Belanjawan Sabah

  • Uploaded by: Abdullah Sani Bin Haji Abdul Salleh
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Belanjawan Sabah as PDF for free.

More details

  • Words: 722
  • Pages: 3
Sabah Kearah Negeri maju 2015.

Oleh : Abdullah Sani Hj Abdul Salleh.

BELANJAWAN SABAH – 2010. “Kesejahteraan Dan Kemakmuran Yang Berterusan”. SAYA ingin mengambil kesempatan dan peluang untuk turut bersama ADUN ADUN Negeri Sabah bagi membincangkan Perbahasan BUDJET NEGERI SABAH yang dibentangkan oleh ketua Meteri Sabah minggu lalu pada 13hb.Nov.2009 Sebagai WAKIL RAKYAT yang TAK BERKERUSI ( WAKIL RAKYAT BLOGGER SABAH ) kearah perbincangan belanjawan Negeri Sabah yang dibentangkan . Bagi maksud ini saya ingin menyentuh satu tajuk baru yang amat asing bagi kita dan tidak pernah berlaku sejak kita merdeka 46 tahun dulu. PENERTBITAN BON SABAH Datuk Musa aman menganggap perkara ini adalah profail kredit (credit profile) bagi Negeri Sabah dengan pengiktirapan dan peningkatan RAM Rating Agency Malaysia AAA oleh Kerajaan Persekutuan. TERIMAAN BUKAN HASIL sebanyak RM818.82 juta atau 26.18 peratus termasuklah sejumlah RM544.00 juta daripada penerbitan bon mengikut perancangan kewangan negeri, seperti yang dilaporka oleh Ketua menteri Sabah. ‘Seharusnya menjadi pendorong kepada kita untuk berusaha dengan lebih gigih. Eksesais penerbitan bon ini adalah yang pertama kali pernah dilakukan oleh sebuah

kerajaan negeri.Ia juga menampilkan profail kredit (credit profile) negeri Sabah ke dunia pelaburan dan membuka peluang untuk mendapatkan sumber pembiayaan kos rendah di pasaran kewangan’. Datuk Musa Aman – Budjet 2010. Tujuan penerbitan bon ini adalah untuk membiayai projek-projek komersial berpotensi dan berdaya saing (viable) menerusi kos pembiayaan yang rendah, di samping menjana hasil negeri pada masa hadapan. Ini juga akan menambah keupayaan kewangan negeri ke atas usaha membiayai projek pembangunan asas dan sosio ekonomi dengan lebih efektif tanpa bersaing dengan sumber yang sama. Pendekatan yang diambil ini dapat memperluaskan ‘revenue-base’ negeri yang menuntut disiplin baru dalam pengurusan kewangan. Ia juga sejajar dengan usaha melakukan transformasi dan lonjakan ekonomi bersama-sama dengan sektor swasta sebagai rakan kongsi. Apa pun Jumlah Belanjawan yang disediakan oleh Kerajaan Sabah, Hatta Rm1.00 pun Belanjawan itu adalah dianggap BUDJET MESRA RAKYAT. Walaubagaimanapun dalam perancangan JANGKA PANJANG adalah tidak bijak bagi kita untuk membelanja wang yang kita tidak perolehi, lebih lebih lagi jika kita kena membelanjakan wang yang dipinjam melalui PENGELUARAN BOND. SEBAGAI CONTOH : Kita akan membelanjakan RM 3.304.38 Billion ( Budjet 2010 ) dimana Pendapatan perolehan kita RM2,707.82 billion tahun sebelumnya. Pada tahun 2010 Pendapatan atau perolehan kita Mungkin RM3,127.65 Billion , Berapa pula yang akan kita belanjakan pada 2011 sebagai BUDJET BELANJAWAN KITA? Kalau kita berdasarkan Peningkatan ekonomi Kita ( Economic Growth ) kita mestilah membelanjakan RM 3.5 Billion atau lebih pada masa akan datang, alasanya senang.... Growth-up Economic, Kerajaan Negeri tak nal Deficit. Dalam masa 5 tahun akan datang 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 kita Memerlukan sumber RM 1/2 Billion ( Setengah Billion ) untuk membayar semula BOND BOND YANG DIKELUARKAN tadi, wal hal wang itu tidak pernah kita perolehi dan melihatnya. Dengan Inflasi yang berganda pada hari ini dan faktor faktor lain yang berlaku terhadap ekonomi kita, Mungkin belanjawan kita akan melonjak ke angka lebih dari

RM 5 Billion pada masa akan datang disebabkan banyak faktor yang berlaku terhadap ekonomi dan pembayaran semula BOND tadi. Pada 2015 sasaran kita akan menjadi Negeri maju, apakah setelah kita mencapai Negeri maju kita terus menanggung bebenan hasil dari pembayaran BOND BOND TERBITAN itu? Perkara ini tidak termasuk hutang Kerajaan Negeri Sabah kepada kerajaan Persekutuan yang dijangka meningkat melebihi dari RM 1 Billion 2010. Dimana kita akan membacari wang ini dan siapa pula yang akan mengeluarkannya?. Revenue premium kayu Balak kita diperingkat parah dalam sejarah 37 tahun sejak 1972 dimana dijangkan kita Cuma memperolehi 1.46 juta, sementara royalti minyak kita berkurangan ke RM 647.20 juta mengikut anggaran Petronas. Bond Bond yang telah dikeluarkan ini tetap akan matang dan pihak kerajaan terpaksa untuk mengeluarkan perbelanjaan atau membayarnya semula, wal hal semua BOND ini berada dimana ? siapa perolehi ? dan menafaatnya untuk siapa ?. Mungkin Kerajaan Untung, Swasta Untung tetapi akhirnya rakyat juga yang menanggung. Memaksa “ECONOMI GROWTH” tanpa Kawalan , perkara ini akan membawa BENCENA terhadap ekonomi Negara dimasa akan datang. Generasi akan datang akan menggung resiko yang amat tinggi , hasil dari keghairahan kita untuk terus mengejar apa yang dipanggil ECONOMI GROWTH. Oleh yang demikian kita amat berharap supaya “ Economic growth “ dapat KAWAL dengan bijaksana bagi mengelakan Bencana ekonomi masa akan datang.Pengurusan Ekonomi secara terancang dan teratur perlu diambil perhatian. Berbelanja secara bijaksana adalah lebih baik dari berbelanja dengan ghairah bagi mengejar peningkatan ekonomi yang membawa bencana Kearah SABAH NEGERI MAJU 2015. Sekian.

Related Documents

Belanjawan Sabah
June 2020 26
Belanjawan Pbt
May 2020 30
Belanjawan Negara_09
May 2020 31
5._garis Belanjawan
November 2019 24
Tujuan Belanjawan Bn
June 2020 16

More Documents from ""