Bengkel Bahasa Melayu

  • Uploaded by: Ahmad Ab Rahman
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bengkel Bahasa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 651
  • Pages: 18
BAHASA MELAYU UPSR KERTAS 2 (BAHAGIAN A DAN C) & KERTAS 1 ( KESALAHAN AYAT ) OLEH:

PENULISAN – ( BAHAGIAN A ) MEMAHAMI DAN MEMINDAH MAKLUMAT (Mentafsir Bahan Grafik)

PENGENALAN 5. Dalam bahagian ini, calon akan diberi samada sekeping gambar tunggal, gambar bersiri , jadual atau sebagainya. 6. Pada setiap gambar terdapat arahan tertentu yang mesti calon fahami. 7. Calon diminta membina lima ayat yang lengkap. 8. Jumlah markah – 10

Contoh-contoh Arahan Bahagian A 1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar. 2. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. 4. Tuliskan amalan gaya hidup sihat

Teknik Menjawab Bahagian A n

n n n n n n

n n n n

Ayat yang dibina mestilah mengenai apa yang terdapat dalam gambar dan tersurat. ( Ayat yang tersirat boleh dijadikan sebagai pelengkap ayat sahaja ) Tulis kata kunci berdasarkan gambar. ( Kata kunci tidak boleh berulang ) Ayat perlu dinomborkan : 1 – 5. Ayat yang dibina mestilah seimbang mengikut jumlah gambar. ( Ada nisbah ) Ayat yang dibina perlulah gramatis / betul dari segi tatabahasanya. Elakkan menulis ayat tentang perkara yang tidak terdapat dalam gambar. Ayat yang ditulis perlu dikembangkan dengan sempurna menggunakan kata hubung atau penanda wacana. Boleh berikan watak pada gambar / diri sendiri. Jangan menulis lebih daripada 5 ayat. Jangan memberi pandangan peribadi tentang gambar.

Arahan : Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

Arahan : Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

Contoh Jawapan 1. Hakim dan Saiful sedang mengubahsuai 2. 3. 4.

meja di perpustakaan sekolah mereka semasa gotong-royong diadakan. Syahira mengelap cermin tingkap perpustakaan menggunakan sehelai kain. Iqbal dan Yasma menyapu sampah supaya lantai perpustakaan menjadi bersih. Zulaikha mengangkat buku untuk diberikan kepada Cikgu Ehsan yang

Arahan : Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

Contoh Jawapan 1.Murid-murid Sekolah Kebangsaan Tanjung melawat Balai Bomba Tampin menaiki sebuah bas. 2.Setibanya di sana mereka disambut oleh seorang pegawai bomba yang bertugas. 3.Mereka dibawa ke bilik pameran yang mempamerkan alat-alat pemadam api. 4.Mereka mendengar penerangan daripada pegawai bomba tentang penggunaan alat pemadam api . 5.Sebelum pulang,mereka menikmati jamuan yang disediakan.

PENULISAN – ( BAHAGIAN C ) MEMBUAT ULASAN / MERUMUS PENGENALAN

4. Dalam bahagian ini calon akan diberi 5. 6.

samada sebuah petikan berupa fakta, cerita, dialog ataupun puisi. Calon dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi berdasarkan arahan-arahan tertentu. Jawapan hendaklah dibuat dalam satu perenggan sahaja.

Teknik Menjawab Bahagian C 1. Kenal pasti arahan …pengajaran, nilai murni, amalan baik. – Apa bezanya? 2. Kenal pasti tema petikan supaya lebih mudah untuk mengulas. 3. Baca ayat demi ayat untuk mencari pengajaran / nilai murni / amalan baik. 4. Senaraikan idea dan huraian secara ringkas sebelum menulis di kertas soalan. 5. Mulakan ulasan dengan : Pengajaran/Nilai murni/Amalan baik yang terdapat dalam petikan ialah kita ………………………………………………. 6. Gunakan kata ganti nama ‘ kita ’ dalam ayat. 7. Masukkan kata-kata positif. 8. Gunakan penanda wacana / kata hubung ketika menyambung ayat. 9. Pastikan jumlah perkataan sesuai dengan kehendak soalan.

Contoh Jawapan Nilai yang terdapat dalam petikan ialah kita hendaklah mempunyai sifat rajin, contohnya seperti ‘aku’ dalam petikan yang rajin menghadiri latihan sukan. Seterusnya kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa supaya hidup kita selamat. Selain itu, kita haruslah berfikiran rasional semasa membuat keputusan. Di samping itu, kita haruslah menghargai pertolongan orang lain. Akhir sekali, kita mestilah mengamalkan nilai baik hati dalam kehidupan kita.

Contoh Jawapan Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita hendaklah bergaul dengan orang lain supaya mendapat ramai kawan.Seterusnya kita mestilah berbudi-bahasa terhadap orang lain. Selain itu kita perlulah bantu-membantu antara satu sama lain kerana ia merupakan amalan mulia. Di samping itu kita haruslah bersikap merendah diri supaya disenangi rakan-rakan. Di samping itu, kita perlulah menjadi anak yang taat dan mendengar kata ibu bapa. (60 patah perkataan)

Related Documents

Bengkel Bahasa Melayu
April 2020 7
Bahasa Melayu
May 2020 39
Bahasa Melayu
November 2019 54
Bahasa Melayu
May 2020 40
Bahasa Melayu
October 2019 45

More Documents from ""

Bhg. C
April 2020 4
Bengkel Bahasa Melayu
April 2020 7
Arri.docx
November 2019 30
1529771462885_alejandra.docx
November 2019 32
Opening Heavens Gate
May 2020 17