NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Bahagian A Soalan 1 Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan jenis-jenis perkataan dalam bahasa Melayu. PENGENALAN MORFOLOGI Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentu dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Perkataan juga adalah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfem pula boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah forfem yang dapat wujud bersendirian contohnya sekolah dan laut. Sebaliknya morfen terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Contohnya imbuhan ber- perlu wujud bersama-sama dalam bersekolah dan –an dalam lautan. Unit-unit ini tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.
1
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Asal usul orang-orang Melayu (penutur asli bahasa Melayu) amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno iaitu nenek moyang orang-orang Melayu. Penutur-penutur
asal bahasa Melayu berasal daripada golongan
Austronesia. Mereka dating dari daerah Yunan dan terdapat dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia yang menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kemudian datang pula golongan kedua yang dikenali sebagai Melayu Deutro yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masingmasing. Walau bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaannya. Bahasa Melayu sekarang menghadapi masa depan yang amat cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segi penggunaan yang luas dan diperakui oleh rakyat Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan Negara juga telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu. Mereka telah menerima pendidikan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu juga berupaya dan bersaing dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan bahasa-bahasa lain. Mungkin yang masih perlu dilakukan terhadap bahasa Melayu ialah meningkatkan status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur keindahan. Demi menjaga kedaulatannya, kita harus berusaha mengindahkannya, mewujudkan unsur-unsur yang menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yang diperkatakannya bukan sahaja tepat tetapi juga dalam bentuk yang menarik dan 2
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
menyentuh cita rasa yang tinggi. Inilah cabaran yang harus diterima oleh rakyat Malaysia pada tahun-tahun akan datang. JENIS-JENIS PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Sempadan perkataan ini bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran kita. Ia tidak ditandai apabila kita menggunakan perkataan, baik dalam tulisan atau pun pertuturan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan seperti berikut: i)
Kata tunggal
ii)
Kata terbitan
iii)
Kata majmuk
iv)
Kata ganda
i)
Kata Tunggal Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk
dasar. Ia tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama merupakan unit yang bebas dan berdiri sendiri sebagai satu ayat. Contohnya; - makan - saya - sihat - sungguh - bahaya 3
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Jenis kedua ialah kata tugas iaitu unit-unit yang tidak dapat berdiri dengan sendiri tetapi memerlukan sekurang-sekurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contohnya: - di mana? - untuk siapa? - ke Johor? Kata tunggal yang dilihat dari segi persukuana kata, boleh mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau satu vokal disertai konsonan (K) atau beberapa konsonan. Konsonan demikian hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya secara serentak. Ia terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih dan akronim. Jenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan umumnya melalui pencatuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Contohnya: - cerpen
bermaksud
cerita pendek
- jentolak
bermaksud
jentera tolak
- tadika
bermaksud
taman didikan kanak-kanak
- Petronas
bermaksud
Petroleum Nasional
- Proton
bermaksud
Perusahaan Otomobil Nasional
ii)
Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang
mendapat atau menerima imbuhan iaitu satu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan.. Sama ada imbuhan itu di awal, sisipan, akhiran atau apitan. 4
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas sementara imbuhan merupakan morfem terikat. Contoh kata terbitan yang mempunyai kata dasar daripada morfem bebas seperti berjalan dan lukisan. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhankan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Proses pengimbuhan juga boleh berlaku pada kata dasar daripada jenis terbitan dan kata majmuk. Contoh perkataan yang mengandungi kata dasar daripada jenis kata terbitan dan kata majmuk ialah: i)
