Bk_pemusatan Insan

  • Uploaded by: rusiah24
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bk_pemusatan Insan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,519
  • Pages: 48
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN KUMPULAN TOPIK 66: SUGUNA A/P SUPEREMANI AIDA BINTI ABDULLAH NORASHIKIN BINTI MOHD. SANI RUSIAH BINTI ABDUL RAHMAN RAHAYU BINTI ISMAIL

6.1 PENGENALAN UMUM • Teori ini telah dipelopori Carl Rogers. • KPI adalah satu pendekatan membawa individu/ kumpulan kepada falsafah pertumbuhan psikologikal. • Rogers percaya bahawa manusia mempunyai kecenderungan memenuhi potensi diri sendiri.

CARL ROGERS

SEJARAH HIDUP CARL ROGERS • Beliau lahir 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois. • Meninggal dunia 1987. • Dilahirkan dalam keluarga yang berdisiplin, beragama dan bermoral tinggi. Ahli psikolgi klinikal, melanjutkan pelajaran ke Teachers’ College, Columbia University (Ph.D),1988. • Belajar di Universiti of Wisconsin, dalam bidang pertanian, menukar pengajian bidang keagamaan di Union Theological

• Bekerja sebagai : ~ Pakar psikologi bertaraf PengarahChild Study, NY ~ Profesor Psikologi Klinikal, Ohio State University. ~ Profesor Psikologi & Pengarah Kaunseling di University of Chicago

~ Profesor Psikologi & Psikiatri diUniversity of Wisconsin. ~ Pengarah Western Behavioral Scince

6.1.1 TEORI PERSONALITI ( Pandangan Terhadap “ Asas kejadian manusia bersifat positif. Arah pergerakan manusia lebih kepada kesempurnaan kendiri (self-actualisation), kemantapan dan bersosialisasi.” ~ Rogers & Freud tidak begitu bersetuju dengan pandangan ini. Mereka berpendapat manusia suka melakukan dosa, tidak rasional, ganas, dan suka merosakkan diri sendiri, tetapi sebenarnya makhluk manusia adalah positif dan bersosial, boleh dipercayai dan konstruktif.

• Tetapi Rogers , Maslow dan Goldstein bersetuju manusia adalah begitu positif dan bersosial, boleh dipercayai dan konstruktif. • Manusia sentiasa ingin bergerak ke hadapan untuk mencapai potensi siri sendiri. • Tidak ada penggerak distruktif dalam diri manusia, semuanya bergerak ke tahap personaliti yang sihat, self-actualising dan self-realising.

6.2 KONSEP UTAMA (konsep-konsep utama yang dipelopori olehCarl Rogers)

FENOMENOLOGI KONSEP MENGETAHUI STRUKTUR PERSONALITI PROSES PERKEMBANGAN PERSONALITI • PROSES SUBCEPTION • PERKEMBANGAN PERSONALITI • KECELARUAN PSIKOLOGI • • • •

6.2.1 Fenomenologi • Satu konsep yang dipertahankan oleh Rogers iaitu: “Seseorang individu mempersepsi dunia ini mengikut pandangan uniknya yang tersendiri, dan persepsi-persepsi ini menjadi latar fenomenanya. Seseorang individu bertindakbalas kepada persekitaran, sebagaimana yang dilihatnya, dan persekitaran ini mungkin tidak menyerupai definisi persekitaran seperti yang digunakan oleh pengkaji lain.”

• Latar fenomena seseorang individu termasuk persepsi sedar dan tidak sedar; sama ada digambarkan (symbolised) atau tidak digambarkan (unsymbolised). • Kesimpulannya: Semasa kita menjalani sesi kaunseling, kita akan seolah-olah terlibat sama dengan drama yang dialami oleh klien dan memasuki alam fenomena klien.

