Berwuduk sebelum tidur elak gangguan syaitan BERWUDUK SEBELUM TIDUR ELAK GANGGUAN SYAITAN
Posted by: ahmadzaki on: 06 Sep, 2008 Berdasarkan hadis; dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda: “Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat…” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). Ia adalah saranan berwuduk ketika hendak tidur. Jika seseorang sudah mempunyai wuduk, maka tidak perlulah mengangkat wuduk lain, kerana maksud saranan itu sudah tercapai iaitu orang Islam perlu tidur dalam keadaan suci dikhuatiri maut menjemput pada ketika itu. Bersuci juga dapat menjauhkan diri daripada gangguan syaitan dan mententeramkan diri daripada perasaan takut ketika tidur. Oleh itu, antara perkara diajar Islam sebelum tidur ialah: 1. Mengambil wuduk 2. Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur hendaklah bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) 34 kali.. 3. Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali. 4. Membaca Surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan AnNaas 5. Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya. 6. Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya antaranya doa yang bermaksud: “Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup”. 7. Mengucap dua Kalimah Syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita. Moga-moga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah SWT. Umat Islam juga diajar bagaimana menangani persoalan mimpi seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah bersabda: “Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang
buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudaratkannya”. (Riwayat Bukhari Muslim) Apabila bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali, berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seorang pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.Sumber : http://www.bharian.com.my
MENGUSIR GANGGUAN MAKHLUK HALUS « on: August 09, 2007, 06:16:46 AM »
Gangguan sihir dengan perantara makhluk ghaib dapat menyerang sesiapa sahaja. Bila usaha medikal tidak dapat menemukan gejala klinikal yang kita atau kerabat kita deritai, ada baiknya anda berkikhtiar, baik untuk diri sendiri ataupun menolong orang lain dengan kaedah berikut ini.
Untuk diri sendiri. 1. Biasakan menjaga wudhu, setiap ada hal yang membatalkan wudhu segera ulangi kembali berwudhu. Gangguan makhluk ghaib enggan kepada sesuatu yang suci. 2. Habiskan waktu lapang dengan berdzikir, mengingat-ingat Allah SWT. Sesuaikan kaedah zikir dengan suasana hati kita. Bila sedang senang, maka berzikir Hamdallah (Alhamdulillah). Bila hati sedang sedih/kecewa atau yang sejenisnya, maka berzikirlah Istighfar (Astaghfirullah). Bila hati sedang tenteram maka berzikirlah "Lailahaillallah". Semua zikiran dibaca sekuatnya, sampai ada kegiatan lain. Dengan sentiasa mengingat Allah, maka sulit bagi gangguan ghaib untuk dapat menembus kita. 3. Hindari mengerjakan hal-hal yang dapat menjurus kepada maksiat,
seperti membuka halaman cabul dalam internet dan sejenisnya. Kerana, dari situlah pengaruh kekuatan yang terbesar, semakin kita mengerjakan dosa dan menjauh dari Allah SWT. Semakin mudah mereka menguasai diri kita dengan pengaruhnya. 4. Jangan menunda solat wajib. Bila mendengar panggilan azan, segera solat dan usahakan untuk solat berjemaah dimasjid. Solat adalah cara kita untuk berkomunikasi dengan Allah SWT. Doa diwaktu solat adalah salah satu doa yang makbul dan Insya Allah segera diijabah oleh Allah SWT. Mintalah perlindunganNya dari segala gangguan ghaib mahupun perbuatan zalim yang nyata. 5. Bila gangguan muncul dan dapat anda rasakan, bacalah Ayat Kursi sebanyak-banyaknya. Bila dirasa gangguan tidak berhenti atau berkurang, ganti dengan membaca ayat 115-116 Surah AlMukminun
Untuk orang lain. Bila ada orang lain yang kita yakini terkena gangguan sihir dari makhluk ghaib, maka lakukan perkara yang berikut: 1. Diri kita, sipenyembuh harus dalam keadaan suci dari segala macam hadas. 2. Solat sunat hajat 2 rakaat, dengan niat Taqallah (meningkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah SWT.) dan memohon pertolongan kepada Allah agar sipesakit dapat segera sembuh dari segala jenis gangguan. 3. Selesai solat, lengkapi diri kita dengan membaca zikir Allah Allah... sekurangnya 5 minit, hingga kita dapat merasakan keberadaan Allah SWT dekat dengan kita. 4. Sediakan air segelas, dan zikirkan dengan ayat Kursi sekurangnya 33x, tiupkan ke air setiap habis bacaan. 5. Gunakan air tersebut untuk membasuh wajah sipesakit. 6. Bisikkan ayat 115-116 Surah Al Mukminun ketelinga pesakit di kiri dan kanan bergantian, hingga pesakit sedar. Insya Allah, dengan segala niat baik kita. Kaedah tersebut dapat
menyembuhkan diri kita sendiri mahupun orang lain. Semua tentu kerana pertolongan dari Allah SWT. Amin. PUSAT RAWATAN QALBUN SALIM Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman PhD (AM)
SATURDAY, OCTOBER 07, 2006
KENA TINDIH (2) Assalamualaikum , Pertama2nya, TAKZIAH kepada AJZIE, mama blogger kita yang IBUnya tersayang dan RATU HATInya telah kembali ke Rahmatullah, hampir 3 minggu dah rasanya. Walaupun sedih, saya yakin AJZIE sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Al-Fatihah untuk arwah IBUnya. ************************************* Ok..saya tergerak nak respon semua komen entri KENA TINDIH yang saya simpulkan ada yang; 1. yakin ia 100% disebabkan sleep paralysis 2. dua sebab pun ada; sleep paralysis n gangguan syaitan 3. tak pernah experience & tak mau kena (betul tu, once kena ganggu, selalu kena mcm saya), 4. bab tindih menindih sesame manusia tu, hehe..TST. tak pe, lawak bulan RAMADHAN… PENDAPAT SAYA SENDIRI? Saya menerima yang no. 2 tu..terutama bab gangguan syaitan. Kenapa ya? Sebabnya saya dah biasa kena. Dah kawin ni sesekali kena gak, Cuma tak sekerap masa belajar dulu. Antara yang saya masih ingat; 1. Pertama kali kena, tidur rmh makcik, temankan dia sebab pakcik tak de kat rmh. Saya, makcik n sorang lagi makcik tidur kat ruang tamu. Tempat pembaringan saya paling hampir dengan pintu nak ke dapur & tandas. Saya tak tidur lagi masa tu, yg lain dah masuk alam mimpi agaknya. Tak berapa bleh nak tidur, akhirnya masa saya rasa nak terlelap, saya terdengar bunyi orang berjalan di dapur, walhal 2 makcik saya ada bersama. Dan bila saya cuba mengiring ke sebelah pula, tiba2 badan saya terasa kena himpit..kelam kabutlah jugak, sbb
first time kena. 2. Saya di lower six sementara, tinggal kat asrama. Masa tu tak boleh lelap langsung, entah kenapa, puaslah saya cuba lena, tak boleh. Tapi by the time nak rasa tidur betul tu, tiba2 badan saya kena himpit..puas juga cuba lepaskan diri. Akhirnya berjaya ngan bacaan ayat2 tertentu. Masalahnya, saya dpt rasa mcm nak kena tindih lagi, akhirnya saya bangun dan pergi ke katil kawan, tumpang kat katil dia, saya dah baring tu pun rasa nak kena tindih lagi..sabor jeklah. Tp tak berjaya ‘benda’ tu. 3. Masa di matrikulasi, ini paling dahsyat pada saya bab kena tindih,. Sila klik kat sini: http://widaad98.blogspot.com/2006/03/citer-hantu-ii.html - citer di tahun 1: blok A, no. 3 (sebab saya boleh nampak dan lepas bergelut tu saya rasa saya terpijak badan benda tu) dan tahun 2 (saya berlawan cakap n kena tindih). 4. saya di tahun 1 di main campus, sama mcm kes no. 2. saya kena tindih, saya berjaya lepaskan diri, dan berpindah ke bilik kawan, masalahnya kat katil kawan tu pun saya macam nak kena tindih lagi. 5. dan dah kawin ni, bila saya rasa tak blh nak tidur, lepas tu cuba lelapkan mata, tak lama tu boleh terasa mcm benda tu dating n nak menghempap kita, yg best tu terasa dia melantun semula sebab tak boleh nak hempap..masa ni mmg strugglelah tak bagi dia dpt hempap betul2. Saya, kalau dah tutup lampu, tp gelapnya lain mcm, ha..siaplah..kalau org dah biasa kena ganggu dek setan, dia boleh tau gelap lain macam tu maksudnya mcmana. Saya pun tak tau, nape kena benda2 mcm ni, sbb sejak kecil dah kena. Ramai cakap, sbb saya ni lemah semangat. Tak taulah.. hehe..itu saya tak citer lagi,saya dah dua kali terkena dlm tidur saya rasa saya ketawa mengilai2..tapi bila terjaga, rupanya saya bermimpi. Sebabnya suami tak menegur pun saya ketawa dlm tidur. Yg peliknya, dua2 ni masa saya tgh hamil. Cuma masa mengilai tu, saya tau itu bukan saya, Cuma saya tak boleh kawal diri. Oh ya.. suami saya pun tak tau citer ni hehe. ********************** Menu apa berbuka petang ni? kami ada jemputan, insyaAllah, akan pergi. Tak shopping ke ari ni? Kami tak pergi. Kalau tak bershopping, rehat2 kat rumah tu elok gak..tp, untuk suami isteri tu takleh dekat2 sangat, sebab "karan"nya double bulan posa ni...