ii)
imbuhan dengan kata dasar terbitan. - peN
+
ketua
- meN
+
ketepi
= pengetua +
kan
= mengetepikan
imbuhan dengan kata dasar majmuk. - ber
+
- peN +
darah panas kuat kuasa
= berdarah panas +
an
= penguatkuasaan
Kata terbitan awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan seperti pelari, pendatang, pelajar, mahasiswa, juruterbang, tatacara dan sebagainya. Awalan dalam bahasa Melayu yang wujud dalam kata kerja terbitan pula contohnya seperti melawan, membawa, mendaki, berjalan, belajar, terjebak, disusun dan sebagainya. Manakala awalan yang wujud dalam kata adjektif pula contohnya seperti terbesar, terputih, terendah, secantik, secerah, setebal dan sebagainya. Kata terbitan akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh akhiran kata nama ialah pakaian, jahitan, sasterawan, seniwati, hadirin, ustazah dan sebagainya. Manakala contoh akhiran kata kerja pula ialah buatkan, gunakan, besarkan duduki, dekati dan sebagainya. Kata terbitan berapitan wujud dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contoh apitan kata nama ialah pelaksanaan, pembuatan, pendapatan, penggunaan, kedukaan dan sebagainya. Contoh apitan kata kerja ialah memainkan, mentakrifkan, menggunakan, berbantalkan, digunakan, diperdengarkan dan sebagainya. 5
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Manakala contoh apitan kata adjektif pula seperti kearaban, kecinaan, keinggerisan dan sebagainya. Akhir sekali kata terbitan bersisipan wujud dalam sisipan kata nama dan sisipan kata adjektif. Contoh sisipan kata nama seperti kelengkeng, telunjuk,seruling dan sebagainya. Manakala sisipan kata adjektif pula seperti selerak, gelembung, serabut, gemilang dan sebagainya. iii)
Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau
lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Proses pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa. Cara mengeja kata majmuk berbeza-beza antara satu bahasa dengan bahasa lain. Dalam bahasa Melayu, kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat beberapa kecualian oleh sebab kelaziman penggunaan. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok seperti berikut: a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contoh kata majmuk yang lazim: - air mata - meja makan - sudut tepat - kata kunci - hati batu Termasuk juga bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran contohnya: - Perdana Menteri - Raja Muda - Setiausaha Politik - Profesor Madya - Ketua Setiausaha Negara 6
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
b) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya: - garis pusat - hak milik - segi tiga - kertas kerja - cari gali - mata pelajaran c) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa, contohnya: - kaki ayam - anak emas - manis mulut - tumbuk rusuk - berat tulang - pilih kasih Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang diberi pengecualian dan dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan walaupun bentuk kata tersebut nyata mengandungi dua kata dasar. Contoh kata majmuk yang kecualian: - antarabangsa - bumiputera - jawatankuasa - kakitangan - tanggungjawab iv)
Kata Ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau
mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. 7
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan atau tidak. Contoh penggandaan penuh seperti negara-negara, guru-guru, besar-besar dan sebagainya. Contoh kata ganda penuh termasuk imbuhan seperti pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih, persatuanpersatuan dan lain-lain lagi. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertama. Contoh penggandaan separa adalah seperti lelaki, jejari, rerama, sesiku dan sebagainya. Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Pengandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu: i)
Penggandaan berentak pengulangan vokal contohnya sayur-mayur, kuih-muih,
selok-belok, lauk-pauk dan sebagainya. ii)
Penggandaan berentak pengulangan konsonan contohnya gunung-ganang, bukit-
bukau, mundar-mandir, mandi-manda dan sebagainya. iii)
Penggandaan berentak bebas contohnya anak-pinak, saudara-mara, lintang-
pukang, hiruk-pikuk dan sebagainya.
8
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Bahagian A Soalan 2 Pilih salah satu bahan mengajar yang sesuai untuk mengajarkan jenis-jenis perkataan dalam bahasa Melayu kepada murid-murid tahun enam. Penggunaan bahan bantu mengajar tersebut boleh disokong dengan penggunaan rajah, alat atau apa sahaja bahan lain yang bersesuaian. Pemilihan strategi dan teknik juga amat penting untuk merealisasikan pengajaran anda.