6.2.2 KONSEP MENGETAHUI

• Terdapat 3 cara mengetahui iaitu: ~ subjektif ~ objektif ~ interpersonal c) Pengetahuan subjektif merujuk kepada pengetahuan yang kita dapati daripada rujukan dalaman sendiri d) Pengetahuan objektif melibatkan pengetahuan yang kita ketahui dan telah disahkan oleh pemerhatian orang lain. e) Interpersonal ialah pengetahuan yang didapati dari dunia orang lain melalui sikap empati.

6.2.3 STRUKTUR PERSONALITI

Terdapat 2 konstruk utama yang penting iaitu Organisme dan Kendiri. a) Organisme merupakan pusat segala pengalaman. Pengalaman melibatkan segala yang dialami oleh organime dalam kesedaran bagi sesuatu masa. ~ Pengalaman menyeluruh merupakan latar fenomena iaitu rangka rujuk yg hanya diketahui oleh individu itu sahaja. ~ Latar fenomena tidak sama dengan latar

b) Kendiri merupakan sebahagian dari latar fenomena yang perlahan-lahan menjadi terpisah. ~ Ia satu konsepsi keseluruhan persepsi yang tersusun dan konsisten. ~ Konsep Kendiri berkaitan ialah Kendiri Idaman (ideal self). Kendiri idaman atau unggul merupakan konsep kendiri yang diingini oleh seseorang. ~ Ia melibatkan persepsi dan makna yang mempunyai perkaitan dengan kendiri yang dihargai oleh individu, orang yang signifikan dan masyarakat.

Rogers memberikan beberapa pendapat yang menarik tentang Konsep Kendiri iaitu: • Pandangannya tentang kendiri ini sama seperti kefahaman umum psikologi terhadap persepsi; • Kendiri mengandungi sifat gabungan (configurational) – mewakili satu yang terurus dan konsisten secara keseluruhan. W/pun kendiri dikatakan berubah-ubah, namun ia mempunyai pola, sepadu dan tersusun. • Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa-apa. Seseorang tidak mempunyai kendiri sebaliknya mempunyai

• Gabungan pengalaman dan persepsi, timbul dalam kesedaran, timbul dalam kesedaran. (Jika wujud alam ukuran tidak sedar, sukar mengoperasionaliskan kendiri untuk dibuat kajian.) Rogers telah menjalankan ribuan kajian kaunseling, dan begitu banyak kenyataan yang merujuk kepada kendiri spt kendiri sebenar dan kendiri idaman. Pengalaman ini membuatkan Rogers

6.2.4 PROSES PERKEMBANGAN Rogers menumpukan pandangan terhadap personaliti yang menekankan dari keseluruhan kepada perunahan. Manusia bergerak ke hadapan, dengan itu mempunyai pola kesempurnaan. Berlainaan dengan Freud, menganggap personaliti tekal dan stabil dan tenaga dapat disalurkan. Tidak ada penggerak dalam diri manusia tetapi lebih kepada kecenderungan terhadap penyempurnaan-kendiri.

‘Subception’ ialah individu boleh mengalami sesuatu rangsangan dengan tidak membawa kepada kesedaran. • ia bertujuan untuk mengekalkan kongruen di antara kendiri dengan pengalaman, seseorang individu menidakkan sesuatu pengalaman kepada kesedaran. • Organisme mesti mengekal konsep kendirinya, dan responnya ialah dengan meningkatkan penggunaan bela-diri, iaitu untuk mempertahankan pengalaman kendiri yang berkonflik dengan kendiri.



6.2.6 PERKEMBANGAN Rogers tidakPERSONALITI mengkaji perkembangan

individu dari kecil hingga dewasa - secara khusus. • Beliau mempercayai bahawa pembentukan personaliti secara umum bagi semua individu. • Perkembangan kanak-kanak bergantung kepada sokongan ibu bapa/persekitaran. • Kajian terhadap kanak-kanak yang tinggi harga kendiri menunjukkan bahawa mereka datang dari keluarga yang menerima, menunjukkan minat, memberi layanan dan mesra, dan mempunyai gaya

• Secara asasnya, Rogers menyatakan yang penting ialah kanak-kanak boleh berkembang secara kongruen dan mencari kesempurnaan. • Kanak-kanak yang sihat hidup dalam suasana yang bebas bagi dirinya menerima dirinya, diterima oleh ibu bapanya walaupun ada tingkah laku yang kurang disenangi untuk diterima mereka.

