Bruang.docx

  • Uploaded by: Sjk TR
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bruang.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 256
  • Pages: 2
1. Nama saintifik beruang kutub adalah Ursus maritimus yang membawa maksud ‘beruang laut’. 2. Beruang kutub juga pernah mempunyai nama saintifik yang lain, iaitu Thalarctos. Ia adalah gabungan daripada perkataan ‘thalasso’ yang bermaksud laut, dan ‘arctos’ yang bermaksud beruang utara. 3. Beruang kutub hanya boleh didapati di kawasan Artik, iaitu di Alaska (USA), Kanada, Rusia, Greenland (Denmark) dan Norway. 4. Beruang kutub bukannya berwarna putih. Sebenarnya kulit beruang kutub adalah berwarna hitam / coklat. Bulu beruang kutub adalah berbentuk tiub yang kosong didalamnya. Ia membantu dalam membias cahaya matahari, mengakibatkan bulunya seakan-akan berwarna putih. Ini membantu dalam penyamarannya di suasana kutub yang berwarna putih. 5. Bulu beruang kutub juga mampu menyimpan haba inframerah sinaran cahaya matahari sehingga 98°celsius, membenarkannya menyimpan haba sendiri dikala musim terlampau sejuk. 6. Selain itu, bulu beruang kutub juga mempunyai sifat berminyak, yang mana mampu memberikan fungsi kalis air dan pembekuan bulu ketika ia berenang. 7. Tapak kaki beruang kutub mempunyai permukaan yang kasar, membantu dalam meningkatkan cengkaman pada permukaan ais bagi mengelakkannya tergelincir. 8. Beruang kutub mampu berenang sehingga jarak 100 batu (161 kilometer) sekali harung. 9. Manusia merupakan satu-satunya pemangsa bagi beruang kutub. Pertama, tumpahan minyak di laut akan menyebabkan minyak melekat pada bulu beruang kutub ini. Ia akan meracuni dirinya sendiri ketika sedang membersihkan dirinya

secara menjilat bulunya. Kedua, pencemaran laut menyebabkan ikan serta anjing laut menjadi tercemar. Melalui diet tercemar seperti ini akan menyebabkan beruang kutub mati akibat racun. 10. Beruang kutub tinggal di Artik (Utara) manakala penguin tinggal di Antartika (Selatan). Jadi beruang kutub bukanlah pemangsa penguin.

More Documents from "Sjk TR"

Bruang.docx
December 2019 3
Caja Huancayo.docx
April 2020 21
April 2020 19
Goldenrod Sweater
August 2019 36