POSTED BY
KAKLONG SYIKIN
AT
10:39 AM 28 COMMENTS LINKS TO THIS POST
LABELS: KEMATIAN, RAMADHAN, SERAM, UMUM
WEDNESDAY, OCTOBER 04, 2006
KENA TINDIH Assalamualaikum, Saya ingin berkongsi dengan anda info yang saya dapat melalui fwd email ini; Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran.. Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu? Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ..... kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah
condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). .... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kiter kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)...... ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc.... dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..) sebab2 atau mender2 yang boleh men trigger sleep paralysis: 1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt) 4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2 5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni) 6. orang yang ader penyakit narcolepsy Sumber:internet **************************** p.s. tengah tak de mood nak berblog; nak create ayat bagai...tu yg masukkan forward email ni :D p.s. terima kasih pada HotMama yang sudi menefon saya semalam. Lama kami berbual, dan terpaksa stop sbb baby Aidan nak menyusu. HM, seronok bercakap ngan u, ramahlah...suka ketawa orangnya..happy go lucky person :D. Posting pada: 17-12-05 19:07 Tajuk ni menarik perhatian saya. Nampaknya saya senasib dengan sdr ridwan_daie. Saya boleh simpulkan bahawa terdapat dua faktor badan terasa kena tindih: 1. Mungkin faktor keletihan yang boleh menyebabkan badan terasa tegang, tak dapat bergerak kerana peredaran darah tidak lancar. Sejauh mana benarnya, ia masih belum terbukti.
2. Faktor makhluk halus khususnya jin. Pada pandangan saya inilah faktor terbesar manusia kena tindih. Bagi saya tidak syak lagi. Cuma, kita kena kaji Kenapa manusia kena tindih. 1. Mungkin agaknya, tertindih jin tu atau anak pinak dia masa nak baring. 2. Memang perangai jin suka ganggu manusia, saja nak cari pasal. 3. Mungkin jin penduduk asal tempat tu. Tak nak orang lain kacau dan duduk kawasan tu. 4. Mungkin jin suka dengan orang yang kena tindih tu dan sentiasa mengekori orang tu ke mana saja orang tu pergi. Inilah yang dialami oleh saya. Nak kata saya handsome, tak jugak. Kawan saya kata, dalam badan manusia ni ada satu titik yang jadi daya penarik yang menyebabkan makhluk halus tersebut suka dan mengekori seseorang itu. Dan saya adalah salah seorang manusia tersebut. Sejauh mana benarnya sebabnya saya tak pasti. Yang pasti, saya masih diekori oleh jin itu ke mana saja saya pergi sejak 10 tahun yang lalu. Kalau siang, kadangkala ia berbunyi di luar rumah seperti bunyi kelawar atau tikus: "Cit... Cit... Cit..." Waktu malam ia lebih kerap berbunyi. Kadangkala ia boleh mengganggu emosi saya walaupun saya buat tak tau. Satu lagi, dalam satu hari pasti ada bunyi nyaring di telinga saya, biasanya di sebelah kanan. Saya seperti mengibas-ngibas telinga saya seperti mengibas lalat untuk menghilangkan bunyi tersebut. Dari 1996 hingga 2002, saya ditindih hampir setiap hari. Masa tu memang tension sungguh. Bukannya tidur malam.. Tidur malam tak pela. Memang la dah siap baca ayat kursi dan sebagainya. Waktu siang lah. Baru saja nak lelap, baru balik study, dah kena tindih. Masa tu nak rehat saja, bukan nak tidur sangat. Tak baca la apa-apa. Tapi nak terlelap, kena jugak tindih. Nak buat macam mana? Nak kata saya tak berubat atau tak berikhtiar? Rasanya dah hampir 10 bomoh dah saya jumpa. 2-3 hari ok la. Lepas tu kena balik. Akhirnya saya buat kesimpulan bahawa benda ni takkan dapat dihilangkan daripada saya. Ia akan terus mengekori saya merentasi tempat dan masa. Tekad saya, tak kira siang atau malam, kalau
nak tidur, saya akan baca ayat2 perlindungan daripada Allah. Itu saja. Alhamdulillah, walaupun bunyinya masih ada dan ia masih mengekori saya, makhluk tersebut tidak dapat menindih saya. Cuma boleh berbunyi di telinga dan di luar rumah sahaja. Kadangkala kena tindih tu sebab alpa tu, biasa la. Dalam tiga empat bulan tu, ada la sekali. Jadi tips saya sebelum tidur ialah ambil wudhuk dan: 1. Baca 10 ayat surah al-Baqarah. Afdhalnya baca ayat 1-5, ayat kursi, ayat 256-257 dan tiga ayat terakhir surah. 2. Baca ayat 20-22 surah al-Hasyr. Ayat mula: Lau anzalna hadzal qur'ana... akhir ayat. 3. Empat surah Qul: termasuk surah al-Kaafirun. 4. Baca selawat 19 kali. 5. Baca bismillah lengkap, 21 kali. 6. Baca doa tidur. 7. Ucap La Ilaha Illallah dan tidur. InsyaAllah, kita akan tidur dengan aman dan jika kita mati semasa tidur, kita akan masuk syurga. Mafhum sabda Nabi s.a.w.: Barangsiapa kalimah akhirnya sebelum mati ialah La Ilaha Illallah, maka masuklah ia ke syurga. Wallahu Aa'lam.
