DISNEY Pameran Walt Disney’s Millenium di Florida sehingga kini menggambarkan bahawa Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Pengisytiharan oleh Israel bahawa Jerusalam sebagai ibu negara mereka melanggar undang-undang antarabangsa. Sebanyak 8 juta dolar diperlukan untuk menaikkan pameran tersebut dan sebanyak 1.8 juta dollar diberikan oleh Israel sebagai kempen untuk mengubah minda dunia supaya menerima tuntutan Israel ke atas Jerusalem. ESTEE LAUDER Pengerusinya, Ronald Lauder adalah Presiden kepada Jewish National Fund (JNF) - yang di antara fungsinya adalah untuk menghalalkan pendudukan Israel ke atas tanah milik rakyat Palestin. Ronald Lauder sangat kuat pegangan Zionisnya malah lebih kuat dari pemimpin politik Zionis sendiri. JOHNSON & JOHNSON Johnson & Johnson telah membeli sebuah syarikat Israel dengan harga 400 juta dollar dan dalam tahun 1998 telah menerima Anugerah Jubilee dari Perdana Menteri Israel, Netanyahu. L’OREAL Kongres Yahudi Amerika berpuashati bahawa L’Oreal merupakan sahabat setia Israel. L’Oreal menjadikan Israel sebagai pusat dagangan mereka di Timur Tengah dan telah meningkatkan aktiviti pengilangan dan pelaburan mereka di sana. Dalam tahun 1998 telah menerima Anugerah Jubilee dari Perdana Menteri Israel, Netanyahu. MC DONALDS Pengerusi dan CEO Mc Donald, Jack. M. Greenberg merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry, yang didaftarkan di Chicago. Mc Donald Corporation adalah rakan korporat utama Jewish United Fund dan Jewish Federation yang ditugaskan untuk mengekalkan bantuan ketenteraan, ekonomi dan diplomatik Amerika Syarikat untuk
Israel. NESTLE Syarikat yang berkaitan Nestle termasuklah Nescafe Perrier, Kit Kat Milkybar, Aero, Vittel Carnation, Quality Street, Polo, Milkmaid, Smarties, Shreddies Felix, Nesquik Buitoni, After Eight Lion dan Cat Food. Dalam tahun 2000, syarikat memaklumkan bahawa mereka melaksanakan pelaburan berjuta-juta dollar untuk mewujudkan pusat R&D di Israel. Dalam tahun 1998 telah menerima Anugerah Jubilee dari Perdana Menteri Israel, Netanyahu. STARBUCK Howard Shultz, Pengerusi Starbuck merupakan seorang Zionis yang sangat aktif. Dalam tahun 1998, beliau dianugerahkan kerajaan Israel dengan anugerah ‘The Israeal 50th Anniversary Tribute Award’ untuk menghargai jasanya kepada kerajaan Israel. Kerja-kerja propaganda beliau diiktiraf oleh Israel berjaya meningkatkan hubungan luar Israel. TESCO Penyokong kuat Israel. Mereka mempromosi dan menjual barangan dari penempatan Israel yang dirampas dari penduduk Palestin. Barangan ini dijual disemua rangkaian pasaraya mereka di UK
PASTIKAN KITA MENJAUHI BARANGAN SYARIKAT-SYARIKAT INI. INGATLAH BAHAWA WALAUPUN USAHA INI NAMPAK KECIL TAPI AKAN MEMBERIKAN KESAN BESAR DALAM MENJATUHKAN REJIM ZIONIS DAN MEMBEBASKAN MASJID AL AQSA YANG KITA CINTAI IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) NS NO:32 A, Senawang Business Centre, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, N.Sembilan Tel/Fax: 6-06-6785286, 012-6781644 www.isman9.wordpress.com
BOIKOT ISRAEL Tiada keraguan lagi keperluan untuk memboikot rejim Zionis Israel. Sesiapa yang gagal melakukan pemboikotan ini maka mereka secara jelas membantu negara Zionis Israel dan penindasan yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin melalui bantuan ekonomi kepada negara Israel dan seterusnya memboleh rejim pengganas ini meneruskan penjajahan mereka. Sepanjang 4 tahun Intifada, lebih 4,100 orang Palestin terbunuh dan lebih 50,000 lagi cedera tidak mengira sama ada mereka orang tua, wanita atau kanak-kanak. Rakyat Palestin dikenakan penindasan dan penganiayaan setiap hari. Malah hampir setiap hari ada yang terbunuh. Malah kehidupan mereka dibiarkan tertindas, terkepung dan dirampas harta benda mereka. Tiada