Berita Penting!!

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Berita Penting!! as PDF for free.

More details

  • Words: 282
  • Pages: 1
Suatu "berita besar" telah tiba. Amat menggemparkan dada orang yang mula-mula mendengarnya. Amat besar hingga berita ini lebih penting dari urusan perniagaan, urusan kenegaraan, urusan pendidikan anakanak bahkan urusan ketenteraan dua negara yang akan berperang. Berita ini adalah urusan Allah swt. Ia adalah ketetapan dan ketentuan Allah dalam sistem kehidupan yang langsung tidak terpisah dengan urusan langit dan bumi, urusan masa lalu dan masa hadapan. Berita ini merentasi kaum Quraisy di Tanah Arab seterusnya kepada generasi yang sezaman dengannya dan zaman selepas itu. Ia merentasi setiap tempat dan melalui setiap detik kehidupan. Kedatangannya memisahkan yang haq dan batil. Mewujudkan golongan yang beriman dengannya dan golongan yang berpaling. Menyebabkan orang berjuang bermatian kerananya dan orang menentang bermatian juga kerananya. Belum pernah terjadi dalam sejarah manusia berita sebesar ini yang meninggalkan pengaruh dan kesan yang amat besar sebagaimana yang ditinggalkan oleh Islam. Berita ini iaitu Islam meninggalkan konsep dan nilai kehidupan yang mana sebahagian bangsa Arab Quraisy tidak terfikir pun bahawa berita ini akan membawa mereka kemercu dunia, menguasai dunia dengan membawa rahmat keseluruh alam. Umat Islam hari ini, seperti yang dihadapi oleh bangsa Quraisy dahulu tidak dapat melihat dan mengukur tabiat berita ini. Tidak dapat memastikan kebenaran yang tersembunyi di dalamnya. Tidak dapat memahami peranan yang mereka harus mainkan kecualilah mereka mendapat hidayah petunjuk dari Allah agar mereka tetap terus mengimani dan berjuang dengan agama ini pada zaman mereka dan zamanzaman yang akan datang. Maka seharusnya sajak ini merungkaikan berita ini dan peranan muslim yang mengimaninya.. Kamilah pewaris yang membawa hidayah kepada manusia, Kamilah rahsia menyuluh cahaya kepada bumi, Awan kami mengandungi kilat dan sinar yang terang benderang, Jasad kami adalah cerminan kebenaran, Ketahuilah, Tanda-tanda kebenaran itu ialah dengan adanya muslimin yang beriman..

Related Documents

Berita Penting!!
November 2019 30
Penting
December 2019 42
Penting
May 2020 38
Penting
October 2019 42
Penting
October 2019 48

More Documents from "YoSunaryo"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31