Bersetubuh Waktu Siang Di Bulan Ramadan

  • Uploaded by: Aunty alonso
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bersetubuh Waktu Siang Di Bulan Ramadan as PDF for free.

More details

  • Words: 934
  • Pages: 3
Salam beriktu disertakan jawapannya. Seks Yang Diperselisihkan Sama Ada Dikenakan Kafarat Atau Tidak. Para ilmuan dari keempat-empat mazhab: al-Syafi’e, Maliki, Hanafi dan Hanbali memiliki perbincangan yang meluas berkenaan hukuman kafarat bagi aktiviti seks selain A-1. Sebelum menyenaraikan aktiviti seks yang dimaksudkan, ingin saya gariskan bahawa sebahagian daripada aktiviti seks tersebut ada yang haram hukumnya. Hanya dalam risalah ini, saya tidak membincang halal atau haram aktiviti tersebut, sebaliknya memberi tumpuan kepada wajib atau tidak hukuman kafarat bagi sesiapa yang melakukannya. Hukum halal atau haram boleh dirujuk kepada sumbersumber yang membicara Fiqh al-Mubasyarah secara khusus. Aktiviti seks selain A-1 yang dimaksudkan adalah: Seks antara lelaki dan wanita tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj. Seks antara jantina yang sama, iaitu lelaki dengan lelaki (gay) atau perempuan dengan perempuan (lesbian). Tidak dibezakan sama ada jenis kemaluan adalah semula jadi atau melalui pembedahan. Seks bersendirian seperti onani (masturbation), menonton tayangan lucah, membaca majalah lucah atau menggunakan alat-alat mainan tertentu. Seks dengan selain manusia, seperti seks dengan mayat (manusia yang telah meninggal dunia), jin, haiwan dan makhluk asing. Bagi aktiviti-aktiviti seks di atas, para ilmuan bersepakat bahawa ia membatalkan puasa. Akan tetapi mereka terbahagi kepada dua pendapat berkenaan hukuman kafarat: Pendapat Pertama menyatakan hukuman kafarat tidak dikenakan kerana aktivitiaktiviti seks di atas tidak melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj wanita. Pendapat Kedua menyatakan hukuman kafarat wajib dikenakan kerana sekali pun aktiviti-aktiviti di atas tidak melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj, ia tetap merupakan suatu aktiviti seks yang memberikan kepuasan seksual kepada pelakunya. Di antara dua pendapat di atas, yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua. Ini kerana aktiviti seks wujud dalam pelbagai bentuk dan cara, dimana kesemuanya memberi kepuasan seksual kepada pelakunya. Padahal ibadah puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan seks dari waktu fajar sehingga maghrib. Ia bukan makanan dan minuman tertentu sahaja tetapi meliputi semua jenis makanan dan minuman. Demikian juga bagi seks, ia bukan aktiviti seks yang melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj sahaja, tetapi melibatkan apa jua aktiviti yang masuk dalam kategori “seks”.

Cara melaksanakan hukuman kafarat adalah seperti berikut: Membebaskan hamba. Pada masa kini tidak ada hamba yang wujud, maka ia tidak lagi dilaksanakan. Pembantu rumah warga Indonesia bukanlah hamba, maka membebaskan mereka dari kontrak kerja tidak termasuk dalam kategori ini. Berpuasa dua bulan berturut-turut. Iaitu berpuasa secara berturutan selama dua bulan mengikut kalendar Islam (hitungan berdasarkan peredaran anak bulan). Jika seseorang itu memutuskan perturutan ini dengan sengaja, maka dia wajib mengulangi kesemua dua bulan tersebut dari awal. Jika seseorang itu memutuskan perurutan ini dengan alasan yang syar‘i, seperti musafir, sakit, kerja keras yang tidak dijangkakan (kereta rosak di kawasan pendalaman), haid, hamil, menyusu dan bertembung dengan hari yang dilarang berpuasa, maka terdapat dua pandangan di kalangan para ilmuan:

a)

Dia wajib mengulangi kesemua dua bulan tersebut dari awal.

b) Dia menyambung jumlah hari yang berbaki setelah alasan syar‘i tersebut hilang. Pandangan yang rajih (kuat) ialah dia hanya menyambung jumlah hari yang berbaki. Pandangan yang pertama mustahil dilaksanakan oleh sesiapa jua dan ia menyelisihi ciri-ciri istimewa syari‘at Islam yang sentiasa memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh manusia sebelum menggariskan sesuatu hukuman.

