Template yang digunakan dalam contoh ini adalah template lama sebelum saya tukar kepada template sekarang

1. Layari www.google.com 2. Masukkan anime[atau niche anda] + wordpress theme 3. Pilih mana-mana web yang disenaraikan.

4. Muat turun [download] tema berkenaan.

Nota: Untuk muat turun, sila rujuk web berkenaan. Biasanya terdapat perkataan Download

5. Save themes tersebut

6. Login ke hosting blog anda menggunakan ftp 7. Klik wp-content

8. Klik themes

9. Upload file themes yang telah disimpan

10. Klik Presentation ->Themes di bahagian administration blog

11. Klik pada gambar theme yang baru untuk installation

Nota: New theme activated dipaparkan. Klik Visit Site untuk melihat themes tersebut secara terus.

Tema baru berjaya digunakan.

Pengaktifkan Plugin

Plugin adalah fungsi tambahan yang boleh ditambah pada wordpress anda, sebagai contoh plugin untuk contact form dan seumpamanya. Anda boleh dapatkan pelbagai plugins yang anda mahukan di wordpress plugins directory. http://wordpress.org/extend/plugins/

Saya cadangkan anda download plugins yang popular dan top 10 kerana biasanya plugins tersebut adalah paling berguna dan berkesan ;)

1. Download Plugins yang di inginkan. Katakan anda download Wordpress Stat dan Save ke Komputer anda.

2. Kembali ke wp-content

3. Klik plugins

4. Drag dan “tarik” ke folder plugins

5. Di bahagian administration, klik menu plugins

6. Aktifkan kesemua plugin yang ada. Nota: Dalam contoh ini anda akan ditunjukkan installation plugins Akismet, satu plugins yang menghalang spam

Nota: Salah satu plugin iaitu Askimet akan memaparkan amaran supaya Wordpress API key dimasukkan.

7. Klik “Akismet Configuration”

8. Klik pada link Wordpress.com di bahagian Akismet Configuration

Nota: Daftar (sign up) di Wordpress.com untuk mendapatkan Wordpress API key. http://wordpress.com/api-keys/

9. Masukkan API yang diberi melalui email oleh Wordpress.com setelah mendaftar.

10. Klik Update Options

Nota: Options saved akan dipaparkan.

Itulah salah satu contoh cara installation plugins Akismet, satu plugin anti spam. Lain plugin lain pula cara installationnya tapi asasnya tetap sama iaitu upload ke wpcontent/plugins dan aktifkan di bahagian plugins administration.

Daftar Blog di FeedBurner

1. Layari www.feedburner.com 2. Masukkan url blog di borang yang disediakan dan klik Next

3. Masukkan butiran di borang yang disediakan. Nota: Jika sudah mendaftar, klik Sign In dan Activate Feed

Masukkan butiran jika belum mempunyai

Sign In dan masukkan username &

akaun

password

4. Klik Next pada paparan seterusnya.

5. Tanda kesemua kotak kecil yang disediakan dan Klik Next

6. Klik Edit Feed Details di laman seterusnya dan copy Feed Address (lihat gambar di bawah)

7. Dapatkan plugins Feedburner. Aktifkan plugin tersebut 8. Klik ke bahagian Setting dan seterusnya Feedburner 9. Paste feedburner url di bahagian no.2, di bahagian administration feedburner dan klik save.

Nota: Your Settings have been saved akan dipaparkan.

Menggunakan Sidebar

Salah satu kelebihan wordpress adalah sidebar (bahagian tepi blog) yang boleh diubah dengan senang di bahagian widgets.

1. Klik Design->Widgets

Nota: Pastikan anda melihat gambarajah seperti di bawah. Jika tidak, ini bererti tema anda tidak menggunkan system widgets dan sila tukar tema yang lain!

2. Di bahagian sidebar, pilih sama ada sidebar tersebut adalah sidebar1 atau sidebar2 (jika template anda menggunakan 2 sidebar) dan klik show.

3. Klik Add pada widget calendar (atau mana-mana widget yang lain).

Nota: Ia akan ditambah ke bahagian tepi di bahagian bawah sekali.

4. Ubah kedudukan dengan drag (klik dan tarik) sahaja. Dalam contoh ini saya letakkan dibahagian paling atas.

5. Ubah Title dengan klik edit

6. Klik Save Changes untuk update sidebar anda.

Nota: Changes Saved dipaparkan

7. Klik pada Visit Site untuk melihat perubahan.

Nota: Perhatikan bahagian sidebar akan diubah ke sidebar yang baru.

Penutup

Alhamdullillah,pada pandangan saya telah habis asas-asas dari proses permulaan installation wordpress hinggalah beberapa setting penting yang wajib diketahui oleh setiap pengguna wordpress.

Saya kira panduan ini adalah panduan asas dan sebarang pertanyaan lanjutan boleh diajukan di forum Rajablog di www.rajablog.info/forum. InsyaAllah saya akan jawab secepat mungkin dan diharap anda yang tahu akan selok-belok wordpress juga dapat turut membantu dan pertanyaan yang penting akan diupdate di ebook ini beserta dengan link si penanya dan penjawab sebagai bonus.

Selain itu jangan lupa masukkan blog yang baru anda cipta di direktori Rajablog, http://direktori.rajablog.info. Oh ya, lihat juga muka surat terakhir iaitu beberapa web rajablog yang mungkin ada manfaat dan kegunaan untuk anda.

Terima Kasih dan jangan lupa layari www.rajablog.info/blog/ dan tinggalkan komen anda mengenai ebook ini disana.

”Dapatkan Komisen Hingga *50% hanya dengan sebaran Ebook dan Panduan Percuma RajaBlog! ” Biasanya anda perlu mempromosikan web berlainan untuk pelbagai produk tapi kini di RajaBlog, anda hanya perlu promosikan ebook percuma yang pasti sesiapa pun akan berminat dan akan mendapat komisen terus setelah mereka mendapatkan produk berbayar yang lain. Anda hanya perlu promosikan pelbagai produk percuma dan biarkan kami promosikan produk-produk berbayar kami yang lain. Sekali mereka di bawah anda, anda akan senantiasa dapat komisen berterusan dari produk yang mereka beli di RajaBlog!

*50% - nilai ini akan berubah mengikut produk yang dibeli. Komisen maksimum adalah 50%.

Dapatkan Link dan Promosikan Sekarang

Rangkaian RajaBlog

Laman Web Utama RajaBlog.info yang turut menggunakan wordpress. RajaBlog.info merupakan Bahagian Informasi RajaBlog. Maka segala produk dan tips informasi mengenai blog akan diedarkan oleh RajaBlog.info

www.rajablog.info

Forum RajaBlog.info yang baru dilancarkan sempena ulangtahun kedua RajaBlog. Anda boleh bertanyakan soalan-soalan berkaitan dengan blogging disana.

www.rajablog.info/forum

Direktori blog RajaBlog yang mengumpulkan senarai blog dari Malaysia dari pelbagai kategori. Penghantaran link secara timbal balas http://direktori.rajablog.info

(reciprocal) adalah percuma manakala penghantaran link 1 hala hanya $5 hingga ke akhir tahun 2008.

Ruangan Download Percuma dan Membership RajaBlog.info. Setiap orang yang dibawa masuk (walaupun ahli www.rajablog.info/members

percuma) akan memungkinkan anda memperolehi komisen setelah mereka upgrade ke pelbagai produk RajaBlog.

** Sedang Diperbaharui** www.rajablog.com

Laman Web RajaBlog yang menekankan konsep

Blog Anime dari Kumpulan RajaBlog. Ia diuruskan oleh saya, Azwan dan Izudin. Matlamat blog ini adalah untuk menyiarkan berita dunia anime beserta episod terbaru siri-siri popular seperti Bleach, Naruto, Detektif Conan, dan One Piece. Juga terdapat direct download untuk manga dan anime tersohor.

www.myanimeonline.com

Laman web yang masih dalam pembinaan ini merupakan membership produk-produk internet marketing seperti Master Resell Rights (MRR), Resell Rights (RR) dan Private Label Rights (PLR). Sama seperti RajaBlog.info, ia mempunyai Blog dan Membership.

www.perpustakaanmaya.com

Related Documents

Buat Blog Wordpress
December 2019 29
Buat Blog
May 2020 33
Membangun Wordpress Blog
November 2019 16
Making Wordpress Blog
December 2019 19
Langkah Buat Blog
November 2019 24

More Documents from ""

Buat Blog Wordpress
December 2019 29
Koleksi Resepi Mee
December 2019 23
Nuffnang
April 2020 15
Pos Malaysia Guide
April 2020 19
100 Home Biz Malaysia
April 2020 18