MORFOLOGI
PERKATAAN
KATA TUNGGAL
KATA MAJMUK
DEFINISI
DEFINISI
JENIS
JENIS
KATA TERBITAN
KATA GANDA
DEFINISI
DEFINISI
JENIS
JENIS 9
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
JENIS PERKATAAN i) Kata Tunggal
DEFINISI Kata tunggal
-
JENIS-JENIS CONTOH ialah i) Bebas dan dapat i) -kamu
bentuk kata yang terdiri berdiri dengan sendiri.
-sudah
daripada
-makan
hanya
satu ii) Tidak dapat berdiri
bentuk kata dasar yang dengan sendiri tetapi ii)-di mana? tidak menerima apa-apa memerlukan sekurang-
-ke kuala Lumpur
bentuk imbuhan atau kata kurangnya
-dari Terengganu
dasar yang lain.
satu
unit
bebas
untuk
melaksanakan
tugas
nahunya. iii) Akronim iii) –Mara -Bernama -Tadika ii) Kata Terbitan
-
Kata
bentuk
terbitan
yang - Kata nama
-merasa, berjalan
mengandungi kata dasar - Kata kerja
-terbesar, setebal
yang
kata
ialah i) Kata terbitan awalan.
-ABIM i) - pelajar, pesara
mendapat
atau - Awalan kata
menerima imbuhan sama ii) ada
awalan,
Kata
terbitan
akhiran, akhiran.
apitan dan sisipan.
- Kata nama - Kata kerja
ii)-pakaian,seniman -gunakan, besarkan, turuti
iii) Kata terbitan apitan.
10
- Kata nama
iii) –permainan
- Kata kerja
- memainkan
- Kata adjektif
- kecinaan
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
iv)
Kata
terbitan
sisipan. - Kata nama
iv) –telunjuk,kekabu
- kata adjektif iii) Kata Majmuk
-
Proses
-gelembung,
gemilang yang i) Rangkaian kata bebas i) - alat tulis, jam
merangkaikan dua kata termasuk gelaran. atau lebih dan bentuk ii)
Berbentuk
tangan, air hujan dan istilah sebagainya.
yang terhasil membawa khusus. makna tertentu.
ii) – hak milik, segi
iii)
Mendukung tiga, kanta tangan.
maksud kiasan. iv) Kata Ganda
-
Proses
menggandakan
iii) anak emas, buah
yang i) Kata ganda penuh
hati, berat tangan. i) – buku-buku, guru-
kata ii) Kata ganda separa
guru,
dasar.
iii)
Kata
berentak
sekolah-
ganda sekolah. ii) – lelaki, lelangit, tolong-menolong, kasih-mengasihi. iii)
–
cerai-berai,
bukit-bukau, mandimanda.
11
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Tuliskan perkataan yang diberi ke dalam kategorinya yang betul.
