Bm Kuno

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bm Kuno as PDF for free.

More details

  • Words: 758
  • Pages: 8
• BAHASA M ELAYU K UNO • 1. Asas kepada Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa Sanskrit. BMK dapat dikaji kerana pada zaman inilah terdapatnya bukti konkrit pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu. Bukti ini diperolehi dari batu-batu bersurat yang dijumpai sejak tahun 683 M. Batu-batu bersurat ialah bukti catatan tertua tentang bahasa Melayu.



2. Perihal kewujudan kerajaan Sriwijaya dan hal ehwal yang berkaitan dengan kehidupan di bawah naungan kerajaan itu dibuktikan oleh penemuan batu-batu bersurat pada abad ke-7 di Sumatera, iaitu i. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) ii. Batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang (684 M) iii. Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M) iv. Batu Bersurat di Karang Brahi, Meringin, Hulu Jambi (686M)

( Perkataan-perkataan yang digunakan bercampur di antara perkataan Melayu kuno dengan perkataan Sanskrit. Perkataan itu ditulis dalam huruf Palawa, sejenis tulisan India Selatan purba. )



3. Selain dari itu terdapat juga batu bersurat dan patung yang terhasil dalam zaman Sriwijaya ditemukan juga di tempat lain, seperti di i. Gandasuli, Kedu, Jawa Tengah 832M ii. Bangkahulu 1000M iii. Padang Lawas, Tapanuli 1029M iv. Padang Rocore, Batanghari ( Perkataan yang ditulis di permukaan prasasti, patung yang dijumpai di Padang Rocore juga masih dalam keadaan campur aduk antara Melayu kuno dan Sanskrit. Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli ditulis dalam huruf Nagiri, nama sebuah daerah di India Utara. )



4. Kajian ke atas batu-batu bersurat itu akhirnya membawa kepada rumusan c iri-ciri ba ha sa Mela yu Ku no iaitu 1. Bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. 2. Bahasa Melayu telah tersebar luas dan berfungsi sebagai lingua franca. 3. Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk urusan pemerintahan di istana. 4. Bahasa Melayu kuno bersifat kosmopolitan, menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa Sanskrit.

• CIR I-CIR I BAH AS A ME LA YU K UN O • Ciri-ciri khusus BMK ialah seperti berikut: 1. Aspek tatabahasa dan struktur ayat tidak dapat dikaji dengan jelas kerana batu bersurat itu merupakan catatan pendek dan ringkas, bukan ayat-ayat penuh. Ini disebabkan ada di antara batubatu bersurat itu yang telah terpecah bahagianbahagiannya. 2. Perkataan yang digunakan bercampur aduk dengan perkataan Sanskrit 3. Terdapat keselarasan vokal pada perkataanperkataan bahasa Melayu, seperti a - a, u - u dan i u, misalnya bala, marga, laksa, mudik, tuwi, niminumnya.

• 4. Terdapat beberapa kata yang tidak wujud lagi dan tidak ditemui langsung dalam bahasa Melayu klasik seperti tuvi - dengan, inan - itu, tamwal sirih, talu - rosak/siksa, tlu - tiga, wela - batas, sarak - pisah. 5. Kesejajaran bunyi-bunyi yang terdapat dalam kata-kata bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu sekarang, iaitu /w/ ( bunyi separuh vokal bibir) dengan /b/ (bunyi plosif/letupan dua bibir ) contohnya wunuh - bunuh, tuwa - tuba, wuat - buat, wuah - buah, wuluh - buluh. 6. Sesetengah kata dalam bahasa Melayu kuno telah mengalami perubahan makna sekarang contohnya, kita - kamu ( pengertian singular ), kamu - kamu ( pengertian jamak) tmu/temu mendapat, sapuluh dua - dua belas.

• 7. Awalan ni yang digunakan sebagai kata kerja pasif dalam BMK, contohnya niwunuh - dibunuh, nikenai - dikenai. 8. Awalan kata kerja ma, mem atau mang dalam BMK dihubungkan dengan meN, contohnya, mamava - membawa, mangujari - menghubungi, manghidupi - menghidupkan. 9. Awalam mar dalam BMK membawa maksud ber , misalnya marvuat - berbuat, marlapas - berlepas, marsarak - berpisah. 10. Bahasa Melayu kuno mempunyai empat vokal iaitu vokal depan sempit /i/, vokal belakang sempit / u/ , vokal depan separuh sempit / e / dan vokal depan luas / a /. Tidak kedapatan vokal tengah corak pendek. Vokal ini digugurkan atau digantikan dengan vokal /a /, contohnya lapas - lepas, sapuloh sepuluh, ngan/dangan - dengan.

• 11. Dalam BMK terdapat rangkap gugus konsonan atau dipanggil juga gugusan konsonan contohnya, mw samwua semua, ti tlu - tiga, dng dngan - dengan. 12. Banyak terdapat konsonan yang diaspirasikan dalam bahasa Melayu kuno disebabkan pengaruh daripada bahasa Sanskrit, contohnya dh - siddhayatra, kh sukhatshitta, sh -shuklapaksa, th - jyestha, gh - laghu 13. Dalam bahasa Melayu kuno terdapat kata-kata pasif dan aktif, kata aktif ditandai oleh awalan ma, mang dan mem sedangkan kata-kata pasif ditandai dengan awalan ni.

Related Documents

Bm Kuno
May 2020 9
Bm Kuno
May 2020 8
Bm Kuno,klasik,moden
June 2020 14
Romawi Kuno Fisika.docx
April 2020 17
Peradaban Kuno (real).docx
October 2019 70
Ritter Kuno
May 2020 13