Bermabit Di Luar Kawasan Masih Sah

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bermabit Di Luar Kawasan Masih Sah as PDF for free.

More details

  • Words: 710
  • Pages: 2
Bermabit di luar kawasan masih sah Oleh Tengku Aziz Raja Abdullah

Pembaharuan dibuat Kerajaan Arab Saudi mengambil kira hukum ibadat haji MUZDALIFAH adalah tempat jemaah haji perlu bermalam pada malam 10 Zulhijah sebagai syarat wajib haji. Mereka perlu berada di Muzdalifah walaupun sekejap antara tengah malam 10 Zulhijah hingga fajar 10 Zulhijah. Bermalam itu adalah syarat wajib dalam ibadat haji dan jika tidak sempurna bermalam itu tanpa uzur syarie, jemaah haji akan dituntut membayar dam. Dam dikenakan sebagai ganti kerana meninggal salah satu syarat wajib haji. Jika tidak membayar dam disebabkan kesalahan itu, maka hajinya tergantung sehinggalah ia menjelaskan dam berkenaan. Dam itu dikenali sebagai dam tertib dan takdir iaitu menyembelih seekor kibas, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Jika tak berkuasa, hendaklah berpuasa 10 hari, tiga hari pada masa haji dan tujuh hari apabila balik ke tempatnya. Jika tidak berupaya disebabkan tua, hendaklah dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (10 cupak). Jika tidak berdaya juga, tertangguhlah di atas zimmanya (orang yang bertanggungjawab ke atasnya). Bagaimanapun, penulisan kali ini bukan untuk mengetengahkan mengenai bermalam di Muzdalifah tetapi memfokuskan kepada bumi Muzdalifah yang sentiasa menyaksikan berlaku perubahan dari sudut pengurusan berkaitan ibadat bermalam di Muzdalifah. Permasalahannya ialah apa hukum bermalam di Muzdalifah bagi jemaah haji yang ditempatkan di kawasan Muhassir akibat tidak ada tempat disebabkan terlampau ramai jemaah haji. Arahan daripada Kerajaan Arab Saudi, kawasan itu adalah kawasan untuk bermalam di Muzdalifah, sedangkan kawasan berkenaan zaman sebelumnya tidak ditempatkan jemaah haji. Tempat itu dinamakan Muhassir, lembah yang terletak antara Muzdalifah dan Mina. Mengikut Imam Syafie dalam Al-Umm, Muzdalifah bermula daripada dua Ma'zamai (banjaran) Arafah hingga sampai ke Qam (tunduk lingkungan) Muhassir. Qam Muhassir ialah tempat di sebelah kanan dan kiri tempat berkenaan. Tempat belakang, hadapan, lembah dan bukit kawasan itu semuanya adalah Muzdalifah. Permasalahan yang timbul kini, bilangan jemaah haji semakin bertambah dari setahun ke setahun. Justeru, apakah dibolehkan jemaah menjadikan tempat bermalam diluaskan ke kawasan Mina/Muzdalifah melebihi kawasan asal iaitu Muhassir. Apakah boleh dan sah bermalam di Muzdalifah di luar kawasan asal yang sudah ditentukan. Apakah kawasan yang dimaksudkan Muhassir itu sah bermalam bagi Muzdalifah disebabkan keadaan darurat dalam suasana jemaah haji yang terlampau ramai. Nabi SAW tidak menjelaskan secara tepat sempadan kedudukan Muzdalifah dan Mina. Ia menjadi bahan ijtihad fukaha kerana ketiadaan nas qat'ie (jelas) mengenainya. Mengikut Prof Dr Wahbah Al Zuhali, Batnu (wadi) Muhassir adalah kawasan antara Mina dan Muzdalifah. Al-Hanafiah menyatakan makruh bermalam Muzdalifah di Muhassir, tetapi jika bermalam juga di situ ia tetap sah tetapi makruh. Juga mafhum daripada kata Iman Al Hanafiah ini, boleh bermalam dalam keadaan terpaksa dan sah menurut Al-Hanafiah juga bermalam keseluruhan malam hingga ke fajar hari ke 10 Zulhijah di Muzdalifah adalah sunat, tetapi berhenti atau lalu sekejap dalam sebarang keadaan di Muzdalifah adalah wajib. Bekas Ketua Hakim Syarie Qatr, Al Syeikh Abdullah Zaid Al-Mahmud pula menyatakan jika Mina dipenuhi manusia, maka harus untuk turun bermalam di mana-mana kawasan sekitarnya daripada bumi Muzdalifah, Arafah atau Muhassir. Ia berlaku akibat darurat yang perlu diambil menurut kadarnya dan kesulitan mendatangkan kesenangan. Mufti Besar Arab Saudi, Al-Marhum Al-Syaik Ben Bez pula menfatwakan apabila seorang jemaah haji berusaha mencari tempat untuk bermabit di Mina tetapi tidak mendapat tempat, maka tidak menjadi masalah dia bermabit di luarnya dan tiada dam baginya kerana dia tiada kemampuan. Menurut Prof Manna' Khalil al- Qatan, adalah boleh menganggap semua tempat ini sebagai tempat Mauqif (berhenti) dan mabit (bermalam) atas dua sebab: Kaedah umum fikah (darurat membenarkan perkara yang luar daripada kebiasaan) Kaedah usul fikah (hajat boleh menempati tempat darurat yang am atau khas) Jelasnya, jika hukum ini berlaku kepada bermalam di Muzdalifah dikira sah, maka ia juga boleh diterima pakai jika perkara ini berlaku kepada masalah bermalam di Mina. Dengan kata lain, sah jika dalam keadaan darurat bermalam di Muhassir kerana ketiadaan tempat untuk bermalam. Keadaan itu juga boleh berlaku kepada bumi Mina, jika tidak ada tempat untuk bermalam di Mina disebabkan tidak ada tempat duduk yang sempurna dan juga bersandar kepada keselamatan jemaah haji walaupun di Muhassir.

Oleh itu, perlu diingat juga apa-apa perubahan, pembaharuan dan pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi sama ada di Jamrah (tempat melontar), tempat sai, kawasan Masjidil Haram dan lain-lain tempat sudah diambil kira segi hukum dan sahnya dalam melaksanakan ibadat haji. Penulis ialah Pengurus Besar (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji

Related Documents

Masih
May 2020 37
Masih
November 2019 41
Kawasan
May 2020 28