Bentuk Tetap Untuk Tulisan Naratif

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bentuk Tetap Untuk Tulisan Naratif as PDF for free.

More details

  • Words: 1,330
  • Pages: 3
BENTUK TETAP UNTUK TULISAN NARATIF (Terjemahan dan ubah suai oleh: Hillel)

Ditulis oleh Bruce Holland Roger dengan kerjasama dari David Galef, Robin Hemley, Ron McFarland, Robert Shapard dan Barbara Lefcowitz Dibentangkan sebagai anggota panel di persidangan Program Penulisan Bersekutu, Vancouver, British Columbia, 2005. Kami berpendapat terdapat dua jenis ragam penulisan naratif tetap: abstrak dan asli. Ragam abstrak tetap seakan-akan sama dengan ragam tetap sajak, seperti soneta atau sestina. Ini bermaksud soneta tidak boleh dijelaskan berdasarkan senarai abstrak ciri-ciri teknikalnya: empat belas baris pancapada iambik dengan skim rima yang tetap, abab cdcd efef gg untuk sesetengah soneta Inggeris atau abba abba cdecde untuk soneta Itali. Ragam naratif abstrak menggunakan satu atau lebih daripada elemen-elemen teknikal itu. Berikut adalah sebahagian daripada "peraturan" bagi ragam-ragam tersebut. (Diikuti dengan pencipta ragam tersebut, jika diketahui) 1. Ragam 69 Sesebuah kisah mestilah tepat 69 patah perkataan, tidak termasuk tajuknya. Judul cerita tidak boleh terlalu panjang. (Majalah NFG) 2. Ragam 3-69 Satu set tulisan ragam naratif terdiri daripada tiga tulisan dalam ragam 69 yang berhubung kait dari segi tema, dengan setiap satu mempunyai judul tersendiri dan judul besar berfungsi untuk merangkum keseluruhan tulisan. (Bruce Holland Rogers) 3. Ragam Pusingan/Putaran Bumi Tulisan ragam naratif yang mana perkataan terakhir bagi sesebuah ayat juga merupakan perkataan pertama bagi setersunya. Perkataan pertama bagi sesebuah tulisan juga dijadikan perkataan terakhir cerita tersebut. (Bruce Holland Rogers?) 4. Ragam Prosa Sestina Sebuah tulisan bentuk naratif dengan tujuh perenggan di mana enam perkataan sentiasa berulang di dalam setiap perenggan dalam susunan yang telah ditetapkan bagi tulisan ragam sestina: 123456, 615243, 364125, 532614, 451362, 246431, 652431. Semua perenggan hampir sama panjang kecuali perenggan terakhir yang cuma separuh daripada panjang perenggan lain. (Ron McFarland) 5. The Soneta Fibonacci Sebuah tulisan ragam naratif dengan dua perenggan. Ayat-ayat di dalam kedua-dua perenggan terdiri daripada satu set perkataan seperti yang telah ditetapkan oleh siri Fibonacci. Satu perenggan adalah satu ayat lebih panjang daripada yang satu lagi. Dengan kata lain, satu perenggan adalah lebih mendalami siri Fibonacci daripada yang satu lagi. Kiraan siri Fibonacci pada mana-mana perenggan boleh dikira sama ke bawah atau pun ke atas. Oleh itu, soneta Fibinacci boleh terdiri daripada perenggan pertama dengan sembilan ayat dan perenggan kedua dengan lapan ayat, kiraan perkataan bagi setiap ayat pula di dalam urutan 1, 1, 2, 3, , 5, 8, 13, 21, 34; 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21. Atau perenggan pertama boleh juga terdiri daripada sepuluh ayat dan perenggan kedua sebelas ayat, kiraan perkataan bagi setiap ayat pula di dalam urutan 55, 34, 21, 13, 8, 5, 3, 2, 1, 1; diikuti dengan 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89. (Bruce Holland Rogers dan Ron McFarland) 6. Soneta Prosa Inggeris Sebuah tulisan ragam naratif dengan empat belas ayat. Perkataan terakhir dalam setiap ayat berima dengan perkataan terakhir dalam ayat lain bersesuaian dengan bentuk ababcdcdefefgg. Selain itu, setiap ayat mesti mengandungi rima dalaman bersesuaian dengan perkataan terakhir ayat tersebut. Syarat lain