6.2.7 KECELARUAN PSIKOLOGI • Seseorang yang sihat boleh menerima kepelbagaian pengalaman yang membentuk kepada satu keseluruhan (gestalt). Di sini akan berlaku kongruen di antara pengalaman dan kendiri, iaitu individu ini akan menjadi terbuka kepada pengalaman dan tidak defensive. • Orang neurotik (mengalami kecelaruan), ciriciri berikut boleh diperhatikan: • struktur kendiri tidak lagi sepadanan dengan pengalaman organisme; • banyak menafikan pengalaman untuk ditimbulkan dalam kesedaran, secara diherotkan atau dinafikan;

• Individu juga menggunakan mekanisme bela-diri seperti istilah Freud (kewajaran, fantasi dan lainlain), tetapi yang terpenting bagi huraian pendekatan pemusatan insan ialah pengherotan dan penafian. • Rogers berpendapat, untuk memulihkan orang yang berkecelaruan, kaunselor perlu mempunyai sikap-sikap tertentu dan sudah mencukupi untuk membantu perubahan klien. • Ia diistilahkan sebagai “syarat-syarat

• (a) Kongruen Konsep kongruen merujuk kepada kendiri seseorang yang menyamai apa yang dialaminya. Kendiri dan pengalaman mempunyai persamaan. Kaunselor yang ingin membantu klien haruslah seseorang yang tidak mengalami pengalaman yang tidak konsisten dan berkonflik. • (b) Penerimaan Positif Tanpa Syarat Semua manusia mahukan perhubungan yang bermakna; diterima, disayangi, dihormati dan dipercayai. Kaunselor, apabila berhubung dengan klien, perlulah menerima klien dengan hati terbuka, tidak menilai kebaikan dan keburukannya, dan menghargai perhubungan dengan klien. Penerimaan yang tidak berbelah bahagi ini membolehkan klien berhubung dengan terbuka dan bercakap dengan bebas. •

(c) Empati

6.3 PROSES KAUNSELING Pendekatan pemusatan insan ini memberi tumpuan kepada perhubungan yang dibina oleh kaunselor dan kliennya. Bagi pihak kaunselor, beliau perlu mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menjadikan perhubungan ini bermakna untuk klien dan berkesan dalam sesi-sesi kaunseling. Manakala bagi pihak klien pula,

• Rogers (1957), apa yang perlu dalam membentuk perubahan personaliti manusia yang dialami dalam kaunseling ialah beberapa ciri utama sikap yang boleh menggerakkan sesi kaunseling. • Rogers menyuarakan pendapatnya bahawa perubahan personaliti yang berlaku di dalam diri individu dalam kaunseling ialah : ~ perubahan luaran dan dalaman ke arah kesepaduan, ~ berkurangan konflik dalaman, ~ lebih banyak tenaga yang digunakan untuk hidup yang lebih berkesan, dan

Rogers (1957), menyarankan enam syarat penting untuk berlakunya perubahan personaliti apabilasesi kaunseling dijalankan. Syaratsyarat yang perlu dan harus kekal berterusan untuk beberapa ketikadalam kaunseling supaya perubahan personalitiberlaku ialah: • dua insan berada di dalam perhubungan psikologi; • insan pertama yang kita akan gelarkan sebagai klien berada di dalam keadaan tidak kongruen mudah terpengaruh atau bimbang; • insan kedua yang kita gelarkan sebagai kaunselor adalah kongruen dan sepadu di dalam perhubungan; • kaunselor menerima klien dengan tidak bersyarat; • kaunselor itu mengalami kefaharnan empatik terhadap rangka rujukan dalaman klien dan berusaha untuk mengkomunikasikannya; dan • usaha kaunselor untuk mengkomunikasikan kepada klien akan

