Bola Sepak Acara sukan bola sepak dimainkan diantara dua pasukan yang hanya mengandungi 11 pemain sahaja ketika perlawanan berlangsung. Bola sepak adalah acara sukan yang menggunakan kaki untuk menendang bola dan seluruh tubuh badan kecuali penggunaan tangan tidak dibenarkan sama sekali. Hanya Penjaga gol sahaja dibenarkan menggunakan tangan untuk menangkap dan menepis bola namun demikan, penjaga gol hanya boleh menangkap bola di dalam garisan penalti sahaja. Acara sukan ini telah mensyaratkan kemenangan hanya kepada pasukan yang berjaya menjaringkan gol yang lebih banyak daripada pihak lawan, namun begitu, jika kedua-dua pasukan telah menjaringkan jumlah gol yang sama banyak, perlawanan itu dianggap seri (draw). Acara sukan bola sepak ini mengamalkan pertandingan kalah mati, bagi tujuan menentukan kemenangan kepada sesuatu pihak, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama banyak dalam masa 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini adalah kemenangan di pihaknya. Jika masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti iaitu sepakan percuma pada garisan penalti akan diadakan. Setiap pasukan hanya diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih banyak akan memenangi perlawanan itu.