kebebasan dan tiada jaminan keselamatan untuk rakyat Palestin yang diperintah Zionis. Masyarakat dunia sebelum ini telah bangkit penentang rejim aparteid Afrika Selatan dengan melakukan pemboikotan ke atas negara tersebut sehinhggalah rejim tersebut tumbang. Langkah yang sama perlu dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia sehinggalah rejim Zionis ini tumbang. Marilah kita sebagai pengguna muslim menggunakan kuasa membeli pada kita untuk mengelak dari membeli produk dari syarikat yang membantu rejim aparteid Zionis secara lansung atau tidak lansung. Berbagai cara boleh digunakan. Sekiranya anda mampu, boikot semua jenama yang disenaraikan atau kami suka mencadangkan supaya dilakukan secara beransur-ansur. Mulakan dengan 3 syarikat dulu dan diikuti dengan syarikat-syarkat lain MARK & SPENCER
Dari mula kewujudannya, syarikat ini sangat berkait rapat dengan Zionis. Lord Marcus Sieff, Pengerusi M&S pernah menulis bahawa sebab asas kewujudan M&S adalah untuk membantu perkembangan ekonomi Israel. M&S membantu Israel berjuta-juta dolar setahun dalam perniagaan mereka.
han/kursus tersebut. Baru-baru ini, Coca Cola mengumumkan bahawa sebagai ganjaran kepada berjuta-juta dolar insentif yang diberikan kerajaan Israel, mereka bersetuju untuk membina sebuah lagi kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas Zionis di Kiryat Gat.
CATERPILLAR Disebalik bantahan keras, pada April 2005, lembaga pengarah Caterpillar enggan memulakan siasatan ke atas penggunaan bulldozer Caterpillar oleh tentera Zionis. Sepanjang lebih 4 tahun lepas bulldozer Caterpillar ini digunakan untuk memusnahkan lebih 1 juta pokok zaitun, 7,000 buah rumah milik rakyat Palestin dan membunuh berpuluhpuluh orang lagi yang cuba mempertahankan harta benda mereka. Sebahagiannya syahid dalam rumah yang mereka pertahankan dari diroboh oleh Zionis. Produk Caterpillar yang lain termasuk kasut dan pakaian.
AOL TIME WARNER AOL memperuntukkan 30% dari pelaburan mereka di Israel. Dalam tahun 1998, AOL menerima Anugerah Jubilee dari Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Ini adalah anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kepada mereka yang diiktiraf memberikan sumbangan pelaburan dan perniagaan tertinggi dalam membantu ekonomi Israel.
COCA COLA Semenjak 1966, Coca Cola merupakan penyokong kuat Israel. Dalam tahun 1997, kerajaan Israel telah memberikan anugerah khas kepada Coca Cola kerana sokongan berterusan syarikat tersebut kepada rejim Israel selama lebih 30 tahun. Ini sebagai penghargaan kepada Coca Cola yang enggan mematuhi ketetapan liga Arab yang memboikot Israel. Senarai penuh produk berjenama Coca Cola boleh didapati dari laman web: http://www.inminds.co.uk/boycott-cocacola.html. Dalam tahun 2001, Ibu Pejabat Antarabangsa Coca Cola menjadi penganjur dan penyumbang utama kepada majlis anugerah ‘American-Israel Chamber of Commerce Awards’. Coca Cola juga mengadakan siri latihan untuk pekerja mereka mengenai konflik Arab-Israel. Sebuah syarikat yang dibiayai oleh Agensi Yahudi dan kerajaan Israel menyiapkan kandungan lati-
BURGER KING Disebalik bantahan keras, Burger King masih gagal menutup restoran mereka di Tebing Barat, di kawasan Ma’ale Adumin, yang dibina di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas rejim Israel. DELTA GALIL Sebuah syarikat besar yang mempunyai kepentingan dalam syarikat lain seperti Mark & Sepencer, Victoria’s Secret, GAP, Banana Republic, Donna Karan (New York) Ralph Lauren, Playtex, Calvin Klein da Hugo Boss. Delta Galil adalah pengilang dan pengeksport pakaian terbesar di Israel. Mereka juga adalah pengeksport pakaian dalam berjenama terbesar di dunia. Pengasas syarikat dan pengerusinya, Dov Loutman adalah sahabat baik bekas presiden Israel Ehud Barak.