Jika kesemua enam syarat tersebut terdapat di dalam proses kaunseling dan ia berterusan untuk beberapa waktu, syarat-syarat lain tidak perlu untuk memulakan perubahan personaliti. Keenam-enam syarat yang dikemukakan oleh Rogers meliputi tiga konsep utama, iaitu: • satu corak perhubungan; • satu keadaan psikologi yang dialami klien;dan • tiga jenis sikap yang dipegang kaunselor. Ketiga-tiga konsep utama yang disarankan ini

(a) Satu Perhubungan • Syarat pertama ialah kaunseling itu hendaklah dilakukan sebagai satu perhubungan. • lni bermakna syarat pertama ini berkehendakkan kedua-dua insan ini berhubung, dan kedua mereka ini mempersepsikan ruang lingkup pengalaman berlainan terhadap satu sama lain. • Kesemua mereka mentakrifkan kaunseling sebagai satu

(b) Keadaan Klien • Klien yang inginkan bantuan dari kaunselor hendaklah berada di dalam keadaan tidak kongruen, mudah dipengaruhi dan bimbang. • Seseorang mengalami keadaan tidak kongruen apabila pengalaman sebenar organisme tidak seimbang dengan gambaran kendirinya. • Apabila seorang itu tidak sedar akan pengalaman dirinya yang tidak kongruen, ia akan lebih terdesak kepada perasaan bimbang dan kecelaruan. Ada pengalaman yang berlaku secara mendadak yang menyebabkan individu

6.3.2 TIGA SIKAP KAUNSELOR • (a) Kongruen • Sikap pertama yang perlu ada di dalam perkembangan teraputik ini ialah kongruen, keikhlasan ataupun kesepaduan. • lni bermakna, dalam perhubungannya dengan klien, kaunselor sentiasa bebas dan bersungguh-sungguh untuk mengalami dirinya yang sebenar secara sedar, dan bukannya bertopeng sama ada secara sedar

(b) Penerimaan Positif Tanpa Syarat • Apabila kaunselor mendapati dia mengalami satu perasaan kemesraan menerima setiap aspek pengalaman klien sebagai sebahagian kehidupan klien, ini dikatakan bahawa dia sedang mengalami penerimaan positif tanpa syarat. (c) Empati • Syarat ketiga ialah supaya kaunselor mengalami satu kefahaman yang tepat dan empatik akan keadaan klien

• Kaunselor perlu bersikap empatik supaya: • dia dapat memahami perasaan klien; • tidak sangsi apa yang dimaksudkan oleh klien; • kata-kata kaunselor sesuai dengan perasaan dan isi percakapan klien; dan • nada suara kaunselor menunjukkan dia begitu berupaya untuk berkongsi akan

6.3.3 PERKEMBANGAN

• Kesediaan kaunselor untuk memulakan perhubungan kaunseling dengan klien memerlukan satu pandangan yang jelas apakah bentuk personaliti manusia yang sedang berhadapan dengannya ini. • Teori personaliti yang dimajukan oleh Rogers berkembang dari pengalamannya membuat sesi-sesi kaunseling dengan individu dan kelompok semenjak bermulanya dia berkhidmat dengan kanak-kanak di klinik bimbingan kanak-kanak

• Prinsip utama yang dapat dikonsepsikan oleh Rogers dari pengalaman teraputiknya ialah: ~ apabila klien mempersepsikan iaitu kaunselor menerimanya dengan sepenuh hati, ~ tanpa apa-apa syarat, dan memahaminya secara empatik akan rujukan dalaman dirinya, ~ satu proses perubahan akan bermula. • Apabila individu ini mencapai kongruen sepenuhnya, dia dikatakan sebagai seorang yang berfungsi sepenuhnya. Perubahan yang berlaku ini disebabkan oleh organisme diri seseorang, apabila mendapat kebebasan akan berkecenderungan bergerak kehadapan mencapai kesempumaan. • Kecenderungan untuk bergerak ke hadapan inilah merupakan pegangan kepada