pula, dua ayat terakhir mestilah membentuk suatu gerakan di dalam tulisan naratif tersebut yang mana hampir serupa dengan pancapada kuplet penutup dalam soneta tradisional Inggeris. Oleh itu, dua ayat terakhir tesebut mestilah meringkaskan keseluruhan cerita, mengubah jalan cerita menjadikan cerita itu tamat dengan ironi, merudum atau apa sahaja yang bersesuaian. (Bruce Holland Rogers) 7. Ragam Prosa Villanelle. Prosa ini yang sebenarny cuba untuk menurut jejak skim rima villanelle yan terdiri daripada sembilan belas baris... A1 b A2, a b A1, a b A2, a b A1, a b A2, a b A1 A2 ...dengan sembilan belas perenggan yang sepadan juga. Di kalangan penulis/sasterawan terdapat pelbagai interpretasi bagaimana rima perenggan-perenggan di dalam prosa villanelle seharusnya "disusun/berbunyi". Interpretasi yang paling meluas digunakan adalah di dalam setiap perenggan yang ditulis mestilah serupa, hampir serupa atau paling kurang ada corak pengulangan yang boleh dikenalpasti seperti ragam tulisan villanelle. Ragam tulisan villanelle sebenarnya menggunakan baris-baris yang diulang guna dengan serupa (di dalam penulisan sajak, baris A1 adalah serupa dengan baris A1 yang lain, begitu juga dengan baris A2). Di dalam sesetengan prosa villanelle, perenggan 1, 6, 12, dan 18 (dan juga perenggan 3, 9, 15 dan 19) mengandungi beberapa ayat yang serupa. Dengan kata lain, beberapa prosa villanelle dari tulisan Barbara Lefcowitz yang terkini, untuk mengenal pasti apa yang "diulang guna", pada pandangan beliau, di dalam perenggan yang berkenaan merupakan sebahagian daripada misteri dan keseronokan membaca tulisan tersebut. (Barbara Lefcowitz, Rick DeMarinis) 8. Ragam Simetrina Ringkasnya, simetrina adalah sebuah siri yang cerpen naratif yang berhubung pada temanya bermula dengan sebuah cerpen ringkas, diikuti dengan yang agak panjang di bahagian tengah dan kemudian dengan corak yang simetri menjadi sebuah cerpen ringkas semula pada penamatnya. Dari semua bentuk abstrak tetap yang dibincangkan di sini, simetrina adalah ragam yang paling halus sekali. (Bruce Holland Rogers) Peraturan bagi ragam Simetrina: -

Judul yang merujuk kepada tema umum tetapi tidak menyatakannya secara langsung.

-

Sekurang-kurangnya tujuh bahagian dengan setiap bahagian ada judul tersendiri.

-

Bahagian pertama dan terakhir ditulis menggunakan kata ganti diri pertama.

-

Bahagian kedua dan kedua akhir ditulis menggunakan kata ganti diri kedua.

-

Semua bahagian lain ditulis dengan kata ganti diri ketiga.

