Arun selalu memberi respon yang negatif terhadap murid-muridnya dalam kelas. Kaunseling boleh membantu Arun mengenal pasti masalah sebenar serta mengubah tingkah lakunya bagi membimbing,memberikan sokongan dan berinteraksi dengan murid-muridnya lebih mesra.
Sherin rasa diabaikan suaminya. Dia marah dan kecewa. Kaunseling boleh membantu Sherin untuk berhubung dengan suaminya lebih baik dan meluahkan perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan serta mencapai penyelesaian.
Liza kehilangan ibunya dan terpaksa menjaga adik-beradiknya. Kaunseling membantu Liza menerima kehilangan ibunya dan menguruskan diri dan keluarganya.
Tan tidak pasti aliran mana patut dimasuki selepas mendapat keputusan PMR. Kaunseling boleh membantu Tan dengan mengenali kebolehan diri dan minatnya terhadap pelajaran.
Anitha adalah seorang guru pelatih yang sentiasa takut dan malu menyampaikan persembahan kerja kumpulannya di hadapan kelas. Kaunseling membantu Anitha membentangkan kerja kumpulannya di khalayak ramai dengan selesa dan yakin pada diri sendiri.