6.3.4 PROSES TERAPI

6.4 STRATEGI MEMBANTU KLIEN

• Bagi kaunseling pemusatan insan, perhubungan merupakan inti pati; ia berada di peringkat permulaan, dalam proses perkembangan dan di akhir kaunseling. • Tidak ada strategi atau teknik tertentu yang disarankan oleh pendekatan pemusatan insan seperti teori-teori lain. • Penekanan utama ialah berbalik kepada perhubungan dan syarat-syarat yang akan dilalui oleh kaunselor dan klien.

6.4.1 PERHUBUNGAN • Kaunseling boleh disifatkan sebagai satu proses perhubungan antara seorang individu dengan • seorang atau lebih individu lain. Perhubungan ini adalah berbeza dari seorang individu dengan • individu lain. Bagi seseorang kaunselor, dia harus patuh kepada beberapa prinsip atau • garis panduan yang dipersetujui dalam profesionnya apabila berada

• Pertamanya, dia haruslah berminat dengan berterus terang, dan jujur dengan setiap klien. • Keduanya, klien mestilah mempunyai kepercayaan terhadap kaunselor, dan merasa selamat berada dengannya. • Ketiganya, perhubungan kaunseling adalah terhad dalam banyak keadaan, dan had-had ini bertujuan untuk perkembangan.

6.4.2 KEMAHIRANKEMAHIRAN • Kemahiran-kemahiran asas kaunseling spesifik yang digunakan dalam proses membuat kaunseling ialah: • soalan (terbuka dan tertutup); • dorongan minima; • parafrasa; • rumusan; • refleksi perasaan; • konfron/mencabar; • fokus; dan • refleksi/mentafsir makna.

(a) Soalan Soalan boleh membantu klienbercakap atau terus bercakap atau tidak bercakap. Soalan yang bersesuaian boleh mendalami dunia klien. Ia juga boleh membantu kaunselor mengenalpasti masalah yang dihadapi klien dengan lebih tepat. Ia juga boleh mengarah perbincangan, mengembang atau menutup perbincangan. Soalan boleh berbentuk terbuka atau tertutup. (b) Dorongan Minima Semua respon yang ringkas ini memberitahu klien bahawa kaunselor sedang mengikuti cerita yang disampaikan oleh klien dan ada bersama-sama dengan klien. • Contoh: Dorongan adalah seperti anggukan,

(c) Parafrasa Selain daripada mengikuti jalan cerita klien, kaunselor juga perlu memberi tahu klien yang dia memahami cerita klien. Parafrasa juga membantu kaunselor mempastikan apa yang diceritakan oleh klien itulah yang difahaminya. Parafrasa bukan mengulang kembali semua apa yang diceritakan tetapi ringkasan inti yang tepat. (d) Rumusan Hampir sama dengan parafrasa tetapi merangkumi lebih banyak maklumat dan berkehendakkan pendengaran cerita yang lebih lama sebelum

(e) Refleksi Perasaan Apabila klien bercerita, ia akan melibatkan emosi.Emosi yang terkandung dalam ayat-ayat pertuturan perlu disedari oleh kaunselor. Dengan membuat refleksi perasaan, kaunselor memberitahu klien yang dia faham apa yang dirasai atau dialami klien. Apabila klien menyedari bahawa kaunselor memahami apa yang dirasainya, dia akan meluahkan lagi perasaannya. (f) Konfron/mencabar Konfron dilakukan setelah perhubungan antara klien kaunselor sudah mencapai peringkat yang