Memberi makan enam puluh orang miskin. Iaitu memberi makanan yang mengenyangkan kepada enam puluh orang miskin. Setakat ini saya tidak menemui hadis sahih yang menerangkan jenis makanan mahu pun kadarnya. Tidak juga ditemui ukuran bagaimana menentukan seseorang itu miskin atau tidak. Maka jenis, kadar dan ukuran ini dirujuk kepada kebiasaan (al-‘Urf) masyarakat. Di bandar-bandar besar, makanan yang mengenyangkan lazimnya bernilai RM5.00, terdiri dari nasi, satu lauk dan satu sayur. Jika di pekan-pekan kecil, makanan yang sama mungkin bernilai RM3.00. Ada pun ukuran orang miskin, maka ia adalah berdasarkan penilaian orang yang dikenakan hukuman kafarat. Memadai penilaian secara zahir, tidak perlu meminta penyata gaji atau melakukan temuduga kepada orang miskin yang bakal diberikan makanan.

Adakah Kafarat Dikenakan Atas Suami Sahaja Atau Suami Dan Isteri? Terhadap pasangan suami isteri yang melakukan aktiviti seks di siang Ramadhan, adakah hukuman Kafarat dikenakan di atas suami sahaja atau suami dan isteri? Persoalan ini berpaksi kepada hadis Abu Hurairah radhiallahu 'anh yang dikemukakan di awal risalah ini, dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendiamkan isteri lelaki yang datang berjumpa baginda. Sikap diam baginda menimbulkan dua pandangan di kalangan para ahli ilmu: Isteri terkecuali kerana sikap diam baginda menunjukkan isteri tidak dikenakan hukuman kafarat. Seandainya isteri dikenakan hukuman juga, nescaya baginda akan menyebutnya kerana tidak boleh mendiamkan perkara yang memiliki hukuman ke atasnya. Isteri termasuk sama dikenakan hukuman kafarat. Ini kerana semua hukam Islam adalah sama antara lelaki dan wanita, suami dan isteri. Tidak ada pengecualian kepada salah seorang dari mereka melainkan dengan dalil. Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendiamkan isteri lelaki yang bertanya, ia adalah kerana isteri tersebut memang berada dibawah hukuman kafarat yang sama dengan suaminya. Seandainya isteri dikecualikan, nescaya baginda akan menyebut pengecualian tersebut. Di antara dua pandangan di atas, saya memilih yang di pertengahan. Lelaki dikenakan hukuman kafarat bagai aktiviti seks yang dilakukan bersama isterinya. Ada pun isteri, maka dia tertakluk kepada tiga keadaan: Isteri turut rela, sama ada sebelum, semasa atau sesudah melakukan aktiviti seks dengan suaminya. Maka isteri dikenakan hukuman kafarat. Isteri tidak rela melakukan aktiviti seks dengan suaminya, dari permulaan hinggalah akhir. Maksudnya, isteri dipaksa melakukan aktiviti seks padahal dia tidak menghendakinya kerana waktu pada ketika itu ialah di siang Ramadhan. Maka isteri tidak dikenakan hukuman kafarat dan puasanya juga tidak batal. Isteri tidak rela melakukan aktiviti seks, tetapi terpaksa merelakan diri demi

menjaga kemaslahatan suami. Dibimbangi jika nafsu seks suami tidak dilayan dengan baik, suami akan beralih mencari aktiviti seks yang lain, yang haram hukumnya dan besar kemudaratannya. Maka isteri tidak dikenakan hukuman kafarat tetapi puasanya batal. kredit to hafiz firdaus.. sekian

Related Documents


More Documents from "Prof. DR. H. Imam Suprayogo"