Berita Badminton.docx

  • Uploaded by: Syapie Nasir M
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Berita Badminton.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 360
  • Pages: 1
SMK Majakir muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Badminton MSSD Papar tahun 2019 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak SMK Majakir. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula 22 Januari itu memperlihatkan bakat-bakat muda dalam bidang badminton di daerah Papar. Sebanyak 11 buah sekolah menengah yang turut serta memeriahkan Kejohanan Badminton MSSD Papar tahun ini dengan penglibatan seramai 141 orang pemain muda badminton Papar. Kejohanan mempertaruhkan 8 pingat emas, 8 pingat perak dan 16 gangsa untuk kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun serta bawah 15 tahun. Kejohanan Badminton MSSD Papar tahun 2019 dikelolakan oleh SMK Majakir dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Papar. Untuk edisi 2019, percubaan St. Joseph untuk menyaingi SMK Majakir dalam sukan badminton Papar hampir membuahkan hasil dengan kutipan dua pingat emas melalui Sunny Onn acara Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun dan Perseorangan Lelaki Bawah 15 tahun pula melalui Gyver Risley. SMK Pengalat tidak ketinggalan dalam memberi saingan dengan memberikan emas melalui Fatihah untuk acara Perseorangan Perempuan Bawah 15 tahun.Fatihah sekali lagi menunjukkan kehebatan bersama gandingan Hani Zahirah untuk merebut emas Bergu Perempuan Bawah 15 tahun. 3 acara Bergu lain dibolot oleh SMK Majakir dengan tambahan acara Perseorangan Perempuan Bawah 18 tahun untuk dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan. 4 emas SMK Majakir terhasil dengan kekuatan gandingan Harith/Khairul Bergu Lelaki Bawah 15 tahun, Syahrul/Afdhan Bergu Lelaki Bawah 18 tahun dan ikatan adik beradik Anna/Airina Bergu Perempuan bawah 18 tahun serta Airina selaku pemain utama Majakir Perempuan Bawah 18 tahun Penutupan Kejohanan Badminton MSSD Papar disempurnakan oleh Penyelia Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Papar Sharin Liman. Turut hadir Pengetua Cemerlang SMK Majakir Tuan Haji Abdul Aziz Mohamed Zain selaku Pengerusi Pengelola dan Pengetua SMK Kinarut Encik Zamharir Hj Ahmad yang sentiasa memberi sokongan padu program pendidikan Papar. Dalam ucapan perasmian penutupannya, Sharin menyatakan penghargaan terima kasih tahniah kepada Tuan Haji Abdul Aziz selaku Pengerusi Pengelola kejayaan menganjurkan Kejohanan Badminton tahun ini. Sharin yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Papar juga menyatakan bahawa mana-mana kejohanan sukan bukan sekadar medan menang kalah akan tetapi kejohanan seperti ini merupakan satu platform mencungkil serta mengetengahkan bakat pelajar. Malah beliau juga menegaskan keperluan keseimbangan antara akademik dan juga kokurikulum yang melibatkan sukan dalam melahirkan generasi akan datang yang unggul.

Related Documents

Berita
June 2020 41
Berita Acara.docx
December 2019 35
Berita Rtm.docx
April 2020 29
Berita Acara
June 2020 42
Berita Acara.docx
July 2020 20
Berita Badminton.docx
November 2019 35

More Documents from "Syapie Nasir M"

Chronology Moby Dick.docx
November 2019 27
Berita Badminton.docx
November 2019 35
Sijil Ulbs Spm (1).docx
November 2019 16
Tumakninah.docx
June 2020 25