(g) Memfokus Dengan memberi tumpuan, kaunselor juga tidak akan terawang-awang meratarata. Dia sentiasa mengikuti luahan klien dengan teliti dan membalas dengan tepat. (h) Refleksi/Mentafsir Makna Kemahiran ini memerlukan kejituan kaunselor memahami keseluruhan cerita dan



6.6 SUMBANGAN TEORI PEMUSATAN INSAN Teori pemusatan insan memberi sumbangan

yang besar kepada kaunseling dan psikoterapi. Pendekatan ini begitu terbuka hingga boleh digunakan oleh pelbagai jenis kaunseling seperti kaunseling individu, kelompok dan keluarga. Teori ini juga boleh diguna pakai di dalam situasi yang berbeza-beza, misalnya dalam bidang pendidikan, organisasi kerajaan atau swasta, kebajikan pusat pemulihan, hospital, dan pelbagai situasi yang lain. • Kaunseling yang tidak berpusatkan kepada kaunselor ini memberi sepenuh tumpuan kepada keupayaan klien untuk memikul tanggung jawab membuat keputusan. Kaunselor membantu klien meneroka, memahami dan mendapat kesedaran terhadap persoalan hidupnya dan klien sendiri akan memilih alternatif

• Kaunseling pemusatan insan juga dapat menekankan kepentingan perhubungan hormat menghormati antara klien dengan kaunselor sebagai satu elemen utama dalam menjalankan kaunseling. Tiga sifat kaunselor iaitu kongruen, penerimaaan positif tanpa syarat dan empati sudah menjadi ciri kepastian bagi pendekatan kaunseling yang berlainan.

• Rogers dianggap sebagai bapa kepada kaunseling moden kerana mencadangkan bahawa individu yang tidak kongruen (bercelaru) boleh diberi bantuan untuk perubahan dengan ketiga-tiga sikap ini yang merupakan tulang belakang kepada kaunseling pemusatan insan. • Pandangan ini membolehkan kaunselor memberi perkhidmatan kaunseling kepada ramai manusia yang

Konsep fenomenologi yang dipegang Rogers membawa tiga pengaruh utama dalam memahami personaliti. Apa yang penting ialah pengalaman yang dialami individu bukan sangat maklumat profesional atau pun yang sepatutnya dialami. • Pertama, pendekatan fenomenologi mencabar pendekatan yang digelar objektif untuk memahami tingkah laku manusia.

6.6.1 KELEMAHAN TEORI • Satu kelemahan yang ketara bagi teori pemusatan insan ialah, bukan kerana kelemahan teorinya tetapi lebih kepada cara teori ini diaplikasikan. Terdapat sebahagian kaunselor yang salah faham atau menyalahgunakan teori ini di peringkat amalan. • Potensi untuk menyalahgunakan keintiman perhubungan ini boleh dianggap sebagai satu kekurangan faktor mengawal.

RUMUSAN • Bab ini telah menerangkan teori kaunseling pemusatan insan dengan terperinci dan konsepkonsep penting yang berkaitan dengan teori ini juga diberikan penjelasan. • Contoh dalam bentuk skrip dimuatkan untuk memberi gambaran bagaimana proses kaunseling dijalankan. • Untuk menghayati teori pemusatan insan dan menjadi seorang kaunselor pemusatan insan, seseorang perlu memahami huraian prinsip dan konsep yang dikemukakan oleh Rogers dengan lebih mendalam. • Amalan yang dilakukan perlu mengikut tahaptahap yang tertentu, dan perubahan tingkah laku yang dilihat adalah berdasarkan urutan perubahan yang mungkin berlaku mengikut huraian teori ini.

Related Documents

2 Insan
November 2019 38
076_surah_al-insan
November 2019 41
Jiwa Insan
April 2020 34
Bk_pemusatan Insan
April 2020 32
Insan Sevgisi
June 2020 17
76_sura Insan
May 2020 27

More Documents from "OurHolyQuran.Com"

Bk_pemusatan Insan
April 2020 32
Kemahiran Membaca
April 2020 33
Pengenalan Kaunseling
December 2019 49