----------------hidup diri dengan taqwa
Syukran atas pengalaman dan tips-tips yang telah diberikan bagi mengelakkan daripada ditindih oleh jin. Saya pun ada tips untuk dimanfaatkan bersama: 1. Bacalah ma'thurat yang dihimpunkan oleh As-Syeikh Hasan Al-Banna. Tak kisah Wazifah kubra atau sughra. Yang penting baca selepas solat Subuh dan Solat 'Asar. Doa-doa dalamnya elok dibaca tiga kali kerana mengikut hadis doa yang dibaca tiga kali akan dimakbulkan dan diaminkan oleh malaikat. 2. Baca doa-doa dan zikir-zikir yang elok dibaca pagi dan petang yang diterangkan oleh hadis-hadis sohih yang tidak terdapat dalam ma'thurat. Doa-doa ini dengan izin Allah menjadi pelindung daripada gangguan-gangguan makhluk halus.
3. Sebelum baring di katil, menurut hadis, kita perlu mengibas permukaan tilam dengan hujung kain dengan menyebut nama Allah (paling mudah - bismillah atau subhanallah). Tak kisah kain batik ke, kain pelikat ke atau kain selimut. Yang penting ia kain. Gunanya untuk menghalau makhlukmakhluk yang tak nampak tu dari lepak atas katil kita. Selain itu zahirnya ia dapat membersihkan katil dari kotoran atau debu-debu. Biasanya tempat yang lama tidak diduduki, maka tempat itu jadi tumpuan jin. Sebab itu katil, kita guna waktu malam saja. Waktu lain? Sapa lagi, makhluk tu la yang lepak. 4. Tidur mengiring ke kanan mengadap ke kiblat. Ini adalah sunnah Nabi s.a.w. 5. Baca ayat2 dan doa2 sebelum tidur dengan sungguh2. Kadang-kadang berlaku jin menindihnya walaupun telah dibaca ayat-ayat dan doa sebelum tidur. Tapi baca dalam keadaan mengantuk, mamai atau separa sedar. Sudah tentu tiada penghayatan terhadap ayat dan doa yang dibaca selain akan tersalah makhraj dan tajwid. Umpama rumah yang berlubang besar dindingnya, senang pencuri nak masuk. Begitulah jin, senang mereka nak tindih. Perkara ni perlu diberi perhatian serius. Ada yang kata pintu depan dan belakang selari. Jadi laluan jin. Itu saya kurang pasti. Tapi ada logiknya kerana kebanyakan asrama biasanya semua pintu memang selari. Jadi tak hairanlah jika kebanyakan kes tindih, histeria, kerasukan dan lain-lain gangguan berlaku di asrama. Jika benar, para arkitek perlu ubah kedudukan pintu asrama supaya tidak selari. Berdasarkan pengalaman saya, tidak kira posisi mana pun kita tidur, kita akan tetap diganggu dan ditindih. Saya sudah mengalami penindihan dalam semua posisi; mengiring kiri, kanan, telentang, meniarap, berselimut dan tidak. Semuanya saya dah kena. Cuma kadar tindih yang berbeza. Bagi saya, jin suka tindih orang tidur telentang dan meniarap. Saya rasa itu memang 'favourite' dia. Cuma mengiring kadar tindihnya kurang. Walaupun begitu, kita dah usaha dengan pelbagai cara. Yang tinggal hanyalah tawakal kepada Allah melalui bacaan Qur'an, zikir dan doa-doa sebagai pelindung dari gangguan makhluk halus. "Kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada kejahatan apa-apa (makhluk) yang telah Dia ciptakan." Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin....
http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=20436&forum=2&