kejar-mengejar
lelangit
juruterbang
ombak
bakul
pameran
garis pusat
tadika
jalan raya
cantik-cantik
pergaduhan
ringan mulut
bukit-bukau
berjalan
Raja Muda
bidadari
Kata Tunggal
Kata Terbitan
Kata Majmuk
Kata Ganda
Guru memaparkan rajah jenis-jenis perkataan. Guru memberi penjelasan tentang jenis-jenis perkataan dan contoh-contohnya. Murid-murid meneliti rajah yang disediakan oleh guru. Dengan bimbingan guru, murid diminta memberikan contohcontoh lain. Guru bersoaljawab dengan murid selepas diberikan penerangan untuk menguji kefahaman mereka. Kemudian, murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengisikan jadual dengan perkataan-perkataan yang disediakan ke dalam kategori masing-masing. Kumpulan yang cepat dan betul diberikan penghargaan. Bahagian B 12
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Soalan 1 Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan ragam ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu. SINTAKSIS Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Sintaksis dapat melahirkan pelbagai jenis ragam dan ayat serta pembentukannya. Kita perlu mematuhi peraturan atau rumus pembinaannya. Sebenarnya, selain kehadiran unsur seperti subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat serta urutan perkataan, terdapat juga ciri-ciri lain yang harus diberi perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat. Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang sintaksis sebagai penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat termaksuklah penanda kasus, kala dan unsur keserasian. Penanda
kasus
memainkan
peranan
penting
bagi
menentukan
kegramatisan sesuatu ayat. Perlu diingat bahawa dalam bahasa Melayu tidak terdapat penanda kasus sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Rusia dan bahasa Turki. Satu lagi penanda tatabahasa yang terdapat dalam proses pembentukan ayat dalam beberapa banyak bahasa ialah penanda kala, iaitu penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, sama ada akan, sedang atau sudah berlaku. Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Unsur keserasian antara kata nama subjek dengan 13
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
kata kerja adalah penting, sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis. Akhir sekali, satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentukan maknanya atau terdapat binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam hubungan ini juga daya pengetahuan atau kecekapan berbahasa yang ada pada seseorang penutur tentang struktur unsur membolehkannya mengatasi masalah ketaksaan ayat yang berlaku. Kesimpulannya, jelaslah bahawa bidang sintaksis yang mengkaji persoalan bentuk, struktur dan binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalam penganalisisan sesuatu bahasa. RAGAM AYAT Ayat terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat mengandungi unsure klausa yang terdiri daripada frasa dan frasa pula terbentuk daripada bentuk-bentuk perkataan. Oleh sebab bilangan ayat yang dapat dibentuk dalam sesuatu bahasa itu tidak terhad, maka dapat diduga bahawa binaan-binaan ayat yang wujud dalam sesuatu bahasa itu terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan ragam. Bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat itu menentukan sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.
i)
Ayat Aktif Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayu
terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
14
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Walau bagaimanapun, ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama objek sebagai unsure penyambut kata kerjanya. Contohnya: - Ali menendang bola. - Anjing itu mengejar kucing. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ada dua jenis ayat aktif tak transitif iaitu: i)
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
ii)
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan ialah
ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang mengandungi frasa keterangan secara pilihan. Contohnya: A-i) ii) B-i) ii) C-i) ii)
Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu. Kanak-kanak sedang mandi. Dia menangis sepanjang hari. Dia menangis. Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja. Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk 15
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan. Contohnya: A-i) ii) B-i) ii) C-i) ii) ii)
Dia berada di Kuala Lumpur. *Dia berada. Kebanyakan penganggur tinggal di rumah setinggan. *Kebanyakan penganggur tinggal. Bas itu menuju ke utara. *Bas itu menuju. Ayat Pasif Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif. Ia
mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: - Bola ditendang oleh Ali. - Kucing itu dikejar oleh anjing. - Buku itu saya baca. Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada: i)
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
ii)
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.
iii)
Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ini merupakan ayat yang kata
kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Contohnya:
16
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Subjek Barang itu Sampah-sarap Tembok itu
Kata kerja pasif sudah diambil dibakar terlanggar
oleh + frasa nama oleh Ali oleh ayah oleh lori
Keterangan semalam. pagi tadi. pada bahagian
Istana raja
terbina
oleh rakyat
bawahnya. dalam masa
satu
tahun. Sekiranya binaan oleh+FN yang letaknya selepas kata kerja, kata sendi oleh boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contohnya: - Barang itu sudah diambil Ali semalam. - Sampah-sarap dibakar ayah pagi tadi. Sekiranya binaan oleh+FN itu terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contohnya: i) Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali. - Barang itu sudah diambil semalam Ali. ii) Sampah-sarap dibakar pagi tadi oleh ayah. - Sampah-sarap dibakar pagi tadi ayah. Ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke-…-an. Dalam ayat-ayat begini, bahagian oleh+FN biasanya tidak diperlukan. Contohnya: Subjek Predikat Mereka kehujanan sepanjang hari. Seluruh kampung kegemparan. Baju itu berjahit dengan benang sutera. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja
17
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas. Kata ganti diri yang berbentuk penuh adalah seperti saya, aku, engkau, awak, anda, kami dan kita. Manakala bentuk kata ringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau. Contohnya: Subjek Kerja itu Makanan itu Hutang itu Tugas ini
Frasa kerja dengan kata ganti nama diri pertama/kedua sudah saya selesaikan belum kurasai akan engkau jelaskan mesti kami pikul
Keterangan semalam. lagi. sepenuhnya. dengan sepenuh tenaga.
Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti: - Saya tendang bola itu. Ia berasal daripada ayat pasif susunan biasa: - Bola itu saya tendang. Ayat pasif dengan kata bantu pasif kedua mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh+FN boleh secara pilihan digugurkan seperti dalam contoh berikut: Subjek Pencuri itu Dia Mereka Perajurit itu
kena kena kena kena kena
Kata kerja dasar tangkap tipu hasut tembak
oleh+frasa nama (oleh polis). (oleh pemuda itu). (oleh anasir luar). (oleh pengganas).
Bahagian B Soalan 2 18
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Bina satu rancangan pengajaran yang lengkap bagaimana anda boleh mengajarkan penulisan
ayat
tunggal
yang
gramatis
di
dalam
kelas
tahun
5
yang
menggabungjalinkan dengan pengajaran bacaan dan kefahaman. Rancangan Mengajar Hari
: Selasa
Tarikh
: 17 Februari 2009
Masa
: 8.45-9.45 pagi
Kelas
: Tahun 5 Melur
Mata pelajaran: Bahasa Melayu Tema
: Keluargaku Berwawasan
Tajuk
: Cerita Datuk
Kemahiran
:
Fokus Utama 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. (Aras 1) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan. Fokus sampingan 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. (Aras 3) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca. Objektif
:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat; i) Menyusun perkataan menjadi 5 ayat tunggal yang betul dan tepat. ii) Menjawab 5 soalan pemahaman dengan betul secara lisan. Kemahiran Bernilai Tambah : Menghubungkait, mengecam, menyesuaikan, menyusun atur dan mengkategori. Nilai murni Langkah/
: Semangat patriotik, bekerjasama, tekun dan tabah Aktiviti pengajaran dan pembelajaran 19
Impak/Catatan
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
Masa 1) Guru memaparkan gambar tentera jepun sedang BBM : menangkap sebuah keluarga. Set induksi 5 minit
Gambar
2) Guru meminta murid memberikan pendapat Nilai murni : mereka tentang gambar yang dilihat.
Semangat patriotik
3) Guru bersoaljawab dengan murid tentang pahlawan-pahlawan dahulu. 4) Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pada hari ini iaitu ‘Cerita Datuk’. 1) Murid-murid diedarkan petikan bertajuk “Cerita BBM : Datuk”.
Petikan
2)Seorang murid diminta berdiri dan membaca Langkah 1
petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
(Bacaan)
3)Murid-murid
10 minit
bacaannya.
lain
pula
diminta
Nilai murni :
mengikut Ketabahan
4) Guru akan membetulkan kesilapan bacaan KBT : murid.
Mengecam
5) Murid lain akan dipilih untuk membaca perenggan yang berikutnya. 1) Guru meminta beberapa orang murid untuk KBT : menceritakan semula secara ringkas apa yang telah Menghubungkait Langkah 2 (Kefahaman) 10 minit
dibaca oleh mereka. 2) Guru memberikan 5 soalan pemahaman kepada Nilai murni : murid.
Bekerjasama
3) Murid diberi masa mencari jawapan. 4) Beberapa orang wakil murid membacakan jawapan mereka. 20
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
1) Guru memperkenalkan ayat tunggal kepada KBT : murid dan memberikan contoh-contoh ayat tunggal Mengecam Langkah 3 (Ayat tunggal) 10 minit
yang gramatis.