-

Setiap bahagian mempunyai kepanjangan sekali ganda dari jumlah perkataan yang digunakan. Kepanjangan setiap bahagian ditetapkan dengan apa sahaja urutan matematik, seperti penggandaan (1n, 2n, 4n, 8n...) atau urutan Fibonacci (1n, 1n, 2n, 3n, 5n, 8n...). Selepas kiraan menaik sehingga bahagian tengah yang terpanjang, bahagian berikutnya menggunakan kiraan menurun sehingga ke bahagian terakhir. Urutan juga boleh diubahsuai untuk memberi lebih kesan selagi susunan simetri masih dikekalkan. Iaitu di dalam simtrina Fibonacci yang terdiri daripada 11 bahagian, bahagian ketiga dengan 300 perkataan mungkin boleh ditukarkan dengan bahagian keempat dengan 450 perkataan asalkan bahagian sembilan dan bahagian lapan juga ditukarkan. Walau bagaimanapun, kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua mesti digunakan di dalam bahagian yang bersesuaian.

-

Jumlah perkataan, n, boleh terdiri daripada apa sahaja jumlah perkataan sebenar yang digunakan bukannya anggaran.

-

Perkataan yang digunakan pada judul tidak dimasukkan ke dalam pengiraan jumlah perkataan di dalam bahagian tersebut.

-

-

Sebagai pilihan penulis, tulisan tersebut boleh memuatkan angka yang menggambarkan jumlah perkataan yang digunakan. Dalam salah satu simetrina saya, jumlah perkataan yang digunakan adalah 250 and watak di dalam tulisan itu membayar tambag bas sebanyak $2.50. Sebagai pilihan penulis bahagian tengah boleh jadi lebih pendek daripada bahagian sebelum atau selepasnya asalkan perkadaran dan simetri masih dikekalkan. Sebagai contoh, jumlah perkataan 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 1600, 800, 400, 200, 100 boleh diterima, dan begitu juga jumlah perkataan 100, 200, 400, 800, 1600, 800, 1600, 800, 400, 200, 100. Bermaksud, bahagian tengah cuma ada 800 perkataan yang mana sepatutnya ada 3200 perkataan.

9. Ragam Lakukan Sendiri Apa sahaja bentuk peraturan teknikal boleh juga terdiri daripada ragam tulisan tetap yang baru dicipta. Ini termasuklah ragam mendadak seperti tugasan sekolah, contohnya seperti: "Karang sebuah cerita yang lengkap dengan permulaan, pertengahan dan penamat yang memuaskan. Ia mesti juga lengkap dengan dialog." "Karang sebuah cerita yang hanya terdiri daripada kata soal." "Karang sebuah cerita dengan 1,000 patah perataan yang berubah dari sudut pandangan satu watak ke watak yang lain pada penghujung cerita, perubahan mestilah dilakukan dengan cara yang tidak teerlalu mendadak." Ragam Tulisan Asli Tetap Apabila seorang penulis menyampaikan ceritanya dari mula hingga taman di dalam bentuk nota kuliah alumni, ia merupakan ragam tulisan asli tetap. Mungkin ragam tulisan asli tetap yang paling umum digunakan adalah novel warkah/utusan surat, yang meminjam "peraturannya" daripada ragam tulisan surat. Semua ragam asli menggunakan corak ragam tulisan yang diambil atau ditiru dalam usaha untuk menyampaikan sebuah cerita. Di ini, objektif penulis adalah untuk mencari suatu ragam yang menarik luar daripada dunia penulisan. Model boleh diambil daripada apa sahaja termasuklah arahan penggunaan, label amaran, emel atau pengumuman hingga kepada dokumen perundangan, obituari, laoran polis atau teks suci. Jika hasil tulisan hanyalah sebuah penciplakan dari dokumen tertentu, ia mestilah sebuahhasil yang baik dan menghiburkan, tapi ia bukanlah sebuah hasil ragam tulisan asli naratif tetap. Objektif penggunaan ragam tulisan asli tetap adalah sebagai pengantara untuk menyampaikan cerita. Nota: Untuk versi Bahasa Inggeris sila layari laman web ini http://www.shortshortshort.com/fixed.html

Related Documents

Tulisan
November 2019 43
Tulisan
June 2020 29
Tulisan
October 2019 42
Tulisan
December 2019 34