Kemahiran Bola Sepak

  • Uploaded by: Muhammad Syazwan Safwan Bin Jaafar
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kemahiran Bola Sepak as PDF for free.

More details

  • Words: 649
  • Pages: 10
LATIHAN MENGAWAL BOLA Perhatikan pula langkah-Iangkah berikut sebagai latihan untuk mengawal bola. 1.

Berpasangan • Seorang pemain mengumpan bola untuk dikawal oleh pasangannya. Bola diumpan ke pelbagai aras dan arah: (a) Kepala, dada, perut dan bawah lutut. (b) Bola leret dari kiri, kanan dan depan. (c) Lantunan bola ke aras pinggang untuk dikawal dengan kaki.

2.

Latihan dinding • Sepak bola ke dinding dan mengawal bola yang melantun balik.

Latihan dilakukan setempat dan bergerak.

3.

Latihan berkumpulan (statik/bergerak)

(a) Bulatan - seorang pemain berada di tengah-tengah bulatan dan mengumpan bola kepada ahli pasukannya seorang demi seorang. Selepas satu pusingan, pemain lain mengambil tempatnya. (b) Barisan- Pemain dalam barisan berlari ke hadapan dan mengawal bola yang dihantar oleh pengumpan dan kemudiannya menolak bola kembali kepada pengumpan. Pemain yang akhir sekali mengawal bola akan menjadi pengumpan barn.

Sesebuah pasukan bola sepak yang baik ialah pasukan yang berjaya menguasai teknik tendangan dan hantaran yang baik. Kebolehan membuat sepakan dan membuat hantaran sangat mempengaruhi kecekapan menghantar bola dan menjaring. Oleh itu, latihan teknik ini amat penting untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya

Jenis-jenis Tendangan Terdapat 3 jenis tendangan. (i) Tendangan leret (ii) Tendangan tinggi (iii) Tendangan voli

Teknik asas menyepak Berikut pula adalah teknik asas untuk menyepak bola: • Untuk menggerakkan bola seeara leret atau rendah, kaki hendaklah diletakkan di tengah-tengah belakang bola itu semasa menyepak. • Untuk menaikkan atau membuat sepakan bola tinggi, kaki hendaklah diletakkan pada bahagian bawah garisan tengah. • Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalah sesuai untuk menyepak atau menggerakkan bola.

Teknik dapat membantu untuk membuat tendangan dan hantaran yang tepat (i)

Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan leret, tinggi, hantaran rendah jarak dekat dan jauh dan tendangan kencang ke pintu gol (Rajah (a).

(ii)

Menggunakan bahagian dalam kaki untuk tendangan tinggi, hantaran rendah, hantaran dekat dan jauh serta menjaringkan gol (Rajah (b).

(iii) Menggunakan bahagian luar kaki untuk menghantar bola (Rajah (e). (iv) Menggunakan bahagian tumit kaki untuk membuat hantaran (Rajah (d). Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan voli (Rajah (e). (vi) Menggunakan bahagian perut kaki (inside foot) untuk tendangan voli atau Iambung (Rajah (f).

Latihan Tendangan dan hantaran bola Latihan tendangan Ieret 1 • A-B (menggunakan kura-kura kaki) • B-C (menggunakan bahagian Iuar kaki) • C-A (menggunakan bahagian perut kaki) • (Untuk sepakan tinggi, jarak antara barisan

Latihan tendangan leret 2 • Seperti dalam Latihan pemain bertindak pengumpan tetap.

Latihan menghantar bola • Susunan pemain adalah dalam bentuk bulatan. Pengumpan di tengah bulatan

menghantar

bola

kepada

pemain

yang

lain.

Pemain

menggunakan semua bahagian kaki untuk membuat hantaran bola.

Latihan menyepak dan menghantar bola • Pemain X menghantar bola kepada pemain Y melalui 2 kon. Pemain Y akan menghantar semula bola kepada pemain X yang kedua untuk meneruskan latihan. Selepas menghantar bola, pemain bertukar tempat.

Latihan menjaring (membuat sepakan ke pintu gol) • Menyepak bola secara leret, aras dada dan tinggi.

Latihan menghantar bola •

Pemain X membawa bola dan apabila menghampirl garlsan gol, tukar haluan dan buat tendangan ke arah salah seorang pemain Y.

Jenis Hantaran

Jenis-jenis hantaran seperti hantaran dinding, hantaran terus, hantaran segi empat dan hantaran zig-zig akan membolehkan anda membuat hantaran yang baik. Mari kita lihat ke empat-empat jenis hantaran ini:

(i) Hantaran dinding •

Pemain Z bertindak sebagai dinding. Pemain X akan menghantar bola kepada pemain Z. Kemudian pemain Z akan menghantar bola sekali lagi kepada pemain X yang telah bergerak ke tempat lain X1. Latihan ini juga turut dilakukan dengan seorang pemain G yang bertindak sebagai penghalang.

(ii) Hantaran terus/sisip



Pemain Z menghantar bola terus ke depan untuk diterima oleh pemain X yang bergerak ke arah bola itu. Latihan dilanjutkan dengan pemain G sebagai pengawal yang cuba merebut bola.

(iii) Hantaran segi empat Latihan hantaran segi empat di antara pemain X dan pemain Z dengan pemain G sebagai pengawal untuk merebut bola.

(iv) Hantaran zig-zag Bola hendaklah dihantar ke ruang di depan penerima secara berselang-seli.

Related Documents

Kemahiran Bola Sepak
May 2020 27
Bola Sepak
June 2020 25
Bola Sepak
November 2019 42
Bola Sepak
May 2020 31
Bola Sepak
May 2020 21
Sepak Bola 3
July 2020 19

More Documents from ""

Kemahiran Bola Sepak
May 2020 27
Penggolongan Kata
May 2020 35
Aids
May 2020 26
Dakwah Kepada Hindu
April 2020 20
Tuhan Palsu
April 2020 31