Mengkategori
2) Guru meminta murid-murid mencari beberapa ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan. 3) Murid-murid diminta menyenaraikan ayat tunggal yang telah mereka cari di dalam petikan.
1) Guru meminta murid menyenaraikan kata KBT : hubung yang mereka tahu.
Menghubungkait
2) Guru menunjukkan beberapa contoh ayat tunggal Menyesuaikan Langkah 4 (Tatabahasa) 10 minit
yang disambungkan menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung tersebut. 3) Guru meminta murid mengisi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai supaya menjadi ayat majmuk yang lengkap. 4) Guru membincangkan jawapan bersama-sama.
1) Guru memberikan 5 ayat tunggal yang tidak KBT : Langkah 5 (Pengayaan) 10 minit
tersusun perkataannya.
Menyusun atur
2) Guru meminta murid-murid menyusun semula ayat tunggal menjadi ayat tunggal yang sempurna Nilai : dan gramatis.
Kerjasama
3) Murid-murid membincangkan jawapan bersamasama guru. 4) Murid-murid diminta menulis jawapan mereka di dalam buku latihan. 21
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
1) Guru meminta murid-murid menjelaskan semula Nilai : tentang penulisan ayat tunggal yang gramatis.
Tekun
Penutup
2) Guru mengulang semula apa yang dicakapkan Bersungguh-sungguh
(5minit)
oleh murid-murid. 3) Guru memberikan pujian kepada murid-murid kerana memberikan jawapan yang baik.
Petikan Cerita Datuk. Malam telah larut. Semua tahanan telah tidur. Datuk bangun lalu berjalan terbongkok-bongkok kea rah pintu. Pintu bilik berkunci. Datuk menuju ke tingkap sebelah kanan. Datuk cuba menolak daun tingkap itu perlahan-lahan. Datuk menoleh ke belakang. Tiada sesiapa yang melihat pergerakan datuk. Daun tingkap terkuak. Datuk memanjat daun tingkap itu perlahan-lahan. Tiba-tiba datuk terasa sesuatu terkena pada lutut kirinya. Datuk terlanggar kawat duri. Kaki datuk terasa pedih. Datuk berhenti merangkak. Ada darah keluar daripada luka itu. Datuk membuka baju lalu mambalut luka. Datuk terus merangkak. Ada longkang di hadapan datuk. Bau dari longkang itu sungguh meloyakan. Datuk tiada pilihan. Datuk masuk ke dalam longkang untuk keluar daripada kawasan markas. “Aku berjaya!” bisik hati datuk. Datuk nampak beberapa orang askar Jepun sedang meronda di sekitar kawasan tempat tahanan. Datuk merangkak perlahan-lahan ke pagar kawat berduri. Datuk pun menyusup keluar dari situ.
Hati datuk masih berdebar-debar. Dalam suasana yang gelap itu, datuk berjalan perlahan-lahan di celah-celah pokok. Setelah jauh berjalan, datuk ternampak sebatang jalan. Tanpa membuang masa, datuk berlari sekuat-kuat hati. Akhirnya datuk tiba di sebuah surau. Beberapa orang jemaah sedang menunggu masa untuk menunaikan 22
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________
solat subuh. Mereka terperanjat apabila melihat datuk. Mereka telah menempatkan datuk di satau tempat persembunyian. Jawab soalan pemahaman di bawah. 1.)
Mengapakah kaki datuk terasa pedih?
2.)
Apakah yang dilakukan oleh datuk apabila melihat darah keluar dari lukanya?
3)
Bagaimanakah datuk melepasi pagar kawat berduri itu?
4)
Pada pendapat kamu, mengapakah hati datuk berdebar-debar?
5)
Apakah yang dilakukan oleh jemaah apabila melihat datuk?
23
___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU